Tuesday, November 23, 2010

Wan Azizah....Jangan Dilupa Sejarah 1996.


Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.

Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.

DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.

Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?

Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan Azmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan ‘citation’ di universitinya di luar negara.

Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.

Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.

Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.

Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.

Kisah kehadiran Shamsidar di majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sudah menjadi satu cerita hangat yang dimainkan oleh media satu ketika dahulu gara-gara surat Umi Hafilda Ali kepada Perdana Menteri yang menuduh Shamsidar melakukan kerja sumbang dengan Anwar Ibrahim. Daripada situ muncul satu teka-teki apakah anak Shamsidar itu sebenarnya berbapakan Anwar Ibrahim ataupun Azmin Ali.

Sudah tentu ini memerlukan ujian DNA yang akhirnya membuat keputusan bahawa anak perempuan itu memang sah anak Azmin Ali dan Shamsidar.

Soalnya sekarang bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh merestui kehadiran Shamsidar dalam majlis yang dihadirinya? Apakah Anwar Ibrahim tidak ada pertimbangan bahawa insiden begitu akan membuat desas-desus dan teka-teki yang tidak ada putusnya? Ataupun mungkin Anwar Ibrahim sedar akan perkara itu dan tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tetapi nampaknya permintaan Anwar Ibrahim itu diveto oleh Azmin Ali. Shamsidar tidak mungkin dapat menghadiri sesuatu majlis melibatkan Anwar tanpa restu dan izin Azmin Ali, suaminya.

Kisah Shamsidar dan Azmin Ali menjadi semakin bercelaru apabila Azmin membuat surat akuan (Affidavit) bahawa dia pun turut diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu sudah muncul kisah Kasumatmaja, Azizan Abu Bakar dan Dr Anwar Anees.

Boleh sambung kat sini

Sebagai menghargai kesanggupan Wan Azizah untuk bergandingan dengan Azmin Ali

6 comments:

Anonymous said...

SEMUA PENGIKUT DAN PENYOKONG ANUAR DAH DI LIWAT OTAKNYA SAMPAI JADI OTAK UDANG (KEPALA BANYAK TAHI)

Anonymous said...

sdr,
pertama kali saya membaca cerita ini. Persoalannya benarkah kerana kredibiliti blogging masih lagi dipertikaikan.

Anonymous said...

pening cerita nih.
kenapa libatkan Mahathir dlm hal ni? kenapa Azmin ali itu proksi Mahathir.

Tak percaya aku.

Nak percaya Anwar ni baik & maksum..peeehhh..teringat aku 16 September kencing yg tak sudah.

The Clown said...

Jadikan cerita ini sebuah novel. Pasti laris jualannya. Cerita anda ini tak ubah saperti cerita sebuah novel rumahtangga.

Helang Buana said...

BLOG YANG MANTAP. MOHON LINK KAN BLOG SAYA
http://helangbuana.blogspot.com/

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI"

2. Blog tuan telahpun di'link'kan di blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

3. Jika tuan menggunakan 'Free Feedjit Live Traffic Feed' di blog tuan sila klik "Show where visitors came from:" pada settingnya bagi mengetahui dari blog mana pelawat itu datang sebelum melawat blog tuan. Sila rujuk "Feedjit" di mulutmelayu-REALITI

Sekian, semoga tuan sudi menyenaraikan blog ini di dalam blog tuan.

Terima kasih.