Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts

Monday, April 26, 2010

H.Selangor: Dah Halau Zaid...Rehat 3 Hari..!


Aku dah letih...Zaid pun dah kena halau..Anwar Ibrahim dah makan penampor..aku nak rehat 3 hari..!

Sunday, April 25, 2010

H.Selangor: Bye..Bye..Anak Berahim


Di hujung lagu korang tengok Azmin sedang berdrama seronok akan kekalahan Zaid Ibrahim.

H.Selangor: Terkini...

Ini maklumat baru diterima:-

Hj. Zaid Ibrahim bersama rombongan PKR sudah pack baju melayu dan songkok untuk pulang ke Tropicana. Hj. Zaid Ibrahim dah ready menerima kekalahan sulung PKR untuk tahun ini. Tadi pun sudah kelihatan Khalid Ibrahim sudah bersalaman dengan jentera BN seolah-olah sudah bau kekalahan di Hulu Selangor.

Difahami, Hj. Zaid sudah menelefon sahabat-sahabatnya mengajak kerumah untuk minum bersama-sama. Aku tidak bersangka buruk mungkin air sejuk saja sebagai hidangan kekalahan.

Dia sudah bertaubat...

Keputusan tidak rasmi, BN menang di Ladang 15 dengan 118 majoriti.

6.35PM - Diberitakan Anwar Ibrahim tak puas hati pasal undi pos. Dia berhujah katanya PKR selalu mementingkan keselamatan. Pasal tu dia sayang Polis dan agensi kerajaan lain. Mungkin dia fikir depa semua boleh bagi undi kat PKR. Temgoklah betapa sayangnya Anwar membela S.Kugan dan tak pernah salahkan Polis.

Undi Pos - BN solid

Kg. Cina, Batang Kali - PKR 488 dan BN 188

Ikutkan ketika ini BN lead dengan majo 500 undi

6.45PM - Kg. Sg. Boya BN menang dengan 1013 dan PKR 366

6.50PM - Kuala Kalumpang - BN 128 dan PKR 98

Taman Bunga Raya 2 - BN 157 dan PKR 85

7.10PM - SJK(C) Kalumpang - BN 254 dan PKR 858

Kg. Ulu Bernam

7.15PM - Kuala Kubu Baru - BN 793 dan PKR 853

Ampang Pecah - BN 781 dan PKR 578

7.30PM - Kg Baru Cina, KKB - PKR menang majo 370

7.45 - Sg Boya - BN 246 dan PKR 39

Sg. Choh - BN menang 324

Update - BN 24,649 dan PKR 22,986 rosak 34. Majo 1,683

Ok, sampai disini laporan aku. Aku nak pergi halau Hj. Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim keluaq dari Hulu Selangor.

Sapa nak ikut aku...

Saturday, April 24, 2010

H.Selangor: Duit Jadi Penentu


PKR akan main bangsat. Korang percaya tak.?

Macam nie, PKR dah habis bullet nak hentam BN. Isu 'cert' calon pun depa dah habis modal cuma Sam Ketot yang biol dendang cerita tuh bila berceramah di Sg. Boya malam tadi.

Last kad PKR nak debat dengan PM. Hulubalang depa macam biasa Anwar Ibrahim. Kenapa depa riuh sangat nak debat padahal isu APCO dah dijawab dan syarikat omputih tuh pun dah respon. Anwar terdesak buka silat mau debat. Dia dah boleh buat sebelum PRK lagi.
PKR akan main bangsat dengan kempen pakai duit. Istilah kasar, politik wang. Dengaq cerita PKR akan beli semua kenderaan yang akan bawa pengundi kelak. Daripada depa tak yakin menang lebih baik puas hati BN tak dapat undi.
Ini amaran aku pada BN, PKR akan bagi jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang depa dapat dari BN. Jika kereta dah ditugaskan bawa pengundi dengan jumlah tertentu, PKR akan bagi lebih lagi supaya kereta itu keluar terus dari Hulu Selangor. Musti depa suruh pegi KLCC, Muzium Negara atau Sunway Lagoon bawa isteri dan anak-anak.
Hasilnya apa pun tak dapat.
Strategi ini pernah berlaku dulu pada PRU 1999 dan berkesan.
Petugas BN yang ditugaskan perlu fikirkan parti bukan cap agong kerana orang yang terdesak macam Anwar sanggup buat apa saja. Tengoklah bila dia sanggup labur bagi RM500 untuk setiap keluarga yang ada. Asal pacak bendera PKR mesti dapat tapi kalau pacak bendera BN samseng PKR akan maki hamun.
Syaitan suka orang main politik macam PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 23, 2010

H.Selangor: Woi Mahfuz...Pak Tam Pun Tak Mau Kaki Botol.

Ini yang aku cedok dari sahabat blog. Boleh ringankan jari klik kat sini
Orang Kuat PAS Kuala Kubu Baru, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali sebagi Pak Tam bersama 25 veteran pas yang mengumumkan keluar dari pas hari ini, antara sebab mereka keluar parti :-
  1. Mendakwa perjuangan pas telah lari dari landasan sebenar, sudah lah telah lari dari landasan perjuangan, dakwanya lagi, pas langsung tidak mengambil endah tentang nasib ahli dan penyokongnya.
  2. Sebelum berkuasa, pas berjanji macam-macam dengan ahlinya, janji mereka akan mendahulukan kebajikan ahli dan penyokongnya. kini bila sudah berkuasa, segala janji-janji itu hilang.
  3. Bila ada kematian atau kenduri kendara, muka YDP PAS kawasan pun tak nampak, dulu semasa pemilihan, janji nak bantu ahli, janji itu lah janji ini lah, bulan bintang pun dia janji, tapi bila dah menang, dah jadi YDP batang idung pun langsung tak nampak.
  4. Kecewa kerana calon PR ni seorang yang rendah moralnya dan tidak sepatutnya pas menyokong calon yang rendah moral macam ini.
  5. Jadi untuk tidak mahu menambah dosa kerana bersubahat, jadi lebih baik kami keluar daripada pas, kerana kami tidak mahu bersubahat menyokong peminum arak dan kaki judi.
Eloklah kalu dah sedaq, kami yang dok main blog tiap-tiap hari dah lama tau PAS itu tunggang langgang, tipu orang kampung. PAS dulu betoi memang berjuang untuk agama tapi PAS hari ini sangat memalukan.
Syaitan pun menangis tengok kelakuan PAS hari ini.

H.Selangor: Nasib PKR Dihujung Tanduk


Sambungan daripada posting aku sebelum ini. Sini dan sinun

Kita perlu ucapkan tahniah kepada PAS kerana selagi hayat Nik Aziz ada depa mahu mengerah keringat Tok Guru kesayangan kita semua. Apa dosa Nik Aziz sampai dikerah tenaga tuanya untuk kepentingan Anwar Ibrahim.

Ketika ini, Anwar Ibrahim memerlukan sentuhan ajaib Nik Aziz bagi menghantar Hj. Zaid Ibrahim ke pintu Dewan Rakyat. Azmin Ali berasa sangat gembira dengan perkembangan yang berlaku di Hulu Selangor.

Pada Azmin, reaksi segera Khalid Ibrahim yang mahu jentera PAS 'take over' kerja-kerja di Hulu Selangor adalah petanda baik untuk menyekat kemaraan Hj. Zaid Ibrahim ke Parlimen. Azmin optimis, orang PAS terutamanya orang melayu Hulu Selangor tidak menyenangi pelantikan Hj. Zaid sebagai calon berdasarkan spy-spy Azmin yang bergerak dalam kempen Hj. Zaid.

Gerak kempen PKR sangat memalukan Anwar sehinggakan terpaksa mengharapkan sentuhan ajaib Nik Aziz untuk mengubah senario.

Menurut sumber dalaman, strategi Fuziah Salleh menghebahkan 'SMS Blasting' ke seluruh Hulu Selangor langsung tidak menepati sasaran. Fuziah Salleh telah diherdik Anwar dalam satu mesyuarat jentera kerana membazirkan dana yang dibekalkan oleh Singapura.

Nasib Anwar bagai telur dihujung tanduk. Walaupun mendapat suntikan dana daripada 'kerajaan' luar, strategi itu dilihat tidak menjadi. "Apa punya peel orang-orang Hulu Selangor, duit dah dapat apa lagi yang depa semua nak"...Anwar mengeluh sendirian.

Mau atau tidak, selepas Nik Aziz turun dari kapal terbang melalui orang dalam Anwar meminta sokongan terakhir Nik Aziz. Bagi Anwar, selagi hayat Nik Aziz ada, selagi itulah dia mahu memperkudakan pengaruh Nik Aziz.

Bagi Anwar, Nik Aziz adalah pendita usang kesepian yang layak digelar 'Ulama Terompah'

Thursday, April 22, 2010

H.Selangor: Idea Tarak...Blogger PAS Cipta Isu.

Blogger pakatan memang 3 suku especially budak Subang Jaya anak jati Terengganu nie. Boleh klik sini.

Kah..kah..kah..memang 3 suku budak Subang Jaya nie.
Kah..kah..kah..kerja budak-budak PAS cuma tahu memfitnah sampai terbarai rumah tangga Rohaizat. Jahat betoi..

Lepaih nie apa lagi yang mahu depa spin jadi santapan fitnah untuk penyokong-penyokong depa.?

Depa akan cipta fitnah macam nie.
1. Kamalanathan ada girlfren melayu duduk Rawang.
2. Kamalanathan pernah curi pensil masa darjah 2.
3. Kamalanathan pernah join budak-budak estet curi rambutan rumah ketua Kg. Sg Choh.
4. Masa majlis pelancaran beras baru dia pernah korek hidung akibatnya virus H1N1 merebak.
5. Pernah pergi makan kedai mamak ambil kari kambing tapi riuh kata ambil kari lembu.
6. Pernah terlibat dengan lumba haram di estet Sg. Gumut, Kalumpang.
7. Pergi Pasar Borong Selayang tak bayaq parking lepaih tuh kena saman.
8. Dia dah berumur 44 tahun tapi belum pergi Sg. Ganges untuk cuci dosa.
9. Dia percaya Anwar main bontot. (Yang nie kami semua percaya)
Apa lagi idea bodoh blogger pembangkang yang depa nak spin.?

Monday, April 19, 2010

H.Selangor: Murahnya Maruah PAS


Bercerita tentang PAS memang seronok. Mereka sudah hampir 50 tahun wujud diatas muka bumi ini. Daripada berfahaman ekstrem hinggalah menjadi sekular melampau.

Politik PAS mudah dibaca dan senang diagak. Biarlah apa jua fatwa dan gambaran tentang Islam ditangan PAS pasti PAS mampu merubah mengikut acuannya. Jika perkara tersebut tidak memberi keuntungan maka ditentang habis menghasut ahli.

Tetapi jika memberi keuntungan politik jangka panjang nescaya syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS. Mengkritik PAS bukan kerana membenci tetapi kerana mengenangkan penat lelah pejuang terdahulu PAS, sangat menyedihkan pejuangan PAS hari ini.

Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan suruhan yang perlu dikembangkan.

Ulang semula apa yang diputuskan di dalam mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Kerja agung PAS:-
Perkara 5.5 - terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama Kelantan, inilah jawapan kata putus:

5.5.1 - PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan MANA-MANA pertubuhan yang bukan Islam.
Harus ingat kapasiti Nik Aziz ketika itu adalah sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Nik Aziz menentang keras dengan DAP dan mana-mana parti yang tidak 'Islamik' berdasarkan 'ketinggian' ilmu agama.

Tapi selepas PRU ke-12, PAS berubah terus dan menerima dengan hati terbuka gabungan parti 'tidak islamik' sebagai rakan yang disanjung.

Inilah kenyataan Nik Aziz yang banyak melukakan hati penyokong ekstrem PAS.
"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun saya boleh terima"
Di Hulu Selangor, PAS terpaksa dikerah tenaga untuk memenangkan calon tidak bermoral ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Calon yang ditonjolkan PKR adalah calon yang pernah dibenci, dicaci PAS kerana fahamannya yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

PAS tahu luar dalam Zaid Ibrahim malah pernah berdoa solat hajat melaknat manusia itu.

Keadaan di Hulu Selangor lain. PKR cuba rebranding Zaid dengan imej baru. Semua billboard, kain rentang dan risalah pasti diletakkan gelaran HAJI bagi memenuhi permintaan PAS untuk menyedapkan ahli dan penyokong.

PAS sedar dengan cara itu saja mampu untuk menutup sebelah mata dan menahan hati yang marah. Apa boleh buat, keinginan untuk berkuasa dan gilakan undi PAS sanggup dikudakan apa saja.

Mungkin PAS terlupa sejarah. Blog ini akan mengingatkan sejarah PAS. Pada tahun 2004, Hj. Zaid Ibrahim menang besar untuk kerusi Parlimen Kota Bahru atas tiket BN. Selepas pada itu, Kelantan dilanda banjir besar paling teruk sepanjang 20 tahun.

Apa yang diucapkan Husam Musa dalam roadshow ceramah telah dilupai oleh rakyat Kelantan dan penyokong PAS amnya. Katanya, banjir ini adalah bala tuhan kerana rakyat memilih seorang pemimpin yang tidak bermoral dan diagung-agungkan.

Hari ini apa yang PAS buat.? Dikerahkan tenaga memenangkan calon tidak bermoral itu. Begitu murah maruah PAS digadai semurah pelacur di Jalan Hamzah, Kota Bahru.

Syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS...

Sunday, April 18, 2010

H. Selangor: Selamatkan Malaysia Atau Selamatkan Anwar.?


Hari ini di Hulu Yam Bahru, Muhyiddin sudah 'sound' Anwar pasal riuh rendah tuduh kerajaan zalim. Dia minta Anwar buktikan kerajaan zalim.

Baiklah Muhyiddin sudah kasi warning dengan Anwar, la nie kita tunggu Anwar sambut cabaran Muhyiddin. Kalu Anwar senyap bermakna Anwar penakut dan penipu maha dasyat.

Strategi Anwar nampak mudah di Hulu Selangor. Menaikkan billboard di seluruh Hulu Selangor dengan tagline "Selamatkan Malaysia'. Apa yang tidak selamat di Malaysia.? Cuba tulis email dan hantar ke blog ini.

Yang tak selamat di malaysia adalah mempunyai pemimpin talam 2 muka macam Anwar. Siang cakap lain, malam cakap lain. Ini statement Nallakaruppan yang bagi. Dia lebih kenal Anwar daripada Kak Wan mengenali suaminya.

Tagline 'Selamatkan Malaysia' adalah kata-kata provokasi murahan Anwar. Menggambarkan bumi bertuah ini diserang malapetaka yang dasyat. Rasanya belum kedengaran lagi rakyat malaysia takut untuk ke kedai beli susu anak.

Pernahkan kita mendengar laungan amaran bahaya daripada kerajaan bila terfikir untuk membeli belah.? Tagline ini cuma kepingan Anwar yang mahu menonjolkan dirinya adalah penyelamat negara.

Selamatkan Malaysia bukan untuk rakyat tetapi lebih kepada selamatkan Anwar kerana kes liwat II yang bakal menghantarnya ke penjara.

Rakyat Hulu Selangor jangan percaya dengan Anwar Ibrahim, pemimpin talam dua muka yang terang-terang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang melayu. Pemimpin yang lebih menjaga bangsa lain daripada bangsa sendiri.

Nanti kita sambung...

Ini untuk Anwar Ibrahim...Hj. Azmin Ali suami kepada Hjh Shamsidar yang punyai skandal terlarang dengan Hj. Anwar Ibrahim bongkak minta BN buktikan Hj. Zaid Ibrahim adalah seorang kaki botol.

