Thursday, October 30, 2008

Masa Depan Malaysia.?

Keputusan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, untuk melantik Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menampakkan keengganan Pakatan Rakyat untuk mengenali dan menghormati institusi bumiputera.

2. Selepas isu UiTM, Khalid Ibrahim sekali lagi menjadi “saluran” manifesto Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim untuk memikat kaum bukan-Bumiputera. Isu ini diperbesarkan khas untuk menunjukkan Pakatan Rakyat masih ujud dan sedang melakukan perubahan.

3. Namun realitinya adalah Pakatan Rakyat di Selangor masih kekal seperti 7 bulan lalu apabila mereka mengambil alih pemerintahan. Persoalan yang paling besar bermain di minda pengundi adalah: di manakah konspirasi dan salah guna kuasa kerajaan Selangor pimpinan Barisan Nasional yang menjadi tunjak kempen Pakatan Rakyat?

4. Berbalik kepada isu PKNS. Jika ini sebuah syarikat korporat tanpa agenda sosial, maka penulis mungkin boleh terima. Tetapi PKNS adalah sebuah institusi yang mempunyai agenda mendekatkan jurang ekonomi Bumiputera. Aspek terpenting yang harus dipertimbangkan adalah PKNS merupakan pemegang hartanah yang cukup besar di Selangor, dan kebanyakan projek-projeknya mempunyai bukan sahaja objektif keuntungan tetapi juga memenuhi kehendak sosial.

5. Penulis tidak mengatakan bahawa Low Siew Moi akan menidakkan polisi-polisi pro-bumiputera selama ini, ataupun akan mula membuka tanah-tanah Selangor kepada pemaju bukan bumiputera. Tetapi penulis mempertikaikan kebolehan seorang pemimpin bernama Khalid Ibrahim yang tidak mampu mencari seorang Bumiputera pun yang cukup berkebolehan mengambil alih watak Pengurus Besar.

6. Ini menunjukkan satu kelemahan dari segi aspek memahami kehendak rakyat. Jika benar khidmat Low diperlukan, maka kekalkannya dengan portfolio yang boleh membawa perubahan tetapi lantik seorang Bumiputera berpengalaman (dan penulis amat yakin keujudan golongan ini) dalam bidang kemajuan hartanah .

7. Yang menjadi persoalan adalah: sekarang Pengurus Besar PKNS, tetapi mungkinkah tak lama lagi jawatan Menteri Besar Selangor pun dipegang bukan Bumiputera?

sumber : suaradu.com

No comments: