Tuesday, May 12, 2009

Nizar Berbajukan DAP, PAS Melopong Lagi.


Nizar bintang 3 mahukan dibubarkan DUN. Jeneral Nizar, Lim Kit Siang bertegas supaya rakyat memilih kembali kerajaan yang mereka mahukan. Biarkan rakyat Perak menentukan untung nasib mereka.


Kenyataan Lim Kit Siang tidak lebih mahu menangguk air yang keroh ketika sokongan menggila rakyat ketika ini yang membenci kerajaan BN. Tetapi benarkah rakyat membenci BN.? atau PAS sebenarnya lebih beruntung jika DUN dibubarkan. Siapa yang lebih untung.?


Jika DUN dibubarkan, anggaplah Nizar bintang 3 sudah menyiapkan borang pencalonannya dengan memakai baju DAP atas dasar kesepakatan PAS dan DAP. Biarkan DAP mengambil Nizar Bintang 3 bertanding atas tiket mereka. Lebih kuat cengkaman PAS keatas negeri Perak.


Mungkin itu yang difikirkan. PAS memang tidak memandang jauh dalam hal politik. Mereka sesungguhnya parti gerila yang menyokong membabi buta. DAP mahukan pilihanraya negeri supaya mereka boleh meletakkan calon Melayu yang lebih ramai untuk diangkat menjadi boneka MB.


Yang rugi adalah rakyat Perak sendiri. Kisah gila ahli politik bertadarus di pentas SUK telah merugikan semua rakyat Perak. Rugi dari segi tenaga, maruah, masa dan kesepakatan sesama sendiri. Selamatkanlah Perak daripada anasir komunis dan penghapusan keistimewaan yang telah ditanam sedikit demi sedikit.


Biarkan PAS sendiri tersedar daripada lamunan mereka Biarkan rakyat Perak tersentak dan menyesal atas apa yang telah berlaku.

4 comments:

sahabat gunung said...

Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.

Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak…..

Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.

Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.

Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.

Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

PARPUKARI said...

GAMABAR NI MEMANG POWER BRO! MEMANG SESUAI LA UNTUK NIZAR KOMUNIS BINTANG 3...MUAHAHAHHAHHAHA

x-pkr said...

yezzaaa....aku setuju ngan parpu! gambar mmg power.

dulu depa kata UMNO tipu depa, tapi skg nie DAP tipu depa depa, tak kata apa pun!

maka jadilah PAS - Parti Apa Saja!

Jeepers Creepers said...

politik perak makin bercelaru. tapi ada baiknya kalau pilihanraya diadakan semua.

itu lebih baik daripada masalah politik berlarutan. serahkan semuanya pada rakyat. biar mereka sendiri yang tentukan.