Tuesday, September 01, 2009

Nizar Camry: Belit Berbelit Bukan Sembelit

Kelmarin di Lunas, Kulim (tempat aku bersekolah dulu, SMKK) kononnya budak-budak jahat pakatan telah mengadakan protes mendesak Radzhi Salleh meletak jawatan. Punya la ramai yang mai hingga jalan besar depan rumah kedai sesak dengan kenderaan. Orang ramai yang lalu lalang heran tengok kehadiran manusia yang ramai membuat protes untuk Radzhi Salleh letak jawatan.

Kira punya kira tak sampai 200 orang yang membuat protes itu. Habis jalan sesak dan menyusahkan penduduk Taman Sri Limau. Kalu tengok kain rentang yang dibawa tertulis "Kami Penduduk Lunas Mendesak Adun Lunas Letak Jawatan". Siapa yang mahu Radzhi Salleh letak jawatan..? 200 orang ini atau 26,000 penduduk Lunas..? Adakah suara protes nie mewakili 26,000 penduduk Lunas.

Budak-budak jahat pakatan ni cakap memang berbelit. Sebelit AP Padang Serai yang buat kecoh di Permatang Pasir. Kalau jumpa Gobala dan ular sawa elok dibunuh Gobala kerana belit Gobala lagi bahaya dan berbelit sama macam Anwar Ibrahim yang berbelit-belit cuba nak gugurkan kes liwatnya. Itu belum kira lagi dengan pembelit Hadi Awang yang cakap pasal kerajaan perpaduan sampai berbelit-belit UMNO juga yang kena. Elok diketuk kesemua sekali.

Pengumuman: Majlis Dialog Seksyen 23


(Dable klik untuk paparan lebih jelas)

Sumber: Cucu tok Selampit.

Kepada semua pihak yang bengang dan marah dengan tindakan kurang siuman dan bahlol peringkat tinggi Yb lembu-lembu seperti Khalid Gagap, Khalid Gereja, Rodziah 350 dan Xavier Estet, ayuh kita hadir dan memberi sokongan kepada warga Seksyen 23 demi menjaga maruah bangsa dan agama. Sebarkan..!

Saturday, August 29, 2009

Nizar Take Beer.! Selangor Bangkit : Hangpa Pasti Sudah Tahu


Tokey mendapat khabar yang boleh dipercayai, regim Khalid Gagap akan berakhir Sept ini. Ini pasti kerana sudah banyak sangat kecelaruan yang timbul selepas Khalid mengambil alih pentadbiran Selangor. Bermula dengan langkah Khalid yang tidak adil memberi peruntukkan kepada sekolah yang melibatkan aliran pelbagai kaum, penyelewengan yang berlaku di pejabatnya sendiri dan paling sadis kegilaan Khalid mahu mengambil wang zakat bagi tujuan pembangunan telah menyedarkan beberapa pihak khususnya rakan dagang Khalid dalam pakatan.

Tokey malas hendak ulas panjang-panjang, Regim Khalid pasti tahu apa yang akan berlaku pada Sept nanti. Samada mereka hendak menafikan ataupun bermain taktik politik lancap Regim Khalid akan digulingkan pada tarikh tersebut. Tanyalah speaker mengapa mesti dia mengantung 5 ADUN BN selama 6 – 12 bulan.? Fikirlah mengapa mesti isu kuil seksyen 23 meletup kelmarin. Jika kelmarin di Klang beberapa orang anak buah Khalid Gagap memberi ceramah menyentuh isu ini sudah pasti ini bukan omongan kosong. Meraka pasti akan ber’road show’ selepas ini untuk menanam kerana itu sahaja bullet yang mereka ada.

Tokey pernah hintkan sebelum ini akan ada 10 ADUN daripada pakatan yang letih melihat kecelaruan ini berikrar akan menukar status mereka dan menyokong kepimpinan BN bagi membentuk satu lagi sejarah moden politik Malaysia selepas Perak. Ya..! ini bukan lagi cerita kosong meja bulat warung mamak, ini pasti akan membuat regim Khalid mengigit jari dan paling sadis menutup ego Anwar Ibrahim yang melobi politik lancap lompat melompat.

Tokey hendak tegaskan, bulan Sept ini adalah penentu sisa-sisa regim Khalid untuk bersenang lenang di SUK dan mengucapkan selamat tinggal diatas kebodohan yang dicipta sendiri.Tokey bukan mahu mem 'BN' diri sendiri tetapi demi kesejahteraan bangsa dan agama regim Khalid musti ditukar.

Anwar Mahu Divert Bila Tiba 3 Sept Nanti

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini menetapkan 3 September ini, untuk menyambung hujahan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonannya, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujah permulaan peguam Anwar, R.Sivarasa. Bercakap kepada pemberita, Sivarasa berkata, hujah yang dikemukakan lebih bersifat teknikal dan merit berhubung permohonan itu. “Kami juga memberikan alasan kenapa pihak pembelaan meminta seluruh pasukan pendakwaan dilucutkan kelayakan mereka,” katanya.Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, See Mee Chun berkata, beliau akan memaklumkan Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan bantahan awal berhubung permohonan tersebut.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk melucutkan kelayakan seluruh pasukan pendakwaan dalam kes liwatnya, menyatakan `wujud bahaya sebenar bagi berat sebelah’ sebagai satu daripada alasannya.Beliau menamakan Peguam Cara I Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin, Pendakwa Raya dan Kerajaan sebagai responden.

Anwar menyatakan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang menandatangani sijil Seksyen 418A, jelas menunjukkan hakikat yang beliau adalah orang yang bertanggungjawab bagi keadaan `main tarik tali dan manipulasi oleh pihak pendakwaan mengikut kehendaknya.’

Antara lain, beliau memohon diisytiharkan pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwatnya tidak layak untuk mewakili Pendakwa Raya dan/atau menjalankan prosiding atau rayuan terhadapnya.Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Sept bagi sebutan perbicaraan kes liwat itu.-- BERNAMA

Lepaih nie hangpa tunggulah peliwat tegar ni musti cari alasan nak lari daripada mai Mahkamah. Sulaiman Abdullah sudah resign tinggai Peguam Botak lawyer kes 1998. Kita tengok yang mana hebat.. lawyer All-Star lawan keadilan untuk Saiful.

Friday, August 28, 2009

Nizar Hensem.! Selepas Solat Jumaat

Perjumpaan bersama para penduduk seksyen 23 dan pihak media malam ini (Selasa, 25 Ogos 2009), jam 9.30malam untuk membincangkan tentang perkara di atas bertempat di Surau Al-Jannah, Seksyen 23.

Suatu demonstrasi aman akan dilakukan selepas solat Jumaat pada hari Jumaat ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan SUK Selangor.

Pada asalnya, sebuah kuil akan didirikan di seksyen 19 Shah Alam yang kemudiannya bertukar ke Seksyen 23 yang majoriti penduduknya adalah orang-orang Melayu.

YB Khalid Samad, YB Rodziah Ismail dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan membutakan mata atas isu ini. Mengapa? Mungkinkah mereka adalah dalang-dalang disebalik isu ini?

Bukankah kuil ini lebih sesuai ditempatkan di Seksyen 22 yang merupakan kawasan perindustrian yang jauh daripada penempatan umum? Mengapa pihak pemerintahan tertinggi negeri tidah berbuat demikian?

Diharapkan rakan-rakan media dan bloggers dapat sama-sama membantu menyuarakan ketidakpuashatian penduduk Seksyen 23 agar isu ini dapat diselesaikan segera.

Dikepilkan bersama salinan surat dari Gabungan Badan NGO Malaysia.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Tengahari ini selepas solat Jumaat berkumpul di Masjid Shah Alam sebelum berarak ke Pejabat SUK. Buangkan fahaman busuk ideologi kepartian, demi agama dan bangsa regim bahlol Khalid Gagap perlu ditukar.

Teoh Punya Laptop Sudah Kena Ambil

Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menggambarkan keadaan Teoh Beng Hock yang resah gelisah ketika komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) miliknya dirampas.

Setiausaha Politik Exco Selangor itu berkeadaan begitu apabila pegawai SPRM bertindak merampas peralatan tersebut yang mengandungi empat dokumen peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah bagi tahun 2008.

Gambaran oleh Penolong Penguasa SPRM, Mohd. Najeib Ahmad Walad, 29, itu secara tidak langsung menyokong keterangan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail, 32, di Mahkamah Koroner di sini sebelum ini.

Menurutnya, empat dokumen yang dicetak daripada komputer riba melibatkan sumbangan untuk Persatuan Penjaja Seri Kembangan dan sumbangan mangsa kebakaran manakala dua lagi beliau tidak ingat berkaitan sumbangan apa.

Mohd. Najeib berkata, setibanya beliau dan Mohd. Anuar di pejabat Hian Wah di tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu, mendiang telah membawa mereka ke bilik mesyuarat.

''Di situ Beng Hock macam gelisah. Sekejap keluar, sekejap masuk sehinggakan Mohd. Anuar menyuruhnya duduk. Mohd. Anuar seterusnya meminta semua kertas kerja mengenai peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2008,'' kata saksi inkues ke-18 itu.

Inkues siasatan kematian Beng Hock yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas masuk hari ke-16 hari ini.

Menjawab soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, menurut Mohd. Najeib, Beng Hock sebaliknya telah memberikan dokumen atau kertas kerja bagi tahun 2009.

Ujar Mohd. Najeib, Beng Hock mendakwa kertas kerja bagi tahun 2008 berada di atas meja kerjanya dan setelah diserahkan kemudian kepada Mohd. Anuar ternyata kertas kerja yang dikehendaki SPRM tidak ada.

Apabila ditanya mengenainya, Beng Hock gagal memberikan jawapan dan ini telah menimbulkan keraguan, kata Mohd. Najeib.

Menurut Mohd. Najeib, semasa Mohd. Anuar mengarahkannya bersama pegawai lain sekali lagi memeriksa meja Beng Hock, tiba-tiba Hian Wah datang bersama 20 wartawan sehingga memaksa pegawai SPRM keluar dari bilik itu.

Seketika kemudian mereka masuk semula ke bilik itu dan selepas memeriksa komputer riba Beng Hock, ujarnya, mereka menemui empat invois dalam komputer itu manakala surat permohonan sumbangan ADUN ditemui dalam CPU. Utusan Malaysia

Saat ini budak-budak PAS sedang menanti dengan penuh sabar klimaks penghabisan cerita nie. Kalau DAP kantoi korup, PAS akan hancur..sure punya.! Tinggal lagi tunggu Anwar Ibrahim kantoi liwat. Tok guru punya fatwa belum lagi kedengaran. Kita tunggu je..



Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

Wednesday, August 26, 2009

Ean Yong Bikin Invois Sendiri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lalu.

“Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu, dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat),” kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.

Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.

Bagaimanapun pendedahan mengenai penglibatan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ianya telah terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.

Gobind kemudian mencabar SPRM membekalkannya semua dokumen berkaitan bagi membolehkan pihaknya menjawab dakwaan itu.

“Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja.

Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock,” Sinar Harian


Wish You Were Here
akugaramanis@blogspot.com

Teoh Gelisah Lobang Sudah Pecah.

Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebenarnya telah membuat banyak tuntutan menggunakan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antara bulan Mac 2008 dan Julai lalu.

Beng Hock juga kelihatan gelisah, tidak tenang dan dilihat mundar-mandir sewaktu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dijalankan di pejabatnya sehari sebelum dia ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.

Berdasarkan siasatan tersebut, Beng Hock ialah individu yang bertanggungjawab menyedia dan mengesahkan kerja-kerja menggunakan tuntutan ADUN berkaitan yang diperuntukkan sebanyak RM500,000 setahun.

Ia antara keterangan yang dikemukakan oleh saksi inkues ke-16 iaitu pengawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock yang masuk hari ke-14 hari ini ketika disoal oleh peguam pemerhati bagi suruhanjaya berkenaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Bagi menyokong keterangan tersebut, Abdul Razak yang juga Ketua Unit Pendakwaan SPRM mengemukakan empat dokumen yang diperoleh daripada komputer riba Beng Hock ketika siasatan dijalankan.


Gobind, please do a ceremony for hantu Teoh to denied this statement. SPRM sudah pecah lobang merampas berkotak-kotak dokumen tuntutan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang
Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah

Tuesday, August 25, 2009

Nizar Pasberg Hangpa Nie Kuat Berangan..!

Maklumat terakhir yang saya terima, tidak mustahil lebih 5000 'pengundi tradisi' mereka dulu (PRU12) tidak lagi beri undi (kepada Umno) untuk pilihanaya kecil kali ini disebabkan masalah dalam Umno sendiri. Ini semua petanda baik (bagi) kita setelah usaha naik (dari) rumah ke rumah (untuk) bertemu pengundi.

Bila Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) mahu Ustaz Salleh (calon PAS) ketuai Majlis Agama (Islam Pulau Pinang/MAIPP), tidak mustahil ianya juga menjadi punca pengundi Umno sendiri tidak memberi undi pada calon mereka sendiri, " katanya kepada pemberita pada sidang media semalam. Mahfuz Omar, Tokoh Bapa Mithali Pusat Serenti

Tokey Garam - Itu kenyataan yang diambil dari HAPRAK DAILY. Lawak woo....He..he..he..!

Monday, August 24, 2009

Nizar Namrud PAS For All..!





Sekadar ingatan Undi PAS sama dengan mengukuhkan usaha DAP untuk merosakkan umat Islam. Undi PAS juga bererti merelakan PAS mempermainkan kesucian Islam dan undi PAS bermakna kita akan menghancurkan Islam.