Thursday, December 16, 2010

Nasruddin Tolol Sangat Kritis Tapi Prejudis


Sebenarnya, ahlul pakatan dan sekalian pemimpin depa ialah manusia yang bijak pandai. Apa jua tindakan yang dibuat oleh pemerintah akan menjadi diskusi untuk mengenakan kerajaan balik.

Sebagai contohnya, dalam Harakah Daily. Kenyataan Nasruddin Tolol berkenaan kenaikan harga barang yang disifatnya sebagai langkah awal pemerintah untuk 'kapor' duit rakyat janakan dana pilihan raya.

Rakyat marhaen mungkin tak terfikir sampai kearah itu. Rakyat mungkin beranggapan kenaikan adalah selaras dengan faktor globalisasi fahaman kapitalis. Pemerintah telah mencongkak sebaik mungkin sebarang kelemahan dan faktor-faktor penyebab untuk menstabilkan proses ekonomi.

Nasruddin Tolol lebih berpandangan jauh dan kehadapan. Mampu berfikir rasional dan realistik. Entah daripada mana testimoni menjadi sandaran Nasruddin tolol untuk menguatkan hujah. Sangat kritis dan analtikal

Bagaimanapun, mengapa bila perkara-perkara yang menjadi umum dan debat marhaen hijab kebenaran enggan diterima dan dinilai.

Contohnya, dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Kenapa depa gagal mentafsir sinar kebenaran yang dipertunjukkan sedikit demi sedikit. Nilaikan 'aksi' menangguh Anwar Ibrahim dan nilaikan pelbagai lagi perdebatan tentang warna sebenar Anwar Ibrahim.

Jika hal remeh kenaikan barang mampu dikupas lebih mendalam tetapi kenapa kebenaran enggan dijadikan asas perjuangan?

No comments: