Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, May 14, 2012

PKR Takkan Rasa Bersalah Kerana Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Rakyat

Sama ada Rafizi rasa bersalah dan menyesal seumur hidup ataupun Johari yang tersilap langkah berkawan dengan syaitan dan mengambil jalan sukar mengecewakan isteri dan anak-anaknya.

Inilah bahana apabila syaitan cuba berlagak malaikat dan mengisytiharkan jihad dengan mempengaruhi manusia yang alpa dengan wang ringgit.

Johari pasti ditawarkan wang ringgit dan janji manis kononnya tindakannya menyalurkan maklumat kewangan peribadi owner NFC adalah mulia dan syahid. Dijanjikan barisan loyar penyamun dan mata kuyu Johari tampak konfiden dia tidak langsung melanggar apa jua peraturan jauh sekali norma kemanusiaan.

Rafizi, Zuraidah, loyar kuyu Surendran dan PKR amnya pasti tersentak dengan tindakan Public Bank mengunapakai Akta Bank dan Institusi Institusi Kewangan 1989 [BAFIA] terhadap pelanggaran peraturan oleh Johari.

Apa yang boleh dilakukan Rafizi hanyalah mengadakan sidang media untuk meraih simpati dan mengalih isu pokok dan mahu mengangkat penjenayah sebagai wira. Ini adalah game biasa PKR yang tidak pernah menghormati undang-undang dan mengikut kepala depa saja.

Ini bukan kali pertama PKR membela penjenayah dan merosakkan kedaulatan undang-undang. 

Tulisan ini bukanlah mahu mentertawakan Johari akibat tindakannya tetapi inilah seni politik pembangkang yang tidak mempedulikan undang-undang dan bijak menabur janji seolah-olah law enforcement adalah kepakaran mereka.

Johari wajar menyesal kerana namanya sudah disenaraihitamkan mengikut Akta Pekerja dan bagaimana dia mahu menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Rakyat yang terdesak dan mudah terpengaruh adalah mainan pembangkang demi menjayakan kepentingan politik mereka.



Monday, May 07, 2012

Tahukah Mereka Apa Perasaan Anggota Polis Kini?


Apa agaknya perasaan anggota Polis melihat hal sebegini?

Selepas Bersih 3.0 hari itu PAS seolah-olah ketandusan idea dan cuma memalingkan dengan menyalahkan Polis dalam segala segi. Polis ganas, provokasi sehingga mencipta isu kononnya polis dalam satu tindakan telah mengacukan pistol terhadap perusuh.

Ternyata idea-idea jahat ini hanya mahu menyalahkan polis dan memulakan pertempuran.

Tetapi dari satu sudut, PAS seolah-olah terlupa akan penat lelah pasukan keselamatan yang berkawal untuk mempertahankan Dataran Merdeka. Bermula dari 26hb sehingga perhimpunan berlangsung polis telah berkawal kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang dari menerima anasir Bersih untuk menawan Dataran Merdeka.

Bab polis penat berkawal PAS terlupa dan mereka juga terlupa hak undi polis dalam PRU akan datang.

Konsistensi PAS dan jentera psywar mereka menyalahkan polis telah mewujudkan paranoid polis terhadap PAS. Polis brutallity bukan sebenarnya seperti mana yang digambarkan. Adakah Malaysia dikuasai polis yang ganas, brutal dan tiada belas kasihan?

Tidakkah terfikirkan pembangkang bahawa kekerapan menyalahkan polis dalam semua isu telah menyebabkan ramai polis berasa terancam dengan kecelaruan politik hari ini? Rasanya, pembangkang amat berkehendakan undi pos polis dalam PRU akan datang. 

Hari ini, Merdeka Center boleh menjalankan kaji selidik terhadap pasukan keselamatan. Boleh dijalankan secara random untuk menilai suara hati polis. Tanya mereka mengenai suasana politik dan cetusan yang digagaskan pembangkang.

Pasti keputusannya amat mengejutkan.

Semasa Sidang DUN Pulau Pinang, seorang ADUN mendeklamasikan surat keluhan anak seorang anggota polis. Surat itu tenyata menyentuh ramai pihak mengenai kepayahan tugas anggota polis.

Kalau yang hati batu macam Anwar Ibrahim dia tidak akan berasa apa-apa tetapi majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian pasti akan terfikir hidup di Malaysia adalah perkara yang paling bermakna.

Kepada Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang kuasa undi polis jangan dilupa. Mereka juga berkuasa untuk memberi hak mentadbir negara ini kepada pemimpin yang berkelayakan.

Insiden Bersih rasanya telah memusatkan satu keputusan bahawa pemerintahan hari ini perlu dikekalkan dan memberi kuasa memerintah kepada pencetus keganasan adalah satu langkah yang tidak bijak.

Thursday, December 22, 2011

SAMM Sedang Grooming Anarkis Huru Harakan Mahasiswa

Saya menerima SMS ini:-
SAMM jemput wakil2 NGO, NGI, parti politik, para peguam & media ke Sidang Media Khas Solidariti bsama Adam Adli-desakn kebebasan akedemik. 23 dis, 3.15 ptg d Dewan D'Ark, Tmn Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi (exit tol senawang), seremban. Sidang media diketuai-Adam & teman2 siswa sendiri. Mohon hantar wakil. Sila respon sahkan kehadiran . Jgn biarkan gerakan m/siswa sendirian bdepan ugutan termasuk bunuh
Betulkah Adam Adli hero baru gerakan revolusi akademik? 

Tindakan tidak matang Adam yang menurunkan bendera UMNO dalam kawasan sendiri adalah ibarat mempersendakan sebuah elitis yang disegani.

Kita dapat lihat bagaimana elemen penjajah di kalangan mahasiswa ini. Adakah ini politik matang dan profesional?

Adam ini pun masih bongkak enggan minta maaf dengan apa yg dibuat tapi salahkan kerajaan pulak yang sebabkan mereka buat macam tu. Hello brader, kamu mahu  rakyat respek perjuangan kamu tapi kamu tidak respek hak org lain? Macamana plak tu?

Besuk Adam akan buat press statement dan didokong oleh PKR. Tunggu apa lagi, kasi lempang dan londeh seluar dia.

Ini menunjukkan revolusi taik kucing ini disokong PKR dan pembangkang. Nak bukti apa kalu dah Chegu Bard terpacak depan Bukit Aman dan Adam dilempang oleh brader Lan. Politik sekarang perlu begini. Tak perlu nak tunggu desak pohon maaf.

Budak-budak sekarang dah bijak-bijak. Depa semua dah besar kepala kononnya dah khatam habis buku pelajaran.Ini semua pasal ada kepala yang berani persoal hak-hak keistimewaan.

