Monday, May 18, 2009

Apa Reaksi PAS Selepas Ini.?

Yahoo…ini bukan laman web yang selalu di buka tetapi ini yaaahhoooo…..kerana selepas ini kita akan melihat betapa PAS telah melacurkan perjuangannya untuk negara Islam.

PAS selepas ini pasti akan belajar untuk bertakbir apabila bukan Islam menaiki pentasnya berceramah sambil dimulakan dengan kalimah WAMANKARU..WAMANKARULLAHPAS totok akan terpesona dengan kalimah itu.

Gobind Singh telah menggelarkan Autayakumar sebagai IKON MALAYSIA kerana menjadi ikon yang keras dan berhati batu menentang negara. Selepas ini, PDRM terpaksa lebih bekerja keras kerana anak-anak muda India akan berkelakuan agresif mencontohi Ikon mereka ibarat filem MGR tahun 1990-an.


Tapi paling ditunggu, apa akan reaksi PAS jika Autayakumar berdiri di pentas PAS untuk membakar semangat anak muda berkopiah supaya lebih bersikap radikal menentang UMNO dan kerajaan. PAS bertakbir “Allahuakbar” 3 kali..? mungkin PAS sanggup lakukan demi pangkah kaum bukan Islam.

Sebelum ini, cubaan pertama telah sempurna dilakukan oleh ratu bogel Elizabeth berdiri bersama pemimpin PAS untuk berceramah dengan mengenakan pakaian yang lebih bersopan dan tidak mengenakan kain batik seperti mana aksinya yang telah tersebar di serata dunia.

Hari ini kita melihat, PAS telah jarang benar menggunakan pentas ceramahnya untuk memperjuangkan negara Islam dan hokum hudud kerana PAS berasa malu dan kalau boleh mahu terus membuang kalimah itu kerana akan dianggap kolot oleh penyokong dari kalangan bukan Islam.

Bukankah pentas ceramah itu sebagai medium untuk berdakwah.? PAS tak sanggup kerana hati mereka telah buta dengan kuasa.

1 comment:

USD said...

Salam, bila sudah mabuk, petai pun dikata wangi...agak2nya mcm tu kdn skg ni tuan!