Monday, May 07, 2012

Tahukah Mereka Apa Perasaan Anggota Polis Kini?


Apa agaknya perasaan anggota Polis melihat hal sebegini?

Selepas Bersih 3.0 hari itu PAS seolah-olah ketandusan idea dan cuma memalingkan dengan menyalahkan Polis dalam segala segi. Polis ganas, provokasi sehingga mencipta isu kononnya polis dalam satu tindakan telah mengacukan pistol terhadap perusuh.

Ternyata idea-idea jahat ini hanya mahu menyalahkan polis dan memulakan pertempuran.

Tetapi dari satu sudut, PAS seolah-olah terlupa akan penat lelah pasukan keselamatan yang berkawal untuk mempertahankan Dataran Merdeka. Bermula dari 26hb sehingga perhimpunan berlangsung polis telah berkawal kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang dari menerima anasir Bersih untuk menawan Dataran Merdeka.

Bab polis penat berkawal PAS terlupa dan mereka juga terlupa hak undi polis dalam PRU akan datang.

Konsistensi PAS dan jentera psywar mereka menyalahkan polis telah mewujudkan paranoid polis terhadap PAS. Polis brutallity bukan sebenarnya seperti mana yang digambarkan. Adakah Malaysia dikuasai polis yang ganas, brutal dan tiada belas kasihan?

Tidakkah terfikirkan pembangkang bahawa kekerapan menyalahkan polis dalam semua isu telah menyebabkan ramai polis berasa terancam dengan kecelaruan politik hari ini? Rasanya, pembangkang amat berkehendakan undi pos polis dalam PRU akan datang. 

Hari ini, Merdeka Center boleh menjalankan kaji selidik terhadap pasukan keselamatan. Boleh dijalankan secara random untuk menilai suara hati polis. Tanya mereka mengenai suasana politik dan cetusan yang digagaskan pembangkang.

Pasti keputusannya amat mengejutkan.

Semasa Sidang DUN Pulau Pinang, seorang ADUN mendeklamasikan surat keluhan anak seorang anggota polis. Surat itu tenyata menyentuh ramai pihak mengenai kepayahan tugas anggota polis.

Kalau yang hati batu macam Anwar Ibrahim dia tidak akan berasa apa-apa tetapi majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian pasti akan terfikir hidup di Malaysia adalah perkara yang paling bermakna.

Kepada Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Hadi Awang kuasa undi polis jangan dilupa. Mereka juga berkuasa untuk memberi hak mentadbir negara ini kepada pemimpin yang berkelayakan.

Insiden Bersih rasanya telah memusatkan satu keputusan bahawa pemerintahan hari ini perlu dikekalkan dan memberi kuasa memerintah kepada pencetus keganasan adalah satu langkah yang tidak bijak.

2 comments:

PUTRA MERDEKA said...

pihak pembangkang lupa bahawa ketika sedar malahan tidur mereka pun tetap dijaga oleh pihak Polis..dasar tak sedar diuntung! tak bersyukur! tak reti berterima kasih!

Jubah Hitam said...

Puak ni yang dok maki hamun polis bila tiba masa PRU13 baru nak terhegeh2 nakkan undi pos termasuk polis.

kalau ada 70,000 anggota polis X 2 isteri polis= 140,000 + 35,000 anak2 anggota polis yang layak mengundi = 175,000 undi.

4 X ganda jumlah ahli PKR yang mengundi Persidangan Tahunan PKR.

Sendiri mau ingat.