Dalam isu JAIS, PAS berketetapan mahu mendengar sendiri penjelasan daripada JAIS dan DUMC bagi menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku. Pendekatan PAS nampak berhati-hati disebabkan dalam PAS agama dan politik berjalan seiring dan selari.
Ini yang susah dan tidak kena. Pendekatan dakwah yang selalu diwar-warkan PAS kononnya melalui kerjasama politik dengan kafir harbi DAP dan PKR syiar Islam akan terus berkembang pesat kerana bumi ini telah menerima kedatangan khalifah yang sebenar. Ini yang PAS selalu dendangkan, mahu berdakwah dengan kafir harbi DAP melalui kerjasama politik ini.
Bunyi macam sesat lagi menyesatkan
PAS kena faham situasi realiti, perkiraan mengambil contoh zaman nabi yang berdakwah melalui ideal politik tidak boleh disamakan dengan situasi hari ini. Banyak faktor yang menghalang disebabkan trend semasa.
Apabila isu JAIS mendapat perhatian kebanyakan orang Islam negara ini, PAS kelihatan tersepit bila kenyataan melulu segelintir pemimpin liga profesionalnya ibarat menjerut leher PAS sendiri. Ianya tidak lebih dari memandang kepentingan politik dari melindungi kepentingan akidah.
Semacam juga dengan pendirian Pemuda PAS yang diketuai Nasruddin Hassan yang pada mulanya garang mengikut kehendak Pusat tanpa usul periksa mendengar penjelasan pihak yang terlibat. Bagaimanapun kini Nasruddin mula sedar bahawa mempertahankan akidah itu lebih mulia dari mempertahankan seorang MB yang bodoh dan gagap.
Agak mengerunkan bila membaca kenyataan Nasruddin dalam entri blognya yang konon berdiri teguh untuk mempetahankan syiar Islam dan akidah umat Muhammad. Sanggup pula mengorbankan wang ringgit dan tenaga walau terpaksa bermandi darah sekali pun.
Hebat...tapi nampak seperti Nasruddin mahu 'cari makan'
Jika begitu suara garang Pemuda PAS yang sanggup bermatian membela Islam, mengapa baru kini Pemuda PAS sedar akan tanggungjawab fardu kifayah. Mengapa hal Kalimah Allah Nasruddin tidak segarang ini?
Mengapa ketika rakan-rakan DAP sewenang-wenangnya menjadikan kata-kata Allah dipermainkan di pentas ceramah tidak disuara langsung oleh Pemuda PAS? bukankah semua itu mahu dijadikan asas politik sempit.
Nasruddin tak boleh lupa atau buat-buat lupa, kenyataan keras Ngeh Ko Ham terhadap JAIS banyak menguris perasaan umat Islam yang yakin dengan tugas pelaksana larangan Allah itu.
Tapi yang paling musykil lagi dengan suara keras Nasruddin, lebih senang dinyatakan sanggup memutuskan kerjasama politik dengan DAP demi mempertahankan kesucian Islam daripada berkejaran dengan nikmat keduniaan.
Itu lebih mulia.
Orang Melayu dan umat Islam hari ini sudah sedar kesempatan itu tidak mungkin akan berlaku. PAS tak akan sanggup meninggalkan DAP kerana perjuangan Islam bukan tugas utama PAS yang lebih senang dengan kebajikan ala komunis.
1 comment:
nanti DAP kasi duit dia senyaplah macam anjing dapat tulang.
Post a Comment