Thursday, November 12, 2009

Isu Bai'ah: Yang Tidak Cerdik Adalah Orang PAS Juga.

Membaca beberapa tulisan berkaitan isu lafaz bai'ah dalam media siber kala ini telah memusatkan satu konklusi terhadap posting kali ini..PAS tidak mempunyai keyakinan diri untuk berdiri dengan kaki sendiri. Walaupun sudah berpuluh tahun berdiri sebagai satu parti politik berjiwa membangkang, PAS gagal mengaplikasi kematangan politik mereka. Minta maaf jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan kalimah ini.

Isu bai'ah telah dieksploitasi dengan baik oleh lawan PAS tetapi PAS gagal mewujudkan kefahaman yang tulen kerana pelbagai reaksi yang disuarakan dalam membidas isu itu tidak kukuh tambahan pula kepimpinan tertinggi PAS termasuk Nik Aziz dan Hadi Awang longlai untuk menepis tohmahan itu. [Rujuk]

Meletusnya isu bai'ah adalah apabila pertemuan Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali dengan sekumpulan blogger pada 26 Okt lepas yang digambarkan sebagai kesinambungan kepada konflik dalaman PAS selepas cetusan Aziz Bari yang mengundang reaksi segera Nik Aziz. Nik Aziz yang sudah lama tidak senang dengan segelintir pemimpin mendesak mahu 'pemimpin-pemimpin' itu disingkirkan melalui EGM.

Dalam pertemuan tersebut, Hassan Ali menjelaskan pelbagai perkara merangkumi isu semasa pentadbiran Selangor dan juga parti. Dengarnya video pertemuan itu masih disimpan kemas.[Rujuk] Dapat dilihat penjelasan Hassan Ali yang kabur berhubung bai'ah talak tiga telah disambut oleh Nasharuddin dengan mengiyakan klause bai'ah itu. Ini telah mengundang rasa terkejut blogger yang sesungguhnya tidak pernah tahu akan lafaz bai'ah itu.

Walaupun sudah ditegur untuk tidak menghebahkan pertemuan malam itu tetapi kerana sikap tidak amanah dan nafsu untuk menulis menafikan isu yang dibangkit oleh sebuah blog, isu bai'ah ini juga telah terlepas ke pengetahuan umum. Makanya, Hassan Ali yang tahu akan dunia sonsang media siber telah memperoleh kemenangan moral yang pertama. Laman blog pro-PAS juga yang membocorkan pertemuan malam itu

Perlu diucapkan terima kasih kerana tanpa sumbangan blogger tak mungkin rakyat Malaysia tahu akan kewujudan fahaman sempit yang diamalkan PAS dalam menjaga tindak tanduk ahlinya. Rakyat perlu sedar, isu bai'ah bukanlah isu yang kecil kerana tindakan ahli politik yang letakkan taraf yang rendah wanita sebagai tebusan atau gadaian amatlah tidak wajar.

UMNO yang gah dengan rekod yang cemerlang sebelum ini walaupun tercalar dengan prestasi yang merudum langsung tidak terfikir untuk mengadaikan isteri sebagai barang gadaian politik. Tun Dr. Mahathir menyifatkan sebagai satu penghinaan [Rujuk]

Tercetusnya isu bai'ah telah memberi kelebihan kepada Hassan Ali. Daripada beliau mahu keluar dari PAS kerana tidak tahan dengan permainan politik PAS lebih elok beliau dipecat terus tanpa perlu beliau susah payah menceraikan isteri dengan melompat parti.

Kini isu bai'ah PAS sudah tidak dapat ditutup lagi. PAS sudah tersepit dengan fahaman sempit dan kesilapan kepimpinan PAS diterjemahkan oleh ahli PAS sendiri [Rujuk]

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam tokey, inilah cara PAS untuk mengekang mana-mana penyokong sudah sedar dan insaf akan penyelewengan PAS dari meninggalkan PAS......

Anonymous said...

PAS dah kantoi besar bro

Anonymous said...

PAS dah kantoi besar bro