Friday, November 25, 2011

Angkuhnya Mahfuz OmaQ......

Membaca kenyataan terbaru Mahfuz Omar pasti membuatkan ruangan blogosfera ketawa terbahak-bahak. Mahfuz dalam reaksinya menjelaskan PAS tidak akan sesekali menyertai UMNO dalam survival politiknya.

Baiklah, reaksi itu adalah sinonim dengan keangkuhan PAS. Sikap yang amat ditegah dalam islam, satu kalimah yang diperjuangkan PAS sejak turun temurun. 

UMNO seharusnya tidak perlu menutup pintu rundingan dengan PAS. Biarlah PAS mahu mengatakan apa saja. Kuncinya, kesedaran menunjangi politik bangsa akan terus menjadi kunci kepada perjuangan agama. Dalam hal ini, sebenarnya beban survival politik amat berat ditanggung PAS. 

Semenjak bercengkerama dengan aktivis kristian DAP dan PKR, PAS boleh diibaratkan sebagai pelacur agama kerana banyak tindakan melibatkan kesucian agama Islam gagal ditangani dengan berkesan oleh PAS.

Mengambil contoh dua isu besar mengenai Islam seperti Kalimah Allah dan JAIS - DUMC, itu adalah indikator bahawa PAS menggunakan agama demi kepentingan politik.

Oleh itu, 'gurauan' Mahfuz sebenarnya tidak lebih kata-kata semangat untuk diri sendiri dan meyakinkan penyokong PAS mengenai situasi ini.

Apa orang Kedah cakap....tak kelapaq la woii!..

PANAS! Hassan Ali Dedah Bible Solar DAP


Hasan Ali, Exco Agama Islam Selangor yang menjadi bahan kritikan dan kutukan para penyokong Pakatan Rakyat, mendedahkan tentang cubaan memurtadkan umat Islam dengan menggunakan peranti Bible yang menggunakan kuasa solar.

Sama seperti kes-kes yang sebelum ini, DAP yang kerja mereka setiap hari ialah mencari poin untuk bercakap bagi mendapatkan pengaruh dan undi berbanding menunjukkan teladan menerusi kerja, tutup mulut dan langsung tidak bersuara.

Tony Pua yang banyak mulut, sebaliknya lebih bekerja keras untuk membuktikan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia adalah pembunuh rakyat Malaysia menerusi penjualan barangan yang tidak bermutu tetapi berharga murah. Teresa Kok yang merupakan seorang avengelist tegar bersama-sama Ronnie Liu, Hannah Yeo dan Teng Chang Kim, juga tidak kelihatan di mana-mana.

Dengan kata lain, apa yang dituturkan oleh Hasan Ali ada kemungkinan melibatkan pembabitan kuasa-kuasa DAP Selangor seperti nama-nama di atas.


Sambung di Sel13.com

Thursday, November 24, 2011

Kongres Nasional PKR: Retreat Terakhir Anwar Sebelum Ke Sg Buloh

Siri Ceramah Perdana  Perdana  Dato’ Seri Anwar Ibrahim
 Sempena Kongres Nasional 2011 di  Johor

I) Jumaat – 25 November 2011
I) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam
  Lokasi:  Cathay Restaurant JB,  Taman Molek, Johor Bahru
ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
    Lokasi :  Pejabat PKR Tebrau, Taman Daya,  Johor Bahru
iii) 9.00 – 12.00 malam -  Ceramah Perdana 2
Lokasi: Pejabat PKR  Gelang Patah,  Jln Keindahan 1, Tmn  Skudai Indah,  Skudai

2) Sabtu – 26 November 2011
i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
Lokasi:  Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram,  Johor Bahru
ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2
Lokasi :  Jalan Sawi, Kampong Bendahara, Johor Bahru
iii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 3
 Lokasi: Kampong Parit Kromo, Air Baloi,  Pontian

3) Ahad – 27 November 2011
i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
   Lokasi:  Pej PKR Simpang Renggam, Taman Cemara, Kampong  Shaari, Simpang Rengam, Johor
ii) 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS Johor,
    Lokasi: Markaz PAS Air Hitam, Dataran Haji Mardi, Air Hitam
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
Kongress PKR kali ini adalah luar biasa. Walaupun tiada sebarang pemilihan sebarang jawatan peringkat nasional tetapi ia amat signifikan dengan pemulihan moral ahli-ahli PKR untuk menghadapi PRU Ke-13. Ia adalah misi PKR untuk menawan Johor selepas tidak berkeyakinan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Pemukiman ini akan menjadi titik tolok menambah motivasi kepada ahli PKR untuk menyakini kepimpinan Anwar dalam menuju Harapan Baru buat rakyat Malaysia. Kebanyakan ahli PKR dah hilang kepercayaan kepada kredibiliti Anwar untuk memimpin PKR. Bagi mereka, Anwar sudah expired tambahan pula isu moral dan keyakinan mereka Anwar akan kepenjara tahun depan.