Setuju sangat jika kerajaan perketat AUKU, bukan boleh kasi kesenangan padahal itu semua alat nak masuk politik dan maki hamun kerajaan. Tarik balik duit biasiswa dan buat meritokrasi jangan harap budak-budak Melayu nak dapat tempat.

Baca interview Adam di Sinar Harian terasa macam mahu lempang dan sekolahkan dia. Nekad defensif dengan isu bukan turun bendera tetapi yang orang marah sekarang adalah rebel anarkis yang kau orang buat. Macam tentera jepun masuk Pantai Sabak dan jajah kawasan orang. Kepala butoh dia....

Politik sekarang orang dah tak suka bagi kuntum bunga tunggu dan menunggu. Orang sekarang mahu tengok reaksi balas buat perbuatan yang kurang ajar.

SAMM sekarang sedang grooming Adam untuk jadi Anarkis dan huru harakan mahasiswa. Ini yang kita kena pantau. 

Friday, December 09, 2011

Ingat Semula.....Khalid Kata Buang Masa Tinjau Masalah Rakyat

SHAH ALAM 7 Sept. - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam marah dan kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang.

Ahli Parlimen PKR itu memberi amaran bahawa Abdul Khalid bakal menerima kesan pada pilihan raya umum lima tahun akan datang ekoran kenyataannya yang menyinggung hati ramai penduduk kampung terlibat.

"Saya puji tindakan pantas UMNO apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turun dengan cepat melawat mangsa bencana alam ini dan menghulurkan bantuan.

"Mana pemimpin kerajaan negeri? Sebagai Ahli Parlimen Kapar, saya sungguh kecewa apabila tidak ada yang tunjuk muka. Saya tidak takut jika pucuk pimpinan parti mahu mengambil apa- apa tindakan terhadap saya kerana saya berpendirian tegas dalam hal ini.

"Saya terima banyak aduan, ramai yang pelik dan tidak suka dengan kenyataan Menteri Besar, kenapa dia cakap macam itu, memang peliklah dengan cara dia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurut Menteri Besar itu, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Dalam kejadian pukul 3 petang pada 1 September lalu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut.

Sebelum ini, Manikavasagam mendakwa Abdul Khalid seolah-olah tidak mengambil berat dengan nasib mangsa ribut apabila tidak menghantar bantuan segera kepada mangsa yang menghadapi pelbagai kesusahan.

Kritikan itu dibuat selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib melawat mangsa dan menyerahkan bantuan RM300 kepada 340 keluarga yang rumah mereka rosak teruk sehari selepas kejadian.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) turut menyumbangkan RM100,000 untuk membeli dan menggantikan atap rumah yang rosak.

Mengulas lanjut, Manikavasagam memberitahu, beliau boleh menerima jika hanya berlaku bencana kecil seperti kebakaran membabitkan 10 rumah tetapi kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu boleh dianggap sebagai bencana negara.

Menurutnya, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid perlu meninggalkan mentaliti dunia korporat apabila menganggap tindakan sedemikian hanya membuang masa tanpa mengambil kira kesan ekoran kenyataan seperti itu.

Selain itu, ekoran tindakannya mengkritik Abdul Khalid sebelum ini, beliau menerima banyak ugutan daripada beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya bersuara sehingga terpaksa membuat laporan polis.

p/s: Sudah dibilang...agenda PKR hanya untuk Anwar Ibrahim bukan untuk rakyat....

Thursday, December 08, 2011

Agenda PKR Hanya Untuk Anwar Ibrahim Bukan Untuk Rakyat II

Bersambung dari sini
Diberitakan ketika ini hujan lebat sedang melanda di beberapa kawasan antaranya KL, Klang, Kajang dan Hulu Langat. Ini pasti menjadi mimpi negeri bagi rakyat dikawasan berkenaan.

Trauma rakyat Bandar Kajang dilanda banjir kilat minggu lepas pasti belum habis lagi. Kerugian perniagaan dan terbantut urusan seharian adalah perkara yang terpaksa dihadapi apabila sikap pemipin. 

Musibah melanda Kajang hari ini apabila banjir kilat melanda kawasan bandar Kajang secara tiba-tiba. Berdasarkan rekod, ini bukanlah kejadian kali pertama yang berlaku di daerah berkenaan, kerana kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 1998.

Dan memang benar kuasa ALLAH menentukan segala-galanya, namun ALLAH tidak pernah melarang manusia untuk mencari ikhtiar untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku terhadap diri mereka.

Mungkin inilah akibatnya dari tindakan kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim. Tidak salah sekiranya beliau beranggapan demi menjaga pembendaharaan negeri. Namun adakah berbaloi membatalkan projek yang berjuta namun musibah yang bakal melanda menyebabkan kerugian beratus juta selepasnya?

Walaubagaimanapun yang berlaku tetap berlaku dan ini adalah takdir dari ALLAH. Mungkin sudah tiba masanya untuk Khalid Ibrahim mengakui kesilapannya dan meminta kerajaan persekutuan memulakan semula projek yang telah beliau batalkan sebelum ini.

Bukti sumber : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/29143

Petikan Pena Minang

P/S Apa akan jadi pada kedudukan air untuk Selangor selepas 2013 yang mana Khalid sudah batalkan projek empangan Langat? Sanggupkah kita tanggung lagi kesalahan Khalid membatalkan projek tanpa asas yang betul dan cukup???

Sumber dari sini

Agenda PKR Hanya Untuk Anwar Bukan Untuk Rakyat

Asalnya penubuhan PKR adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pasca 1998. Kesalahan salah guna kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Maknanya, penubuhan PKR adalah sama dengan sebuah keluarga yang menuntut kebebasan suami.

Tidak pernah ada dalam sejarah moden politik dunia, sebuah parti politik ditubuhkan hanya bertujuan untuk mendewakan seorang lelaki. Inilah doktrin sejak dahulu dalam PKR iaitu mahu mendewakan Anwar Ibrahim dan membebaskannya.

PKR ditubuhkan bukanlah berlunaskan mahu menjaga kebajikan rakyat jauh sekali mahu mencorak politik baru untuk kesejahteraan rakyat. Keadilan dan kebajikan rakyat bukan dalam manifesto PKR. Inilah fakta yang perlu diketahui.

Memandangkan doktrin PKR merekrut ahli adalah kerana Anwar Ibrahim bukan kerana kepentingan rakyat, dasar perjuangan PKR adalah untuk Anwar tidak pada rakyat. Pada PKR, rakyat hanyalah stigma dalam meraih sokongan untuk Anwar. Kebajikan dan kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan.

