Monday, June 06, 2011

Politik Yang Semakin Kotor

Agak lama saya membiarkan blog ini bersawang tanpa dikemas kini. Banyak isu-isu semasa yang saya tidak update dan diulas mengikut trend politik semasa. Ada rakan yang bertanya kemana dan mengapa membiarkan blog bersawang tidak dikemas?

Alasan saya, tuntutan kerja dan mengurus kehidupan membataskan masa untuk menjengah dan menari-nari bersama blog ini. Ada ketikanya, mahu menyambut tarian bola tanggung tetapi terpaksa membiarkan kerana kini ruang maya sudah dipenuhi oleh ratusan pejuang maya yang bersedia berhabisan mempertahankan legasi yang ada.

Blogosfera kini bukan lagi seperti 5 tahun dulu yang kesana sini dipenuhi oleh sang algojo yang akan memenggal setiap kepala pembuat dasar bangsa. Dunia blog hari ini telah menyaksikan keseimbangan permainan informasi. Pelbagai rasa dan pelbagai gaya.

Dunia politik hari ini sangat pelik. Sang peliwat yang didatangkan ke kandang pengadilan masih mampu diangkat sebagai penyelamat bangsa dan agama. 

Khalifah yang menginginkan kematian syahid sudah menjadi pelacur agama dan tersenyum bangga. Terbuang terus keinginan menegakkan syiar agama hanya kerana keinginan memperkukuhkan syiar keduniaan.  المحزن حقا أن نرى الفوضى نظام تقييم الأداء

Melihat suasana politik hari ini ianya amat menjijikkan kerana petanda akhir zaman semakin terserlah.
Renung Hadith ini
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”

No comments: