Saturday, February 28, 2009

Kerosakan Hari Ini.

(DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUM P UR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati -hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI )

Semalam lepas isyak di surau, GM berborak sembang-sembang meja bulat. Topik banyak berkisar berkenaan politik semasa, kelemahan kepimpinan dan paling hangat isu pengunaan istilah Allah untuk Kristian. GM pun ceritalah berkenaan email berantai yang GM terima. Masing-masing menyuarakan pendapat dan ada mengutuk kerajaan terutamanya menteri yang bertanggungjawab.

Rakan GM nie kategori otai, mengutuk habis kerana perkataan Allah itu hanya eksklusif untuk orang Islam. Pengunaan untuk agama kristian dikhuatiri akan memberi pengertian yang salah dan cubaan mubaligh-mubaligh kristian untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Bagi GM apa kejadahnya Kristian hendak menggunakan perkataan ini jika tidak rancangan halus umat kristian untuk mengembangkan agamanya. Kristian hanya mahu menyesatkan umat Islam yang dah jelas hari ini banyak yang telah sesat. Cukuplah dengan pelbagai medium yang boleh menyesatkan umat Islam tambah pula Bible ingin pula perkataan ini.

Begitulah yang disuarakan rakan-rakan GM, malapetaka yang berlaku hari ini adalah disebabkan umat Islam Malaysia terlalu lemah untuk mempertahankan hak-hak agama Islam. Salah seorang pakcik, menyatakan apa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari Anwar Ibrahim Munafikun dan paling sedih kerana kelemahan kepimpinan kerajaan. Kerajaan terlalu lemah sehinggakan tak mampu untuk bertegas terhadap golongan-golongan ini.

Rakan GM, menyuarakan pendapat si munafik Anwar Ibrahim adalah punca kepada kelompok-kelompok kafir ini bangun dan berani meminta perkara-perkara yang sensitif disamping menyemai budaya membenci kerajaan yang sangat halus.

Pendapatnya disokong oleh rakan-rakan yang lain kerana apa yang telah dilakukan oleh si munafik itu adalah untuk mengadaikan apa yang telah kita kecapi hari ini. Kita lihat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dah bermacam-macam masalah yang ditimbulkan oleh kelompok-kelompok ini.

Anwar Ibrahim Munafikun harus bertanggungjawab kepada kerosakan bumi bertuah ini dan kita sebagai kalifah harus memerangi si munafik laknatullah ini. Jika kerajaan bijak dan bertegas serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan nescaya kesinambungan yang dibuat oleh pemimpin terdahulu dapat menjadikan umat Islam Malaysia berani mempertahankan haknya.

Kerosakan hari ini adalah milik Anwar Ibrahim Munafikun dan kerajaan pimpinan Pak Lah seperti mana yang pernah disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir kerana mengutip, mendidik dan menjadikan Anwar Ibrahim "anak emas"nya dan paling dikesali memilih Pak Lah sebagai PM yang telah hilang "Mr.Nice" momokan semua.

1 comment:

Razif AR Al-Marbawi said...

ya.. kerajaan BN kini memang terlalu lemah. Mengapa lemah? Kerana Pak Lah. Pak Lah tidak sesuai menjadi PM kerana 'lembut','sopan-santun' dan 'bertolak-ansur'.

Malaysia memerlukan pemimpin yang betul-betul tegas dan bukan asyik bertolak-ansur seperti yang berlaku hari ini.

Kalau boleh saya nak segerakan proses alih kuasa PM, hari ini juga!