Malam tadi telah berlangsung majlis makan malam DAP di Restoran Sin Mee Kin, Sekinchan. Biasalah DAP, bab cari duit dan samun duit dana pilihan raya memang bijak. Buat collection atas nama pilihanraya tetapi sebenarnya dicekau penyelaras.
Ini benda betol, kalu tak Teoh Beng Hock takkan bunuh diri pasal nak selamatkan kerja jahat DAP.
Dalam majlis tersebut antara figura penghasut yang hadir ialah Speaker DUN, Ng Sue Lim, M. Manoharan dan Saint Khalid Samad. Untuk ingatan, M. Manoharan ialah Adun Kota Alam Shah dan peguam Hindraf yang pernah cetus kontroversi dalam isu songkok 2 tahun lepas.
Dalam majlis ini, ucapan M. Manoharan telah mencetuskan rasa tidak senang dan ganggu gugat ketenteraman kaum. Ucapannya penuh rasis dan rasa macam nak kasi penampau.
Ini bukan perkara main-main tapi serius dan M. Manoharan perlu didakwa kerana mengeluarkan kata-kata perkauman yang ekstrem.
M. Manoharan telah melabelkan Dato' Seri Khir Toyo sebagai "MELAYU YANG BODOH DAN MALAS" selain menghasut yang hadir kebanyakan kaum Cina untuk tidak takut kepada orang Melayu. Katanya lagi, tanah air ini bukan milik orang Melayu dan hak sama rata perlu dilaksanakan. Bunyi komunis dan penuh sifat dendam dan benci yang memuncak.
Pada amnya, apa yang ditutur M. Manoharan sebenarnya menghala kepada orang melayu. Memetik nama Khir Toyo hanyalah penyedap untuk menambah kebencian. Niat sebenarnya lebih kepada menanam kebencian terhadap orang Melayu.
Alah siapa yang tak tahu game politik DAP. Jenis baling batu sembunyi tangan. Kalau tidak takkan Teoh Beng Hock sanggup membunuh diri untuk mengambil jalan selamat daripada diasak samseng-samseng DAP.
Bagi yang terlupa, M. Manoharan pernah ditangkap ISA semasa isu Hindraf memuncak. M. Manoharan juga pernah cetus kontroversi kerana keengganannya untuk memakai songkok semasa menghadiri sidang DUN yang pertama selepas dibebaskan dari Kemunting.
Kebencian Manoharan terhadap status quo Bumiputera turut dipersoal yang mahukan hak sama rata dengan bukan Bumiputera diberi taraf yang sama.
Dalam majlis yang gilang gemilang ini, Saint Khalid Samad mengulangi pendiriannya bahawa UMNO adalah dalang disebalik isu JAIS-DUMC. Siant Khalid masih tidak berpuas hati dengan kemunculan siri video yang jelas menampakan elemen-elemen memesongkan akidah orang Islam. Entah kat mana yang dikatakan UMNO yang terlibat. Vest dan topi penguatkuasa tak tertulis 'Hak UMNO'.
Fobia Saint Khalid tak pernah reda.
Majlis bak kut teh ini Saint Khalid tak keseorangan kerana ada lebih kurang 50 orang lebai PAS yang sama-sama dengar Manoharan kutuk melayu. Rata-ratanya mengganguk tanda setuju 'melayu itu bodoh dan malas'
Tolong buat repot Polis pasal statement M. Manoharan yang ekstrem dan #%#mak ini. Kalu Ali Setan boleh kena takkan gembala lembu ini tak boleh.