Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Felda Ditikam Belakang...


Oleh: Menantu Peneroka

Bila dok pikiaq pasal peneroka yang mahu saman Felda semalam macam ulang tayang cerita tanggang yang derhaka pada ibu sendiri. Dari kecik sampai besaq, si ibu jaga bila dah besaq dan cerdik sikit sudah mula besaq kepala.

700 peneroka yang mahu saman Felda pun lebih kurang macam itu. Entah dari mana peneroka-peneroka ini datang mengemis dan memohon jadi peneroka 30 tahun dulu. Ada yang pencen askar, sekolah tak tinggi, kena buang kerja tiada jalan lain mohon jadi peneroka.

Segelintir orang Melayu memang macam itu, tak pernah puas dan tamak haloba. 700 si tanggang peneroka pun macam itu. Bila harga buah melambung naik, minta nak buat sendiri. Dari kait buah, membaja, merumput, menebas dan tanam semula semuanya mahu diuruskan sendiri.

Alasannya, nak untung lebih. Itu bagus dan nampak macam ada wawasan tetapi kenapa bila harga jatuh, perbelanjaan bulanan kurang mahu Felda uruskan semuanya. Alasannya kos tinggi tak mampu nak buat.

Felda dah bagi tanah, duit poket, bonus raya, segala kelengkapan berladang. Ada juga kawasan ladang didirikan kandang lembu atau kambing untuk tambah pendapatan dan mendapat galakan daripada Felda. Tak cukup dengan itu, anak peneroka yang cerdik diberi biasiswa untuk sambung belajaq dalam dan luar negara. Tak cukup lagi, nak renovet rumah pinjam bank payah jalan mudah minta dengan Felda.

Yang Felda pun tak kisah, pasal peneroka macam anak sendiri luluskan permohonan renovet rumah. Makanya, seronoklah peneroka dapat beraya dengan rumah besaq dan cantik. Sedara mara yang mai pun cemburu nak cerita lagi best adik beradik yang dulu kutuk peneroka pun menyesal pasal tak jadi peneroka. Pujian melangit pada kerajaan dan Felda.

Situasinya sama juga macam berkira bab pahala. Orang PAS mesti tak setuju bila baca statement ini. Allah S.W.T dah bagi macam-macam nikmat pada kita. Nak makan, korek hidung, nafsu, bersetubuh, kutuk orang, berjalan, kentut dan macam-macam lagi nikmat yang diberi Allah S.W.T.

Semua perkara itu Allah tak pernah minta balasan daripada kita yang Allah cuma minta kita ikut perintahnya. Disuruh berbuat baik, jangan hina orang, jangan caci sesama Islam, jangan mengkafirkan sesama sendiri, dituntut laksanakan perpaduan sesama Islam pendek kata Allah menyuruh kita mengikut perintahnya itu saja.

Tetapi yang selalu diminta umatnya, bila berbuat baik mesti nak ganjaran pahala padahal telah dijanjikan Allah ganjaran pahala itu. Segala macam nikmat dah dibagi bila disuruh ikut perintah komplen nak pahala.

Nak lagi faham, ada satu budak terbiaq. Dikutip oleh satu pasangan suami isteri yang tiada anak. Budak ini dijaga, diberi makan, pakai, sekolah dan macam-macam lagi. Tetapi bila si bapa menyuruh anak potong rumput depan rumah, komplen minta upah RM10.00. Tak pikiaq dah segala kebaikan yang dah diberi.

Dalam isu peneroka dan saman Felda rasanya macam Felda kena tikam belakang dan ditumbuk-tumbuk oleh anak sendiri. Dah macam tak boleh dibuat berbincang dan tabletalk antara depa dengan pihak Felda.

Tapi paling sedih peguam yang mewakili pula jenis politikus yang anti Melayu, anti Islam dan parti yang diwakili pula nak hancoqkan keharmonian negara.