Thursday, February 26, 2009

Kalau salah..Terimalah Padahnya - Agendadaily

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari Khamis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat aduan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima ‘padah’.

“Mereka akan terima padahnya,” kata beliau ketika diminta mengulas tindakan dua ADUN PKR dan DAP negeri Perak yang membuat laporan kepada SPRM mendakwa mereka ditawarkan wang dan jawatan untuk meninggalkan parti masing-masing bagi menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjadi ADUN Bebas.

Bukan itu sahaja, Najib juga menegaskan, mereka yang menyalahgunakan akuan bersumpah untuk membuat tuduhan palsu juga tidak akan terlepas. Rabu, ADUN DAP Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN PKR Kuala Kurau Abdul Yunus Jamahri membuat laporan kepada SPRM terhadap BN dan beberapa pemimpin BN termasuk Najib mengenai perkara tersebut.

Menurut Najib, terserah kepada SPRM untuk menyiasat aduan kedua-dua ADUN berkenaan. “Saya tidak tahu menahu tentang dakwaan mereka. Biarlah SPRM siasat,” ujarnya. Ditanya nama beliau turut dikaitkan dalam laporan tersebut, Najib menegaskan, beliau tidak tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada mana-mana pihak.

“Sudah tentu mereka akan kata (ada bukti). Biarlah suruhanjaya siasat. Namun jika mereka buat laporan palsu, mereka mesti sedia untuk menerima akibatnya,” tambah beliau.

Garamanis: Datuk' Seri Najib menanti saat-saat beliau ditabalkan menjadi PM. Apakah polisi yang akan beliau laksanakan? Keberangkalian 'Mahathirisme' akan mempengaruhi pentadbiran bakal PM itu. Apa yang pasti banyak halangan dan cabaran untuk membawa Malaysia mengharungi cabaran ekonomi hari. Kepada Pakatan Keparat ini adalah lawan anda.

No comments: