Showing posts with label Saiful. Show all posts
Showing posts with label Saiful. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Saiful Perlu Fokus Pada Prosiding Mahkamah.


Ish..Heran betoi dengan satu nikmat yang bernama nafsu. Nafsu ada macam-macam. Nafsu makan, tidur, buang air besaq, setubuh, main belakang dan macam-macam lagi. Pada Anwar, nafsunya bercabang, pintu depan dan pintu belakang itu nikmat bagi dia.

Mahfuz Omaq nafsunya dalam bercakap. Orang kata lagi kita cakap banyak lagi menunjukkan kebodohan kita. Kira nafsu Mahfuz Omaq tak bercakap kosong macam perokok yang tak dapat rokok...mengigil lutut.

Ketika ini spark isu oleh RPK boleh menggugat perjalanan kes liwat kedua Anwar. Memang itu pun yang diharapkan Anwar dalam kes kedua ini. Lagi banyak clash info lagi seronok nak tunda kes. Karpal Singh pun dah nak keluaq wad. Cuma apabila berdepan publik dia akan buat-buat sakit. Sebijik macam Anwar Ibrahim.

Nak sentuh sikit pasal Saiful. Bukan nak banned atau perkecil nafsu seorang lelaki. Tapi Saiful perlu faham situasi dan kedudukannya sebagai bahan spotlite dalam dan luar negara. Jangan sesekali perkecil ketinggian ilmu manusia durjana sekeliling Anwar.

Syaitan-syaitan keliling Anwar semua mencari titik kesilapan yang boleh dijadikan bahan. Silap percaturan, akan ada sejarah baru terlakar buat Malaysia. Orang akan kenang sepanjang zaman.

Memang betul, TPR Farah itu bukan sesiapa. Pencatat nota dalam prosiding mahkamah sahaja. Kita tau, rangkaian peguam Anwar cuma mahu mencari kesilapan teknikal dan kita boleh pikiaq rasional tohmahan yang dibuat RPK.

Bagi jentera psywar PKR, bola tanggung macam ini kena rembat cukup-cukup. Ini realiti yang perlu difahami Saiful. Saiful bukan bahan eksperimen sistem judicial negara. Kesnya sama macam lebai Ali yang meliwat lelaki belasan tahun. Ada bukti, ada fakta kes, cukup saksi untuk sabitkan kesalahan meliwat.

Saiful bukan keseorangan. Doa seluruh rakyat yang bersimpati bersama-samanya sepanjang hari. Anwar yang pakai bomoh bhai singh pun tercungap-cungap tepis kekuasaan illahi. Kebenaran akan mengatasi kebathilan. Anwar pun import bomoh nak ganggu Saiful. Anwar berani nak cabar kalimah kun fa kun.

Dalam hal 'jatuh cinta' ini biaq Saiful slotok dengan tunang setia dia. Harap jangan sampai menganggu prosiding mahkamah sudah. Doa tunang setia jangan dilupa. Itu adalah kekuatan paling ajaib selain doa ayah dan rakyat Malaysia.

Bab nak lawan jentera psywar PKR biaq blogger luaq yang setel. Saiful konsentret pada prosiding mahkamah.

Itu saja yang dipinta.


Sunday, July 05, 2009

8 Julai : Bertaubatlah Wahai Anwar Ibrahim

"Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut :"A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya."Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.



1. Inilah keikhlasan sumpah yang membezakan Saiful dan Anwar sekaligus membezakan keberanian dan keimanan seseorang yang teraniaya. Perkaranya jelas cukup mudah.


2. Sehingga artikel ini ditulis masih belum kedengaran Anwar untuk melakukan sumpah sedemikian walaupun Anwar bangga mengangkat sumpah sebagai Ahi Parlimen mengisi kerohanian duniawi. Anwar cuma sibuk menggunakan media untuk menghakimi pertuduhannya walaupun jalan mencari keadilan ada di depan mata.


3. Dalam hal sumpah Saiful, walaupun ada manusia yang digelar ulama menyindir kerana sumpah itu tidak sah kerana mengikut amalan agama kristian tetapi bukan tugasnya untuk mengatakan ianya sah atau tidak kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T.


4. Rakyat Malaysia menilai keberanian Saiful untuk mencari kebenaran dan keadilan atas perkara yang dialami kerana dianiaya oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Rakyat bukan mahu melihat ianya perkara sah atau tidak tetapi sebagai umat Islam sumpah laknat itu adalah jalan yang terbaik bagi membersihkan diri jika diri benar-benar dianiaya. Biarlah hukuman itu datang daripada Allah jika benar ianya satu penipuan.


5. Bagi Anwar, dia sedar nasi sudah menjadi bubur. Idea kelentong sudah kontang untuk digali dan jika benar dia tidak bersalah dan benar dia difitnah sebegitu rupa, berdepan secara matang. Untuk menambahkan lagi keyakinan, bersumpah laknat seperti mana Saiful mengajarnya untuk menjadi manusia yang jujur.


6. Usah berdolak dalih lagi kerana makin dalam Anwar menggali lubang pembohongan makin jelas wajah syaitannya menampakkan diri. Anwar harus sedar, dalam usianya yang semakin tua jejaklah kaki ke Mekah mencari keredhaan dan keinsafan bukannya bangga bercerita mahu ke Amerika mencari kegemilangan duniawi.


7. Hanya satu, BERTAUBATLAH wahai Anwar Ibrahim sepertimana Karpal Singh pernah menyuruhnya supaya bertaubat.


Monday, June 29, 2009

Sedutan Ceramah Di Kajang. Rakyat Dah Bosan

Tahun 1998 rakyat telah ditipu tetapi kali ini mereka sudah bosan dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim
Kali ini GM paparkan ceramah PAS di Kajang malam kelmarin. Penceramah 3 orang, Badrul Amin, Sany Hamzah dan Juara Akademi Nasyid Azhan Atan. GM cuma nak siarkan ceramah yang disampaikan Badrul Amin, manusia yang ingin memancung kepala Ustaz Mohd Asri kerana tidak sebulu dengannya.

Ucapan oleh Dr. Badrul Amin Bahrom.

1. Menegaskan bahawa kalau mahu bercakap tentang perpaduan, tangkap dahulu mereka yang mengamalkan rasuah kerana masih ada yang bebas melakukan rasuah, membunuh serta merogol di Melaka dan kalau mahukan PKR menerima perpaduan selesaikan dahulu pergaduhan tahun 1998 di mana Anwar Ibrahim di tangkap dan di penjarakan atas tuduhan liwat.

2. Menuntut supaya di tangkap orang yang memecah belahkan orang Melayu kerana membuat fitnah terhadap Anwar iaitu Tun Dr. Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan orang yang menghakimi (hakim gula-gula hacks) iaitu Tan Sri Augustine Paul yang masih bebas dan hidup dalam keadaan senang lenang.

3. Mendakwa bahawa Azizan dan Ummi Hafilda telah di bayar sebanyak RM 1 juta tiap-tiap seorang untuk mengaku diliwat dan menjadi saksi kes yang kini telah menjadi kaya raya melalui ciptaan kes palsu ini.

4. Menuntut supaya kesemua mereka ini di tangkap, dibicarakan dan dijatuhkan hukuman barulah PKR boleh berdamai dengan UMNO tetapi belum diusahakan perdamaian ini telah timbul pula satu lagi kes di mana bulan hadapan Anwar akan di bicarakan dengan satu lagi kes liwat.

5. Mendakwa bahawa hasil pemeriksaan yang di jalankan ke atas Saiful Bukhari Azlan oleh 4 orang doktor iaitu di pusrawi dan doktor di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mengesahkan bahawa Saiful masih lagi teruna kerana tiada berlaku sebarang kemasukkan.

6. Menyatakan bahawa Majlis Peguam bersepakat untuk mencadangkan dan menuntut supaya kes ini di gugurkan kerana tiada kes di atas Anwar Ibrahim, tetapi masih lagi mahu di bicarakan pada 8 jul 09 nanti semata-mata untuk mensabitkan kesalahan dan memenjarakan Anwar Ibrahim.

7. Mengatakan bahawa negara ini memerlukan pemimpin islam yang bersemangat seperti Umar Al Khatab dan Salahuddin Al Ayubi, tetapi pemimpin islam di negara ini adalah perasuah, penipu, pembazir dan macam-macam lagi sifat buruk.

8. Mendakwa bahawa terdapat 2 buah tempayan yang bersadurkan emas di rumah Najib Tun Razak yang di import dari negara cina dengan harga RM 500,000 setiap satu di mana pembaziran yang di lakukan tanpa memikirkan tentang kemiskinan yang sedang melanda rakyat di negara ini .

9. Mendakwa bahawa 2,000 juta umat islam di dunia tidak mampu merampas kembali masjid al aqsa kerana mereka berpecah sedangkan terdapat 70 pemimpin pertubuhan negara islam (OIC) di bawah kepimpinan perdana menteri malaysia tidak mampu di satukan.

10. Mengatakan bahawa Malaysia yang mempunyai 25 juta penduduk tidak perlu dibanggakan oleh Najib Tun Razak kerana UMNO pun beliau tidak mampu untuk mengawalnya.

Ulasan GM: Badrol Amin meminta Majlis Peguam untuk bertindak mendesak supaya kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan dengan alasan kes itu tidak mempunyai sebarang petunjuk atau pun bukti yang nyata berdasarkan kpada penjelasan satu pihak. Bagaimana sebuah badan keadilan bertindak membelakangi nilai demokrasi hanya kerana mahu mengikuti telunjuk sebelah pihak. Sepatutnya Majlis Peguam menjadi pejuang keadilan yang telus kerana kes liwat syaitan tua itu masih belum dibicarakan dan penghujahan daripada kedua-dua pihak masih belum diperdengarkan. Kredibiliti Majlis Peguam benar-benar boleh dibeli dan tidak layak untuk menjadi orang tengah sistem keadilan negara. Ah..sudah jelak GM berkata keadilan kerana keadilan hari ini telah dilacurkan oleh Anwar Ibrahim, si pelacur keadilan. Apakah benar Anwar melakukan perbuatan itu..? tiada yang mustahil kerana makin dekat hari perbicaraan makin jelas lubang kesundalan Anwar terbuka.

Wednesday, June 24, 2009

Perhimpunan Rakyat Sokong Saiful

SEBAGAI TANDA SOKONGAN PADU KEPADA SAUDARA KITA SAIFUL BUKHARI


AYUH TOLONG SEBARKAN KEPADA SAHABAT, SAUDARA, KENALAN ATAU SESIAPA JUGA!!