Wednesday, August 04, 2010

Memang Ronnie Liu Terlibat Dalam Kongsi Gelap.

Ini adalah kenyataan Khir Toyo yang tidak menafikan penglibatan gangster untuk cover segala kerja haram DAP di Selangor. Setelah menyesal memberi penyapu kepada PBT, Khir Toyo kini tampil rebranding untuk menyelamatkan Selangor daripada samseng-samseng DAP yang bermaharajalela.
Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempertahaan kenyatannya yang mengaitkan DAP dengan "samseng lombong pasir".

"Setahu saya, mereka perlu tunjukkan ketegasan dalam mengurus (isu) perlombongan pasir haram. "Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat,"

Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng.

Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman.

"Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya. "Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee.

Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya.
Bila Teoh Beng Hock dijumpai mati ditolak oleh Tan Boon Wah, Ronnie Liu adalah paling emosional lakunannya yang tidak boleh menerima berita kematian itu.

Bagaimanapun, DAP Selangor tahu Teoh pernah menyuarakan rasa bengangnya dengan Ronnie Liu kerana melibatkan samseng dalam pentadbirannya. Budak baik macam Teoh tak boleh terima kerja haram bos dia sendiri.

Wee Chee Keong pernah membangkitkan penglibatan kongsi gelap dalam pentadbiran Ronnie Liu tapi sampai disitu saja dan DAP Selangor yang dipimpin oleh Ean Wah adalah 2 x 5 sama-sama kepala samseng dalam Selangor.

Kemuncak hati bengkak Teoh ialah dia menyalurkan maklumat kepada SPRM tentang kaitan Ronnie, Ean dan kongsi gelap dalam pentadbiran PBT Selangor.

Untuk rekod semua fail kes ADUN-ADUN Selangor yang lain telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa untuk di bongkar.

ADUN-ADUN Cina yang terlibat semua ada berkongsi Majlis Perbandaran yang sama. Sebagai contoh, Teressa Kok (Kinrara) dan Hannah Yeoh (Subang) adalah dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Bukit Tunku) pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Alasan DAP untuk Khir Toyo dedah nama pemimpin DAP yang terlibat dalah trick untuk coverline bila betul-betul Khir Toyo smash individu tersebut.

DAP mahu nama itu keluar sendiri daripada mulut Khir untuk senang depa spin dan hentam balik Khir Toyo jika salah strategi.

Tapi semua orang tahu Ronnie dan DAP berlakun alim untuk tunjuk depa adalah telus, bersih dan samun kuat depan rakyat. Bezanya PAS yang seronok ditipu DAP siang malam.

No comments: