Thursday, June 09, 2011

Lagi Laporan Polis Sambut Kemenangan Mat Sabu

Benarlah, rakyat lebih sukakan keamanan daripada melayan kacau bilau yang dicetuskan pembangkang. Hari-hari mau berpolitik tanpa berhenti walaupun 1 hari. Selepas pembangkang berpesta dengan 15 pilihanraya kecil pasca PRU Ke-12, apa saja isu yang boleh dipolitikkan akan terus dipolitikkan. Tak pernah penat.

Sudahlah bayi 6 hari pun mahu dipolitikkan, hal kerja kahwin juga mahu dijadikan isu politik yang tak masuk akal. Memang gampang.

Susulan hasutan PAS yang mengajak rakyat untuk merusuh, sudah ramai rakyat yang letih dan penat dengan permainan politik pembangkang. Apa yang dibuat seolah-olah tidak selari dengan kehendak agama. Apa yang ditulis sebelum ini, beberapa laporan Polis telah dibuat disebabkan rasa tidak selesa dengan stail jahat pembangkang.
Terbaru, Di Tanah Rata, satu laporan polis dibuat oleh Yusof Satar berhubung hasutan Mat Sabu seorang juara mengayat perempuan bagi mengajak rakyat untuk merusuh. Beliau yang seorang usahawan berpendapat demonstrasi itu akan menjejaskan dan menyusahkan kehidupan rakyat serta menyekat pintu rezeki peniaga
Elok juga lepas ini lebih ramai semangat peniaga macam ini ditonjolkan dengan membuat laporan polis. Yang diketahui, demonstrasi ini akan dibuat di KL dan seperti mana-mana port berdemo lokasi Jalan Raja Laut, Jalan Tungku Abdul Rahman dan depan Komplek SOGO adalah kegemaran pembangkang kerana disitu adalah tempat tumpuan manusia dan kawasan peniaga Melayu.

Nampak sangat pembangkang selalu membunuh semangat peniaga dan mengacau periuk nasi rakyat. Entah chapter mana dalam Buku Jingga atau manifesto negara berkebajikan PAS yang dijadikan panduan.

Bertambah geram dan musibat PAS langsung tak berani berdemo di sekitar Petaling Street? Nak mampus kena maki dengan DAP. He..he..he..

1 comment:

Mohd said...

Walaupun apa yg diperkatakan di sini nampaknya mudah sangat tapi fikirkanlah:
1. Pihak Pakatan Rakyat tahu yg mereka tidak mungkin dapat merampas pemerintahan dpd Kerajaan BN dengan cara demokrasi. Kerana rakyat dah nampak cara buruk mereka memerintah di Selangor, Penang, Kedah, Kelantan dan di Perak sekejab. Itulah sebabnya DUN negeri2 ini tidak akan dibubarkan oleh pembangkang jika PRU13 diistiharkan sekarang. Mereka mahu merembat duit rakyat selagi yg boleh.
2. Kaum Cina DAP telah mengarahkan Mat Sabu utk membuat demonstrasi bersih. Mat Sabu memangnya terhutang budi dgn Lim Guan Eng dan DAP Penang dan Mat Sabu pula adalah seorang pakar demonstrasi.
3. Dgn pembiayaan dari DAP, Mat Sabu akan mengumpulkan lebai2 PAS yg sudah biasa jadi keldai DAP.
4. Dgn begitu ramai orang yg berkumpul, adalah sangat mudah utk mencetuskan huru-hara. Akibatnya yg berdemonstrasi akan jadi rusuhan menentang pihak Keselamatan Kerajaan.
5. Pihak DAP akan memerhatikan dari jauh sahaja.
6. Kaum Melayu janganlah lupa bahawa Armada Amerika ada berdekatan saja di Singapore, kononnya utk membuat latihan tentera dgn tentera Singapore.
7. Bila tercetus shj rusuhan di Malaysia, Amerika akan masuk campur dgn membantu perusuh2 menentang tentera Kerajaan, kononnya utk menjaga keselamatan negara Singapore.
8. Senario yg sama akan berlaku spt yg telah terjadi di negara2 Arab baru2 ini.
9. Dgn itu, mudah sajalah bagi DAP memerintah The Republic of Malaysia.
Dari masa itu bermulalah mimpi ngeri utk kaum Melayu yg akan mengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
CEGAHLAH SEBELUM PARAH.
Melayu mudah lupa ????????????