
Saya bertengkar dengan beberapa orang kawan pasal tulisan-tulisan  Kickdefella. Mereka marah kepada kick atas alasan kick begitu biadap  dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Minta maaf dalam hal ini pendapat  saya cukup berbeza dengan sesetengah pembaca. Saya daripada dulu, kini  dan selama-lamanya masih menganggap orang menjadi sasaran dalam semua  penulisan kick adalah YB Husam Musa bukan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Alasan  saya?
Saya pernah menulis mengenai  kick ini dalam beberapa tulisan saya yang saya ungkapkan semula untuk  bacaan pembaca;
Rasa hati kecil saya mula  terbayang apabila Kickdefella menulis satu artikelTersungkur  Di Pintu Syurga dan dia nampak macam tak begitu minat untuk menulis  dua bulan kebelakangan ini.
 
Untuk  makluman pembaca jika anda seorang yang prihatin anda akan dapati tajuk  artikel Kickdefella ini telah ditukar daripada tajuk asal iaitu Nik Aziz  dan Tersungkur di pintu syurga kepada Tersungkur di Pintu syurga  sahaja. Kenapa hanya kick sahaja tahu jawapannya.
Saya kata  demikian kerana lihat pada link artikel kick berkenaan yang memberikan  gambar tajuk artikel asal. 
http://kickdefella.wordpress.com/2009/10/16/nik-aziz-dan-tersungkur-di-pintu-syurga/Artikel  
Tersembam  Di Lebuhraya juga mengambarkan bagaimana salah laku rasuah dan  pecah amanah difinasinya mengikut undang-undang Malaysia.
Artikel  kickdefella seterusnya ialah 
Bokbong!.  Maksudnya cukup dalam.
Artikel seterusnya ialah 
Selamatkan  Tok Guru. Ini mula pecah secara terang krisis yang berlaku.
Selepas  itu Kickdefella menggunakan sahabat baiknya Rocky Bru dan Bakaq Penarik  Beca untuk membuat serangan. Sila baca 
di  sini dan 
di sini.

Permainan watak kickdefella dalam PAS selain  daripada Global Media Channel (GMC) ialah pengatur kepimpinan masa  hadapan PAS. Yang ini boleh anda dapat pencerahan sendiri daripada  Tulang Besi dan Perisik-Rakyat.
Kalau pembaca nak pencerahan  juga, saya rasa YB Salahuddin Ayub boleh memberikan penjelas tentang  perkara ini.
Cuba pembaca baca petikan artikel Kickldefella yang  berbunyi demikian saya ambil daripada artikel tulisan dia;
YB.  Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pula mengesahkan dakwaan saya bahawa  wujudnya pertemuan di Hotel Perdana bagaimanapun berkata, “Seingatan  saya perkara itu bukan topik untuk mengguling tapi membincangkan masa  depan parti, pimpinan masa depan parti.”
Petikan  ini saya ambil daripada artikel kickdefella bertajuk 
Sayang  Laksamana Mati Dibunuh… yang ditulis pada 17 November 2009.
Ada  2 strategi yang dibuat oleh Kickdefella and the gengs (Task Force 13)  ialah menaikkan kepimpinan yang diharapkan di Pusat serta menguatkan  kepimpinan ini di Kelantan.
Tapi malangnya situasi politik  Kelantan menjadi sebalik apabila usaha pertama gagal menjatuhkan Ustaz  Nasharuddin Mat Isa dalam pemilihan kepimpinan PAS pada Muktamar yang  bersidang. Walaupun tukang cula Wan Jo telah mencula dan menunjukkan  bahawa YB Husam akan memang dalam pemilihan ini, tetapi semuanya adalah  kehendak Allah s.w.t. pertandingan menjadi tiga penjuru.
 (Saya  bertanggungjawab sepenuhnya dengan kenyataan ini - memang semua artikel  ini saya bertanggungjawab, tapi nak menguatkan lagi maklumat yang saya  berikan, macam wan jo??)Ada sedikit krisis antara TGNA  dengan YB Husam menyebakan parangcangan Kickdefella untuk menyerang  Ariffahmi tidak dapat dibantu oleh YB Husam. Anda boleh baca di sini  sebagai pencerahan. 
http://cahketing.wordpress.com/Bahasa  kelete, payah nak faham, nak buat manapun anda mesti dapatkan seorang  kelete untuk buat berikan anda kefahamannya. Sayapun buat macam itu juga  (cerita modal sebenar..)
Mohd Saiba:  Khalili ni jenis hak jaga kifalahlah, orang Husam jugaklah bekali,
Husam  sendiri tak ‘gi. Jadi ‘depan Tok Guru tu PKN royatlah, ni bukti, kita
bayar  belaka, bukti, cumanya masalah tertunggak ni kita duduk anggarkan
mula-mula  3 juta sebulan ‘bayar, dia ‘jadi 5 6 juta, lebih daripada (hak
anggar),  jadi hak tu jadi tertunggak, tersekat, bayar bayar, PMBK tidak sekat.
Hor,  ‘situ Tok Guru nampak Husam tak betul.
Akmal Ilham:  Nak peruduh
Ariffahmilah?
Mohd Saiba: Hor,  jadi Tok Guru marah kor Husam. Dengar
cerita Husam nak berjumpa Tok  Guru, Tok Guru tak sir berjumpa.
Betul atau  salah kena tanya Setiausaha Akhbar TGNA, Mohd Saiba Yaakob.
Kickdefella  taklah nak serang TGNA secara terus setelah PAS Pusat berjumpa dengan  TGNA dan beberapa keputusan telah dibuat. Anda boleh baca 
di  sini. Dia menulis dengan lunak 
di  sini.
Akhirnya di antara kita semua, banyak  lebam, banyak calar dan banyak kesan
gurisan.
Saya mengambil  keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi
merawat lebam dan  calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk  keluarga saya.
Patah Sayap Terbang Jua
Tapi  malangnya keputusan ini tak lama, ada politik dalaman di Kelantan  mengubah corak politik semasa di sana. Anda boleh baca artikel Adib  Zapkapli (Malaysian Insider) yang bertajuk HUSAM CLAIMS CONSPIRACY  AGAINST HIM.
Sumber: 
Batu Api