Monday, May 14, 2012

PKR Takkan Rasa Bersalah Kerana Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Rakyat

Sama ada Rafizi rasa bersalah dan menyesal seumur hidup ataupun Johari yang tersilap langkah berkawan dengan syaitan dan mengambil jalan sukar mengecewakan isteri dan anak-anaknya.

Inilah bahana apabila syaitan cuba berlagak malaikat dan mengisytiharkan jihad dengan mempengaruhi manusia yang alpa dengan wang ringgit.

Johari pasti ditawarkan wang ringgit dan janji manis kononnya tindakannya menyalurkan maklumat kewangan peribadi owner NFC adalah mulia dan syahid. Dijanjikan barisan loyar penyamun dan mata kuyu Johari tampak konfiden dia tidak langsung melanggar apa jua peraturan jauh sekali norma kemanusiaan.

Rafizi, Zuraidah, loyar kuyu Surendran dan PKR amnya pasti tersentak dengan tindakan Public Bank mengunapakai Akta Bank dan Institusi Institusi Kewangan 1989 [BAFIA] terhadap pelanggaran peraturan oleh Johari.

Apa yang boleh dilakukan Rafizi hanyalah mengadakan sidang media untuk meraih simpati dan mengalih isu pokok dan mahu mengangkat penjenayah sebagai wira. Ini adalah game biasa PKR yang tidak pernah menghormati undang-undang dan mengikut kepala depa saja.

Ini bukan kali pertama PKR membela penjenayah dan merosakkan kedaulatan undang-undang. 

Tulisan ini bukanlah mahu mentertawakan Johari akibat tindakannya tetapi inilah seni politik pembangkang yang tidak mempedulikan undang-undang dan bijak menabur janji seolah-olah law enforcement adalah kepakaran mereka.

Johari wajar menyesal kerana namanya sudah disenaraihitamkan mengikut Akta Pekerja dan bagaimana dia mahu menyara keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Rakyat yang terdesak dan mudah terpengaruh adalah mainan pembangkang demi menjayakan kepentingan politik mereka.



1 comment:

Anonymous said...

Salam buat Tuan empunya blog,
Mohon tuan/puan/cik untuk membenarkan link www.dtubes.tv ke blog tuan/puan semua.

Terima kasih.
Che Chu Bidin