Wednesday, August 18, 2010

TAPAU: Nik Aziz Takkan Berani Berhadapan Dengan Kenyataan.

1. PERTEMUAN penulis dengan mantan orang harapan MB Kelantan suatu masa dahulu, iaitu Ustaz Omar Khalid memberikan banyak pendedahan yang perlu dikongsi bersama. Untuk bahagian pertama ini, biarlah ia berupa satu pembukaan minda sahaja. Selama ini, penulis sendiri berusaha mencari-cari jawapan yang tepat dan kesempatan bertemu Ustaz Omar Khalid memberikan penulis banyak perkara yang perlu dikongsi bersama.

2. Sepertimana juga SS Mufti Perak Ustaz Harussani yang mahu melihat kepada perpaduan umat Islam khususnya mereka di dalam UMNO, PAS dan PKR. Ustaz Omar Khalid mempunyai cerita yang lebih fakta terutamanya mengenai PAS dan sahabat lamanya yang menjadi MB Kelantan sekarang.

3. Antara yang paling mengejutkan penulis ialah apabila Ustaz Omar Khalid memaklumkan penulis bahawa Nik Omar Nik Aziz pernah menyatakan padanya, dia (anaknya) hanya hormatnya Nik Aziz sebagai bapa sahaja, tetapi tidak sebagai pemimpin. Bagi penulis, ini satu perkara yang besar. Dalam hal ini, Ustaz Omar Khalid berkata beliau bertanggungjawab di atas kata-katanya.

4. Datuk Husam Musa sendiri, semasa PRU 2008 telah bertemu dan memujuk Ustaz Omar Khalid supaya kembali semula kepada PAS, tetapi Ustaz Omar Khalid tetap dengan pendiriannya selepas mengucapkan salam perpisahan dengan MB Nik Aziz pada tahun 1990 dahulu, bahawa beliau tidak akan kembali kepada PAS, baginya parti yang terlalu jauh menyeleweng. Penulis sangat teruja dengan kesungguhan yang amat bersungguh-sungguh Ustaz Omar Khalid untuk membetulkan penyelewengan yang berlaku di dalam PAS khususnya yang dilakukan oleh MB Kelantan.

5. Penulis bertanya apakah harapan beliau. Beliau mengharapkan akan diadakan satu muzakarah untuk menunjukkan kebenaran yang hakiki, dan seterusnya dari kebenaran yang hakiki itu akan timbullah perpaduan yang sejati. Ustaz Omar Khalid dengan 7 rakan sudah bersedia, tetapi adakah pihak PAS terutamanya MB Kelantan berani berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid?

6. Di dalam kesempatan ini, penulis berharap MB Kelantan tidak lagi memberikan pelbagai alasan untuk mengelak diadakan muzakarah ini. Rakyat terutama umat Islam hendaklah diberi peluang untuk mendengar sendiri hujah kedua-dua pihak dalam menjawab pelbagai isu yang melibatkan umat Islam, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

7. Kenapa MB Kelantan tidak mahu perpaduan UMNO-PAS?. Menurut Ustaz Omar Khalid, jika berlaku perpaduan itu Nik Aziz akan kehilangan kedudukan dan pengaruh di dalam PAS, sedangkan sifat MB Kelantan ini menurut Ustaz Omar Khalid tidak mahu berada di bawah, MB Nik Aziz suka disanjung, diletakkan di atas dan tidak ada siapa boleh mempersoalkannya hatta Presiden PAS.

8. Persoalannya, adakah MB Kelantan berani berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid dan 7 orang ustaz dengan kepakaran dalam bidang masing-masing itu?

9. Penulis sangsi, kerana sebagaimana yang ditunjukkan oleh MB Kelantan sendiri yang tidak konsisten dalam banyak isu, di dalam muzakarah ini, barangkali MB Kelantan akan mencari seribu satu alasan juga untuk mengelak berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid, teman seperjuangannya suatu masa dahulu...

10. Salam Ramadan. Buku-buku Tafsir Al-Quran tulisan Ustaz Omar Khalid sudah ada di pasaran terbitan DBP.

Sumber: Jentayu

Biasalah, kalu totok PAS baca komfom depa spin kata semua dah kena beli dengan UMNO.

Tak dapat pi haji free tuduh dengki, gagal subjek ekonomi nak buat dinar kata dengki, dapat kek free kata sedekah.


Yang sebenarnya tak berani menghadapi kenyataan tentang penyelewengan yang dah terlanjur rosak.

Anak dara yang terlanjur berzina pun sanggup bertobat.

No comments: