Tuesday, September 07, 2010

Kongres PKR: Anwar Nafi Kehendak Akar Umbi?

Semacam ada yang tidak kena bila jentera media PKR lebih memfokuskan kepada pertandingan Azmin dan Zaid Ibrahim dalam pemilihan kali ini. Turut sama jadi tumpuan adalah pertandingan 3 penjuru mencari Ketua Pemuda yang lebih berkaliber, jambu, setia dan dinamik.
Sewaktu menghadiri pengumuman AP PKR semalam yang secara tidak langsung memberi mesej kepada Zaid Ibrahim kewujudannya dalam PKR diragui, sempat juga memasang telinga akan "keributan" yang berlaku dalam kem kepimpinan tertinggi PKR.
Baru difahami, tumpuan kearah pertandingan jawatan No.2 PKR sebenarnya mahu mengalih perhatian ahli daripada membicarakan teraju utama PKR yang kini disandang oleh Wan Azizah. Hasil pertemuan dengan Cabang Balik Pulau semalam, mendedahkan betapa nilai demokrasi sebenarnya tidak wujud dalam PKR.

Semua orang tahu Waz Azizah yang memimpin PKR hampir 10 tahun yang lebih berkuasa adalah Pak Sheikh walaupun dia cuma Ketua Umum yang berstatus Penasihat. Jasa Wan Azizah yang bertungkus lumus sepanjang Pak Sheikh di penjara cuma boleh jadi sejarah dan disimpan dalam balang kaca.

Sebelum PC semalam, Datuk Kamarul Baharin telah mendapat tahu Pak Sheikh sedia maklum bahawa ada usul untuk jawatan Presiden diganti dengannya. Alasannya Wan Azizah sudah terlalu ''uzur'' untuk kemudi PKR. Servey ahli mahu Pak Sheikh sebagai Presiden PKR dan bukan lagi menjadi de facto selamanya.

Usul macam ini yang tidak digemari Pak Sheikh kerana baginya peranannya sebagai Ketua Umum adalah bayangannya untuk menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama itu pun jika PKR berjaya membentuk kerajaan dan perlembangaan diubah suai mengikut kehendaknya.

Tapi alasan sebenar Pak Sheikh enggan jawatan Presiden ditanding adalah kerana dia sendiri tidak yakin dengan tempoh hayat PKR. Alahai Pak Sheikh, bukannya susah untuk jadi Presiden cuma tukarkan jawatan Ketua Umum kepada Presiden peranannya tetap sama.

Ini bezanya, PKR berbangga dengan pindaan perlembagaan kononnya setiap 400 ribu ahlinya boleh mengundi siapa yang patut mengisi jawatan tertinggi parti. Kononnya pembaharuan demokrasi yang dibawanya tidak terfikir oleh parti politik yang lain tetapi sebenarnya hanyalah sekadar cakap kosong.

Disebabkan itu, bila ramai ahli bawahan mahukan jawatan Presiden ditandingi dan Pak Sheikh sendiri diusul untuk mengisi jawatan itu, cepat-cepat Pak Sheikh menafikan kehendak akar umbi. Apa perlu lagi Wan Azizah sebagai Presiden jika segala keputusan dibuat menerusi Pak Sheikh. Dimana corak demokrasi yang dilaung-laungkan.

Alahai Pak Sheikh, bila ada laluan depan yang mudah mahu juga pilih 'jalan belakang' yang membahayakan.

No comments: