Monday, May 14, 2012

PKR Takkan Rasa Bersalah Kerana Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Rakyat

Sama ada Rafizi rasa bersalah dan menyesal seumur hidup ataupun Johari yang tersilap langkah berkawan dengan syaitan dan mengambil jalan sukar mengecewakan isteri dan anak-anaknya.

Inilah bahana apabila syaitan cuba berlagak malaikat dan mengisytiharkan jihad dengan mempengaruhi manusia yang alpa dengan wang ringgit.

Johari pasti ditawarkan wang ringgit dan janji manis kononnya tindakannya menyalurkan maklumat kewangan peribadi owner NFC adalah mulia dan syahid. Dijanjikan barisan loyar penyamun dan mata kuyu Johari tampak konfiden dia tidak langsung melanggar apa jua peraturan jauh sekali norma kemanusiaan.

Rafizi, Zuraidah, loyar kuyu Surendran dan PKR amnya pasti tersentak dengan tindakan Public Bank mengunapakai Akta Bank dan Institusi Institusi Kewangan 1989 [BAFIA] terhadap pelanggaran peraturan oleh Johari.

Apa yang boleh dilakukan Rafizi hanyalah mengadakan sidang media untuk meraih simpati dan mengalih isu pokok dan mahu mengangkat penjenayah sebagai wira. Ini adalah game biasa PKR yang tidak pernah menghormati undang-undang dan mengikut kepala depa saja.

Ini bukan kali pertama PKR membela penjenayah dan merosakkan kedaulatan undang-undang. 

Tulisan ini bukanlah mahu mentertawakan Johari akibat tindakannya tetapi inilah seni politik pembangkang yang tidak mempedulikan undang-undang dan bijak menabur janji seolah-olah law enforcement adalah kepakaran mereka.

Johari wajar menyesal kerana namanya sudah disenaraihitamkan mengikut Akta Pekerja dan bagaimana dia mahu menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Rakyat yang terdesak dan mudah terpengaruh adalah mainan pembangkang demi menjayakan kepentingan politik mereka.



Anwar Ibrahim Dan Siddiq Fadzil


Ini antara wacana yang sedang digerakkan 'think-tank' Anwar untuk mencerahkan minda anak muda di kerusi mahasiswa. Wacana ini dikhaskan untuk pelajar Unisel untuk memberikan gambaran polisi yang bakal diberikan Anwar jika ditakdirkan dia menjadi Perdana Menteri selepas Najib Razak.

Bagi yang biasa dengan ballroom Prescott Inn, Kajang dewan yang besar itu boleh memuatkan 500 orang namun wacana ini hanya mampu dipenuhkan dengan 100 orang.

Wacana yang sepatutnya menjadi medan komunikasi dua hala hanya menjadi medan lepas geram Anwar meracun pemikiran pelajar. Walaupun telah diketahui Unisel menjadi tempat untuk pengkaderan jemaah penentang kerajaan masa akan datang.

Ucapan Anwar berbentuk dendam dan emosi. Langsung tiada satu pengkhususan polisi pendidikan yang boleh dibanggakan sebagai bekas Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri. Itu adalah gaya Anwar kini dan selamanya.

Anwar hanya menyentuh sistem pilihan raya yang dianggap tidak adil dan memomokkan hasil pendapatan negara yang berjumlah RM80 billion dan mampu melaksanakan pendidikan percuma. Bunyi yang agak janggal jika dibandingkan dengan rancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan yuran semester akan datang. Undi Unisel untuk pendidikan percuma bukan kesungguhan ianya hanya gula-gula pilihan raya.

Bagaimanapun, kehadiran Dr. Siddiq Fadzil yang hadir sebagai Pengerusi Wadah memberi ucap tama amat menarik perhatian. Ini berkenaan prinsip dan semangat setiakawan tetapi setiakawankah Anwar jika dibelakang Pengerusi Wadah itu dia mengutuk dan menghina. Ditambah dengan jarum hasad dengki dari Dato' Idris Jauzi cukup meriah sembang meja bulat kawan-kawan lama dari ABIM itu.

Idris Jauzi namanya tidak kelihatan dalam promo wacana ini tetapi dia tetap hadir kerana sokongan kuat terhadap perjuangan Anwar. Inilah warna politik talam dua muka Anwar. Di hadapan sahabat prinsipnya satu tetapi dibelakang sahabat adalah musuh jika terdengar perbezaan sekelumit ideologi.

Dr. Siddiq Fadzil pernah mengutuskan membantah penggunaan kalimah Allah yang disokong Anwar Ibrahim untuk digunapakai penganut Kristian. Bermusuhan seketika kerana perbezaan pendapat ini walaupun sudah kenal lama sejak ABIM lagi. Belum lagi dibincangkan fahaman Plurisme yang sedang dibawa Anwar, Siddiq Fadzil amat tidak menyenangi ideologi ini.

Inilah kehebatan Anwar Ibrahim. Sikap munafik sudah sebati dalam dirinya dan sahabat boleh dibuang begitu sahaja dan dikutip bila diperlukan. 

Tuesday, May 08, 2012

Zul Kulim Bedal PAS Dan Tapau Anwar Ibrahim


Tahun 1987, PAS isytihar tahun 2000 Malaysia akan jadi negara Kristian dan buat Himpunan Anti Kristian. Kini PAS berpeluk cium dengan kristian dan mahu undi kristian dan anggap Kristian sebagai saudara.

Sedap dengar dari minit 1.00 Zul Kulim bedal PAS.

Lagi Blogger Nirrajim Menghina Islam Dan Agong


Ada satu blog pukimak diwujudkan oleh sekelompok manusia murtad dan merancang untuk meluaskan empayar kesesatan melalui media baru. Ini antara contoh penzahiran emosi sekelompok manusia yang sedang cuba untuk mempengaruhi rakyat untuk bersimpati dan menyokong agenda jahat mereka.

Selepas PRU Ke-12, media baru adalah platform terpenting dalam menyebarkan agenda kejahatan dan subversif yang ideal. Ianya mudah, murah, pantas dan kecapaian yang luas. Dengan kekalutan situasi politik dan pertelingkahan kaum hari ini, sebaran melalui media baru mampu menjejaskan keharmonian negara. 


Daripada apa yang tertulis oleh blogger pukimak ini, dia meluahkan rasa benci dan amarah terhadap Islam dan berdoa supaya YDP Agong mati. Ada dalam tulisannya dia mengagungkan Chin Peng dan mengisytiharkan perang terhadap Islam dan YDP Agong.


Kita pun tak tahu samada penulis Nirrajim ini benar-benar murtad ataupun penulis bukan Islam yang mahu mencetus kegusaran agama di negara ini. Jangan dilupa suatu ketika dulu ada blog lahanat seperti ini yang menyiarkan tulisan-tulisan yang boleh mencetuskan kegusaran agama dan mengundang rasa tidak puas hati rakyat. 


Minta pihak yang berwajib untuk bertindak tegas terhadap blogger ini.

Monday, May 07, 2012

Tahukah Mereka Apa Perasaan Anggota Polis Kini?


Apa agaknya perasaan anggota Polis melihat hal sebegini?

Selepas Bersih 3.0 hari itu PAS seolah-olah ketandusan idea dan cuma memalingkan dengan menyalahkan Polis dalam segala segi. Polis ganas, provokasi sehingga mencipta isu kononnya polis dalam satu tindakan telah mengacukan pistol terhadap perusuh.

Ternyata idea-idea jahat ini hanya mahu menyalahkan polis dan memulakan pertempuran.

Tetapi dari satu sudut, PAS seolah-olah terlupa akan penat lelah pasukan keselamatan yang berkawal untuk mempertahankan Dataran Merdeka. Bermula dari 26hb sehingga perhimpunan berlangsung polis telah berkawal kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang dari menerima anasir Bersih untuk menawan Dataran Merdeka.

Bab polis penat berkawal PAS terlupa dan mereka juga terlupa hak undi polis dalam PRU akan datang.

Konsistensi PAS dan jentera psywar mereka menyalahkan polis telah mewujudkan paranoid polis terhadap PAS. Polis brutallity bukan sebenarnya seperti mana yang digambarkan. Adakah Malaysia dikuasai polis yang ganas, brutal dan tiada belas kasihan?

Tidakkah terfikirkan pembangkang bahawa kekerapan menyalahkan polis dalam semua isu telah menyebabkan ramai polis berasa terancam dengan kecelaruan politik hari ini? Rasanya, pembangkang amat berkehendakan undi pos polis dalam PRU akan datang. 

Hari ini, Merdeka Center boleh menjalankan kaji selidik terhadap pasukan keselamatan. Boleh dijalankan secara random untuk menilai suara hati polis. Tanya mereka mengenai suasana politik dan cetusan yang digagaskan pembangkang.

Pasti keputusannya amat mengejutkan.

Semasa Sidang DUN Pulau Pinang, seorang ADUN mendeklamasikan surat keluhan anak seorang anggota polis. Surat itu tenyata menyentuh ramai pihak mengenai kepayahan tugas anggota polis.

Kalau yang hati batu macam Anwar Ibrahim dia tidak akan berasa apa-apa tetapi majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian pasti akan terfikir hidup di Malaysia adalah perkara yang paling bermakna.

Kepada Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang kuasa undi polis jangan dilupa. Mereka juga berkuasa untuk memberi hak mentadbir negara ini kepada pemimpin yang berkelayakan.

Insiden Bersih rasanya telah memusatkan satu keputusan bahawa pemerintahan hari ini perlu dikekalkan dan memberi kuasa memerintah kepada pencetus keganasan adalah satu langkah yang tidak bijak.

Untuk Apa Wan Azizah Kerap Berjumpa Ibu Azmin?



Ketika semua orang sibuk membicarakan mengenai kemunculan Mak Tom di kaca TV, Azmin Ali pantas menunding jari menyalahkan UMNO kononnya menyiapkan skrip untuk memburukkan beliau.

Tiba-tiba muncul Wan Azizah yang meminta Azmin untuk bertaubat dan jangan derhaka dengan ibu sendiri.

Yang anehnya, kenyataan Wan Azizah mengundang persoalan. 

Menurut Wan Azizah beliau sentiasa bertemu dengan ibu Azmin, Che Tom Yahaya di rumah wanita terbabit. 

"Eloklah sebagai anak dia (Azmin) pergi melawat dan ziarahi ibu dia...itukan tanggungjawab anak. Saya biasa jumpa ibu Azmin dirumah dia sendiri," katanya ketika ditemui di majlis Makan Malam bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Agak menarik.

Dalam pada media membicarakan 'perang dingin' Wan Azizah dan Shamsidar (menantu Mak Tom) Wan Azizah secara terang memberitahu dia kerap bertemu dengan Mak Tom. Jika difikirkan susur jalur kekeluargaan Wan Azizah dan Mak Tom tidak dijumpai titik pertemuan perhubungan itu.

Yang diketahui ialah, keengganan Wan Azizah untuk bersemuka dengan keluarga arwah Ustaz Ali kerana Wan Azizah mengakui Shamsidar adalah punca kepada perangai satanic Anwar Ibrahim dalam keluarganya.

Merujuk tulisan di sini, penyokong terdekat Anwar mengakui hubungan dingin Wan Azizah - Shamsidar bermula sejak dulu lagi dan dendam api kemarahan ini sudah berlarutan sehingga kini.

Persoalannya untuk apa Wan Azizah sering mengunjungi Mak Tom?

Apakah Wan Azizah sering mengadu kepada Mak Tom mengenai hal rumah tangganya?

Apakah Wan Azizah meminta jasa baik Mak Tom untuk menasihati Shamsidar agar menjauhi keluarganya dan melupakan Anwar Ibrahim?

Atau persoalan yang terbesar benarkah Wan Azizah ingin mengetahui status sebenar cucu Mak Tom yang diperdebatkan benih daripada Anwar Ibrahim iaitu Farah Afifa?

Penyokong Azmin wajar berfikir. Kekerapan Wan Azizah bertemu Mak Tom berkemungkinan untuk memujuk ibu Azmin agar memperkatakan sesuatu mengenai perhubungan 3 segi iaitu Anwar - Shamsidar - Azmin.





Saturday, April 28, 2012

Gambar: Pelajar Ini Wajar Ditarik Balik PTPTN

Ini adalah wajah-wajah student yang jadi rebel dan demonstrant. Kerana taksub mahu berpolitik dan abaikan pelajaran. Belum komfom grade dengan CGPA cemerlang, belum tahu lagi jawatan yang sesuai sesudah tamat belajar.






Mak ayah berharap dapat tamat belajar dengan cemerlang dan convert PTPTN jadi biasiswa, kau orang seronok jadi rebel dan maki hamun kerajaan. Muka cantik tapi otak macam lembu


Ewah-ewah kau orang disuruh belajar duniawi bukan mencari jodoh yang kaki rebel. Belum tahu bahagia rumah tangga kalu dapat jodoh dari sini






Berapa dibayar untuk duduk dan bantah nie?




Harap dapat ditarik pinjaman pelajaran kalu jenis tak tahu bersyukur hidup dalam negara yang aman dan dapat makan nasi dengan selesa. Ajar skit student yang mahu jadi rebel kalau jenis tak tahu nak ikut peraturan.

Thursday, March 15, 2012

Video: Anwar Kata PAS Itu Dungu



Wednesday, February 29, 2012

Panas! PKR Cuba Sogok RM3,000 Untuk Kawtim Dengan Swiss Garden

Hal Badrul Lendir dah jadi isu yang besar. Sesudah masalah moral Anwar dipertikai dan dipandang serong gabungan PAS dan DAP, isu tuala Badrul sudah menjadi shortlist kelemahan pembangkang.

Siapa boleh tahan untuk mengawal nafsu. Guru PASTI berwalikan Nik Aziz pun tak dapat tahan bisikan syaitan nirrajim.

Semasa Badrul Lendir dicekup, hampir 20 minit tempoh diambil untuk prepare segala alasan kerana Badrul sudah tahu lubang sudah pecah.

Badrul dicekup dan pihak hotel meminta dia menghubungi wakil untuk diambil dan menyokong penjelasan. Saat ini yang terlintas adalah Radin Shamsul Kamar teman sehidup sekantoi yang boleh cover-up dari meletup ke media. Setakat songlap RM80,500 dulu pun boleh lepas ini hal dosa kering seciput boleh kasi setel.

Senario Badrul kantoi penuh dengan hemogini.

Rupa-rupanya, Badrul sedar bahawa dosanya berkhalwat bukan kecil anak. Tambah statusnya bergelar ustaz yang berkelayakan untuk memancung Ustaz Asri membuatkan dia takut perkara ini terlepas kepada media. Saat ini Badrul menghubungi Radin agar menghulurkan talian hayat.

Radin tiba dengan cash RM3,000 pada malam itu. Harapan menggunung agar kes Badrul dapat settledown once and for all. Tiada hebahan media dan repot Polis. Badrul tahu RM3,000 adalah habuan untuk menyogok pengurusan hotel agar didiamkan perkara ini.

Apa nak buat intergriti dan dosa pahala menjadi benteng iman. Bukan semua orang boleh disogok. Ini adalah game PKR yang kerap menggunakan wang untuk kepentingan diri. Sebijik perangai dalam pemilihan dulu.

Radin perlu tampil untuk beri penjelasan

Thursday, January 26, 2012

Nurul Izzah Tak Peduli Mangsa Ribut Lembah Pantai

Gambar diatas adalah pertemuan Raja Nong Chik dengan beberapa mangsa ribut petang kelmarin di Lembah Pantai. Ribut yang kuat hingga menerbangkan bumbung flat dan menakutkan orang ramai.

Dalam keadaan beliau berstatus Menteri yang saban hari sibuk dengan rungutan dan permasalahan bandaraya Kuala lumpur, masih lagi sempat singgah untuk bersama-sama merasai ketakutan dan kepayahan warga Lembah Pantai.

Ini bukan kerja mahu ambil kredit dan tonjol diri tetapi ini tanggungjawab pasal YB yang sepatutnya menyumbang tenaga gagal untuk membantu dan mententeramkan ketakutan rakyat.

Mana Nurul Izzah?
LEMBAH PANTAI - Sebanyak RM500,000 sehingga RM1 juta diperuntukkan untuk membaik pulih unit-unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka dan beberapa kawasan lain di ibu negara yang terjejas teruk ekoran kejadian ribut petang semalam.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Menurutnya, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membaik pulih kerosakan di lima kawasan terjejas antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pangsapuri Taman Desa, Seputeh, Sungai Besi dan yang paling teruk terjejas di PPR Seri Cempaka.

"Di PPR Seri Cempaka, tiga keluarga perlu dipindahkan sementara di kawasan berdekatan. Ini bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dapat dilakukan kerana aspek keselamatan penduduk dipentingkan dan tidak mahu kejadian sama berulang.

"Pada masa yang sama, beberapa rumah PPR yang dikenal pasti rosak juga akan dibaik pulih oleh DBKL termasuklah kedai dan gerai yang rosak," kata Raja Nong Chik yang melawat lokasi kejadian di PPR Sri Cempaka pada malam kejadian. Hadir sama Pengarah Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.

Katanya, kepada penghuni yang terjejas dalam kes ini juga berhak membuat tuntutan insurans dan DBKL akan membuat tuntutan insurans tersebut.

Beliau berkata, DBKL dan pihak bomba turut akan melakukan kerja-kerja baik pulih dan pembersihan dengan segera dan aspek keselamatan penduduk adalah paling diutamakan.
"Saya juga ingin memuji pihak bomba, DBKL dan polis yang telah bertindak pantas," katanya.
 Kasihan...sikap Nurul Izzah sebijik macam ayahnya. Khidmat tiada wayang saja lebih....