Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

KJ Agen Singapura?


Logik akal, Intellegence Singapura boleh dikatakan sangat maju jika dibandingkan agensi-agensi perisikan di rantau ini. Memperoleh risikan melalui pintasan komunikasi dan grand plan untuk takluk negara-negara jiran dengan tersusun dan well prepared.

Satu dunia sudah kecoh dengan kebocoran aktiviti sonsang Anwar Ibrahim melalui Wikileak. Tanpa ada keraguan dan boleh terima akal, LKY sendiri akui Anwar Ibrahim seorang peliwat.

Apa yang jadi persoalan dalam laporan Wikileak ialah kemunculan watak KJ dalam risikan Singapura yang aktif bertukar infomasi bersama Australia dalam menyelinap aktiviti politik negara tetangga.

Kenapa mesti kedua-dua negara membincangkan peranan KJ yang diibaratkan sebagai agen dan serampang mata Singapura untuk menjalankan program penyuluhan (espionage) di Malaysia.

Laporan berita Sydney Morning Herald menyebut:-
"The political knives will be out for Abdullah's son-in-law, United Malays National Organisation politician Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties," the cable records Mr Ho saying.
Sebelum itu, blog Anak Omak ada menceritakan kaitan KJ bersama-sama Singapore Intellegence Machinery. Baca juga budak gemuk obses KJ pasal persoalan ini.
Khairy sangat selessa dengan Singapura pernah belajar di United World College, Singapore. Dia belajar di Oxford University. Sememangnya Universiti berprestij, traditionalis dan pro establishment, baik di Amerika atau di United Kingdom, adalah sememang pusat merekrut untuk risikan CIA dan MI6.
Kita tidak boleh prejudis. Apa perlu watak KJ menjadi cabaran pada Singapura yang sememangnya sudah tahu peranan dan grand plan recruitment ketika KJ menjadi sangat berkuasa pada era kepimpinan Tun Abdullah.

Asasnya, Singapura beranggapan KJ sudah tidak berguna lagi untuk menjaga kepentingan negara itu sesudah Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Kebolehpercaya negara itu KJ akan disisihkan terus daripada pentadbiran negara.

Jangan dilupa, banyak tindakan-tindakan dia yang lebih memberi keuntungan kepada Singapura dan wajar dipersoalkan.

Benarkah KJ adalah agen Singapura sepanjang era Tun Abdullah?

Atau dalam bahasa kasarnya, wajarkah KJ digelarkan tali barut Ketuanan Melayu yang sedang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim?

Thursday, December 09, 2010

Monday, October 04, 2010

Kenapa KJ Tidak Bangun Membela Tun M?

Walaupun media memberi ruang kepada KJ apabila tiba-tiba dia hilang selama sebulan kerana mengikuti kursus ketahanan diri di lapangan wataniah, itu belum cukup untuk KJ betol-betol tahan lasak dimaki dan dicaci oleh rakyat Malaysia.

Ada bloger yang diupah khas oleh KJ untuk memburuk-burukkan dia dengan harapan graf simpati akan terus meningkat kepada KJ. Itu belum lagi diambil faktor kewujudan kelab penyokong maya KJ untuk mengumpul crowd dari pelbagai lapisan masyarakat. Tempoh sebulan sebenar pendek untuk KJ memahami erti berdikari.

Apabila Tun M, disindir oleh Azmin Ali dan blog melaporkan pelbagai kutukan pada negarawan itu, KJ sebagai frontline Pemuda sepatutnya pantas membidas herdikan tidak bermoral itu. Tun M jasanya cukup besar jika hendak dibandingkan dengan KJ yang dilahirkan dalam dulang emas menapak hirarki Pemuda dengan pantas.

Nampak tidak adil apabila KJ pantas membela Pemuda MCA dalam isu kuota biasiswa dan lembik untuk membela negarawan yang menjadi sanjungan ramai belia diseluruh negara. Baik Melayu, Cina dan India, karismatik Tun M adalah idola pelbagai bangsa.

Kenapa KJ tidak mengambil peluang ini untuk mempertahankan Tun M.?

Bagus juga jika ada Perkasa yang sanggup berperang dengan PKR dan lantang memperjuangkan bangsa sendiri.