Sementalah kejayaan PKR mengambil alih Selangor pemberian air percuma cumalah mahu mengotakan janji pilihan raya. Jika tiada dalam manifesto, jangan harap mahu rakyat Selangor merasa. Oklah itu kita boleh bagi kredit dan ucap terima kasih. Walaupun PKR terpaksa, mencanang akan bagi air percuma adalah perkara wajib dalam ceramah-ceramah. Janji ada daripada tiada.

Tapi kini bolehlah kita persoalkan yang lain-lain. Mana janji-janji untuk ibu tunggal, untuk anak kecil mahu bersekolah, untuk warga emas dan paling pelik mana janji mahu merakyatkan ekonomi Selangor. Mana semua itu?

Itu semuanya RAKYAT Selangor tapi apa agenda untuk memenuhi kebajikan rakyat Selangor?
-----------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Bosan, sakit hati dan kecewa antara perasaan yang bersarang dalam hati pengguna jalan raya di ibu negara apabila memikirkan masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Utusan Malaysia mengenai isu itu, namun ia bagaikan menyiram air ke daun keladi kerana tiada peningkatan ketara terhadap kualiti jalan raya seperti yang diharapkan pengguna.

Laporan Khas Utusan Malaysia bertajuk ‘MRR2 Zon Perang?’ pada Mac 2010, ‘Kualiti Jalan di KL Kelas 3’ (Ogos 2010), ‘Sampai bila jalan berlubang?’ (Ogos 2010) dan ‘Teknologi jalan zaman British’ (Oktober 2011) semuanya mempersoalkan keadaan jalan raya di ibu kota.

Jalan berlubang, retak, mendap, beralun, tampalan tidak sempurna dan berpasir merupakan situasi yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik kenderaan pening kepada memikirkan kos tambahan untuk penyelenggaraan kenderaan.

Kerap kali jalan raya yang baru diturap, dikorek semula untuk dipasang kabel atau saluran air dan selepas itu tidak ditampal dengan sempurna menyebabkan keadaan jalan kembali rosak dan tidak rata.

Jalannya berlubang, berpasir serta tidak rata akibat turapan yang tidak berkualiti.

Keadaan di Jalan Ampang pula lebih teruk apabila sepanjang laluan itu ada sahaja lubang serta tampalan yang tidak rata dengan ada yang berlubang kembali.

Keadaan jalan yang berpasir tidak menghairankan dengan kehadiran lori mengangkut bahan itu yang keluar masuk ke kawasan pembinaan di kawasan tersebut.

Seharusnya jalan-jalan utama di pusat bandar raya ini perlu berkeadaan baik kerana ia mencerminkan imej negara.

Jalan di kawasan-kawasan perumahan juga turut tidak terlepas daripada mengalami keadaan sama termasuk kawasan yang dianggap elit seperti Taman Tun Dr. Ismail dan persimpangan Mont Kiara ke Sri Hartamas.

Jalan berlubang dan tidak dibaik pulih sejak sekian lama menyebabkan kualiti hidup penghuni terjejas.

Jika jalan raya rosak berlaku di kawasan seperti itu, mungkin keadaan jalan di kawasan perumahan lain di pinggir kota lebih teruk lagi.

Di Taman Cheras Perdana, lubang sedalam satu meter hanya ditutupi dengan kepingan besi seakan mengundang padah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.

Biarpun ia telah ditanda dengan tali keselamatan, namun masih lagi berbahaya kepada pemandu serta penunggang motosikal terutama pada waktu malam dengan jarak penglihatan yang terhad.

Di sepanjang Jalan Kepong dan Jalan Kuchai Lama pula, senario jalan berlubang, retak dan tidak rata sudah menjadi pemandangan biasa.

Ia turut sama berlaku di susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke Jalan Genting Klang dan juga di Jalan Loke Yew.

Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir? Pihak berkuasa tempatan dan kementerian yang bertanggungjawab perlu mempunyai pelan dan cara khusus memantau serta menangani masalah jalan rosak agar ia tidak berulang.

Tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju, namun di mana manisnya status itu apabila kualiti jalan raya masih lagi di tahap negara dunia ketiga.

Thursday, November 24, 2011

Kongres Nasional PKR: Retreat Terakhir Anwar Sebelum Ke Sg Buloh

Siri Ceramah Perdana  Perdana  Dato’ Seri Anwar Ibrahim
 Sempena Kongres Nasional 2011 di  Johor

I) Jumaat – 25 November 2011
I) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam
  Lokasi:  Cathay Restaurant JB,  Taman Molek, Johor Bahru
ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
    Lokasi :  Pejabat PKR Tebrau, Taman Daya,  Johor Bahru
iii) 9.00 – 12.00 malam -  Ceramah Perdana 2
Lokasi: Pejabat PKR  Gelang Patah,  Jln Keindahan 1, Tmn  Skudai Indah,  Skudai

2) Sabtu – 26 November 2011
i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
Lokasi:  Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram,  Johor Bahru
ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2
Lokasi :  Jalan Sawi, Kampong Bendahara, Johor Bahru
iii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 3
 Lokasi: Kampong Parit Kromo, Air Baloi,  Pontian

3) Ahad – 27 November 2011
i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
   Lokasi:  Pej PKR Simpang Renggam, Taman Cemara, Kampong  Shaari, Simpang Rengam, Johor
ii) 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS Johor,
    Lokasi: Markaz PAS Air Hitam, Dataran Haji Mardi, Air Hitam
 ---------------------------------------------------------------------------------------------
Kongress PKR kali ini adalah luar biasa. Walaupun tiada sebarang pemilihan sebarang jawatan peringkat nasional tetapi ia amat signifikan dengan pemulihan moral ahli-ahli PKR untuk menghadapi PRU Ke-13. Ia adalah misi PKR untuk menawan Johor selepas tidak berkeyakinan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Pemukiman ini akan menjadi titik tolok menambah motivasi kepada ahli PKR untuk menyakini kepimpinan Anwar dalam menuju Harapan Baru buat rakyat Malaysia. Kebanyakan ahli PKR dah hilang kepercayaan kepada kredibiliti Anwar untuk memimpin PKR. Bagi mereka, Anwar sudah expired tambahan pula isu moral dan keyakinan mereka Anwar akan kepenjara tahun depan.

Walaupun ramai ahli yakin dengan kes liwat dan penyebaran video seks namun ahli PKR kerap dimotivasi dengan stigma mahu mengubah sistem yang sedia ada dan diganti dengan konsep keadilan dan kesamarataan. Nampak seolah-olah proses rebranding Anwar dalam sanubari ahli-ahli PKR.

Melihat jadual padat Anwar dalam menjelajah Johor untuk mengukuhkan dan menerapkan nilai perpaduan dalam menumbangkan BN dan mencanang akan kecelaruan dalam sistem pelaksanaan demokrasi oleh SPR. Sebenarnya, tiada istilah perpaduan dalam PKR jika keadilan dalam pemilihan parti yang lepas masih disorok dalam laci Setiausaha Agung. Prejudis dan penuh penipuan.

Kita boleh menjangkakan jentera tetap psywar PKR macam Malaysiakini, TMI dan FMT pasti akan memberi tumpuan khusus dan highlight usul arah tuju PKR dalam mengharungi PRU Ke-13. Apa jua usul sepertimana untuk mengambil bahagian serentak dengan pusat untuk berpilihanraya adalah isu yang dijangka menjadi tumpuan.

Sehingga artikel ini ditulis sudah ada kedengaran daripada beberapa cabang mahu mengusulkan mengenai prestasi Khalid Ibrahim sementah memorandum yang diserah kepada Presiden parti telah diperhalusi. Jangan dilupa usul tanpa sokongan untuk bubar DUN berasingan tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan parti.

Tuesday, October 18, 2011

Anwar Nafi Kehendak Ahli PKR Sabah

Nampak gaya Anwar sudah mengesahkan dia adalah seorang pemimpin diktator. Mengemudi PKR untuk tidak pernah belajar dari kesilapan. Isu ketidakadilan dalam pemilihan terdahulu masih lagi belum terjawab kali ini PKR meneruskan tradisi menafikan kehendak akar umbi.

Rupa-rupanya pelantikan Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah buat kali kedua telah mencetuskan rasa tidak puas hati ahli PKR Sabah terutama sekali kumpulan penyokong Ansari Abdullah.  PKR Sabah tidak mahu kepimpinan yang lembik, kusam dan membodek. 

Politik PKR di Sabah sebenarnya penuh tricky dan curiga. Saling tidak percaya antara satu sama lain.

Keputusan undi Ketua-Ketua Cabang di seluruh Sabah telah memberi isyarat jelas bahawa politik dalaman PKR di Sabah saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Bukan sahaja di Sabah malahan trend tersebut turut berlaku di semenanjung. Politik PKR adalah lubuk manipulasi undi, dendam dan ketidakadilan terhadap calon. PKR selalu menafikan suara kehendak akar umbi.

Jika di Sabah senarionya adalah begini bagaimana PKR mahu memerintah Malaysia. Di Semenanjung ketidakadilan dan manipulasi undi adalah perkara biasa bagi ahli PKR. Ibarat kata dengan kekurangan undi menyokong pun boleh menjadi pemimpin hanya dengan blessing daripada Anwar. Langsung tidak adil

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini pungutan suara untuk memilih pengerusi negeri telah diadakan. Daripada 19 Ketua Cabang yang hadir hanya 1 undi yang menyokong Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi Negeri dan selebihnya lebih memihak kepada Ansari Abdullah.

Oleh kerana PKR adalah hak mutlak Anwar Ibrahim sekeluarga, maka suara 2 pertiga undi yang mahukan Ansari dan menolak kepimpinan Thamrim telah mengubah demokrasi. Anwar Ibrahim mengangkat Ahamad Thamrim Jaini untuk mengetuai PKR Sabah walaupun dengan 1 undi.

Hebat politik demokrasi acuan Anwar.

Anwar kerap kali menyatakan janji autonomi kepada Sabah. Untuk lebih faham, politik dalaman Sabah perlu ditentukan anak jati negeri itu. Tiada campur tangan pihak luar. Itu janji autonomi Anwar kepada PKR Sabah. Jika begini acuannya, susah benar PKR mahu mengemudi bala tentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Oleh itu tidak hairan jika dapat waktu yang terdekat, sembilan Ketua Cabang PKR, terutama yang mewakili Masyarakat KDM (Kadazandusunmurut) akan mengikuti jejak langkah bijaksana Mantan Pengerusi MPN Sabah, Ustaz Pajuddin Nordin menyertai UMNO dan parti komponen BN.

Persoalannya masih relevankah perjuangan PKR di Sabah jika pucuk pimpinan PKR membuat janji seperti ‘Pelacur’ yang bersumpah setia kepada kekasih, tetapi membenarkan diri dilanggani orang lain, semata-mata kerana kerjayanya sebagai Pelacur!

Tanya Chegu Bard dia mesti setuju.....

Tuesday, September 27, 2011

PANAS! AMK Sedang Bergolak

Saat ini timbul pergeseran dalam kabinet AMK apabila SAMM telah menggariskan resolusi bagi menarik sokongan mahasiswa untuk menjadi pelapis semangat radikal menentang pemerintah. Mahasiswa yang sepatutnya membangunkan negara mahu di tune untuk bangkit menentang kerajaan.

Seperti yang telah diuar-uarkan, SAMM yang dipimpin ole Chegu Bard telah melahirkan satu resolusi radikalisme untuk menjadi frontline golongan belia. Katanya non partisan tapi yang PKR lead ini hendak dikategorikan sebagai apa? Badut sarkas...

Resolusi yang dicapai pada 24-25 Sep 2011 disebuah banglo mewah di Shah Alam mengariskan beberapa perkara dan jika dikaji sentimen dan elemen ideologi sosialis penuh dalam resolusi tersebut. Mahu memiliknegarakan sumber jana negara, penggubalan dan pemansuhan undang-undang serta mahu wujudkan sekolah politik.

Rupa-rupanya ada yang mahu mencilok dan geram dengan Chegu Bard

Nik Nazmi menyerang Chegu Bard dengan mengarahkan Setpolnya dalam laman twitter. Saifullah Zulkifli dalam komennya memperlekehkan usaha SAMM. Memang patut pun diperlekehkan kerana mahu gerakkan belia sebagai pemangkin revolusi di negara ini.

Chegubard ini dianggap oleh Saifullah Zulkifli sebagai pengacau di dalam PKR dan kini pengacau kepada golongan mahasiswa dan menuduh Chegubard menggunakan mahasiswa ini sebagai balacinya. Apabila Chegubard menyeru supaya revolusi perlu didesak, beliau sarankan supaya mahasiswa gunakan akal dan jangan jadi balaci kepada politik individu.

Lebih hebat beliau turut menyindir SAMM ini berangan-angan dan ada hati hendak mengajak golongan mahasiswa ini berevolusi. Nie Nik Nazmi yang tak puas hati ke atau Sam Ketot yang berbulu pasal coverage media highlite lebih padaChegu Bard?

Kat media nampak mesra tapi kat dalam penuh dengan sifat dendam dan curiga

Kalau diikutkan, bukan Nik Nazmi yang bengang tetapi Sam Ketot yang tak sanggup lihat Chegu Bard menonjol berbandng dirinya. Nak PRU nie masing-masing nak selinsing baju tunjuk lengan.

Khabar baru yang diterima makin kuat salakan dua puak nak tunjuk hebat

Friday, September 09, 2011

Anwar Restu Memorandum Sabotaj Khalid Ibrahim


Saya menghubungi 'seseorang' dalam Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor' bagi mendapatkan kepastian berhubung desas desus 'rampasan kuasa' dalaman pentadbiran Negeri Selangor. Ini bermula dengan kenyataan Khalid Samad yang menyatakan terdapat usaha bagi menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Jika diikutkan kronologi, usaha ini sudah bermula lama dulu. Ketika itu, isu pasir telah menjahanamkan imej pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal mengekang kemarahan rakyat Selangor dan timbul ura-ura untuk menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

Menurut Khalid Samad beberapa ahli parlimen dari PKR sedang mengusahakan satu memorandum bagi  mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan. Walaupun Khalid Samad tidak menyatakan yang sebenarnya memorandum itu telah pun sampai ke tangan Wan Azizah.

Untuk lebih memahami, memorandum itu melibatkan sokongan tandatangan ahli-ahli parlimen PKR dan apa yang lebih penting usaha itu sudah mendapat 'blessing' daripada Anwar Ibrahim. Bagi Anwar, tindakan ini perlu memandangkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim mampu memberi impak buruk terhadap prestasi PKR di Selangor menjelangnya pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRU Ke-13. 

Pada Anwar, untuk memimpin pentadbiran negeri lebih mudah diuruskan oleh Azmin Ali selain kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Lagi pun Anwar pernah berjanji untuk memberi 'imbuhan' yang besar kepada Azmin atas konsistensinya membelanya.

Desakan ini ekoran kegagalan Khalid Ibrahim menunaikan janji-janji pilihan raya selain daripada sikap kedekut Khalid Ibrahim sendiri yang menyekat bantuan kewangan kepada ahli parlimen Selangor dan jentera pembangkang.

Isu pokok yang lebih besar menjurus kepada desakan ini adalah kegagalan Khalid Ibrahim dalam menjalankan pentadbiran yang cekap dan adil sesama ahli parti selain daripada isu semasa yang telah menyinggung perasaan orang Melayu di Selangor.

Gerakan ini sedang berlaku dan diketuai oleh Azmin Ali. Antara ahli parlimen yang lantang mendesak ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Mike (Kapar) dan Haniza Talha (Kg Medan). Selain itu, beberapa ahli parlimen luar dari Selangor yang turut menyokong ialah Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusuf (Balik Pulau)

Untuk rekod, Khalid Ibrahim sudah lama mengetahui gerakan ini dan dia akan terus mengekalkan kuasa selaku MB sehingga mendapat ilham untuk membubarkan DUN dan meminta perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Bagi pemimpin kanan PKR, kumpulan yang pro Azmin Ali dilihat amat 'dominan' menguasai segala keputusan dan perjalanan politik PKR yang diketahui tidak boleh lagi mengharapkan kredibiliti Anwar Ibrahim untuk terus memimpin. 

Dengan bergerak mengikut bayangan Anwar, pakatan sulit yang sedang bergerak ini mahu mengangkat Azmin Ali sebagai ikon pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Segala isu yang sedang berlaku di Selangor sepertimana isu pemeriksaan JAIS dikatakan turut mendapat sentuhan kotor daripada pakatan ini.

Jika pun Khalid diturunkan apakah Azmin Ali mampu mengekalkan status quo pembangkang di Selangor?

Melihat stail dan game politik PKR ianya penuh dengan tipu muslihat, kecurigaan, ketidakadilan dan tikam belakang walaupun PKR selalu gah dengan terma 'keadilan' diatas-atas pentas ceramah. Apa yang berlaku di Selangor memperlihatkan game politik yang merbahaya.

Bagaimana mahu memiliki Putrajaya jika kepimpinan yang sedia ada penuh dengan taktik kotor dan sesat?

Bagaimana pula peranan UMNO Selangor untuk mengeksploitasi perpecahan ini?

---------------------------------------------------------------------------------------
Penipuan Keahlian Dalam PKR - The Unspinners

Laksmi dihubungi oleh Anuradha untuk menyerahkan borang yang sudah siap tapi dia buat pelbagai helah untuk tidak mahu serahkan. Maklumlah perkara ini salah. Itu yang Anuradha telah mengugutnya di dalam perbualan talipon dengan ibu Lakshmi.

Rakan PKR kaum India itu memberi kami maklumat dan dokumen ini untuk didedahkan betapa buruk dan jijiknya politik dalaman PKR hingga sanggup ugut mengugut. Jadi berapa kali ganda keleontong PKR tentang jumlah keahlian mereka. Kalau 300,000 tu agaknya cuma 30,000 kot???

Ini rupanya cara pemimpin PKR menang jawatan dalam PKR. Agaknya begini jugakah cara Azmin menang? 

Tuesday, January 11, 2011

Tak Boleh Settel, Salahkan UMNO.

Benarkah bukan PKR yang buat banner nie?

Copy balik statement Khalid Samad yang diambil dari jentera rasmi psywar PKR....
"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri,"
Hehehe...

Bukan ker Khalid Ibrahim terpaksa datang dengan tidak rela hati....

Boleh percaya ker cakap kepala munafik macam Khalid Samad dan lain-lain makhluk perosak terutama sekali Anwar Ibrahim.

Ulang semula apa yang berlaku. Jika benar depa semua tak mahu timbulkan sengketa dengan pihak Istana, apa lancau yang membangkang titah tuanku Sultan dalam beberapa perkara.

Sebelum ini, titah Sultan jangan gunakan masjid sebagai medium berpolitik. Mula-mula sekali masa PRK Hulu Selangor. Alih-alih, Hassan Ali mulut murai menutuh masjid langgar titah Sultan. Ini bukan ker nak bakar jambatan dengan Sultan?

Dah sedap temberang Sultan, depa buat lagi bila isu SUK timbul. Tak ker bangsat nak cipta sengketa dengan tuanku Sultan apabila ADUN Seri Muda mehenyak Sultan dengan sindiran membangkit amarah rakyat. Dia lupa, Sultan adalah payung rakyat.

Bagaimana, kita rakyat marhaen boleh melupakan kejadian berbaring di jalan oleh tentera tolol PAS demi menjaga tatasusila DAP yang membonekakan Nizar 2 tahun dulu.

Ini semua nak cari gaduh dengan Raja Melayu pasal ada kepala munafik macam Anwar Ibrahim.

Ini strategi depa...

Mahu divert isu dan salahkan budak-budak UMNO. Mencipta sendiri isu dengan harapan membangkitkan amarah rakyat untuk menentang institusi raja-raja.
Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Macam dia tahu kat mana gantung dan pagi-pagi buta pergi ambil dan buat laporan Polis. Lepas tuh salahkan UMNO yang mahu laga-laga depa. Ini semua strategi pembangkang yang selalu tunding jari salahkan orang lain.

Track record
ini dah terbukti berzaman dah.

Thursday, December 16, 2010

Ummi Hafilda Dedah Timb. Presiden PKR Anak Derhaka.


Bab barang naik harga boleh di spin sampai terpikiaq kerajaan nak 'kapor' duit rakyat tapi bila Wikileak booming Anwar komfom kaki jubur senyap dan terima bulat-bulat spin Anwar di orkestra menipu pentas ceramah

Bagus juga bila kemunculan semula Ummi Hafilda mengentel-gentel kerandut Anwar dengan beberapa pendedahan yang tidak diketahui oleh rakyat marhaen sebelum ini. Kita boleh andaikan Ummi ibarat 'pesuruh' yang diutuskan Allah untuk dedahkan kemungkaran Anwar 12 tahun dulu.

Pasal kalu tidak sebab surat keramat itu maka dah lama Malaysia tergadai kerana rahsia stor kunyit Anwar sudah disimpan oleh Amerika.

Mana ada lagi manusia yang berani macam Ummi Hafilda dan Saiful di Malaysia ini? Dugaan dan cabaran yang dihadapi sangat hebat.

Ummi dedahkan dalam blognya pasal kederhakaan Azmin Ali, Timb. Presiden PKR dan juga bakal Timb. Perdana Menteri versi Melayu jika ditakdirkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Kalau kita anak yang baik, yang hebat, even kalau tengah jumpa Obama sekalipun, panggilan mak lebih penting dari segala-galanya.At one time office keadilan depan rumah mak je , ada ke kau jengah dia sehari sekali ke, seminggu sekali ke, sebulan sekali ke ada, hampeh, mak tengah siram pokok nampak kau lalu siap lambai lagi, ada kau kesah, nak berhenti, semata-mata kau angin masa tu mak sokong aku, apa punya anak , mak pun kau nak heret dalam kancah politik kotor kau, berapa tahun kau tak pijak rumah, even masa mak sakit, tapi kau memang plastik, ibarat anjing terkepit, tuhan maha kaya,

bila kau kena hukuman penjara 18 bulan kerana bagi keterangan palsu, lepas jamin pandai pulak kau berlari balik cari mak cium lutut menangis-nangis siap suruh mak mandikan bunga tolak bala,siapa yg derhaka,bila ada problem melutut bagai nak gila menangis-nangis mintak mak tolong buat solat hajat tiap malam,

Namun ibu juga tak mampu menolak takdir.Ibuku seoarang yg tabah, yg kuat sebab itu Allah memberinya ujian yg cukup hebat.Semoga Allah memberi jutaan rahmat di atas kesabarannya menghadapi ujian yg cukup hebat ini.

bahkan ketika azmin nak ke mekah tahun lepas apa pesanan ibu saya kepada dia AZMIN BERTAUBATLAH yg menyebabkan azmin naik angin dia kata kenapa perlu dia bertaubat dia tak berdosa punya angkuhnya pada ibu sendiri pun dia nak kencingkan.Kakak saya yg kedua pun baru balik mekah nama intan dia kata dia menangis dan berdoa di depan kaabah supaya azmin diberi hidayah insaf di atas segala dosa dosanya. Kak Long saya pun baru 3 hari lepas sebelum berlepas ke India ada kata dia tak keberatan kalau ada wartawan nak tanya pendapat dia, cuma satu pinta dia sebagai kak long azmin bertaubatlah,pasal politik dia tak pandai nak bercakap kerana dia suri rumah.
Sambung kat sini dan sini

Bagus juga Ummi buka blog dan cerita pasal Azmin Ali yang bercirikan si tanggang. Kasi buka mata sikit ahlul PAS dan PKR yang dok nampak Anwar macam messiah nak selamatkan bumi Malaysia.

Tuesday, December 14, 2010

PKR Percaya Teknologi Pemerahan Air Mani Memang Wujud.


Bukan susah sangat nak faham trick Anwar. Bila ada isu yang menggegarkan kerandut Anwar cepat-cepat dia cuba untuk divert isu dengan konsep divertion situational. Faham Yusmadi falsampah fahamla divertion situational.....Hehehe

Macam sinetron 2 setengah tahun dulu. Ketika Saiful mengegarkan negara dengan laporan Polis diliwat oleh Anwar. Betapa mengelabahnya Anwar hingga melarikan diri ke kedutaan Turki tanpa jemputan. Selepas 2 hari, Anwar muncul dengan lagak 4 AP BN akan lompat ke dalam Pakatan dan tuduhan bunuh. Lupa sekejap pada main isu. Anwar sodomise Saiful.

Tengoklah, toyboy Anwar cepat-cepat divert isu dengan janji autonomi Sarawak jika Pakatan berkuasa. Mahu dialih seketika tumpuan isu Wikileak dan asas perangkap seks . Renung sekejap akan 'perangkap seks' dan timbulkan persoalan....benarkah wujud teknologi pemerahan air mani?

Dalam Harakah Daily dilaporkan roadshow Anwar nak clear cut Wikileak punya cerita. Detail dan tersusun gerakan penerangan PKR nak cuci dosa Anwar. Benarlah, perjuangan PKR hanya untuk Anwar. Tiada isu Anwar tiadalah bekerja staff PKR Tropicana.

Berbalik pada asas, Anwar terus konsisten memperbodohkan penyokong dan ahlul PAS. Membayangkan otak dungu ahlul PAS yang boleh disumbat dengan orkestra menipu di pentas ceramah.

Sahihnya, dipentas ini digunakan Anwar mencuci segala dosa-dosa songsang dengan anggapan konspirasi memang berlaku hingga mengheret campur intellengen antarabangsa pada karier politik Anwar. Maksum sangatkah anak pak Berahim yang berani melarikan anak dara Wan Ismail menikah di selatan Thai?

Itu pun belum tentu Wan Azizah dikatakan 'anak dara' pada ketika bergegas ke selatan Thai untuk bernikah.

Wednesday, December 08, 2010

Pundekla Yusmadi Falsampah....

Lanchow betoi....
KUALA LUMPUR 7 Dis - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff menyarankan agar negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mana Malaysia adalah anggota tetapnya menghulurkan bantuan kecemasan dan peralatan atas dasar kemanunsiaan kepada Israel yang kini berdepan dengan bencana kebakaran yang telah meragut lebih 140 nyawa rakyat negara itu.

Yusmadi berkata walaupun konflik Palestin-Israel yang berpanjangan sejak 1947 dan telah mengorbankan beribu-ribu rakyat kedua belah pihak dalam peperangan dan persengketaan, kejadian kebakaran hutan di wilayah tengah Israel sejak hampir seminggu lalu memberi peluang bagi kedua-dua seteru lama untuk saling bantu membantu serta mewujudkan keadaan yang memungkinan keamanan abadi di negara Palestin yang kini di jajah oleh Israel.
Berita camnie tak perlu dipanjangkan, menyakitkan hati.....

Kepundek macam nie ada hati nak tadbir bumi Malaysia yang jadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Satu dunia Islam laknat Israel yahudi bangsa perosak Islam dengan bombing Palestin, bekas fellowship cabuk macam Yusmadi nak minta hantar bantuan kemanusiaan.

Kepala lanchow.....


Agen Yahudi macam Anwar tak payah nak tunjuk simpati dengan buat desakan bodoh macam tuh. Dia hanya gay tua yang takut bersumpah yang hanya tau nak stor kunyit sebagai penenang jiwa.

Friday, November 26, 2010

Kongres Liwat: Retorik Yusmadi Dan Chegubard Nak Juga.

Program Soal Jawab kelmarin tampil Yusmadi Yusof antara panelis bersama-sama Kamalanathan dan Hanafiah Man. Dihoskan oleh Datuk A. Talib dengan diskusi berkaitan carca marba pemilihan PKR.

Yusmadi tampil bergaya dengan retorik pengalamannya sebagai fellowship disebuah universiti di US. Bukan calang-calang orang Yusmadi Yusof, Ketua AMK Penang yang direject ahli seluruh Penang. Ini adalah cara PKR dan roh PKR bukan semua orang boleh terima. Bercakap berdegar-degar macam semua perkara depa saja yang betoi.

Undemocratic incidences, democratic situational itu antara terma falsafah hujah-hujah Yusmadi. Dia bermain dengan teori falsafah demokratik konon hebat dan tak boleh orang sanggah. Hakikatnya, post baru Azmin Ali cuma disokong tak sampai 15 ribu ahli daripada 450 ribu ahli sepertimana yang didakwa oleh Saifuddin Jerawat Batu.

Demokratik kah begitu?

Kongres Liwat bermula hari ini. Pesta demokrasi bakal disajikan dengan risalah, banner dan macam-macam cara lagi. Dengaq Chegubard pun nak join sekaki dengan kumpulan pakai baju hitam sebagai tanda simbolik 'demokrasi telah mati'.

Dari sayap kaum India, ada juga yang akan berpesta demokrasi. Benar kata Tun M, bubar saja PKR itu.!

Hehehe...

Ditanya masa depan PKR, Hanafiah Man jawab steady. Anwar Ibrahim macam Pak Man Telo dan Ayah Pin yang kuat menipu untuk kepentingan diri sendiri. Satu sen pun tak guna.

Wednesday, November 24, 2010

Roadtour Anwar Tunjuk Diktatorian


Serba serbi tak menjadi dan terbukti Anwar amal fahaman dictatorian terhadap ahli dan peyokong wal tabie.

Petang kelmarin berlangsung pertemuan Anwar bersama PKR Pahang. Lokasinya di Dewan Restoran Tan Jung, Jalan Hj Ahmad, Kuantan. Bersamanya dari KL ialah Saifuddin Jerawat Batu. Terfikir juga kenapa PKR selalu mengadakan program di restoran Cina. Mungkin nak dapat semangat babi, siapa tahu..!

Asalnya program untuk diskusi antara ahli dan pemimpin berhubung tektik autokratik Anwar. Ahli nak bersembang dan dapatkan penjelasan Anwar pasal banyak sangat komplen dan kelompongan dalam pemilihan. Akhirnya, majlis bertukar ceramah. Dia sorang saja yang bercakap.

Macam biasa, Anwar tibai Zaid tanpa belas kasihan. Zaid takda kat situ, itu pasal Anwar berani cakap. Kononnya dia amat bengkek dengan tindakan Zaid menggunakan media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia untuk menghentam serta mengkritik parti.


Katanya Utusan adalah "musuh nombor satu PKR" sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah, Zaid amat wajar dipecat dan dipersalahkan dalam kemelut yang melanda PKR. Lancau...Freedom of speech acuan Anwar.

Kritikan keras Anwar bila Zaid tak da kat situ "UMNO mencari peluang untuk melumpuhkan parti, tiba-tiba ada orang seperti Zaid pula yang bersekongkol dengan media mereka untuk menjatuhkan parti". Bunyi macam pukul curi.

Sambil tidak mahu menghuraikan apa yang ditegur oleh Zaid itu benar atau sebaliknya, Anwar lebih selesa menggasak Zaid. Soalnya sekarang jika benar kesalahan Zaid kerana tidak mengikut saluran yang betul untuk menegur dan mengkritik parti. Apakah saluran betul yang dimaksudkan itu agaknya?. Ini sah mentaliti diktator..!

Ahli PKR yang hadir dicanangkan supaya menerima apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh parti. Tanpa boleh menegur dan menyalahkan pihak lain, mereka terpaksa menerima kenyataan itu biar pun pahit untuk ditelan. Mereka yang hadir umpama "lembu dicucuk hidung".

Apa sahaja kata Anwar dan Saifuddin, mesti diterima bulat-bulat dan tidak perlu dipertikaikan. Apakah ini keadilan buat mereka yang mempunyai sesuatu untuk ditanyakan kepada Anwar. Hak ahli perlu juga difikirkan kerana mereka mahukan penjelasan terus daripada pemimpin terbabit.

Demo Tuntut Hadir Kongres Liwat

SMS ini sedang berlegar-legar di kalangan ahli dan penyokong PKR. Dah pun menyilap dalam blackberry Anwar Ibrahim, Wan Azizah dah baca, Azmin Ali pun sama. Saifuddin Nasusyen pening kepala nak counter.
Demi Keadilan Semua, Satu Demo Besar-Besaran Akan Diadakan Sekali Lagi Di Perkarangan Dewan Sivik MBPJ Pada 27 Nov 10 Jam 10:00 Utk Tuntut Keadilan Kpd Sistem Parti Yg Korup Dan Tidak Adil Serta Mengenepikan Hak Ahli. Sekiranya Tuntutan Kita Masih Tidak Diambil Peduli, Satu Pengumuman Keluar Parti Bramai-Ramai Akan Turut Dibuat!!!

Sila Hadir Sebagai Tanda Sokongan. Parti Kita Bukan Utk Pemimpin Sebegini. Ayuh Tunjukkan Hak Anda
Kalu Wan Azizah sanggup bertembung dengan Shamsidar dia akan on saja majlis meliwat ini....Oh lupa, dia cuma patung yang tidak bernyawa.

