Friday, May 01, 2009

Penanti: PAS Lebih 'OTAI' Daripada PKR


Sudah nasib PAS, mereka sentiasa di tipu hidup-hidup rakan pakatan. Hendak menyelesaikan perkara yang semudah itu pun mereka tak mampu. Hendak bertanding kerana desakan akar umbi pun mereka tidak boleh nak handle sendiri. Segalanya di tangan PKR. Apa punya jenis parti politik PAS. Mereka tiada perlembagaankah.?


Sedarkah PKR bahawa kemenangan mereka di Permatang Pauh adalah kerana sokongan ahli PAS yang taksub dan buta hati..! Mereka menonong memangkah kononnya untuk mengajar BN akan ‘kezaliman’ yang dicetuskan BN tetapi ternyata mereka silap. Yang lebih zalim adalah PKR, rakan sebantal PAS sendiri.


Dungunya PAS adalah lebih teruk daripada MIC yang diberi peluang juga mengisi kabinet baru Najib walaupun Samy Vellu dibenci kerana sikap kuku besinya. Prestasi MIC merudum teruk namun Najib tetap mengambil untuk dibariskan dalam kabinetnya.


Apa yang PAS ada.? Hanya air liur dan momokon ‘takebeer’ dalam ceramah-ceramah mereka. Kebolehan dan kredibiliti hanya layak diletakkan sebakul dengan tin kosong di kedai lusuh di Pekan Ampang. Begitulah ibaratnya.


PAS lebih dahulu menjadi parti yang berwibawa bukannya PKR yang baru 11 tahun membentuk atmosfera politik Negara ini. Pendek kata PAS lebih ‘OTAI’ daripada PKR. Ternyata PAS tidak mampu berdiri atas kaki sendiri selepas perginya arwah Ustaz Fadhli Noor


Sudah diletakkan janji, jika PKR menang kerusi Penanti maka jawatan Exco yang ditinggalkan YB Mengkuang akan terisi. PAS melopong lagi..! Layakkah Exco agama diberikan kepada PKR sedangkan kerendahan imej moraliti PKR ibarat najis terpalit dikendong bersama-sama dengan PAS.


PAS juga yang merintih simpati. Mengapa mesti susah benar untuk menyatakan pendirian untuk meletakkan calon di Penanti. Mengapa masih boleh senyum mengiyakan hasrat PKR membolot segala kekuatan yang PAS miliki.Sikap tolenrasi dan diplomasi itu tidak salah tetapi biarlah berpatutan. PAS harus sedar semua itu.


No comments: