Monday, March 02, 2009

Ramasamy, Apartied dan 'Etnik'

Sidang Parlimen hari ini memaparkan keceluparan P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang apabila dengan sombang dan kurang ajar mengaitkan UMNO mengamalkan dasar apartied. Ketika sesi soal jawab dengan Kementerian Pengajian Tinggi, beliau mempersoalkan mengapa golongan bukan bumiputera tidak dilantik sebagai naib canselor universiti awam.

Susulan daripada itu, beliau mengelarkan UMNO mengamalkan dasar apartied atau 'bumiputeraisme' dan menempik Ahli Parlimen Kerajaan. P.Ramasamy sekali lagi mengulangi tindakannya beberapa bulan dahulu ketika sesi DUN Pulau Pinang iaitu mengelarkan UMNO memilih bulu atau pilih kasih dalam sektor awam.

Tindakan kurang ajarnya telah membangkitkan perasaan marah ahli-ahli parlimen BN dan memintanya menarik balik kenyataan bodohnya.

Apa yang menarik, kenyataan P.Ramasamy adalah boleh ditafsirkan sebagai menyemarakkan sentimen perkauman sepertimana yang telah beliau ucapkan dahulu dan berlindung disebalik kekebalan Dewan Rakyat. Beliau digambarkan sangat-sangat ber'etnik' yang jelas dan lazimnya menjadi dukungan DAP. Walaupun mereka pernah menuduh UMNO dan Utusan Malaysia sebagai agen perkauman kerajaan sekarang terbukti DAP yang lebih membangkitkan soal perkauman.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Keparat lebih banyak berpolitiking dan mencari kesalahan-kesalahan kerajaan daripada membincangkan secara bersama untuk mencari penyelesaian berhubung krisis ekonomi hari ini. Nasib baik Al-Juburi tak datang jika tidak dapatlah disaksikan Pakatan Keparat khususnya PKR berlumba-lumba nak tunjuk hero (Azmin Ali) untuk mendapat markah tinggi dalam report card masing-masing.

No comments: