Wednesday, November 19, 2008

Dulu Haram Belaka, Kini Semuanya Halal


Nik Aziz pernah kata DAP dan syaitan sama sahaja. Hukum Dewan Ulama' PAS Kelantan 1963: "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram". Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Sekarang ini PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor? Sekarang lihatlah bagaimana "syaitan" yang digelarkan oleh Nik Aziz ini telah mempermainkan ayat suci Al-Quran di Perak.

Pada 13 November 2008, dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy mempertikaikan isu dominasi orang Melayu dalam sektor awam di negeri itu. Lupakah Ramasamy bahawa ada juga kalangan orang Melayu yang dimaksudkan itu termasuklah ahli-ahli PAS? Mereka ini juga mengundi memberi kemenangan kepada Ramasamy di Batu Kawan. Bila sudah menang, Ramasamy lupa jasa pengundi yang naikkan dia sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Bila PAS mahu dibuka kepada bukan Islam, apakah boleh terpakai lagi hukum mengkafirkan UMNO di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981?
Pada waktu itu, Haji Hadi mengatakan "Pas menentang Umno bukan kerana namanya Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir dan mengekalkan peraturan jahiliah. Disebabkan itu, perjuangan menentang Umno adalah jihad dan jika mereka mati dalam perjuangan itu, mati mereka adalah mati syahid."
Siasah Daily melaporkan bahawa hasrat untuk membolehkan orang bukan Islam menyertai PAS bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila retreat PAS di Langkawi meluluskan kertas pelaksanaannya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, "ia patut disegerakan" manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, "sudah sampai masanya." Nik Aziz dan Haji Hadi nampaknya sudah menghalalkan semua yang dulunya dianggap haram. Tinggallah PAS pada nama sahaja, setelah dijajah oleh golongan-golongan Erdagon tajaan Anwar Ibrahim.

Tuesday, November 11, 2008

Shabery dakwa media asing ragui Anwar


Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan akhbar dan majalah asing sudah mula meragui Anwar Ibrahim AL-Juburi yang gemar berbohong demi kepentingan politiknya. Beliau berkata ianya berikutan kegagalan Anwar untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baru pada 16 September lepas menybabkan masyarakat luar mula meraguinya. Beliau turut berpendapat permainan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah membunuh kepercayaan masyarakat asing terhadapnya.

‘‘Mungkin orang luar dulu tidak kenal Anwar AL- Juburi dan menganggap setiap kenyataan pelik yang dibuatnya ada membawa satu nilai berita yang tersendiri untuk diperbesarkan. Tetapi, setelah kegagalan Anwar AL-Juburi menubuhkan kerajaan pada 16 September dan meminta sidang khas Parlimen pada 23 September lalu, majalah dan akhbar luar negara sudah mula mempertikaikan mengenai kewibawaan beliau,

Shabery turut menyatakan setelah Anwar AL-Juburi kerap kali bercakap bohong, orang ramai sudah mula bosan dengan telatah beliau itu.
sumber-AIDC
garamanis-sebelum tidur eloklah basuh kaki takut kencing malam bergelen-gelen

Monday, November 10, 2008

Bila manusia BIOL bercakap pasal buku.!


Sikap malas membaca di kalangan pimpinan Umno menyebabkan kegagalan memahami masalah ekonomi yang berlaku kini.
Kenyataan tersebut di antara intipati ucaptama Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim AL-Biol untuk Majlis Pelancaran Empat Karya Buku Dr Syed Husin Ali, hari ini.

KETUA Umum KeADILan akan menyampai ucaptama untuk majlis pelancaran empat buku Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pada bila-bila masa daripada sekarang.
Kini, Dr Syed Husin sedang menyampaikan ucapan alu-alu untuk para tetamu yang hadir.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden KeADILan Azmin Ali.


garamanis bercakap....kalu dah biol memang biol