Wednesday, August 18, 2010

PAS Yang Bingai...Sendiri Yang Salah Lagi Tuduh Orang Dengki

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul. “Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.

Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.

Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.

Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.

Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.

Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Bila dah malu tak boleh buat tuduh orang dengki dengan dia. Dulu pun macam tuh, masa riuh pasal tajaan haji dan kek coklat 5 kilo, dia tuduh orang dengki dengan dia. Tak mampu nak buat hudud pun dia tuduh orang dengki.

Sendiri yang tak betul lagi mau tunding jari pada orang. Bayangkan PAS jadi pemerintah pusat gagal laksana janji-janji belanjawan depa tuduh orang sabo dan dengki pada kerajaan.

Apa punya bingai lebai PAS dan penasihat ekonomi PAS.

6 comments:

Anonymous said...

apa le kealo butoh tong najis ni bulan puasa ni buat fitnah...pooki mak dia nih....Dr M dah buat dulu trade dengan Iran lagi cuma yang jadi mangkok hayun Pak Lah yang tak kasi sambung dinar emas...

taipingmali said...

Nik Aziz jadi macam kisah Ali Baba dan 40 Penyamun...rujuk my blog....tq

Anonymous said...

apa sumber nik aziz letak untuk stabilkan dinar emas sedangkan ringgit juga distabilkan dengan meletakkan emas.

memang rasulluah saw menggunakan dinar..tapi siapa yg nak dengki & apa kena mengena nik aziz kata dinar emas ni seolah-olah menghina islam??

apa sumber dia kata dinar emas kelantan boleh digunapakai & berapa tukaran dinar emas kepada ringgit?

jawab nik aziz paling tidak pun kussam mussas yg jawab!!

Anonymous said...

Biaq pi la Nik AJIS tu guna dinar emas apa kita susah nanti orang kelantan bila nak beli barang diaorang kena bawa emas dan kedai runcit dan pasaraya di kelantan pun banyak-banyaklah simpan emas nanti senang kerja perompak lagi satu mesin ambil duit kena tukar ke mesin ambil emas suruh lah cina-cina dap ciptanya.

Anonymous said...

Perhatian ! penjual beg duit di kelantan dinasihatkan menghantar simpanan yg ada ke negeri lain kerana selepas ini orang kelantan tak guna beg duit lagi.

j3bat said...

Hadis mana, surah mana kata wajib pakai dinar dan dirham ?

Husam Bidas Editor Islamic Banker

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/17/mstar_berita/20100817142818&sec=mstar_berita

Pehh! husam lagi tinggi ilmu ekonomi dari Editor, ulang tulis Editor Islamic Banker.