Walaupun ramai ahli yakin dengan kes liwat dan penyebaran video seks namun ahli PKR kerap dimotivasi dengan stigma mahu mengubah sistem yang sedia ada dan diganti dengan konsep keadilan dan kesamarataan. Nampak seolah-olah proses rebranding Anwar dalam sanubari ahli-ahli PKR.

Melihat jadual padat Anwar dalam menjelajah Johor untuk mengukuhkan dan menerapkan nilai perpaduan dalam menumbangkan BN dan mencanang akan kecelaruan dalam sistem pelaksanaan demokrasi oleh SPR. Sebenarnya, tiada istilah perpaduan dalam PKR jika keadilan dalam pemilihan parti yang lepas masih disorok dalam laci Setiausaha Agung. Prejudis dan penuh penipuan.

Kita boleh menjangkakan jentera tetap psywar PKR macam Malaysiakini, TMI dan FMT pasti akan memberi tumpuan khusus dan highlight usul arah tuju PKR dalam mengharungi PRU Ke-13. Apa jua usul sepertimana untuk mengambil bahagian serentak dengan pusat untuk berpilihanraya adalah isu yang dijangka menjadi tumpuan.

Sehingga artikel ini ditulis sudah ada kedengaran daripada beberapa cabang mahu mengusulkan mengenai prestasi Khalid Ibrahim sementah memorandum yang diserah kepada Presiden parti telah diperhalusi. Jangan dilupa usul tanpa sokongan untuk bubar DUN berasingan tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan parti.

Friday, November 11, 2011

Lama Tak Update



Agak bersawang blog ini.

Dah lama tak update....hendak kembali menulis

Sebelum itu, hendak asah jari dan kaki kerana selepas ini blogsfera akan rancak kerana semboyan peperangan sudah mula kedengaran.

Friday, October 21, 2011

Apa Disebalik Pertemuan Delegasi Indonesia Dengan Anwar Ibrahim

Beberapa blog proAnwar memaparkan pertemuan Anwar Ibrahim dengan delegasi Indonesia yang diketuai Taufik Kiemas. Bagi yang tidak tahu, Taufik Kiemas adalah Speaker Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR) dan Ketua Dewan Pertimbangan Pusat Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).

Kalau di Malaysia tarafnya sama seperti Speaker Dewan Rakyat. Taufik Kiemas juga adalah suami kepada bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri.

Blog perbadi Anwar juga turut memaparkan pertemuan mesra ini yang berlangsung di Kelab Tasik Perdana, KL. Entrinya simple dan kononnya mahu tunjukkan bahawa supporter Anwar masih kukuh di Indonesia. Boleh klik Sini.

Pernah dalam satu ceramah Taufik Kiemas di Rajaratman School of International Studies (RSIS) Singapura, beliau menegaskan bahawa
PDIP harus bekerjasama dengan pihak eksternal. Dalam hal ini ia menyebut Golkar untuk dalam negeri dan Amerika Serikat yang dianggap memiliki kemampuan campur tangan terhadap negara lain. “Saya tidak butuh orang-orang golkar. Yang saya butuhkan adalah Partai Golkar yang berhaluan pluralis,” ujar Taufik. Sikap itu juga disampaikan saat Taufik dan kawan-kawan berkunjung ke Amerika Serikat (AS). Menurut Taufik, saat di AS ia menegaskan kembali tentang sikap PDIP sebagai partai oposisi di Indonesia dan sebagai partai nasionalisme yang menjunjung tinggi pluralisme.
Adalah jelas bahawa Taufik Kiemas merupakan antara individu yang menjunjung tinggi fahaman Pluralisme dan berkiblatkan blok barat terutamanya Amerika Syarikat menunjukkan keakraban Taufik dengan Anwar Ibrahim.

Tidak mengejutkan antara jadual Taufik Kiemas ke Malaysia adalah untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim adalah kerana kesepakatan kedua-dua figura ini dalam mempromosi pluralisme sebagai acuan demokrasi blok barat. Kedua-duanya adalah alat demokrasi Amerika untuk menerapkan pluralisme yang jelas bertentangan dengan Islam. 

Berbalik kepada pertemuan 'mesra' Anwar Ibrahim dan Taufik Kiemas. Pertemuan tersebut turut dihadiri beberapa ahli parlimen dari Indonesia. Bagi Taufik, kritikan dan cacian Anwar terhadap polisi Malaysia bukanlah satu perkara yang pelik. Trend pembangkang yang sebolehnya menafikan kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sebuah negara.

Saat ketegangan hubungan Malaysia - Indonesia berkenaan isu sempadan di Kalimantan, Anwar menggunakan sepenuhnya pertemuan ini bagi mengkritik dan memburukkan pentadbiran Malaysia. Anwar juga menambah kezaliman kerajaan yang kononnya menafikan hak asasi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) antara topik hangat untuk membangkitkan kemarahan delegasi Indonesia.

Agak mengejutkan kerana pertemuan yang dirancang bagi mengukuhkan hubungan Anwar bersama kepimpinan Indonesia rupanya tidak berlangsung sepertimana yang diharapkan. Tanpa kita sedar, entri blog peribadi Anwar memaparkan kandungan yang ringkas tidak seperti sebelum ini Anwar pasti menyiarkan segala kepentingan politik membabitkan dirinya untuk menonjolkan kekaguman supporter Anwar di luar negara.

Delegasi Taufik Kiemas lebih memfokuskan kepada isu liwat yang sedang dihadapi Anwar Ibrahim menunjukkan Indonesia kini sedang memerhati dengan penuh minat perjalanan kes liwat.

Perubahan ini menyebabkan Anwar Ibrahim menyindir Taufik yang dianggapnya sahabat baik tetapi telah berubah kerana mempercayai perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya. Bagi Anwar, perubahan sokongan Indonesia diibaratkan malapetaka kepadanya kerana diketahui Anwar kerap meniup sentimen anti-Malaysia terhadap pemerintah Indonesia.

Anwar Ibrahim kerap memburuk-burukkan kerajaan dalam lawatannya ke Indonesia. Sikap buruk seorang ketua umum yang derhaka dengan tanah air sendiri. Pertemuan Taufik dengan Anwar telah digunakan sepenuhnya kerana permintaan Indonesia untuk Anwar berubah bagi menghadapi kes liwat mengikut aturan perundangan.

Anwar harus sedar semakin ramai yang mempersoalkan moralitinya diluar negara.

Thursday, October 20, 2011

Roadshow DAP Untuk Menakutkan Orang Cina

Dari blog Penang Hari Ini yang menyebut berkenaan 'retreat' yang dibuat DAP berkenaan prestasi ADUN dan APnya.
Berdasarkan kajian akademik dan politik yang dijalankan di Pulau Pinang, DAP bakal hilang 5 kerusi DUN yang kini dalam gengaman mereka. Antara DUN yang bakal hilang ialah DUN Machang Bubuk, DUN Bagan Dalam, DUN Seri Delima, DUN Bukit Tengah dan DUN Kampung Kolam. Kenyataan ini berdasarkan kepada prestasi ADUN-ADUN mereka yang amat rendah dan ditolak oleh rakyat.

ADUN Seri Delima, RSN Rayer contohnya ditolak oleh kaum India kerana tidak membela nasib orang India sehingga Kampung Buah Pala diratah oleh kerajaan negeri walaupun dijanjikan kampung tersebut akan terbela bila Pakatan Rakyat memerintah.

Lagi teruk ialah dakwaan bahawa, bapa kepada RSN Rayer telah mengarahkan supaya bekas tapak kaki penduduk-penduduk dari Kampung Buah Pala disamak dengan susu lembu kerana menganggap kasta penduduk Kg. Buah Pala paling rendah. Peristiwa ini berlaku apabila penduduk Kg Buah Pala datang ke rumah Rayer untuk memohon bantuan menyelesaikan masalah kampung mereka.

Akibat risau dengan prestasi ADUN DAP yang pemalas sehingga rakyat marah, DAP terpaksa membuat permukiman di Pulau Jerjak bagi mencari jalan penyelesaian akan permasalahan ini. 
Kita sedia maklum, Bajet 2012 telah memberi ketakutan terhadap pembangkang. Ketakutan mereka adalah kerana peralihan sokongan rakyat yang makin tertambat dengan keikhlasan PM untuk membantu rakyat kebanyakan. 
 
Dalam hal DAP, mereka konsisten untuk meraih sokongan masyarakat cina. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan lebih meraih dan mengukuhkan sokongan masyarakat cina. Politik bijak DAP yang tidak mampu ditangani parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina.

Kita kena tahu, DAP kerap mengadakan majlis jamuan makan malam dan mengumpul dana bagi tujuan pilihan raya. Jamuan-jamuan yang diadakan kerap mendapat sambutan yang hangat dan pasti full house dan mendapat permintaan susulan.

Lihatlah keikhlasan PM dalam polisi PR1MA, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Menu Rakyat 1 Malaysia yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat daripada sibuk berpolemik dan menabur janji sepertimana kandungan dalam Bajet 2012 pembangkang.

Selepas Bajet 2012, trend DAP dalam menganjurkan jamuan makan malam sudah berubah. Mereka kini mula sibuk menafikan polisi ekonomi dalam Bajet 2012. Kerap kali ucapan lebih menaikkan ketakutan akan keruntuhan ekonomi Malaysia bersandarkan kepada polisi Bajet 2012 PM.

DAP menimbulkan keraguan malahan memperkecilkan polisi kononnya perniagaan masyarakat cina akan merudum dan teruk jika masyarakat cina mengundi menyokong kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Itulah kegusaran yang sedang melanda DAP.

Konvesyen DAP yang dibuat di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah permulaan roadshow DAP menakutkan masyarakat cina dengan polisi ekonomi dalam Bajet 2012. Selain retreat di Pulau Jerejak yang menjadi medan memulihkan moral ADUN dan APnya, DAP akan terus menjadikan polisi ekonomi Bajet 2012 sebagai isu besar yang akan merosakkan ekonomi masyarakat cina.

Apa yang diharapkan kerja keras PM untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat perlu mendapat sokongan yang kuat dari BN. Masalah dalaman yang wujud among party perlu diselesaikan segera jika mahu menafikan build-up momentum pembangkang menjelang pilihanraya.
 
Baca juga pendedahan Sel13 bagaimana ketakutan ini sudah diterjemahkan menentang polisi baru PM.

Memalukan....Seorang Profesor Menyokong Aktiviti Meliwat

Hubungan Anwar Ibrahim dan Aziz Bari bukanlah rahsia bagi pengikut gerakan Islam pada tahun 1970-an. Hubungan mereka bermula ketika Anwar Ibrahim berjawatan Presiden Abim lagi dan dimana pada ketika itu Aziz Bari sebagai presiden PKPIM(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan secara kebetulan kader liberal Anwar bernama Khalid Jaafar juga menjawat jawatan timbalan presiden PKPIM.

Hubungan ABIM dan PKPIM pada ketika itu ibarat abang dan adik ini dibuktikan banyak kerjasama diadakan melibatkan 2 persatuan ini pada ketika itu.Begitu juga dengan pemimpin mereka, hubungan Anwar Ibrahim dengan Aziz Bari dan Khalid Jaafar dikatakan terlalu rapat.

Hubungan rapat ini diteruskan dengan Khalid Jaafar dilantik selaku Pengarah IKD. Institut mewah kelolaan Anwar yang bermodus operandi Islam Liberal pada masa kini dan mendapat tajaan oleh yayasan Kristian Jerman bernama KAF (Konrad Adenuear Foundation) pertubuhan yang mendapat suntikan dana daripada George Soros dan AJC (American Jewish Committeee). Aziz Bari juga telah mendapat royalti RM20,000 daripada IKD pada beberapa tahun lepas hasil jualan buku 'Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang'.

Situasi ini jelas menunjukkan hubungan rapat Anwar,Aziz Bari dan Khalid Jaafar pada masa kini. Jika difikirkan royalti RM20,000 amat berlebihan dibandingkan dengan jualan buku Aziz Bari itu yang tidak memberansangkan.
Adakah ini dijadikan sebagai alasan untuk IKD menyuntik dana kepada Aziz Bari?
 
Kedua, adakah Aziz Bari juga adalah pembawa mesej Islam Liberal dengan kaitan rapatnya dengan IKD?

Hubungan rapat mereka bertiga inilah yang tidak mengejutkan apabila Aziz Bari mengeluarkan bermacam-macam kenyataan menggesa beberapa individu disingkirkan daripada PAS.

Kerana apa? kenyataan-kenyataan ini semua adalah arahan daripada abang kesayangan beliau Anwar Ibrahim. Semuanya bermula daripada panggilan telefon Anwar kepada Aziz Bari selepas kekalahan PAS di Bagan Pinang yang disebabkan campur tangan Anwar dalam pemilihan calon PAS di pilihanraya kecil itu.

Dalam perbualan telefon itu Anwar menceritakan kepada Aziz Bari bahawa beliau kini sedang ketakutan melihat PAS kini lebih terbuka untuk berkerjasama dengan semua pihak dan Anwar takut PAS akan beralih arah dalam suasana PKR bercelaru dengan keluar dan lompatnya beberapa YB dan pimpinan semua peringkat. Menurut Anwar lagi, beliau takut kehilangan bantuan jentera PAS yang banyak membantu PKR dalam Komplot Pembangkang. Tanpa PAS, PKR akan lemah kerana PKR tiada kemampuan dalam menggerakkan jentera operasi pilihanraya dan jentera parti.

Beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini juga melihat bertapa PKR itu sendiri semakin lemah, dengan keluarnya beberapa orang Adun PKR dari parti serta perletakan jawatan beberapa pimpinan disemua peringkat serta berduyun-duyun meninggalkan PKR kredibiliti PKR malah Anwar Ibrahim itu sendiri menjadi semakin hilang dan jauh ditinggalkan arus politik semasa Tanah Air ini.

Justeru itu Anwar telah menggesa Aziz Bari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggesa PAS supaya menyingkirkan individu-individu yang semakin hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan mula nampak kelicikan permainan politik Anwar Ibrahim seperti Haji Abdul Hadi, Ustaz Nasa,Mustapha Ali serta Hassan Ali.

Penyingkiran mereka-mereka ini akan dapat memudahkan Anwar Ibrahim menguasai PAS dan terus menggunakan PAS untuk kepentingan PKR serta survival politik beliau sendiri.Di samping itu Anwar ingin membersihkan imej beliau yang menjadi punca kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan meletakkan kesalahan itu kepada individu-individu tadi.

Aziz Bari yang jelas kasihan kepada Anwar menuruti segala kehendak Anwar dan menjadi boneka Anwar untuk melemahkan PAS.Justeru itu segala macam kenyataan dikeluarkan oleh Aziz Bari pada kebelakangan ini atas dasar dan matlamat menyingkirkan pemimpin PAS yang tidak pro Anwar Ibrahim sekali gus berhasrat melenyapkan kelemahan beliau dan PKR itu sendiri dengan harapan untuk menjadi kuasa dominan didalam PR.

Sudah jelas lagi bersuluh kaitan Anwar dengan Aziz Bari.


Sumber dari SINI

Wednesday, October 19, 2011

PANAS! Pegawai Khas ADUN DAP Hina Kaum India


Leong Yook Kong, Setiausaha Politik YB Thanasekaran, ADUN DAP Bagan dalam akaun twitternya telah menghina kaum India dengan ibaratkan mereka dengan ular.

Beliau yang sebelum ini pernah melakukan sedemikian kali ini dengan terus terang menghina  kaum India dilaman twitternya. Jika dilihat dengan baik, beliau sering menggunakan kata-kata kesat terhadap kebanyakkan orang yang beliau tidak sukai seperti yang tentera di gambar atas.

Ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengaku akan motif beliau dan tweet beliau memang ditujukan kepada kaum India.

Apakah DAP akan biarkan rasis sebegini dalam parti? adakah tindakan akan diambil atas kenyataan penghinaan tersebut?

Penulis pinta Leong Yook Kong untuk tampil memohon maaf akan apa yang telah dilakukan.!


Sumber dari SINI

Seperti yang sedia kita maklum, DAP adalah parti yang sangat rasis walaupun depa kononnya mengaku menjaga kebajikan semua kaum tetapi tak lebih hanya mahu undi dan cibaikan kaum lain. Sama perangai macam komunis

Apa yang diketahui satu laporan polis telah dibuat oleh Pengerusi Media Baru MIC untuk diambil tindakan kerana DAP telah menghasut pengguna twitter dan cubaan mencetuskan kegusaran kaum lain.

Tuesday, October 18, 2011

Awas! Guan Eng Sedang Bina Simpati Rakyat

Kes sexual harrasment anak lelaki Guan Eng amat menarik. Guan Eng adalah khalifah sikat rambut tepi yang bermuka manis tapi berlidah biawak. Ciri-ciri seorang peniaga cina yang bijak mengaut keuntungan dengan janji-janji manis.

Guan Eng ketika ini sedang membina momentum simpati rakyat khususnya penyokong tegar PAS dan masyarakat cina. Guan Eng mahu rakyat simpati pada dia sekeluarga terutamanya pada anak lelakinya yang jahat dan sex maniac.

Kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng lebih berkisar memujuk dan meraih simpati. Dia mahu rakyat tahu bahawa anaknya kini sedang trauma dan hampir gila dengan pendedahan kes raba buah dada. 

Jika kita masih ingat tragedi kematian Teoh Beng Hock 2 tahun dulu. Apabila TBH mengambil jalan pintas terjun hanya kerana mahu menyelamatkan kerajaan suci DAP. Habis DAP manipulasi kematian TBH untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu pokok yang sedang berlaku. Jika tak kerana DAP seleweng dan buat kerja kotor bela gangster dan rasuah, TBH takkan dipanggil ke SPRM untuk diambil keterangan.

Lihatlah pada kenyataan Guan Eng, kebanyakan mahu rakyat simpati pada anak lelakinya. Macam tak logik anak nak tukaq sekolah hanya kerana mahu simpan rambut panjang sikit.

Guan Eng akan terus memainkan isu trauma anaknya untuk alih perhatian rakyat daripada kasihan kepada mangsa yang fobia untuk bersekolah dan berpacaran.

Anwar Nafi Kehendak Ahli PKR Sabah

Nampak gaya Anwar sudah mengesahkan dia adalah seorang pemimpin diktator. Mengemudi PKR untuk tidak pernah belajar dari kesilapan. Isu ketidakadilan dalam pemilihan terdahulu masih lagi belum terjawab kali ini PKR meneruskan tradisi menafikan kehendak akar umbi.

Rupa-rupanya pelantikan Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah buat kali kedua telah mencetuskan rasa tidak puas hati ahli PKR Sabah terutama sekali kumpulan penyokong Ansari Abdullah.  PKR Sabah tidak mahu kepimpinan yang lembik, kusam dan membodek. 

Politik PKR di Sabah sebenarnya penuh tricky dan curiga. Saling tidak percaya antara satu sama lain.

Keputusan undi Ketua-Ketua Cabang di seluruh Sabah telah memberi isyarat jelas bahawa politik dalaman PKR di Sabah saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Bukan sahaja di Sabah malahan trend tersebut turut berlaku di semenanjung. Politik PKR adalah lubuk manipulasi undi, dendam dan ketidakadilan terhadap calon. PKR selalu menafikan suara kehendak akar umbi.

Jika di Sabah senarionya adalah begini bagaimana PKR mahu memerintah Malaysia. Di Semenanjung ketidakadilan dan manipulasi undi adalah perkara biasa bagi ahli PKR. Ibarat kata dengan kekurangan undi menyokong pun boleh menjadi pemimpin hanya dengan blessing daripada Anwar. Langsung tidak adil

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini pungutan suara untuk memilih pengerusi negeri telah diadakan. Daripada 19 Ketua Cabang yang hadir hanya 1 undi yang menyokong Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi Negeri dan selebihnya lebih memihak kepada Ansari Abdullah.

Oleh kerana PKR adalah hak mutlak Anwar Ibrahim sekeluarga, maka suara 2 pertiga undi yang mahukan Ansari dan menolak kepimpinan Thamrim telah mengubah demokrasi. Anwar Ibrahim mengangkat Ahamad Thamrim Jaini untuk mengetuai PKR Sabah walaupun dengan 1 undi.

Hebat politik demokrasi acuan Anwar.

Anwar kerap kali menyatakan janji autonomi kepada Sabah. Untuk lebih faham, politik dalaman Sabah perlu ditentukan anak jati negeri itu. Tiada campur tangan pihak luar. Itu janji autonomi Anwar kepada PKR Sabah. Jika begini acuannya, susah benar PKR mahu mengemudi bala tentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Oleh itu tidak hairan jika dapat waktu yang terdekat, sembilan Ketua Cabang PKR, terutama yang mewakili Masyarakat KDM (Kadazandusunmurut) akan mengikuti jejak langkah bijaksana Mantan Pengerusi MPN Sabah, Ustaz Pajuddin Nordin menyertai UMNO dan parti komponen BN.

Persoalannya masih relevankah perjuangan PKR di Sabah jika pucuk pimpinan PKR membuat janji seperti ‘Pelacur’ yang bersumpah setia kepada kekasih, tetapi membenarkan diri dilanggani orang lain, semata-mata kerana kerjayanya sebagai Pelacur!

Tanya Chegu Bard dia mesti setuju.....