Monday, August 09, 2010

Strategi Tiram Macam Samun Ala Kohilal

Malam minggu tempoh hari sudah selesai program menyamun Husam Musa di Stadium Melawati. Secara umumnya, program itu gagal tarik orang ramai pasal mungkin rakyat dah sedaq dan faham isu Skandal Kohilal dan pecah amanah Tabung Memali masih belum dijelaskan.

Difahamkan, projek pertama ini cuma dapat mengumpulkan RM9,000 dengan 80% daripadanya adalah kerana lelongan gambaq Tok Guru Nik Aziz yang mencecah RM6,000 dan beberapa lagi gambaq yang mendatangkan kekufuran jika sentimen mendewa-dewakan Tok Guru dijadikan nawaitu.

Plot menyamun acuan Husam kali ini lebih kurang seperti skim pelaburan KOHILAL yang sudah gagal dan senyap disimpan bawah karpet. Alasan tubuh TIRAM mengumpul duit rakyat untuk memupuk kesedaran dan mendidik rakyat disebuah negara demokratik (bab yang ini demokratik, bab BN Perak majoriti dianggap tidak demokratik)

Projek TIRAM diasas oleh Husam Musa dan dibantu oleh 5 pemegang amanah iaitu Kamaruddin Jaafar, Izham Hashim, Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, Alex Ong Kiang Yen dan Asmawi Muhamad. Bila dah kata pemegang amanah, 5 orang penyamun ini yang berkuasa keatas duit yang dikumpui dalam majlis-majlis yang akan datang.

Ulang semula Skandal KOHILAL yang sampai kehari ini masih belum lagi ada apa-apa statement daripada founder K kemana pergi duit berjuta-juta yang dilaburkan.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:
a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. Mohd Kushrin Rahmad menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

d. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal Kushrin Ahmad berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

e. Md Syukur Abdul Aziz berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings Sdn. Bhd. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

f. Md Syukur Abdul Aziz menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

g. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

h. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

i. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut Kushrin Ahmad, Md Syukur Abdul Aziz dan Razali melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

j. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

k. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Bersambung...

No comments: