Showing posts with label Anwar Ibrahim Munafikun. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim Munafikun. Show all posts

Tuesday, May 08, 2012

Zul Kulim Bedal PAS Dan Tapau Anwar Ibrahim


Tahun 1987, PAS isytihar tahun 2000 Malaysia akan jadi negara Kristian dan buat Himpunan Anti Kristian. Kini PAS berpeluk cium dengan kristian dan mahu undi kristian dan anggap Kristian sebagai saudara.

Sedap dengar dari minit 1.00 Zul Kulim bedal PAS.

Monday, May 07, 2012

Untuk Apa Wan Azizah Kerap Berjumpa Ibu Azmin?



Ketika semua orang sibuk membicarakan mengenai kemunculan Mak Tom di kaca TV, Azmin Ali pantas menunding jari menyalahkan UMNO kononnya menyiapkan skrip untuk memburukkan beliau.

Tiba-tiba muncul Wan Azizah yang meminta Azmin untuk bertaubat dan jangan derhaka dengan ibu sendiri.

Yang anehnya, kenyataan Wan Azizah mengundang persoalan. 

Menurut Wan Azizah beliau sentiasa bertemu dengan ibu Azmin, Che Tom Yahaya di rumah wanita terbabit. 

"Eloklah sebagai anak dia (Azmin) pergi melawat dan ziarahi ibu dia...itukan tanggungjawab anak. Saya biasa jumpa ibu Azmin dirumah dia sendiri," katanya ketika ditemui di majlis Makan Malam bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Agak menarik.

Dalam pada media membicarakan 'perang dingin' Wan Azizah dan Shamsidar (menantu Mak Tom) Wan Azizah secara terang memberitahu dia kerap bertemu dengan Mak Tom. Jika difikirkan susur jalur kekeluargaan Wan Azizah dan Mak Tom tidak dijumpai titik pertemuan perhubungan itu.

Yang diketahui ialah, keengganan Wan Azizah untuk bersemuka dengan keluarga arwah Ustaz Ali kerana Wan Azizah mengakui Shamsidar adalah punca kepada perangai satanic Anwar Ibrahim dalam keluarganya.

Merujuk tulisan di sini, penyokong terdekat Anwar mengakui hubungan dingin Wan Azizah - Shamsidar bermula sejak dulu lagi dan dendam api kemarahan ini sudah berlarutan sehingga kini.

Persoalannya untuk apa Wan Azizah sering mengunjungi Mak Tom?

Apakah Wan Azizah sering mengadu kepada Mak Tom mengenai hal rumah tangganya?

Apakah Wan Azizah meminta jasa baik Mak Tom untuk menasihati Shamsidar agar menjauhi keluarganya dan melupakan Anwar Ibrahim?

Atau persoalan yang terbesar benarkah Wan Azizah ingin mengetahui status sebenar cucu Mak Tom yang diperdebatkan benih daripada Anwar Ibrahim iaitu Farah Afifa?

Penyokong Azmin wajar berfikir. Kekerapan Wan Azizah bertemu Mak Tom berkemungkinan untuk memujuk ibu Azmin agar memperkatakan sesuatu mengenai perhubungan 3 segi iaitu Anwar - Shamsidar - Azmin.





Thursday, March 15, 2012

Video: Anwar Kata PAS Itu Dungu



Monday, January 09, 2012

Anwar 901: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Kita harus mengambil ketetapan ini. Hakim membebaskan Anwar adalah kerana keraguannya terhadap bukti DNA. Hakim berhujah menjelaskan bahawa DNA yang diperolehi menimbulkan keraguan terhadap prosedur yang digunakan. Bukan kerana DNA itu tidak dipalit dengan hak milik Anwar.
DNA masih lagi kepunyaan Anwar bagaimanapun terdapat keraguan dalam hal itu atau mungkin terdapat spesimen milik orang lain. Apakah sebenarnya berlaku threesome dalam kejadian 26 Jun 2008?
Saiful pasrah, dia kalah perhitungan di dunia. Kepercayaan kita sebagai umat Muhammad S.A.W amat yakin dengan hari pembalasan di akhirat.
Yah..! kita boleh cakap apa saja untuk sedapkan hati yang terluka. Kerja keras blogsfera dalam menelanjangkan musibat Anwar Ibrahim dianggap tidak berbaloi.
Kita harus ingat, Anwar bukan ditakrif TIDAK BERSALAH dia cuma dibebaskan dan dilepaskan kerana keraguan mahkamah dalam penentuan bahan bukti. Bukti-bukti sebelum ini seperti CCTV, keterangan Dr. Hoogland dan kebijaksaan pendakwaraya menepis segala bukti yag dikeluarkan peguam bela adalah keperluan yang menjurus kepada percentage perlakuan songsang Anwar.
Yang sebenarnya perlu perhalusi adalah pucuk kepimpinan negara.
Kita perlu persoalkan terhadap kepimpinan negara. Yang mana lebih utama, kepentingan diri ataupun kepentingan politik.
901 menjelaskan siapsiaga mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara kerana manusia yang paling gembira hari ini adalah DAP.
Kita harus perhalusi

-------------------------------------------------------------------------------

Perhalusi artikel ini diambil dari SINI

Anwar himpun di P'tang Pauh selepas keputusan liwat

1:21PM Jan 5, 2012

Apa sekalipun keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini, pemimpin-pemimpin tertinggi dan penyokong Pakatan Rakyat akan berhimpun di Permatang Pauh pada malam berkenaan.

 Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dijangka membuat persinggahan pertamanya di Pulau Pinang pada lewat petang 9 Januari bagi menjelaskan sendiri kepada rakyat berhubung keputusan mahkamah terhadap kesnya itu.

ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata, Anwar mahu mengulangi apa yang dilakukannya pada tahun 1998, selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, iatu kembali ke Pulau Pinang untuk mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh.

Anwar dilantik menjadi ahli parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 2008, selepas isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR mengosongkan kerusi itu untuk diisi beliau.

"Selepas keputusan penghakiman itu, semua pemimpin atasan Pakatan Rakyat akan berkumpul di Permatang Pauh untuk menghadiri perhimpunan besar," kata Sim kepada pemberita di Pulau Pinang.

"Jika Anwar dibebaskan, beliau akan menjelaskan keputusan itu sendiri. Jika tidak (dibebaskan), pemimpin-pemimpin tertinggi masih akan hadir di Permatang Pauh untuk perhimpunan tersebut," katanya.

Di Dunia, Kemenangan Anwar Dalam Keadaan Sangat Bergaya


Farah Afifa

Hari ini Anwar dibebaskan...

Tanpa memberi keterangan dalam kandang tertuduh cuma dari kandang saksi

Tanpa mengangkat sumpah dan disoal balas hakim

Tanpa perlu disoal pendakwaraya

Tanpa perlu menyerahkan DNA

Di dunia ini Anwar terlepas dari hukuman

Thursday, December 08, 2011

Panas! SAMM Akui Video Seks Anwar Adalah Tulen

Chegu Bard mengesahkan bahawa secara personal dia telah menonton video seks Anwar Ibrahim. Walaupun kenyataannya di Malaysiakini dibaca agar tidak menampakkan dia bersetuju pelakon video itu adalah bossnya tetapi siapa yang tahu bahawa dia yakin itu adalah Anwar Ibrahim.

Dimata PKR, Chegu Bard mahu dilihat senada dengan Johari Abdul bahawa semua itu adalah fitnah tehadap Anwar Ibrahim tetapi dalam kelompok SAMM, mereka menyakini itu adalah Anwar Ibrahim.

Pada siapa yang berada dalam kelompok SAMM seperti Sani, Ketua AMK Rembau, Habib, Ketua AMK Sik dan blogger Edy dari edyesdotcom, video seks Anwar Ibrahim adalah kisah benar dan bukan bahan tempered untuk diada-adakan. Pendek kata, SAMM tahu pelakon video itu adalah komfom pelakonnya Anwar Ibrahim.

SAMM mengakui video itu tulen dan kerap menjadi bahan lawak dalam inner circle kelompok SAMM. Semasa rapat pengurusan di sebuah banglo di Shah Alam, topik video seks Anwar antara bahan santai sebelum berendam di swimming pool belakang banglo.

Semua orang tahu betapa konsistennya Chegu Bard mengadakan program santai petang seluruh Malaysia untuk menjual buku Fitnah dan Imelda Rosmah. Konsistensi ini adalah selaras dengan cita-citanya untuk bertanding di Rembau berhadapan dengan Khairy Jamaluddin. 

Bagi Chegu Bard, kejayaanya untuk menumbangkan KJ adalah kejayaan anak muda menumbangkan kesombongan menantu Pak Lah. Itu yang diimpikan Chegu Bard.

Berbalik kepada video pengakuan Chegu Bard, tiada siapa yang tahu bahawa Chegu Bard secara peribadi mengesahkan itu adalah Anwar Ibrahim kerana diakui pada saat Chegu Bard dijemput untuk menonton, Datuk Eskay telah siap sedia dengan 'gadjet' keramatnya.

Itu yang Johari Abdul terkena.

Seperti yang didedahkan Papagomo, pasti ada cerita hangat yang mahu dikongsi berkenaan pengakuan Chegu Bard. Bimbang didedahkan makanya cita-cita Chegu Bard untuk pergi lebih jauh dalam PKR pasti diperhatikan dengan curiga.

Dalam hal ini, dimana standi Chegu Bard yang memuja pemimpin tidak bermoral sebagai harapan baru untuk Malaysia?

Friday, October 21, 2011

Apa Disebalik Pertemuan Delegasi Indonesia Dengan Anwar Ibrahim

Beberapa blog proAnwar memaparkan pertemuan Anwar Ibrahim dengan delegasi Indonesia yang diketuai Taufik Kiemas. Bagi yang tidak tahu, Taufik Kiemas adalah Speaker Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR) dan Ketua Dewan Pertimbangan Pusat Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).

Kalau di Malaysia tarafnya sama seperti Speaker Dewan Rakyat. Taufik Kiemas juga adalah suami kepada bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri.

Blog perbadi Anwar juga turut memaparkan pertemuan mesra ini yang berlangsung di Kelab Tasik Perdana, KL. Entrinya simple dan kononnya mahu tunjukkan bahawa supporter Anwar masih kukuh di Indonesia. Boleh klik Sini.

Pernah dalam satu ceramah Taufik Kiemas di Rajaratman School of International Studies (RSIS) Singapura, beliau menegaskan bahawa
PDIP harus bekerjasama dengan pihak eksternal. Dalam hal ini ia menyebut Golkar untuk dalam negeri dan Amerika Serikat yang dianggap memiliki kemampuan campur tangan terhadap negara lain. “Saya tidak butuh orang-orang golkar. Yang saya butuhkan adalah Partai Golkar yang berhaluan pluralis,” ujar Taufik. Sikap itu juga disampaikan saat Taufik dan kawan-kawan berkunjung ke Amerika Serikat (AS). Menurut Taufik, saat di AS ia menegaskan kembali tentang sikap PDIP sebagai partai oposisi di Indonesia dan sebagai partai nasionalisme yang menjunjung tinggi pluralisme.
Adalah jelas bahawa Taufik Kiemas merupakan antara individu yang menjunjung tinggi fahaman Pluralisme dan berkiblatkan blok barat terutamanya Amerika Syarikat menunjukkan keakraban Taufik dengan Anwar Ibrahim.

Tidak mengejutkan antara jadual Taufik Kiemas ke Malaysia adalah untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim adalah kerana kesepakatan kedua-dua figura ini dalam mempromosi pluralisme sebagai acuan demokrasi blok barat. Kedua-duanya adalah alat demokrasi Amerika untuk menerapkan pluralisme yang jelas bertentangan dengan Islam. 

Berbalik kepada pertemuan 'mesra' Anwar Ibrahim dan Taufik Kiemas. Pertemuan tersebut turut dihadiri beberapa ahli parlimen dari Indonesia. Bagi Taufik, kritikan dan cacian Anwar terhadap polisi Malaysia bukanlah satu perkara yang pelik. Trend pembangkang yang sebolehnya menafikan kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir sebuah negara.

Saat ketegangan hubungan Malaysia - Indonesia berkenaan isu sempadan di Kalimantan, Anwar menggunakan sepenuhnya pertemuan ini bagi mengkritik dan memburukkan pentadbiran Malaysia. Anwar juga menambah kezaliman kerajaan yang kononnya menafikan hak asasi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) antara topik hangat untuk membangkitkan kemarahan delegasi Indonesia.

Agak mengejutkan kerana pertemuan yang dirancang bagi mengukuhkan hubungan Anwar bersama kepimpinan Indonesia rupanya tidak berlangsung sepertimana yang diharapkan. Tanpa kita sedar, entri blog peribadi Anwar memaparkan kandungan yang ringkas tidak seperti sebelum ini Anwar pasti menyiarkan segala kepentingan politik membabitkan dirinya untuk menonjolkan kekaguman supporter Anwar di luar negara.

Delegasi Taufik Kiemas lebih memfokuskan kepada isu liwat yang sedang dihadapi Anwar Ibrahim menunjukkan Indonesia kini sedang memerhati dengan penuh minat perjalanan kes liwat.

Perubahan ini menyebabkan Anwar Ibrahim menyindir Taufik yang dianggapnya sahabat baik tetapi telah berubah kerana mempercayai perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya. Bagi Anwar, perubahan sokongan Indonesia diibaratkan malapetaka kepadanya kerana diketahui Anwar kerap meniup sentimen anti-Malaysia terhadap pemerintah Indonesia.

Anwar Ibrahim kerap memburuk-burukkan kerajaan dalam lawatannya ke Indonesia. Sikap buruk seorang ketua umum yang derhaka dengan tanah air sendiri. Pertemuan Taufik dengan Anwar telah digunakan sepenuhnya kerana permintaan Indonesia untuk Anwar berubah bagi menghadapi kes liwat mengikut aturan perundangan.

Anwar harus sedar semakin ramai yang mempersoalkan moralitinya diluar negara.

Tuesday, October 18, 2011

Anwar Nafi Kehendak Ahli PKR Sabah

Nampak gaya Anwar sudah mengesahkan dia adalah seorang pemimpin diktator. Mengemudi PKR untuk tidak pernah belajar dari kesilapan. Isu ketidakadilan dalam pemilihan terdahulu masih lagi belum terjawab kali ini PKR meneruskan tradisi menafikan kehendak akar umbi.

Rupa-rupanya pelantikan Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi PKR Sabah buat kali kedua telah mencetuskan rasa tidak puas hati ahli PKR Sabah terutama sekali kumpulan penyokong Ansari Abdullah.  PKR Sabah tidak mahu kepimpinan yang lembik, kusam dan membodek. 

Politik PKR di Sabah sebenarnya penuh tricky dan curiga. Saling tidak percaya antara satu sama lain.

Keputusan undi Ketua-Ketua Cabang di seluruh Sabah telah memberi isyarat jelas bahawa politik dalaman PKR di Sabah saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Bukan sahaja di Sabah malahan trend tersebut turut berlaku di semenanjung. Politik PKR adalah lubuk manipulasi undi, dendam dan ketidakadilan terhadap calon. PKR selalu menafikan suara kehendak akar umbi.

Jika di Sabah senarionya adalah begini bagaimana PKR mahu memerintah Malaysia. Di Semenanjung ketidakadilan dan manipulasi undi adalah perkara biasa bagi ahli PKR. Ibarat kata dengan kekurangan undi menyokong pun boleh menjadi pemimpin hanya dengan blessing daripada Anwar. Langsung tidak adil

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru-baru ini pungutan suara untuk memilih pengerusi negeri telah diadakan. Daripada 19 Ketua Cabang yang hadir hanya 1 undi yang menyokong Ahmad Thamrim Jaini sebagai Pengerusi Negeri dan selebihnya lebih memihak kepada Ansari Abdullah.

Oleh kerana PKR adalah hak mutlak Anwar Ibrahim sekeluarga, maka suara 2 pertiga undi yang mahukan Ansari dan menolak kepimpinan Thamrim telah mengubah demokrasi. Anwar Ibrahim mengangkat Ahamad Thamrim Jaini untuk mengetuai PKR Sabah walaupun dengan 1 undi.

Hebat politik demokrasi acuan Anwar.

