Tuesday, August 10, 2010

Felda Ditikam Belakang...


Oleh: Menantu Peneroka

Bila dok pikiaq pasal peneroka yang mahu saman Felda semalam macam ulang tayang cerita tanggang yang derhaka pada ibu sendiri. Dari kecik sampai besaq, si ibu jaga bila dah besaq dan cerdik sikit sudah mula besaq kepala.

700 peneroka yang mahu saman Felda pun lebih kurang macam itu. Entah dari mana peneroka-peneroka ini datang mengemis dan memohon jadi peneroka 30 tahun dulu. Ada yang pencen askar, sekolah tak tinggi, kena buang kerja tiada jalan lain mohon jadi peneroka.

Segelintir orang Melayu memang macam itu, tak pernah puas dan tamak haloba. 700 si tanggang peneroka pun macam itu. Bila harga buah melambung naik, minta nak buat sendiri. Dari kait buah, membaja, merumput, menebas dan tanam semula semuanya mahu diuruskan sendiri.

Alasannya, nak untung lebih. Itu bagus dan nampak macam ada wawasan tetapi kenapa bila harga jatuh, perbelanjaan bulanan kurang mahu Felda uruskan semuanya. Alasannya kos tinggi tak mampu nak buat.

Felda dah bagi tanah, duit poket, bonus raya, segala kelengkapan berladang. Ada juga kawasan ladang didirikan kandang lembu atau kambing untuk tambah pendapatan dan mendapat galakan daripada Felda. Tak cukup dengan itu, anak peneroka yang cerdik diberi biasiswa untuk sambung belajaq dalam dan luar negara. Tak cukup lagi, nak renovet rumah pinjam bank payah jalan mudah minta dengan Felda.

Yang Felda pun tak kisah, pasal peneroka macam anak sendiri luluskan permohonan renovet rumah. Makanya, seronoklah peneroka dapat beraya dengan rumah besaq dan cantik. Sedara mara yang mai pun cemburu nak cerita lagi best adik beradik yang dulu kutuk peneroka pun menyesal pasal tak jadi peneroka. Pujian melangit pada kerajaan dan Felda.

Situasinya sama juga macam berkira bab pahala. Orang PAS mesti tak setuju bila baca statement ini. Allah S.W.T dah bagi macam-macam nikmat pada kita. Nak makan, korek hidung, nafsu, bersetubuh, kutuk orang, berjalan, kentut dan macam-macam lagi nikmat yang diberi Allah S.W.T.

Semua perkara itu Allah tak pernah minta balasan daripada kita yang Allah cuma minta kita ikut perintahnya. Disuruh berbuat baik, jangan hina orang, jangan caci sesama Islam, jangan mengkafirkan sesama sendiri, dituntut laksanakan perpaduan sesama Islam pendek kata Allah menyuruh kita mengikut perintahnya itu saja.

Tetapi yang selalu diminta umatnya, bila berbuat baik mesti nak ganjaran pahala padahal telah dijanjikan Allah ganjaran pahala itu. Segala macam nikmat dah dibagi bila disuruh ikut perintah komplen nak pahala.

Nak lagi faham, ada satu budak terbiaq. Dikutip oleh satu pasangan suami isteri yang tiada anak. Budak ini dijaga, diberi makan, pakai, sekolah dan macam-macam lagi. Tetapi bila si bapa menyuruh anak potong rumput depan rumah, komplen minta upah RM10.00. Tak pikiaq dah segala kebaikan yang dah diberi.

Dalam isu peneroka dan saman Felda rasanya macam Felda kena tikam belakang dan ditumbuk-tumbuk oleh anak sendiri. Dah macam tak boleh dibuat berbincang dan tabletalk antara depa dengan pihak Felda.

Tapi paling sedih peguam yang mewakili pula jenis politikus yang anti Melayu, anti Islam dan parti yang diwakili pula nak hancoqkan keharmonian negara.

7 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

mereka akan sedar satu hari nanti bila apa yang allah janjikan dalam Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Anonymous said...

Mmg mcm si Tanggang si peneroka tu smua. Bodoh sungguh, kalu bangsa lain tipu timbang masuk poket sendiri, kalu iya pun ada FELDA ada adjust sikit pasai % kuantiti minyak tu, masuk poket FELDA dan nanti masuk poket diaorg gak.Kalu kasi smua, abis joli katak diaorg ni. Apalah malang nasib bangsaku, seupa Pak Kaduk , menang sorok kampung tergadai.... sumpah je dia org jadi buah sawit, pas tu boleh jual.

Megat Alam Gempita said...

Isu ini tidak akan berakhir di Felda Raja Alias dan Felda Serting sahaja tetapi akan merebak ke Felda-Felda lain terutamanya di Pahang dan Johor.
PAS dan PKR telah bersepakat 'mengimarahkan' bulan Ramadhan ini dengan isu tersebut bagi mengikis pengaruh UMNO di Felda.
So apa perlu Felda buat bagi nak sonyapkan mulut para peneroka yang tak sedar diri ni?
1. Felda perlu tuntut kembali wang sara diri yang diberikan kepada para peneroka sepanjang proses penanaman semula kerana waktu itu tanah mereka satu sen pun tak mengeluarkan hasil. Sebaliknya Felda yang kena tanggung. Cthnya
RM1000.00 x 12 bulan x 3 tahun = RM36,000.00 jumlah wang yang perlu dibayar kembali ke Felda.
2. Felda boleh bayar kembali saman RM22,000.00 yang dituntut oleh setiap peneroka tapi peneroka perlu jelaskan hutang mereka dahulu. Cthnya RM36,000.00 - RM22,000.00 = RM14,0000 hutang peneroka kepada Felda yg masih tertunggak dan perlu dilunaskan.
3. Kerajaan oii (UMNO/BN) kalau ada masalah bekalan air atau letrik yang sering terganggu di kawasan Felda tu cepat2lah selesai jgn ia menjadi 'minyak yang dicurah ke api'. Hal ini sering dimanipulasi dan provokasi pembangkang untuk bakar peneroka supaya anti kerajaan.

Anonymous said...

alahai bangsaku yang tak penah bersyukur. kes buang bayi yang melampau-lampau sekarang ini pun pasal ada parti yang mengaku perjuangkan islam dah dilaknat allah. baru sikit diberi petunjuk tapi masih lagi nak politikkan perkara-perkara yang dituntut allah.

Anonymous said...

ni nk tanya gak pd Menteri KDN. dh lama dh bloggers dok bgtau si haprak PR dok masuk tanah rancangan bg ceramahn hasutan..apa yg KDN dh buat...amaran lg ke? x caya knp x antak org pi dengaq ceramah si haprak PR tu. bkn satu tanah rancangan je....perkara ini kelak akan jd nanah darah kalau x dibendung.
org2 FELDA serting ngan raja alias tu mmg melayu yg mudah lupa. depa lupa islam kata apa.anak yg disuapkn nasi ngan tangan sendiri hingga senang turun temurun depa tokak mak bapak depa balik. setuju ngan cadangan anon 11.12am biaq depa bayaq balik apa yg selama ni FELDA dh bantu depa. dasar anjing tersepit yg x sedar diri.....

sangtukangkata said...

termakan hasutan yang dibuat oleh pembangkang latu, apa lah tak sedar2 dan bersyukur langsung... apa yang felda ushakan tu kira baiklah juga dari akdapat langsung... mmg puak2 haprak ni sejahat2 firaun.. takpa.. Allah bersama orang yang benar.. walau depa ni lupa diri kemaruk duit.. tapi suatu masa nanti akan teserlah kesilapan depa nanti..

Anonymous said...

Sebenarnya yang buat hal ni bukan FELDA tapi segelintir org tamak yg bekerja dgn FELDA, mungkin FELDA tak de kena mengena. Kalau seorg dua punya angkara takkan lah nak salahkan FELDA. Siasat ler sapa dalang. Tak payah nak jaja "FELDA" yg bersalah sebab FELDA tu entiti yg besar.