Showing posts with label PRN S'wak. Show all posts
Showing posts with label PRN S'wak. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

PRN S'wak: PAS Tak Serik, Hina Lagi Orang Sarawak.


Ramainyer manusia seperti kata Melanau Blogger

Menurut sahabat blogger, ceramah diatas diorganise oleh AMK grup politik samseng dan tidak bermoral. Dibuat di Jalan Patingan, Kuching. Jika diteliti dalam gambar susah nak kira kehadiran rakyat.
Ceramah diatas walaupun diorganise oleh AMK yang datang bagi ceramah adalah lebai-lebai panadol semenanjung bernama Azman Sapawi, Suhaizan Kaiyat dan seorang lagi yang tak beberapa kenal.
Trend politik gampang dari semenanjung dibawa ke Sarawak. Maksudnya, lebai-lebai ini berceramah dengan bermodalkan isu-isu yang mengarut dan tak masuk akal. Di semenanjung boleh la bercakap pasal Kerajaan Selangor bagi air percuma dan fantasi buku jingga nak hapuskan tol.
Ceramah malam tadi pun depa buat kurang ajar. Menghina orang Sarawak kononnya miskin, masih tinggal dalam hutan dan pakai cawat. Depa lupa penghinaan Hadi Awang masa PRK Batang Ai dulu atau buat-buat lupa.
Tak dengar pula komitmen pembangkang nak bangunkan Sarawak. Tak mahu pula depa berjanji nak buat lebuhraya 4 lorong, Wifi seluruh Sarawak termasuk full coverage di Gua Niah, hapuskan cukai tanah atau bagi sebiji rumah banglo untuk setiap penghuni rumah panjang. Hehehe.....
Yang kedengaran cuma pembangkang akan sejahterakan rakyat Sarawak dengan kepimpinan tidak bermoral bakal Perdana Menteri Malaysia.
Tak meyakinkan langsung.
Ini berbeza dengan komitmen kerajaan yang sedia ada yang tidak mahu bermain wayang kulit ala-ala cerita fantasi Alice in the wonderland. Kerajaan komited untuk terus mensejahterakan rakyat tanpa perlu gimik kecoh video seks.

Klik SINI

Wednesday, September 22, 2010

PRN S'wak: Azmin...Sambil Menyelam Minum Air.

Azmin on action. Ramai pengunjung terdiri daripada kaum ibu. Seorang Pak Cik yang dijemput untuk membacakan doa majlis bersegera meninggalkan majlis tersebut kerana hendak bersiap ke masjid untuk solat Jumaat. Menurutnya, dia langsung tidak tahu tujuan apa majlis tersebut dibuat dan siapa yang hadir sehinggalah dia tiba di rumah itu.

Minggu lepas beberapa pemimpin tinggi PKR telah mengadakan lawatan ke Sarawak. Ada yang sedar, ada yang tidak tahu kedatangan mereka. Cuma daripada gambaran ia hanyalah majlis ramah-tamah Aidilfitri sahaja.

Pergerakan Rombongan

Ketika di Kuching, mereka telah mengadakan perhimpunan tertutup di Hotel Grand Continental pada 16hb, bersama penyokong dan beberapa wakil PKR negeri. Antara yang hadir ketika itu ialah Azmin Ali, Dr Xavier, Dr Mansor Othman (Timbalan Guan Eng), Zuraida Kamaruddin, Baru Bian (ketua PKR Sarawak), Abdullah Sani, Zakaria Abdul Hamid, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Dominic Ng, Ahmad Nazib dan lain-lain.

Menurut sumber sebelum perhimpunan itu, kedatangan mereka dilihat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Lawatan mereka mengikut jadual, bermula di Kuching, kemudian ke Kampung Ensengei , Sadong Jaya dan solat Fardu Jumaat di Kampung Semera.

Aturcara program seolah tidak dirancangkan. Ramai penduduk kampung yang dijemput langsung tidak tahu menahu jemputan ke majlis oleh ahli PKR di tempat mereka.Yang hadir pun terdiri daripada pengunjung ‘tangkap muat’ sahaja. Program lawatan Azmin kelihatan sangat singkat, sebelah petang pula terus berangkat ke Sibu kemudian ke Bintulu sebelum balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya.


Agenda

2 tujuan – melihat keadaan dan kehidupan rakyat di kawasan luar bandar dan yang paling utama ialah berkempen untuk meraih sokongan daripada wakil di Sarawak bagi menghadapi pemilihan PKR nanti.

PKR pada kali ini menggunakan sistem pemilihan calon yang baru, iaitu setiap ahli akan diberikan mandat untuk memilih wakil mereka di semua peringkat berbanding sistem delegate (perwakilan). Jadi usaha untuk mempromosikan diri adalah sebab mengapa Azmin dan rakan PKR pusat lain sanggup datang ke beberapa daerah di Sabah dan Sarawak pada kali ini.

Kesimpulan

PKR akan menghadapi masalah persaingan menjelang pemilihan perwakilan pusat dan negeri, sekaligus menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu Pilihanraya Negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ketika ini pun, sudah banyak kes bercakaran sesama sendiri, adegan baling kerusi, laporan polis atas dakwaan fitnah rakan separti dan banyak lagi yang lain kita dengar dalam persaingan merebut jawatan dalam parti. Begini keadaannya, PKR akan tumbang bukan oleh BN tetapi oleh ahli sendiri.

Kita tunggu sahaja keputusan pemilihan itu nanti, pasti aka nada yang keluar parti. Dan kita harap BN/UMNO tidak akan menerima mereka jika mereka melompat untuk menjadi ahli parti. Mereka inilah perosak parti dan mementingkan keutamaan diri, langsung tidak mempunyai pendirian terhadap politik.

Sumber: Rajahmas