Thursday, March 19, 2009

UMNO Perlu Sokongan Bukan Kutukan

Transformasi UMNO kearah pembersihan dari barah politik wang harus dilihat satu usaha yang baik walaupun dari satu sisi politik wang dan UMNO seperti tidak mampu dipisahkan. Strategi persepsi pembangkang sejak dari dulu lagi telah berjaya membentuk kegelapan dalam UMNO.

Usaha Lembaga Disiplin UMNO dalam melaksanakan pembersihan ini perlu diberi ruang oleh seluruh ahli UMNO. Ini kerana, setelah UMNO mengalami krisis keyakinan yang teruk seperti tidak ada ruang untuk UMNO mengeluarkan diri dari corong kesuraman itu. Jika, usaha kebaikan ini tidak dimartabatkan ke mana arah yang harus dilalui UMNO.?

Rasanya, hanya UMNO mempunyai Lembaga Disiplin yang berani mengambil tindakan secara total seterusnya melaungkannya ke seluruh negeri. Parti-parti politik yang lain lebih senang membicarakan disiplin dari konteks parti itu sendiri. Jadi, di mana hak kebebasan yang menjadi makanan parti politik ini.

Sisi gelap UMNO iaitu rasuah politik sukar untuk dibendung kerana di dalam UMNO telah wujud amalan memberi dan menerima jika berlaku sesuatu pertandingan bak dari zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden hinggalah kini walaupun permulaan ini dikhabarkan bermula semenjak Anwar Ibrahim mula memasang angan-angan ini menjadi Presiden UMNO termuda.

Kehodohan ini ibarat anai-anai yang sedikit demi sedikit memamah tiang kayu yang akhirnya akan meruntuhkan rumah itu. Lembaga Disiplin UMNO perlu di beri ruang untuk kebaikan UMNO itu sendiri. Biarlah datang suara mendakwa berlaku ketidakadilan dalam melaksanakan tanggungjawab yang bersalah tetap bersalah patuhi tataetika yang diwujudkan. Dalam hal ini, Lembaga Disiplin UMNO harus tegas.

Dengarlah kehendak ahli bawahan yang telah letih melihat kegopohan orang atasan mengatur langkah demi keuntungan politik yang rosak sehingga menyebabkan UMNO terus dilabel sebagai organisasi rasuah politik yang tiada penghujungnya. Orang Melayu juga akan terus dilihat berkiblatkan wang untuk keuntungan jangka pendek.

Ketika ini, masa-masa yang tinggal harus digunakan sebaik mungkin untuk UMNO mencari formula terbaik walaupun terpaksa berundur setapak kebelakang demi mencari-cari langkah kehadapan yang jauh lebih baik dan berkesan.

1 comment:

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
BENAR APA YANG DINYATAKAN DI SINI...

UMNO PERLU SOKONGAN DALAM MEMBERSIHKAN LUMPUR YANG TERCALIT SELAMA INI.

PIHAK YANG ADA PERLU MENYOKONG NYA.