Monday, July 11, 2011

Anwar 'Chicken Run' Diajak Berdebat.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sebagai pengkhianat negara berikutan penganjuran perhimpunan haram BERSIH 2.0, semalam,untuk berdialog dengan beliau secara langsung di televisyen, dalam waktu terdekat.

Omardin mahu dialog itu menjadi medan Anwar meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada kerajaan yang menyebabkan BERSIH 2.0 berlangsung semalam walaupun selepas pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan.

“Jika berani, beliau sepatutnya bersedia untuk mengadakan majlis dialog itu. 

Saya bukan seorang ahli politik, bagaimanapun saya mahu tahu apa yang sebenarnya menyebabkan beliau berasa tidak puas hati dengan sistem pilihan raya negara, hingga menyebabkan BERSIH 2.0 diadakan? 

“Anwar sepatutnya lebih tahu bahawa rundingan boleh diadakan, apatah lagi beliau sebelum ini pernah memegang jawatan dalam kerajaan.

Dia bukannya pemimpin jalanan sehingga perlu meneruskan perhimpunan itu. Mengapa perlu menimbulkan huru-hara dan pernahkah dia terfikir apa yang akan berlaku sekiranya tercetus pergaduhan dengan bangsa lain disebabkan perhimpunan itu,” katanya semalam.

Omardin yang juga Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut berada di Bukit Bintang semalam menyertai Himpunan PATRIOT yang disifatkannya sebagai benteng pertahanan kerajaan bagi menghadapi pihak pembangkang yang berhasrat menimbulkan kekacauan.

5 comments:

Anonymous said...

Omar din sepatut buang sifat opputunis yg dah bersarang lama dalam diri dia...

Bagi orang yang rekod baik dan bersih ..tak cacat mengetuai...Persilatan...

Dato wira Ali...stop politiking utk naik tangga...banyak hamlau nak makan duit tu...minta insaflah...bukan semakin pintar agar tak tertangkap lagi..

Tumpu pada sokongan DS Najib & TS Mahayuddin....

Anonymous said...

Omar din ni..sabelum nak bukak gelanggang debat...mestilah bayar hutang yg disenyapkan saperti beritakan di Akhbar tempoh hari...

Inilah bak Tun Mahathir kata..Ayam Jantan Hebat berkokok tapi ekor banyak terslit NAJIS...

Sebagai Melayu budiman ...kita malu amat sangat...

Anonymous said...

omardin jgn byk bckp..mana kau punya org satu juta tu..pirah, kau dgn perkasa sama aje..ckp berdgar2 tp hbuk pun xrak..tu patriot lg ok skurang2nya jgk 300 org dtg..sdarla bkas banduan

Anonymous said...

omardin ajak DSAI debat.........blh ke berdebat?knp tk ajk lwn lari!

Anonymous said...

Pelawak ni lagi.. haha tak sedar diri, nak glamour ke cik abang ooiii? dah la tu.. dah tua, tak lama lagi nak mampus so rajin2 la bersolat. bkn tunjuk kebodohan kerana nak jilat seseorang. nak debat pun ko bkn layak. tak sedar diri ke? ko tu sapa ha? cakap besar tp tak nampak pun muka bila rakyat kluar menyokong bersih 2.0? terkencing ke melihat bilangan tu? aikh...heran?