Anwar kerap kali menyatakan janji autonomi kepada Sabah. Untuk lebih faham, politik dalaman Sabah perlu ditentukan anak jati negeri itu. Tiada campur tangan pihak luar. Itu janji autonomi Anwar kepada PKR Sabah. Jika begini acuannya, susah benar PKR mahu mengemudi bala tentera untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Oleh itu tidak hairan jika dapat waktu yang terdekat, sembilan Ketua Cabang PKR, terutama yang mewakili Masyarakat KDM (Kadazandusunmurut) akan mengikuti jejak langkah bijaksana Mantan Pengerusi MPN Sabah, Ustaz Pajuddin Nordin menyertai UMNO dan parti komponen BN.

Persoalannya masih relevankah perjuangan PKR di Sabah jika pucuk pimpinan PKR membuat janji seperti ‘Pelacur’ yang bersumpah setia kepada kekasih, tetapi membenarkan diri dilanggani orang lain, semata-mata kerana kerjayanya sebagai Pelacur!

Tanya Chegu Bard dia mesti setuju.....

Thursday, October 13, 2011

PANAS! Video Seks Anwar Bersama Wanita India Mungkin Juga Ada?

Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini. 

Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?” 

Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?” 

Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. 

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak. 

Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata. 

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu. 

Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.” 

Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia. 

Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar.

Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin. 

Sambung penjelasan Tun M tentang Anwar Ibrahim 

Kena tanya Papagomo mungkin dia boleh tolong dapatkan latest version video untuk simpanan arkib negara....

Tuesday, October 04, 2011

Najwan Akui Cemburu Sejak Dari Zaman Universiti

Mohd Najwan Halimi muncul dimahkamah hari ini. Dia adalah saksi misteri yang digembar gemburkan Anwar boleh discredit kredibiliti Saiful. Kononnya Najwan adalah kawan baik Saiful yang pernah mengirimkan ucapan tahniah diatas pertunangan Saiful dengan pilihan hatinya. Jangan tak tahu Najwan juga menyanjungi Anwar Ibrahim.

Memang diakui Mohd Najwan adalah kawan kepada Saiful semasa sesi akademik di universiti sekitar tahun 2003 - 2008. Walaupun Najwan berlainan course tetapi asrama mereka di satu bangunan yang sama. Keterangan Najwan juga hari ini menyebut mereka selalu ke kelas bersama dan makan bersama.

Itu adalah perkara yang biasa di alam kampus.

Saiful ketika menjadi Timb. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN sesi 2006-2007 pernah terlibat menganjurkan program anak angkat dimana Najwan adalah setiausaha seketeriat yang menguruskan program tersebut. Program tersebut dirasmikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas Menteri Dalam Negeri.

Najwan juga mengakui lebih banyak menguruskan dibelakang tadbir apa jua program dan Saiful sebagai Timb. Presiden akan dilihat lebih menonjol untuk mendapat nama. Perkara biasa dalam sebuah organisasi atau penganjuran aktiviti di universiti. Najwan mengakui ada tmbul rasa cemburu bila Saiful mendapat nama dalam aktiviti universiti yang dianjurkan.

Hari ini Sivarasa menyoal berhubung 'kenalan' Saiful dengan orang 'atasan'. Maksud Sivarasa adalah mahu memberitahu kepada mahkamah bahawanya Saiful mempunyai networking  dalam kerajaan kononnya Sodomi II adalah 1 konspirasi.

Pada sekitar 2008, Najwan tanpa berselindung pernah melihat dalam laman sosial Saiful gambar-gambar Saiful bersama pemimpin kerajaan antaranya gambar kontroversi Saiful bersama Khairil Anas Jusuh yang pada masa itu adalah Pegawai Khas TPM.

Sebagai seorang Timbalan Presiden sebuah majlis perwakilan pelajar adalah satu perkara biasa untuk seorang yang berstatus seperti Saiful untuk mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin kerajaan. Apatah lagi seorang ketua pengawas sekolah rendah juga akan melakukan perkara yang sama.

Pasukan pendakwaan telah mengasak Najwan untuk mengakui bahawa  hubungan baik yang didakwa bukan seperti mana yang digembar-gemburkan. Najwan mengakui ada timbul rasa iri hati dan cemburu bilamana Saiful dilihat lebih menonjol di universiti tambahan pula Najwan mengetahui Saiful diambil bekerja sebagai Staff di Pejabat PKR Pusat selepas dia dibuang universiti.

Biasalah manusia bila dah dengki iri hati selalunya akan bercerita perkara yang buruk.

Dia juga mengakui pernah mengirim e-mail peribadi kepada Anwar Ibrahim dan meluahkan  sikap buruk Saiful kepada Anwar. Bukankah sudah timbul motif cemburu Najwan terhadap Saiful dengan apa yang diperolehi Saiful walaupun gagal di universiti. Dengan berbuat demikian maka Anwar akan memecat Saiful kerana tidak percaya akan sikapnya. 

Ianya bukan satu perkara yang pelik melihat kecemburuan pesaing semasa di alam universiti. Sehinggalah Najwan mendapat tempat di Pejabat Nik Nazmi selepas berhenti dari Kementerian Pengangkutan. Maka makin mudahlah Najwan untuk bersaing dengan Saiful untuk mendapat tempat di dalam PKR.

Motif rangkaian peguam bela Anwar hanyalah mahu mengeksploitasi keterangan Najwan bagi menunjukkan sikap glamoures Saiful dan kononnya benar ada konspirasi bila terpampang gambar-gambar Saiful bersama beberapa pemimpin kerajaan. Najwan bukan saksi yang kuat untuk discredit Saiful melainkan Anwar berjaya yakinkan spesimen air mani bukan miliknya.

Ahli PKR seperti Najwan telah dibayar dan well planned seolah-olah Saiful hadir dalam hidup Anwar adalah atas dorongan mahu menjatuhkan Anwar.

Air mani itu nak kata siapa yang perah? China doll.....

Thursday, September 29, 2011

PANAS! Adakah Anwar Gemar Melancap Sehingga Kena Mati Pucuk?



Kata dari The Unspinners menyebut
Anwar ingin gunakan Thomas Hoogland bila perbicaraan bersambung nyanyi untuk kata dia tidak berkemampuan untuk melakukan seks kerana kecederaan belakang dan sakit pinggang yang dialami akibat bermain Sepak Takraw di penjara pada awal tahun 2001.

Thomas Hoogland pula adalah DOKTOR AJAIB yang berjaya memulihkan nyawa Anwar Ibrahim dalam tempoh kurang dari 24 jam!

Jom kita faham apa dia Erectile dysfunction atau mati pucuk sebelum kena tipu dengan Mat Saleh hidup-hidup.
Erectile dysfunction (ED) is the inability to get and maintain an erection that is sufficient for satisfactory sexual intercourse. ED is also known as impotence.

ED can have a range of causes that can be both physical and psychological (mental). Physical causes include:

Saya cuba untuk memahami masalah ini disebabkan kegagalan untuk zakar berfungsi boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Sehinggalah terjumpa artikel dari Harian Metro berkenaan gejala ini.
Mati pucuk ialah tanda atau simptom penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan kegagalan pencapaian ereksi. Mati pucuk bukan penyakit! Ia simptom penyakit!

Satu ketika, mati pucuk dikaitkan dengan gangguan fikiran dan lelaki yang mengalaminya biasa menyatakan mereka tidak terangsang, seolah-olah mengaitkan masalah mereka kepada pasangan.

Sebenarnya mereka berhajat untuk bersama dengan pasangan, tetapi tidak mampu kerana ereksi tidak berlaku atau ereksi tidak kekal.

Baru sekarang lelaki faham masalah ini ada kaitan dengan kurangnya kemasukan darah ke dalam ruang otot zakar yang menyebabkan kandungan darah tidak cukup untuk memadatkan zakar dan mengekalkan ereksi untuk tujuan persetubuhan. 
Sebilangan besar masalah mati pucuk (lebih 80 peratus) disebabkan masalah kesihatan. Jadi apa-apa masalah kesihatan yang menyebabkan kekurangan darah masuk ke dalam otot zakar ketika lelaki berhajat melakukan persetubuhan boleh menyebabkan mati pucuk.

Sebagai contoh, penyakit yang menyebabkan pembuluh darah sempit seperti ‘arterioscelerosis’ yang ada kaitan dengan peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah yang berpunca daripada amalan tidak sihat seperti makan makanan mengandungi banyak lemak dan kolesterol, merokok kerana kandungan kimia dan nikotin menyebabkan dinding salur darah tercerut, serta tidak atau kurang mengamalkan senaman dan tekanan.
Mati pucuk bukanlah penyakit yang harus ditakuti dan ianya adalah simpton penyakit. Penyelesaiannya adalah dengan kerap melakukan senaman, menjaga pemakanan dan paling mujarab adalah melakukan urutan bagi melancarkan darah ke pembulur darah zakar.

Laluan darah ok maka zakar akan mencapai tahap persembahan yang mengagumkan ditambah dengan menelan sebiji VIAGRA maka kepuasan akan tercapai.

Tidak disebut pula sakit tulang belakang boleh mati pucuk. Sakit tulang belakang berkemungkinan boleh lumpuh untuk tempoh pendek atau jangka panjang.

Selain itu antara punca mati pucuk adalah kerana kegilaan menonton video lucah sehingga terpaksa melancap dan suka kepada seks bebas.

Jika benar pun Anwar alami masalah mati pucuk berkemungkinan adalah kegemaran untuk melancap, oral seks atau seks bebas. Ini yang tak tau tahap mana aktiviti seks bebas Anwar pasal lepas dia bebas keluar  dari penjara tahun 2004 hingga 2007 dia lebih enak menetap di US. Disana syurga untuk aktiviti songsang dan JAWI tiada kuasa di US.

INFO: Anwar konsisten dengan alasan dia mengalami sakit tulang belakang akibat kecederaan semasa dalam penjara tetapi harus diingat telah tersebar video penipu Anwar memakai pendakap leher semasa dalam penjara dulu yang mana kelihatan lakonan kepura-puraan Anwar yang sebenarnya sihat walafiat.

Wednesday, September 21, 2011

PANAS! Dr. Brian Karipapkan Anwar Ibrahim

Rangkaian Peguam Anwar bersungguh-sungguh mahu tampilkan pakar mereka sendiri. Anwar juga begitu yakin pakar karipap yang dibawanya lebih efisen.

Pada tanggapan Anwar dengan membawa muka mat saleh sebagai pembelanya akan membuatkan semua rakyat dan penyokong kagum dengan tahap networking Anwar. Muka yang fresh dan sijil akademik yang bergulung akan mengagumkan barisan pendakwaraya.

Podaah cit..! Anwar sudah dikaripapkan penebar piza dari Australia.

Apa yang didedahkan The Mole amat-amat mengejutkan. Nama web pun dah macam perli Anwar. Hehehe....

In fact the lack of qualification caused the judge to question how McDonald can be considered qualified to operate a pathology lab as prescribed by the laws of Australia.

In Para 52, the judge said:

“The only possible relevant course addition to Dr McDonald’s university studies as revealed in his curriculum vitae which he has done was in 1993, being the NATA assessor’s course in DNA testing laboratory accreditation, but which he said did not assess or accredit him in any way (T231). I am therefore left not knowing the basis upon which Dr McDonald is able to operate and accredited pathology laboratory within the meaning of s23DN ad s23DNA of the Health Insurance Act, other that that he is a senior scientist as definer therein.”

NATA is National Association of Testing Authorities, Australia.

After reviewing testimony from other experts, the judge comes to an even more shocking conclusion that despite a lack of expertise in a particular area, McDonald found no difficulty in running down the testimony of real experts in the field.

“This explains why Dr McDonald is not an expert. He does not have the expertise to derive and validate a subpopulation model. He cannot follow the derivatives in such model. He has not attempted to follow the derivations of the subpopulation model used by Dr Buckleton in this case (T237). However, when he looks at the observed profiles against the expected or predicted profiles, he says that the model prepared by Dr Buckleton is “flawed” (T237).”

In fact, Dr. Brain Mcdonald sudah ada jurnal law kes yang mempertikaikan kredibilitinya. Sepertimana yang didedahkan, hakim Aussie pun tolak kelayakan Dr. Brian.

Apakah aneh untuk sebuah negara yang mengiktiraf kesamaan gender dan support untuk homoseksual komuniti macam Anwar menafikan kelayakan Dr. Brian?

Dalam menegakkan keadilan, fakta kes adalah fakta yang tidak boleh diubah. Beban bukti yang terletak pada Anwar sudah menampakkan kebenaran. 

Mahu tunggu saja bendera putih dari Karpal Singh. Hehehehe......

Anwar sudah sikap pilih pakar. Yang dicari pakar DNA bukan pakar karipap yang mahu kaut keuntungan.

Jika hakim Aussie pun mentah-mentah tolak kredibiliti Brian takkan hakim disini mahu terima keterangan Brian sebagai bullet proof Anwar berjoget di luar mahkamah.

Friday, September 09, 2011

Anwar Restu Memorandum Sabotaj Khalid Ibrahim


Saya menghubungi 'seseorang' dalam Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor' bagi mendapatkan kepastian berhubung desas desus 'rampasan kuasa' dalaman pentadbiran Negeri Selangor. Ini bermula dengan kenyataan Khalid Samad yang menyatakan terdapat usaha bagi menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Jika diikutkan kronologi, usaha ini sudah bermula lama dulu. Ketika itu, isu pasir telah menjahanamkan imej pentadbiran Khalid Ibrahim yang gagal mengekang kemarahan rakyat Selangor dan timbul ura-ura untuk menaikkan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru

Menurut Khalid Samad beberapa ahli parlimen dari PKR sedang mengusahakan satu memorandum bagi  mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan. Walaupun Khalid Samad tidak menyatakan yang sebenarnya memorandum itu telah pun sampai ke tangan Wan Azizah.

Untuk lebih memahami, memorandum itu melibatkan sokongan tandatangan ahli-ahli parlimen PKR dan apa yang lebih penting usaha itu sudah mendapat 'blessing' daripada Anwar Ibrahim. Bagi Anwar, tindakan ini perlu memandangkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim mampu memberi impak buruk terhadap prestasi PKR di Selangor menjelangnya pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRU Ke-13. 

Pada Anwar, untuk memimpin pentadbiran negeri lebih mudah diuruskan oleh Azmin Ali selain kapasitinya sebagai Pengerusi PKR Selangor. Lagi pun Anwar pernah berjanji untuk memberi 'imbuhan' yang besar kepada Azmin atas konsistensinya membelanya.

Desakan ini ekoran kegagalan Khalid Ibrahim menunaikan janji-janji pilihan raya selain daripada sikap kedekut Khalid Ibrahim sendiri yang menyekat bantuan kewangan kepada ahli parlimen Selangor dan jentera pembangkang.

Isu pokok yang lebih besar menjurus kepada desakan ini adalah kegagalan Khalid Ibrahim dalam menjalankan pentadbiran yang cekap dan adil sesama ahli parti selain daripada isu semasa yang telah menyinggung perasaan orang Melayu di Selangor.

Gerakan ini sedang berlaku dan diketuai oleh Azmin Ali. Antara ahli parlimen yang lantang mendesak ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Mike (Kapar) dan Haniza Talha (Kg Medan). Selain itu, beberapa ahli parlimen luar dari Selangor yang turut menyokong ialah Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusuf (Balik Pulau)

Untuk rekod, Khalid Ibrahim sudah lama mengetahui gerakan ini dan dia akan terus mengekalkan kuasa selaku MB sehingga mendapat ilham untuk membubarkan DUN dan meminta perkenan Tuanku Sultan Selangor.

Bagi pemimpin kanan PKR, kumpulan yang pro Azmin Ali dilihat amat 'dominan' menguasai segala keputusan dan perjalanan politik PKR yang diketahui tidak boleh lagi mengharapkan kredibiliti Anwar Ibrahim untuk terus memimpin. 

Dengan bergerak mengikut bayangan Anwar, pakatan sulit yang sedang bergerak ini mahu mengangkat Azmin Ali sebagai ikon pemimpin baru bagi menggantikan Anwar Ibrahim. Segala isu yang sedang berlaku di Selangor sepertimana isu pemeriksaan JAIS dikatakan turut mendapat sentuhan kotor daripada pakatan ini.

Jika pun Khalid diturunkan apakah Azmin Ali mampu mengekalkan status quo pembangkang di Selangor?

Melihat stail dan game politik PKR ianya penuh dengan tipu muslihat, kecurigaan, ketidakadilan dan tikam belakang walaupun PKR selalu gah dengan terma 'keadilan' diatas-atas pentas ceramah. Apa yang berlaku di Selangor memperlihatkan game politik yang merbahaya.

Bagaimana mahu memiliki Putrajaya jika kepimpinan yang sedia ada penuh dengan taktik kotor dan sesat?

Bagaimana pula peranan UMNO Selangor untuk mengeksploitasi perpecahan ini?

---------------------------------------------------------------------------------------
Penipuan Keahlian Dalam PKR - The Unspinners

Laksmi dihubungi oleh Anuradha untuk menyerahkan borang yang sudah siap tapi dia buat pelbagai helah untuk tidak mahu serahkan. Maklumlah perkara ini salah. Itu yang Anuradha telah mengugutnya di dalam perbualan talipon dengan ibu Lakshmi.

Rakan PKR kaum India itu memberi kami maklumat dan dokumen ini untuk didedahkan betapa buruk dan jijiknya politik dalaman PKR hingga sanggup ugut mengugut. Jadi berapa kali ganda keleontong PKR tentang jumlah keahlian mereka. Kalau 300,000 tu agaknya cuma 30,000 kot???

Ini rupanya cara pemimpin PKR menang jawatan dalam PKR. Agaknya begini jugakah cara Azmin menang? 

Monday, August 15, 2011

Ustz. Nurul Izzah Memalukan.



Menonton penjelasan Nurul Izzah berkaitan kes liwat bapanya semacam Nurul berdiri mempersembahkan stand-up comedian. Di Malaysia, stand-up comedian yang hebat adalah seperti Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Saiful Apek dan kini Nabil sudah boleh berdiri setanding dengan nama-nama besar ini.

Di US, nama-nama seperti Jerry Seinfeld, Sam Kinison dan David Cross adalah generasi alaf baru selepas era comedian 80an - penghujung 90an yang dikuasai nama seperti Bill Cosby dan Woody Allen.

Untuk yang tidak tahu, dilampirkan maksud stand-up comedian.
"Stand-up is an art form that is openly devoted to getting immediate laughs from an audience above all else, unlike theatrical comedy which creates comedy within the structure of a play with amusing characters and situations. In stand-up comedy, feedback of the audience is instant and crucial for the comedian's act. Audiences expect a stand up comic to provide a steady stream of laughs, and a performer is always under great pressure to deliver"
Tengokla video itu dan bandingkan dengan orang yang lebih tahu dan layak untuk berbicara perihal isu yangdiperdebatkan Nurul Izzah.

Nampak dia memalukan diri sendiri.

Friday, August 12, 2011

Ustaz Ini Membuktikan Jubah Bukan Penghalang Untuk Meliwat

 
Ustaz ini telah membuktikan, nafsu dan keinginan semuanya terletak pada diri sendiri bukan pada watak alim maksum
Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di kediamannya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata penahanan suspek berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Batu Rakit petang semalam.

"Guru berusia 42 tahun itu sudah berkahwin dan dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lalu di kuarters perguruan sekolah berkenaan, bersebelahan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Manoharan berkata, polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rosila Nik, membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan
Dilihat pertuduhan yang dikenakan bukankah sama seperti mana yang diterima Anwar Ibrahim. Umur dan lakonan sakit pinggang bukan penghalang untuk meliwat.

Monday, July 11, 2011

Anwar 'Chicken Run' Diajak Berdebat.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam,untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.

“Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. 

Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan? 

“Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa rundingan boleh diadakan, apatah lagi beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam kerajaan.

Dia bukannya pemimpin jalanan sehingga perlu meneruskan perhimpunan itu. Mengapa perlu menimbulkan huru-hara dan pernahkah dia terfikir apa yang akan berlaku sekiranya tercetus pergaduhan dengan bangsa lain disebabkan perhimpunan itu,” katanya semalam.

Omardin yang juga Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut berada di Bukit Bintang semalam menyertai Himpunan PATRIOT yang disifatkannya sebagai benteng pertahanan kerajaan bagi menghadapi pihak pembangkang yang berhasrat menimbulkan kekacauan.

Saturday, June 11, 2011

Video Seks: Tengok Dahulu Kemudian Nilai


Itu adalah artikel yang dipaparkan oleh geng psywar Anwar. Bukan nak cerita kelemahan dalam penyiasatan kes itu tetapi hendak menilai kenyataan Zuraida Taliban yang mereng dan bising-bising tak puas hati salinan video itu sampai ke alamatnya.

Untuk pengetahuan, salinan video itu pernah dihantar ke rumah saya malahan saudara mara dan kawan-kawan ada juga menerima sesalinan video itu. Apa yang kami buat adalah menonton untuk mendapatkan kepastian apakah benar pelakon porno itu ialah Anwar Ibrahim seperti mana yang didakwa.

Alhamdullilah, segala kekusutan akan cerita-cerita fantasi dan tipu helah yang disampaikan adalah tidak benar. Selepas kenalan dan saudara mara menonton barulah memeprcayai tanpa keraguan bahawa pelakon yang didakwa itu adalah benar dilakonkan oleh Anwar Ibrahim.

Fantasi perut buncit boleh diibaratkan sebagai kaedah menanam persepsi untuk tidak mempercayai video seks itu.

Setelah menonton walaupun ada sedikit rasa tidak selesa akhirnya satu keputusan telah dicapai, memang sah untuk mempercayai pelakon itu adalah Anwar Ibrahim. Tambahan pula melihat tindak tanduk Anwar yang enggan bersumpah dan kegemarannya untuk melengahkan perbicaraan liwat menjelaskan tentang masalah moral yang diperkatakan kini.

Ramai kenalan dan saudara mara yang telah melihat video itu yakin memang Anwar yang bermain ranjang menduakan Wan Azizah.

Ini yang perlu dibuat oleh sesiapa yang menerima salinan video itu. Lantak pi la...jika ianya adalah satu kesalahan kerana memiliki video lucah tetapi ianya wajib ditonton untuk menghilangkan segala kekusutan berkaitan polemik pelakon video tersebut.

Yang penting kita perlu melihat untuk menjelaskan pendirian kita yang sebenar dalam menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Terima kasih.

Monday, June 06, 2011

Bila Anwar Nak Bersumpah

Kalau pun Anwar minta gugurkan hakim sebanyak mana yang dia mahu yang pasti doa orang teraniaya akan sentiasa dimakbulkan Allah. Terpulang pada Anwar untuk bermuhasabah untuk menilai segala tindakan yang diambil menidakkan kekuasaan Qada dan Qadar
Anwar selalu mencanang di pentas ceramah bahawa dia adalah manusia paling teraniaya dimuka bumi ini. Dia selalu ulang apa lagi yang kerajaan mahu lakukan padanya, dipukul, dibogel, diracun, diukur dan macam-macam lagi dakwaan kerajaan selalu menganiaya anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.
Tapi apa yang Anwar terima. Zalimkah Allah untuk menguji sedemikian rupa pada Anwar.? Zalimkah Allah untuk tidak menerima doa solat hajat pemuja Anwar seluruh dunia.
Nik Aziz dah jenuh berbuih mulut berdoa untuk selamatkan Anwar. Doa ekstrem apa lagi yang tak pernah Nik Aziz ucapkan. Pecah perut sudah...buka pintu hati..dah selalu...nak suruh bertaubat boleh dikatakan hari-hari dibuat...
Satu saja yang belum pernah Anwar buat...bersumpah.
Samada sumpah laknat ataupun sumpah kebenaran di mahkamah.
Jika terjadi...alhamdullilah
Seluruh umat Melayu Islam sedang menantikan kebenaran itu.


Thursday, March 24, 2011

Gagal Dapat Deal, Johari Pun U-Turn.

Penglibatan Johari Abdul dalam pendedahan video seks Anwar adalah kerana hubungannya dengan Datuk Shuib Lazim sebagai bapa saudara kepada Johari Abdul. Datuk Shuib adalah bekas Ketua Bahagian Sungai Petani dan kini bergerak bersama PERKASA.
Datuk Shuib tahu bagaimana Johari bergelut untuk mengekalkan pengaruh politiknya dalam PKR dan juga kawasan yang dimenanginya, Sungai Petani. Di dalam PKR, Johari ibarat tong kosong. Dia tidak dipandang dalam kepimpinan PKR malahan Anwar sendiri tidak berapa 'berkenan' dengan Johari yang disifatnya seorang yang sangat 'praktikal'.
Johari menjelaskan telah dihubungi oleh seseorang yang rapat dengannya dan hasilnya dia bersama-sama Datuk Shuib telah menyaksikan video seks membabitkan Anwar Ibrahim. Baginya, memang sah video yang ditonton adalah kelibat Anwar Ibrahim mengasah burungnya.
Samada mahu mengundur kebelakang atau terus kehadapan prinsip Johari seperti terbahagi dua. Jika ditentang Anwar perlu memastikan dia mendapat 'sesuatu' sebagai trade deal. RM100,000 sebagai pelincir dan RM1 juta untuk setiap YB yang ditarik keluar.
Bagaimanapun, trade deal ini gagal kerana pulangan yang diminta terlalu tinggi.
Disebabkan inilah, mengapa Johari bertindak awal mengadakan sidang media 'membocorkan' pertemuan sulitnya bersama mastermind video seks. Dia tidak mahu dikaitkan dengan deal yang telah dibuat dan pandangan serongnya terhadap Anwar. Namun, jauh disudut hati mengesahkan bahawa pemimpin yang diagung-agungkan adalah seorang yang tidak bermoral.
Umumnya, Johari sedar kelakuan songsang Anwar tetapi memandangkan dia gagal mendapat pulangan untuk meneruskan sisa politik lebih elok dia mengeram dalam PKR dan dijulang sebagai pemimpin yang bermaruah kononnya.

Wednesday, March 23, 2011

Anwar Sedang Divert Isu?

Muka seiras Anwar Ibrahim?
Strategi ‘smokescreen’ ini memang boleh berjaya kalau disusun dengan baik. Tapi semua benda mestilah ‘terjaga dan terpelihara’. Baru real.
Hari ini, PKR tampil dengan strategi baru. Conspiracy theory. Johari Abdul diajak untuk menyertai UMNO dengan menunjukkan video seks Anwar. Johari Abdul ada. Tan Sri Rahim Thamby Chik ada. Eskay ada. Sound bytes: semuanya mahu Jo masuk UMNO kerana Anwar sudah ‘kantoi’ dengan video seks.
Sejujurnya, dengan keadaan politik ‘semasa’; kemasukan Jo Abdul ke dalam UMNO/BN tidak akan berikan sebarang dividen politik. Jo Abdul is ‘yesterday’ politician. Kalau betul; Yusmadi adalah calon yang lebih baik. Muda. Ada otak. Ada skills. Jo Abdul? Ini sudah tahap ‘kontang’ punya ahli politik.
Kita boleh cipta apa sahaja teori; tapi jika strategi ‘smokescreen’ yang dipakai Anwar hampir berjaya. Sayangnya, keputusan mahkamah pula tidak memihak kepadanya. Kita fokus balik kepada – berus gigi, tuala good morning dan botol air mineral. Apa macam?
Sambung di SINI