Friday, April 30, 2010

Mahfuz Kata Bantu Rakyat. Kenapa Dibazirkan RM Juta.?


Pooddaahh...

Mahfuz 'bean' Omar cuma tahu bercakap pandai. Selain itu, kelebihan dia kuat mendesak kerajaan untuk ditubuhkan suruhanjaya. Kosong dan tidak berisi.

Mahfuz mengulangi tonasi tidak berfaedah golongan pembangkang di Malaysia. Mereka cuma sibuk berpolitik siang malam hinggakan boleh dikatakan 'Tiada hari tanpa politik' di Malaysia. Begitulah Mahfuz 'bean' Omar.

Mahfuz diketahui sudah memberi amaran kepada KP Selangor untuk tidak bercelupar dalam insiden kematian Aminul Rasyid. Ya..benar, seluruh rakyat Malaysia bersimpati atas tragedi malang itu. Rasionalnya, Polis tidak boleh diletakkan sepenuh kesalahan pada mereka. Buat salah tak buat pun salah.

Yang lawaknya pasal statement Mahfuz ialah dia cuma mahu membantu rakyat..!

Apa maksud bantu rakyat yang Mahfuz kata. Mengelirukan rakyat lagi penting pada mereka untuk diambil kredit merosakkan keharmonian negara. Diketahui, insiden ini adalah untuk melarikan perhatian pada isu yang lebih besar dalam PAS. Isu RM4 juta yang didedahkan oleh Kickdefella.

Jika benarlah nak bantu rakyat, sepatutnya RM4 juta yang dibazirkan untuk operasi memburukkan orang lain lebih berfaedah untuk membantu miskin tegar di kawasan kepunyaan PAS. Duit rakyat itu yang lebih berfaedah untuk Mahfuz riuhkan.

Pembangkang terutamanya PAS hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap pembaziran wang rakyat kerajaan Kelantan seprtimana yang didedahkan Kickdefella. Sepatutnya PAS bermuhasabah, bersandarkan kepada iman dan amal bukannya terus menabur fitnah.

Kita fikirkan secara rasional, PAS lebih mengharapkan kerja-kerja fitnah untuk menjatuhkan orang lain daripada PAS mempercayai kekuasaan Allah taala dalam hal berpolitik dengan memohon petunjuk jika buntu menyelesaikan masalah politik.

Pemimpin PAS tidak berpijak dibumi nyata. Sudah bercanggah dengan prisip perjuangan parti yang dahulunya berlandaskan undang-undang dan hukum Islam. PAS kini jauh tersasar dan lebih material serta ideologi makin tersasar dari asal.

"Syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS"

Umum: Tun M Dedah Perbuatan 'Buang Tebiat' Pak Lah

Blog Tun M mendedahkan perangai buang tebiat Pak Lah yang mendapat special advisor daripada KJ dan juga budak Tingkat 4. Hangpa boleh baca dengan tenang kat sini:-
1. The Edge Financial Daily, an article by Joseph Chin (The Edge, April 22nd) as well as Brunei Times reported a substantial oil producing offshore area in the South China Sea, namely Block L and Block M, were no longer a part of Malaysia.

2. Malaysians and the Malaysian media did not ask how this came about. It would seem that the loss of a huge oil producing area that had apparently belonged to Malaysia is okay.

3. Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production sharing contract with Murphy Oil to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.

4. Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei. No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM.

5. As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks.

6. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei's statement.

7. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.

8. Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

9. Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.

Bagi yang kurang arif dan tak berapa faham, boleh cuba kaji kat blog Melayu Bersatu
Dalam dua blok ini dianggarkan terdapat minyak bernilai lebih kurang USD100 billion... banyak tu beb

Kalau harga mnyak naik lagi ke USD160/barrel tak doubel nilai tu... pergh pecah kepala memikirkan berapa bebalnya seorang manusia bernama Pak Lah ni

Menurut kisah Che Det si tundun dari Kepala Batas dan Pak Mentua Khairy Jamaludin ni bersetuju untuk menyerahkan dua blok minyak ni untuk mendapatkan balik pulau Limbang...
Siapa siapa dari Wisma Putra yang mengikut Pak Lah ke Brunei untuk rundingan tu mesti di buang kerja ataupun diturunkan pangkat ke gred ofis boy tahap fail SRP pasal orang yang ikut tu pun sama bodoh....
Jika diikutkan sudah banyak kerosakan yang berlaku sepanjang 5 tahun pentadbiran Pak Lah. Bagaiman silapnya Tun M mengutip dan mendidik Anwar Ibrahim hingga rosak keharmoniaan negara ini begitu juga silapnya Tun M melantik Pak Lah sebagai PM seterusnya mengubah landskap geopolitik hari ini.

Kita tidak boleh prejudis, layakkah KJ untuk menjadi Timb Menteri.?

Thursday, April 29, 2010

Diam Anwar Tandanya Setuju.


Rasanya sudah banyak pendedahan berkaitan Anwar Ibrahim didalam blogosfera yang dipaparkan dengan pelbagai bukti. Susur jalur Anwar Ibrahim dari mula-mula terlibat dengan demonstrasi jalanan, salah guna kuasa Timb. PM sampailah pendedahan perilakunya yang mempunyai nafsu luar tabii.

Banyak blog yang konsisten menceritakan pasal anak Ibrahim ini. Dari cerita dalam opis sampaila kepada cerita dalam kelambu, semua telah didedahkan dan dibogelkan.

Jika cerita bab saman 100 juta Anwar pada Muhyiddin Yassin dan Anifah Aman, dia cukup lantang dan berani untuk berhujah. Tapi kenapa, blogosfera tidak diambil tindakan oleh Anwar.?


Kenapa Anwar diam membisu tidak mahu mengambil tindakan pada blog-blog yang terang-terang mengaibkan dia. Tak beranikah atau Anwar sudah hilang buah keradut. Sangat menghairankan apabila tidak pernah timbul pun niat Anwar untuk mengambil tindakan menyaman berbillion ringgit pada blog-blog yang mengaibkan dia sekeluarga.

Blogosfera pakatan mungkin berpendirian, Najib juga tak pernah menyaman blog-blog yang memfitnahnya dalam kes Altantuya. Pokoknya, Najib sudah bersumpah laknat berulang kali dalam masjid dan pentas ceramah menafikan pembabitannya.

Adakah kita pernah dengar Anwar mahu bersumpah laknat tidak 'membontoti' pembantunya dan lain-lain orang. So what..!

Tak payahlah nak kata rakyat akan terus bersimpati pada Anwar. Zaman itu sudah lama berlalu. Zaman sekarang makin ramai yang meragui anak Ibrahim ini. Makin ramai pihak-pihak yang mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.

Konklusinya cukup mudah seperti kata orang-orang tua...diam tandanya setuju. Diam Anwar tentang pendedahan ini tandanya, Anwar mengiyakan segala-galanya...

Wednesday, April 28, 2010

Nizar Antara Contoh Kiasu Yang Melampau


Asalnya aku mahu berehat seketika tetapi teman-teman lain rancak melemparkan kekecewaan atas suasana politik yang berlegar sekarang. Rasanya gatal jemari ini untuk menaip apa jua pandangan yang boleh dikongsi bersama.

Ketika PRK Hulu Selangor, sewaktu ceramah di Kalumpang Nizar dengan angkuh membangkit sentimen perkauman yang melampau dan fitnah yang dashat. Aku yakin ketika itu bersepah Polis dan orang UMNO yang mendengar ceramah itu.

Ini cabaran untuk UMNO. Siapa yang mahu membela Najib bila dia difitnah sampai macam tuh. Siapa yang mahu menjadi Hang Tuah membela maruah tuannya. Takkan perkara serius macam ini mahu diharapkan blogger menjadi benteng hadapan yang sudah sedia mengorbankan nyawa.

BN tak perlulah di buat post mortem kemenangan di Hulu Selangor kerana jika bukti ucapan Nizar itu tidak diambil peduli. Ini adalah virus yang tersedia di depan mata dan perlu dinyahkan.

Kita tak perlu mengharapkan lagi undi orang Cina kerana orang macam Nizar sudah bersepah-sepah disini. Baik dia Melayu atau Cina, pokoknya Melayu itu yang lebih suka menghancurkan negara ini.

Bagila label apa pun pada Nizar. Penderhaka, komunis, sosialis, opurtunis atau Ah Chong dia tak ambil peduli.

Perlu diketahui, sifat Nizar tidak mendatangkan rasa pelik. Dia berdarah Cina dan bukan terlatih dengan kesopanan bangsa Melayu menjaga maruah. Sikap Nizar adalah kesinambungan ultra kiasu orang-orang Cina.

Jenis bangsa yang tidak mahu mengalah...

Monday, April 26, 2010

H.Selangor: Dah Halau Zaid...Rehat 3 Hari..!


Aku dah letih...Zaid pun dah kena halau..Anwar Ibrahim dah makan penampor..aku nak rehat 3 hari..!

Sunday, April 25, 2010

H.Selangor: Bye..Bye..Anak Berahim


Di hujung lagu korang tengok Azmin sedang berdrama seronok akan kekalahan Zaid Ibrahim.

H.Selangor: Banyak Pahala Kita

Aku sangkut jem ke KKB. Baru lepaih sembang dengan 1 budak Kelantan. Marah betoi dia kata PR kalah. Dia kata Malaysiakini dan Anwar Ibrahim lapor PKR menang.

Banyak pahala kita lapor benda yang betul.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

H.Selangor: Terkini...

Ini maklumat baru diterima:-

Hj. Zaid Ibrahim bersama rombongan PKR sudah pack baju melayu dan songkok untuk pulang ke Tropicana. Hj. Zaid Ibrahim dah ready menerima kekalahan sulung PKR untuk tahun ini. Tadi pun sudah kelihatan Khalid Ibrahim sudah bersalaman dengan jentera BN seolah-olah sudah bau kekalahan di Hulu Selangor.

Difahami, Hj. Zaid sudah menelefon sahabat-sahabatnya mengajak kerumah untuk minum bersama-sama. Aku tidak bersangka buruk mungkin air sejuk saja sebagai hidangan kekalahan.

Dia sudah bertaubat...

Keputusan tidak rasmi, BN menang di Ladang 15 dengan 118 majoriti.

6.35PM - Diberitakan Anwar Ibrahim tak puas hati pasal undi pos. Dia berhujah katanya PKR selalu mementingkan keselamatan. Pasal tu dia sayang Polis dan agensi kerajaan lain. Mungkin dia fikir depa semua boleh bagi undi kat PKR. Temgoklah betapa sayangnya Anwar membela S.Kugan dan tak pernah salahkan Polis.

Undi Pos - BN solid

Kg. Cina, Batang Kali - PKR 488 dan BN 188

Ikutkan ketika ini BN lead dengan majo 500 undi

6.45PM - Kg. Sg. Boya BN menang dengan 1013 dan PKR 366

6.50PM - Kuala Kalumpang - BN 128 dan PKR 98

Taman Bunga Raya 2 - BN 157 dan PKR 85

7.10PM - SJK(C) Kalumpang - BN 254 dan PKR 858

Kg. Ulu Bernam

7.15PM - Kuala Kubu Baru - BN 793 dan PKR 853

Ampang Pecah - BN 781 dan PKR 578

7.30PM - Kg Baru Cina, KKB - PKR menang majo 370

7.45 - Sg Boya - BN 246 dan PKR 39

Sg. Choh - BN menang 324

Update - BN 24,649 dan PKR 22,986 rosak 34. Majo 1,683

Ok, sampai disini laporan aku. Aku nak pergi halau Hj. Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim keluaq dari Hulu Selangor.

Sapa nak ikut aku...

H.Selangor: Justice Untuk Sepol.

Aku berjalan-jalan disini. Lepaih tu terjumpa banner sahabat kita yang teraniaya dikelompok pejuang BN.

Anwar sibuk nak berdebat dengan Najib di KKB. Dengan Saiful pun dia tak lepas inikan pula nak 'sparing' dengan Najib.

Debat dulu dengan Saiful di mahkamah baru fikir nak ajak debat dengan orang lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 24, 2010

H.Selangor: Duit Jadi Penentu


PKR akan main bangsat. Korang percaya tak.?

Macam nie, PKR dah habis bullet nak hentam BN. Isu 'cert' calon pun depa dah habis modal cuma Sam Ketot yang biol dendang cerita tuh bila berceramah di Sg. Boya malam tadi.

Last kad PKR nak debat dengan PM. Hulubalang depa macam biasa Anwar Ibrahim. Kenapa depa riuh sangat nak debat padahal isu APCO dah dijawab dan syarikat omputih tuh pun dah respon. Anwar terdesak buka silat mau debat. Dia dah boleh buat sebelum PRK lagi.
PKR akan main bangsat dengan kempen pakai duit. Istilah kasar, politik wang. Dengaq cerita PKR akan beli semua kenderaan yang akan bawa pengundi kelak. Daripada depa tak yakin menang lebih baik puas hati BN tak dapat undi.
Ini amaran aku pada BN, PKR akan bagi jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang depa dapat dari BN. Jika kereta dah ditugaskan bawa pengundi dengan jumlah tertentu, PKR akan bagi lebih lagi supaya kereta itu keluar terus dari Hulu Selangor. Musti depa suruh pegi KLCC, Muzium Negara atau Sunway Lagoon bawa isteri dan anak-anak.
Hasilnya apa pun tak dapat.
Strategi ini pernah berlaku dulu pada PRU 1999 dan berkesan.
Petugas BN yang ditugaskan perlu fikirkan parti bukan cap agong kerana orang yang terdesak macam Anwar sanggup buat apa saja. Tengoklah bila dia sanggup labur bagi RM500 untuk setiap keluarga yang ada. Asal pacak bendera PKR mesti dapat tapi kalau pacak bendera BN samseng PKR akan maki hamun.
Syaitan suka orang main politik macam PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.