Nak lebih sedap untuk membaca penyataan dibawah ikut teknik Afdlin Shauki (dengan tangan dibahu sambil mata menjeling ke atas)
"Agak berduit skit minta print dan tampal pada pejabat cabang dan ranting masing-masing"
Oh yeah..!

Tuesday, November 23, 2010

Wan Azizah....Jangan Dilupa Sejarah 1996.


Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.

Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.

DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.

Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?

Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan Azmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan ‘citation’ di universitinya di luar negara.

Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.

Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.

Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.

Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.

Kisah kehadiran Shamsidar di majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sudah menjadi satu cerita hangat yang dimainkan oleh media satu ketika dahulu gara-gara surat Umi Hafilda Ali kepada Perdana Menteri yang menuduh Shamsidar melakukan kerja sumbang dengan Anwar Ibrahim. Daripada situ muncul satu teka-teki apakah anak Shamsidar itu sebenarnya berbapakan Anwar Ibrahim ataupun Azmin Ali.

Sudah tentu ini memerlukan ujian DNA yang akhirnya membuat keputusan bahawa anak perempuan itu memang sah anak Azmin Ali dan Shamsidar.

Soalnya sekarang bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh merestui kehadiran Shamsidar dalam majlis yang dihadirinya? Apakah Anwar Ibrahim tidak ada pertimbangan bahawa insiden begitu akan membuat desas-desus dan teka-teki yang tidak ada putusnya? Ataupun mungkin Anwar Ibrahim sedar akan perkara itu dan tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tetapi nampaknya permintaan Anwar Ibrahim itu diveto oleh Azmin Ali. Shamsidar tidak mungkin dapat menghadiri sesuatu majlis melibatkan Anwar tanpa restu dan izin Azmin Ali, suaminya.

Kisah Shamsidar dan Azmin Ali menjadi semakin bercelaru apabila Azmin membuat surat akuan (Affidavit) bahawa dia pun turut diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu sudah muncul kisah Kasumatmaja, Azizan Abu Bakar dan Dr Anwar Anees.

Boleh sambung kat sini

Sebagai menghargai kesanggupan Wan Azizah untuk bergandingan dengan Azmin Ali

Monday, November 22, 2010

Menanti Gandingan Wan Azizah Dan Azmin.


Belum habis sakit pening Anwar memikirkan drama siri bantahan ahli terhadapnya, kegagalan untuk mendapatkan nota klinikal telah menambahkan lagi serabut pak sheikh. Itu belum lagi sumpah seranah Wan Azizah di rumah. Hakim memihak pada MB Perak untuk teruskan saman RM100 juta.

Wan Azizah wajar memaki hamun suaminya. Betul syurga isteri terletak pada suami tapi kalau suami jenis macam pak sheikh belum tentu surga menanti. Tak mahulah berkonspirator surga itu mutlak pada Anwar walaupun Nik Aziz lagaknya mampu memberi surga pada pak sheikh.

Pada malam 20 Nov 2010 ketika rapat umum PKR, dipentas utama sudah mendapat tahu para perusuh membuat onar di luar. Azmin sibuk dengan blackberry, mungkin BBM pada Anwar tentang keadaan diluar. Khalid Ibrahim agak selamba pasal sudah inform pada Polis untuk tenangkan keadaan. Akar umbi juga mula menyampai sok sek Anwar belum sampai ke dewan.

Dataran Shah Alam menjadi saksi ajaran songsang Anwar 12 tahun dulu. Siapa yang membakar perasaan rakyat merusuh dan mengajar rakyat menjadi kurang ajar dan tidak bertamadun jika bukan kerana Anwar untuk selamatkan maruahnya. 12 tahun pelajaran demonstrasi diterjemaah Anwar oleh para pemujanya.

Jika dulu, Anwar membakar perasaan rakyat untuk membenci kerajaan dengan cara merusuh, kali ini paku buah keras dipulangkan semula bila ahli sendiri yang berdemo membantah perilakunya. Bezanya kali ini, tiada tong sampah DBKL dan kereta Polis yang mahu dibakar.

Saat itu, imej kerajaan jatuh dengan teruk. Dituduh zalim dan kejam pada rakyat sendiri. Anwar memaksa orang luar campur tangan. Selepas 12 tahun, apa yang dibuat Anwar sudah diambang musibah pada parti sendiri. Baru Anwar tahu betapa peningnya Tun Dr. Mahathir melayan karenah tidak bertamadun pemuja Anwar.

Dengan pemilihan kali ini akan menyaksikan Wan Azizah bakal menerima gandingan baru yang lebih mantap diharap Anwar mampu menutup mulut mereka yang pernah mencaci akan kredibilitinya sebagai founder PKR.

Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertugas kepada Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru. Tak lupa juga pada Kak Wan diatas kehadiran gandingan baru yang lebih mantap dan segar. Peranan Syed Husin jangan dilupa.

Mampukah Wan Azizah untuk bergandingan dengan Azmin dan berhadapan dengan Shamsidar?

Friday, November 19, 2010

Jenapala Dedah Bukti...PKR Sah Cibai Keadilan.

Jenapala Saman PKR

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Bekas timbalan setiausaha agung PKR, Jenapala Perumal Subaan menuntut mahkamah mengisytiharkan beliau layak bertanding jawatan nombor dua parti itu pada pemilihan pusat yang sedang berlangsung sekarang.

Jenapala memfailkan saman di Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau juga mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa pelucutan hak untuk bertanding jawatan timbalan presiden diisytiharkan sebagai tidak sah.

Dalam samannya, Jenapala menamakan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.

Sumber: Hear Say

Semangat PKR ini dipenuhi oleh orang-orang UMNO yang kecewa. Daripada penasihat sampaila kepada pengawas dewan kebanyakannya oran-orang UMNO. Ada yang baru nak belajar berpolitik ada juga yang bangsat politik.

Dalam UMNO pernah dulu orang-orang yang kecewa dan failkan kemenangan calon yang bertanding dalam PAU 1987 sebagai tidak sah dan terbatal. Sekumpulan orang yang mengelar diri sebagai UMNO 11 telah berjaya membuatkan UMNO diishtihar sebagai pertubuhan haram.

Kalu Jenapala ada bukti dan saksi memang sah Anwar main bangsat untuk pastikan Azmin menang terbukti PKR sebuah parti cibai yang adil dan saksama.

Keadilan untuk menipu orang kampung.

Pilihan ramai dan negara akan menjadi makmur dan sentosa dibawah kepimpinan PKR yang adil dan samarata.

Siapa boleh fight konsep keadilan PKR?