Tuesday, June 07, 2011

Video Klip Gambit Dan Video Seks Anwar

Kekadang kita ini terlalu prejudis dalam menilai sesuatu isu yang berbangkit. Menyoal dan menyalahkan pihak yang benar dan kehadapan mencipta persepsi. Hal sebegini bukan perkara baru contohnya sudah bersepah dan berlambak-lambak.
Antara yang berjaya ialah apabila isu video seks terpapang perlakuan Anwar Ibrahim dan pemain maya mendedahkan dan mengulas mengikut acuan sendiri.
Apa yang Anwar buat ialah mengadakan sidang media dan mengajak rakyat untuk memfokuskan kepada perutnya yang buncit dan struktur tetek yang labuh. Makanya semua rakyat memfokuskan kepada perut Anwar dan bukan pada raut wajah tak bersalahnya.
Ini prejudis.
Disebabkan kebanyakan Ulama dalam PAS mempersoalkan kejadian 'politik jijik' yang didakwanya dibawa oleh pihak kerajaan. Memang cilako. Kewujudan bahan bukti dan terma saksi langsung gagal difahami dengan berkesan.
Berbalik kepada perkara asas, isu video klip yang didakwa berbaur seks dan mengundang rasa meluat rakyat. Klip video yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan dengan gambaran yang akan membawa kepada fantasi masturbasi yang tinggi.
Bagi saya, klip video itu tiada cacat cela dan garapan pengarah adalah membawa kepada pengaliran seni dalam teknik pengarahan dan mengikut lirik lagu yang dipersembahkan. Munculnya klip video itu kita menghentam tanpa mengambil kira dari sudut seni dan suasana gampangan politik semasa.
Apa bezanya pengarah klip video, pelakon video seks Anwar, Ulama syaitan mempermainkan kesucian Islam dan pemimpin yang ada sejarah kotor ditangkap khalwat dalam sejarah moden negara hari ini. Tiada bezanya, kesemuanya mahu mencari nama mengikut selera dan situasi semasa.
Dalam hal sedemikian kita nampak terlalu prejudis. Padahal masalah yang lebih besar dan mampu menjahanamkan institusi negara lagi jelas terpampang.
Tiada bezanya, parti yang kononnya memperjuangkan Islam rupanya selama ini menggunakan islam demi kepentingan politik. Itu saja. Jika seorang yang mahu diangkat pemimpin mempunyai sejarah lampau yang menjijikkan maknanya dunia hari ini penuh dengan kepalsuan. Asalkan boleh berjubah dan menutur sepatah dua kalimah Allah, orang itu seharusnya menjadi teladan kepada yang bawah.
Orang seni hari ini bukan seperti zaman P.Ramlee lagi yang membuat hasil seni dari satu sudut naratif saja. Semuanya akan diambil kira dengan melihat trend ortodok politik semasa.
Sang peliwat pun mahu diangkat sebagai messiah apatah lagi jika kita punyai sejarah moral mengacau isteri orang. Yang akan terus mengikut dan jadikan idola adalah tetap dari rakyat bawahan.
Rakyat yang akan mengikut dan pemimpin yang patut menjadi teladan yang baik.

1 comment:

Anonymous said...

Teringat kata2 hikmah dan tanda2 akhir zaman saperti berikut:

1. Mengkalongkan sa butir mutiara ka leher babi.

2. Mengangkat se2 orang menjadi ketua pada yang bukan ahli nya.

>>>> sama2 renungi<<<