Thursday, October 30, 2008

Selling Nation Award: Best Tag Team Action Liar


Masa Depan Malaysia.?

Keputusan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, untuk melantik Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menampakkan keengganan Pakatan Rakyat untuk mengenali dan menghormati institusi bumiputera.

2. Selepas isu UiTM, Khalid Ibrahim sekali lagi menjadi “saluran” manifesto Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim untuk memikat kaum bukan-Bumiputera. Isu ini diperbesarkan khas untuk menunjukkan Pakatan Rakyat masih ujud dan sedang melakukan perubahan.

3. Namun realitinya adalah Pakatan Rakyat di Selangor masih kekal seperti 7 bulan lalu apabila mereka mengambil alih pemerintahan. Persoalan yang paling besar bermain di minda pengundi adalah: di manakah konspirasi dan salah guna kuasa kerajaan Selangor pimpinan Barisan Nasional yang menjadi tunjak kempen Pakatan Rakyat?

4. Berbalik kepada isu PKNS. Jika ini sebuah syarikat korporat tanpa agenda sosial, maka penulis mungkin boleh terima. Tetapi PKNS adalah sebuah institusi yang mempunyai agenda mendekatkan jurang ekonomi Bumiputera. Aspek terpenting yang harus dipertimbangkan adalah PKNS merupakan pemegang hartanah yang cukup besar di Selangor, dan kebanyakan projek-projeknya mempunyai bukan sahaja objektif keuntungan tetapi juga memenuhi kehendak sosial.

5. Penulis tidak mengatakan bahawa Low Siew Moi akan menidakkan polisi-polisi pro-bumiputera selama ini, ataupun akan mula membuka tanah-tanah Selangor kepada pemaju bukan bumiputera. Tetapi penulis mempertikaikan kebolehan seorang pemimpin bernama Khalid Ibrahim yang tidak mampu mencari seorang Bumiputera pun yang cukup berkebolehan mengambil alih watak Pengurus Besar.

6. Ini menunjukkan satu kelemahan dari segi aspek memahami kehendak rakyat. Jika benar khidmat Low diperlukan, maka kekalkannya dengan portfolio yang boleh membawa perubahan tetapi lantik seorang Bumiputera berpengalaman (dan penulis amat yakin keujudan golongan ini) dalam bidang kemajuan hartanah .

7. Yang menjadi persoalan adalah: sekarang Pengurus Besar PKNS, tetapi mungkinkah tak lama lagi jawatan Menteri Besar Selangor pun dipegang bukan Bumiputera?

sumber : suaradu.com

Saturday, October 25, 2008

UMNO...UMNO...Melayu

Politik wang UMNO makin hari makin teruk..nak kaya masuk UMNO. Itu persepsi rakyat bila memikirkan pemimpin yang perlu mereka pilih..sedih bangsaku dipijak, dihina, diserang kiri kanan atas bawah.....lagi sedih bila ada melayu yang tak tahu asal usul..menyokong membabi buta..kesamarataan, kebebasan...itu semua racun kepada bangsaku...

Saturday, October 11, 2008

Haji Hadi Mahu Keluar Dari Pakatan Rakyat

Gambar: Lihatlah bagaimana reaksi muka Fairus. Dihimpit oleh Kit Sing dan Ramasamy ke tepi. Inilah realitinya nasib Melayu di Penang. Dihimpit sampai ke tepi. “Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain. Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” kata Mohamed Hafiz lagi. Beranikah Pemuda PAS lawan cakap Guan Eng di Penang?
Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir. Haji Hadi menyatakan demikian di ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli PAS, ketika merasmikan Konvensyen Pas Negeri Pulau Pinang pada 11 Ogos 2008. Sekiranya komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara maka PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang), berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Haji Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau. Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji” kata Mohamed Hafiz. Pemuda PAS Penang berani lawan DAP?


YB Mohamad Hamdan (ADUN PAS Permatang Pasir) tidak dilantik pun sebagai Exco. PAS menang satu sahaja. Inikah namanya Pakatan?) Sedarkah Mohamed Hafiz bahawa di Pulau Pinang, DAP sudah pun meminggirkan Islam sendiri bila memansuhkan DEB, tulisan papan tanda Cina dan Teresa Kok minta perlahankan azan di Selangor. Lebih pedih lagi bila meminggirkan YB Mohamad Hamdan (ADUN Permatang Pasir) selaku Exco Kerajaan Negeri. Ada jaminankah DAP tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri nanti? Baru menang 82 kerusi pun sudah berbagai hal dan perkara dibuat oleh DAP (tanpa merujuk terlebih dahulu kepada PAS), inikan pula bila sudah jadi kerajaan.Baru baru ini, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Fairus (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) membawa satu rombongan ke luar negara tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DAP. Fairus juga dipertikaikan kerana menggunakan kad minyak kereta Exco pada kereta sendiri. Siapa dengki kepada Exco Islam Penang, kalau tidak DAP? Wakil Rakyat PAS, Exco pun tidak dilantik. DAP tidak pandang dan tidak hargai pun jasa PAS di Pulau Pinang. Orang PAS masih tidak sedar lagi kah? Baguslah kalau Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen PKR Bandar Bharu Kulim) sudah sedar bila bergaduh dengan Latheefa Koya (Peguam Anwar, Ahli Majlis MPT PKR) ketika penganjuran Forum "Memeluk Islam". Latheefa Koya sama seperti bosnya, mempertahankan juga penganjuran forum tersebut.

Friday, October 10, 2008

DI SEBALIK HIJAB ANWAR AL JUBURI MELALUI KATA-KATA MAT SABU


Naib Presiden Pas Hj Mohd Sabu pada tahun 1998 di Kubang Kerian Kelantan pernah menggelar Anwar Ibrahim Al Juburi. Kenyataan ini sememangnya berlandaskan kepada pengetahuan sedia ada Mat Sabu berkenaan Anwar. Mengapa sekarang Mat Sabu menyepi dengan istilah Al Juburi.Apakah dulu memang betul Anwar Al Juburi.Anwar adalah musuh tradisi Mat Sabu dan tidak akan lupa perangai Anwar yang pernah menghentam Mat Sabu dengan pegangan syiahnya.Apapun yang berlaku, Mat Sabu sedia maklum tentang perangai Anwar dan Mat Sabu adalah pejuang tulen yang masih di dalam PAS untuk menidakkan Anwar. Ini bererti Mat Sabu adalah musuh tradisi kepada jak-juak Anwar di Dalam PAS seperti Husam Musa, Dr Hatta dan Dr Lo Lo.1.


Daripada 4 jenis judi dikeluarkan di Malaysia berubah apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan.Judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi 9 jenis termasuk judi lumba kuda.

2.Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan . ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbulkan bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

3.Tempat yang Anwar berkuasa penuh, iaitu Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ). Di situlah Anwar menjadi Presiden, tempat berkumpulnya orang-orang Anwar sehingga menjadi universiti paling tercorot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada Ijazah. Di situ juga berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universiti lain.

Ini bermakna memang jelas dari dalam UMNO lagi Anwar berperangai teruk. UMNO cuba mendidiknya, namun gagal kerana Anwar lebih cekap dalam hal ehwal bersekongkol dengan Amerika di dalam menjahanamkan bangsa , agama dan negara.

Wednesday, October 08, 2008

Zionist : Joseph Biden, Gus Dur dan Anwar


1. Joseph Biden adalah seorang calon Presiden USA, seorang Zionist tulen. Sejak terpilihnya dia sebagai senator maka lawatan pertamanya adalah ke Israel . Dia sering membantu semua keperluan Israel di Amerika, menjadi agen rasmi Israel dalam parlimen USA, bekerja dengan semua Perdana Menteri Israel bermula dari Goda Meir hingga Olmert. Dia mengatakan bahawa Israel adalah “the single greatest strength America has in the Middle East ". Pada satu pihak dia juga menyatakan bahawa: “"you don't have to be a Jew to be a Zionist." Maka, apa yang dilakukan oleh orang seperti Gus Dur di Indonesia dan Anwar Ibrahim di Malaysia adalah bukti dari apa yang dikatakan oleh Joseph Biden ini.


2. Mereka sebenarnya adalah Zionist yang ada di tanah air bukan Israel , tetapi semua keperluan Israel akan mereka jaga, kerana inilah misi dari Zionist. Dengan adanya orang seperti Gus Dur (Ina) dan Anwar (Mly), bukan saja keperluan material Israel yang akan diperkuatkan tetapi kehancuran nilai kemanusiaan akan segera hilang.Di Indonesia, seorang wanita bergelar Professor Doktor bernama Siti Musdah Mulia telah mengeluarkan suatu pendapat bahawa homoseksual dibenarkan dalam Islam (“Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrow-minded interpretations of Islamic teachings.”), tetapi pada waktu yang sama dia mengharamkan perkahwinan empat (poligami) yang sudah ditetapkan kebenarannya di dalam Islam.Permasalahan bukan sahaja pada penentangan hukum yang telah ditetapkan Islam, tetapi umat Islam perlu melihat bagaimana hal ini boleh terjadi. Bagaimana seorang Musdah Mulia menjadi seorang Doktor dan kemudian Profesor?. Kerana beginilah semua sejarah berjalan sehingga manusia kehilangan apa yang semestinya dimilikinya.

3. Dengan membaca apa yang terjadi maka kita perlu berfikir untuk menentukan masa depan kita (baca: manusia) semua.Fakta yang ada: Nahdatul Ulama yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (baca:Gus Dur) telah berhubungan erat dengan The Asia Foundation (TAF) yang ditaja oleh Amerika (baca: Zionisme). Mungkin untuk orang yang tidak mengetahui hakikat dari NGO ini maka mereka akan melihat bahawa yayasan ini merupakan satu yayasan kemanusiaan yang baik. Memang ianya adalah NGO yang berurusan dengan manusia, tetapi tidak bererti ianya tidak bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Misi yang dilakukan oleh yayasan ini sangat merbahaya, iaitu melepaskan manusia dari kemanusiaannya, mendidik manusia untuk menjadi satu keberadaan yang keluar dari kriteria dirinya sendiri.Kalau saja manusia mengenal Islam maka manusia itu akan mengenal dirinya dengan baik, tetapi dengan misi TAF maka akan terjadi sebaliknya. Dengan adanya organisasi ini di Negara- Negara Asia maka umat Islam terpaksa wajib menghadapi pandangan dan juga nilai Islam yang sedang dirosakkan dengan menggunakan ulama yang ada dalam kehidupan umat Islam itu sendiri. Maka tidak hairan kalau ada orang seperti Gus Dur dan Anwar Ibrahim.Gus Dur dan Anwar Ibrahim adalah dua keberadaan yang tidak dapat dipisahkan, kerana keduanya terikat dengan struktur yang ada di bawah gerakan Amerika dan Zionis. Gus Dur di Indonesia dekat dengan TAF dan Anwar di Malaysia terikat dengan IFC atau FFF. IFC adalah suatu badan khusus di bawah World Bank, dan FFF (Foundation For The Future) secara langsung di bawah USA. Sehingga apa yang berlaku ialah model “freedom” yang hendak dimunculkan di tanah rantau ini adalah “freedom” ala Amerika.

4. Memang deklarasi yang dibuat indah, tetapi kalau diperhatikan dengan sungguh - sungguh apa di sebalik itu maka akan didapati betapa besar malapetaka yang akan ditimpa oleh manusia di dunia ini.Dengan slogan “freedom”, Amerika telah membuat contoh yang sangat jelas hari ini, iaitu petaka sebahagian besar di Timur Tengah, mulai dari Lebanon hingga Iran , juga petaka besar (kalau tidak hendak mengatakannya sebagai Holocaust abad 21) di Iraq dan Afghanistan. Belum lagi kalau kita hendak membahas semua pengertian “freedom” yang Amerika bawa di Venezuela, Colombia hingga Negara - Negara Afrika seperti Sudan, Ethopia dan Nigeria… apa yang tersisa dari manusia dengan ungkapan “Freedom” ala Amerika itu..Lihatlah apa yang dilakukan oleh Prof Dr Musdah Mulia di Indonesia atas nama kemodenan dia menghilangkan hukum Allah dengan ungkapan modennya. Anwar Ibrahim dengan menggunakan kata Social Justice hendak membuka pintu Malaysia ke pintu “Freedom” bagi Amerika. Jadi permasalahan bukan hanya sekadar hubungan sistem keorganisasian Anwar Ibrahim dengan Amerika, tetapi hubungan manusia dengan kerosakan yang sedang dibuat dan disepakatinya sekarang. Dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik bererti adanya penerimaan untuk satu potensi ke arah kehancuran manusia, kehilangan identiti manusia..atau minimum umat Islam akan kehilangan Islamnya, yang ada adalah Islam ala Amerika dengan semua slogan dan semboyan yang nampak indah itu.

5. Semua kita belum buta melihat demokrasi yang dibawa ke Iraq hingga Iraq jadi seperti sekarang. Kita dapat melihat semua erti demokrasi di tanah Arab yang tidak meninggalkan makna demokrasi itu. Atau bagaimana kita hendak menerima pengertian perdamaian dan kebebasan ketika melihat Afghanistan dan Sudan. Yang ada adalah manusia yang dibunuh setiap hari dan yang paling tragis adalah kaburnya nilai Islam di manapun, termasuk sekarang di Indonesia dan Malaysia .Identiti Islam untuk seorang muslim bukan hanya sekadar apa yang dimilikinya tetapi juga nilai komitment yang ada padanya, sehingga ketika identiti ini menghadapi krisis maka yang terjadi adalah krisis komitment dengan nilai yang ditetapkan dalam identiti itu…..hal ini berkenaan dengan semua agama dan dengan nilai apa pun…Maka tidak ada jalan lain untuk menghadapi hal ini melainkan menghilangkan semua hal yang membawa manusia ke arah kehancuran dan kehilangan identitinya, iaitu menjauhkan dan menolak semua yang datang dari program Amerika yang hendak dijalankan di tanah air tercinta ini..menolak orang seperti Gus Dur dan Anwar sebagaimana kewajipan menolak orang seperti Musdah Mulia…

Allahuakbar...

Tuesday, October 07, 2008

Apabila kita lemah.

1. Sudah menjadi adat dan tradisi sempena bulan Syawal yang mulia untuk mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan dengan niat yang baik untuk menjemput kenalan dan bagi ahli politik, rakyat jelata, untuk datang menjamah hidangan dan beramah mesra.Tetapi haruskah satu adat dan tradisi kaum Melayu dicemari oleh protes ala mereka di Barat? Sudahkah hilang rasa hormat setitik pun dari golongan anti-ISA dan HINDRAF? Begitu lemahnya keadaan UMNO sekarang sehingga bukan kumpulan itu meminta maaf, tetapi MEREKA PULA INGIN MENYAMAN Utusan Malaysia kerana membuat laporan berbaur negatif dan bersifat perkauman.

2. Siapa sebenarnya yang bersifat perkauman? Apabila seorang blogger cina menggunakan kata-kata kasar (Malaysiakini) untuk menggambarkan betapa sedihnya beliau kehilangan telefon bimbit kerana dicuri dua orang lelaki berbangsa India, dan kemudian meminta maaf, dengan senangnya HINDRAF menerima. Tetapi isu itu menunjukkan bahawa stereotaip perkauman bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu yang selama ini dituduh sebagai “racist”. Ianya ujud di kalangan setiap bangsa, walaupun ada yang berpura-pura melaungkan “equality”.
Blogger Cina itu meluahkan perasaan yang terpendam di dada. Yang marah adalah kaum India, bukan kaum Cina. Entah-entah, di balik tabir, kaum Cina juga mengangguk bersetuju dengan pandangan blogger remaja itu. Mereka juga sudah tentu ada stereotaip tentang kaum Melayu.
Semuanya dipendamkan kerana ingin membuat kaum Melayu rasa selesa. Selesa dibuai rakan-rakan baru Cina dan India yang mempromosikan kesamarataan. Ya, sudah tentulah mereka akan menyokong seorang “Melayu” yang membiarkan anaknya membela anjing dan mengaku secara terbuka meminum arak sehingga mereka sanggup berkempen membebaskannya dari tahanan ISA.


3. Bagaimana pula dengan tahanan Jemaah Islamiah di bawah ISA? Senyap pulaaakk....Melayu dan Islam yang diinginkan mereka adalah Melayu moden, yang sama-sama lepak di disko dengan anak-anak bangsa lain, minum air setan untuk berbuka puasa. Islam yang diingini adalah Islam yang progresif, di mana yang membezakan mereka hanyalah pada nama Tuhan sahaja, tiada sembahyang, tiada puasa. SAtu ketika lalu, DAP dengan bangganya melantik Tunku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi. Ya, indah sungguh gambaran yang diberikan parti DAP. Kononnya mereka tidak mengira bangsa. Tetapi tanpa mahu mengaibkan sesiapa, renungkanlah persoalan ini : adakah “Melayu” yang diinginkan mereka benar-benar menjalani kehidupan Melayu Islam? Jika sokongan kepada tindakan Hindraf di rumah terbuka itu datang daripada “Melayu” progresif seperti Farish Noor tidaklah mengejutkan, tetapi apabila jelas seorang pemimpin Islam bersetuju, sudah ada yang tidak kena.Sokongan Haji Hadi Awang terhadap tindakan HINDRAF menunjukkan bahawa PAS sudah hilang arah tuju, sudah ternganga menunggu kuasa yang akan disuap oleh pemimpin dua muka paling terkemuka, DS Anwar Ibrahim.

4. PAS yang sanggup melepaskan ideologi asas mereka dengan interpretasi yang hanya memperbodohkan orang ramai, kini sanggup melihat seorang saudara Islam dihina di satu upacara yang penuh dengan adat dan tradisi. Dalam PAS, ada Kelab Penyokong Kaum India yang diketuai oleh Gobalakrishnan (Ahli Parlimen PKR Padang Serai). Apakah kenyataan Haji Hadi ini kerana hendak menjadi hati Gobalakrishan atau Hindraf? Sesiapa pun yang buat kekecohan dan tindakan melampau tidak perlu dibela dan diberi muka. Akibatnya nanti akan hilang perasaan hormat menghormati dalam masyarakat kita. Hindraf bukan mewakili kaum India. Hindraf adalah suara minoriti puak yang melampau kerana menuntut yang bukan bukan. Bagaimana tuntutan RM1 juta untuk setiap orang India dulu? Bukankah ianya sekadar janji untuk mendapat sokongan semata mata? Oleh itu, mengapa harus membela mereka dengan alasan demokrasi.