Ini yang aku nak kata..cabaran Hj. Azmin sudah disahut tepat jam 12 tengah hari esok akan dibuktikan permintaan takbur Hj. Azmin. Jangan lepaih ini Hj. Azmin spin cerita gambaq Zaid tonggang arak adalah gambaq superimpose.

Zaman superimpose dah tamat. Yang menamatkan tipu helah superimpose orang dia sendiri..Tian Chua.

H.Selangor: Modal Cerita...Zaid Cuci Dosa.

PAS rasa sangat malu.? depa rasa sangat malu dengan ahli dan penyokong. Dulu PAS yang beriya-iya balun Zaid Ibrahim masa dia jadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bahru.

PAS jangan lupa ucapan Husam Musa tahun 2005 ketika Kota Bahru dilanda banjir, kata Husam banjir itu adalah bala tuhan kerana Kota Bahru ada pemimpin macam Zaid.

Orang PAS amnya tahu perilaku Zaid yang kuat minum air setan dan 'free thinker' yang tak percaya tuhan.

Malam tadi, Zaid berceramah di Kerling. dia cuba membuka nostalgia ketika masih di dalam UMNO. Zaid berucap, memang benar dia dulu kaki botol. Dalam rumah penuh dengan arak.

Tapi itu dulu, Zaid cuba pancing undi dan salahkan UMNO kerana menjadikan dia seorang yang kuat minum arak. Orang PAS tahu sejarah Zaid.

Untuk membersihkan diri Zaid jelaskan dia sudah bertaubat. Cerita Saidina, sahabat Nabi jadi sandaran Zaid nak cuci dosa dulu.

Mana mungkin Zaid sudah bertaubat..! tak mungkin kerana dalam UMNO dia jadi alkoholik dan kini nak pancing undi Zaid sudah bertaubat. Betul ker Zaid dah bertaubat.?

Sudahkah Zaid bertaubat depan Nik Aziz untuk komfomkan dia benar-benar bertaubat, atau kerana Zaid sudah pergi umrah maka dosa-dosa silam sudah terhapus.

Politikus macam Zaid sanggup buat apa saja untuk tipu rakyat. Dia keluar UMNO kononnya kerana prinsip. Itu semua alasan bila menjadi orang yang terdesak.

PAS tahu Zaid lompat pun kerana dia kalah di Kota Bahru. Jawatan Ketua Bahagian gagal digengam dan Zaid pun lompat.

Jika Zaid sudah bertaubat kenapa mesti Hadi Awang terpaksa kerahkan sokongan kepada PAS. Hadi tahu PAS Kelantan dan Terengganu memboikot pencalonan Zaid. Jentera dari kedua-dua negeri pun enggan bekerjasama.

Ini yang tidak mampu dilakukan untuk meyakinkan penyokong kerana depa sudah tau tabiat buruk pemimpin yang berstatus Islam cuma di kad pengenalan.

Manusia memang cepat lupa kerana nakkan sokongan duniawi agama pun sanggup dijual beli. Memalukan

Friday, April 16, 2010

H.Selangor: Pengundi CIna Dah Kasi Signal


Ceramah di Dewan Cina KKB malam tadi. Ramai betoi orang..!

Hassan Ali konfiden 70 - 75% pengundi cina akan mengundi Zaid Ibrahim. Sejak bila pula Hassan Ali berlidah cina padahal kita tahu hati budi Hassan Ali yang bermuka-muka dengan orang Melayu dan lupa daratan. Rumah dia kat depan Masjid Al-Gufran pun dia perlu sedaq dari mana hasilnya.
Zaid Ibrahim kepala liberal murtad, orang PAS tahu pasal benda ini. Orang PAS juga tak boleh buat-buat lupa bila Zaid berkeras nak saman Nik Aziz pasal pelaksanaan hudud. Tapi nak buat macam mana, pasal undi bukan isu agama PAS gadaikan perjuangan depa. PAS bukan nak perjuangankan agama Islam pun. Depa lebih gilakan undi, itu yang lebih depa khayalkan. Tak percaya boleh klik kat sini
Ish...PAS patut malu bila terpaksa jilat semula kahak hijau yang diludah ke muka Zaid dulu. Blog ini ingin memberi nasihat pada pakcik, makcik, ayah su, pok nik lebih baik hangpa balik tak payah penatkan diri kempen pada kepala murtad dan kaki botol Zaid Ibrahim. Kalu pergi kempen juga ibarat menghina perjuangan Ustaz Asri sewaktu jadi Presiden dulu.

Monday, April 12, 2010

H.Selangor: Masih Nak Sokong PKR?

Parlimen Hulu Selangor, kita mulakan dengan keahlian pembangkang disitu. PKR ada dalam 5,000 ahli dan keahlian itu tidak langsung bertambah malahan makin berkurangan.

PAS, keahliaan dalam lingkungan 4,500 ahli seluruh Hulu Selangor dan DAP cuma keahlian tidak sampai 500 ahli. Dari segi kesepakatan pentadbiran politik ketiga-tiga parti sangat caca marba dan selalu main bangsat satu sama lain.

Mengapa.? Walhal pakatan ini yang memerintah seluruh Selangor. PKR menumpang program PAS dan DAP memperkudakan dokongan PAS. Pakatan ini tidak mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kukuh. Bertanding nanti pun pakai bendera sendiri bukan bendera pakatan.

Menjelang PRK Hulu Selangor, PAS yang lebih memfokuskan aktiviti ceramah untuk memberi ruang kepada PKR meraih sokongan diatas pentas PAS. PAS yang lebih beriya-iya menganjurkan ceramah untuk kepentingan PKR. DAP dengan ahli cuma 500 sudah menjadi tok dalang wayang kulit dengan PAS dan PKR sebagai pelakon utama.

Tanpa PAS, program PKR akan hancur, tiada pendengar dan tiada sokongan. Jika PKR berbangga dengan keahliaan yang melebihi PAS sepatutnya PKR yang lebih konfiden menjadi dominan dalam mengharungi PRK kali ini. Tak guna PKR letak calon Melayu pasal Melayu PKR tetap jadi balaci DAP sampai bila-bila. Tengoklah betapa beriyanya Karpal Singh membela peliwat untuk jadi pak turut kemudian hari.

Orang Melayu apa lagi yang kita hendak. Nak kontrol ekonomi dah tak mampu, nak kontrol politik Melayu bangsat PKR dah sanggup jual.

Masih nak pilih PKR.? Tengok kat Penang sudah tahu apa yang terjadi.!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 07, 2010

Hulu Selangor: Sam Yang Despret



Malam tadi Sam ketot bagi ceramah di Bukit Sentosa. Walaupun lewat sikit daripada jadual ceramah tetap berlangsung pasal sudah diuar-uarkan di seluruh negara. Dalam blog Sam pun sudah dicanangkan.

Dengaq cerita, Sam nekad untuk balun kerajaan dan mahu tonjolkan pada Anwar dia juga berkebolehan untuk maki hamun kerajaan. Tambahan pula petang itu, Sam dan beberapa orang sudah membuat laporan Polis pasal Najib dan Khairy ada kaitan dengan APCO.

Sam ketot antara shortlist candidate untuk Hulu Selangor. Selain berjawatan Ketua AMK, Sam juga adalah seorang lawyer. Yang orang dan penyokong PKR tak tahu ialah Sam Ketot seorang yang sangat penakut.

Medan info sudah jelaskan pasal Sam Ketot. Klik sini
Pada tahun 2008 Shamsul bertanding Parlimen Dungun tetapi kecundang ditangan Yb Matulidi Bin Jusoh. Anak kelahiran Melaka ini sudah pasti cemburu dengan nasib ramai pimpinan AMK yang jauh lebih menyinar setelah bergelar Yb seperti Amiruddin Shaari, Kesavan, Chai Lee Kang, Nik Nazmi, Nurul Izzah, Sim Tze Sin, Amran Ghani dan lain lain lagi sedangkan beliau sendiri tiada gelaran!

Pernah suatu ketika dahulu sewaktu Chegu Bard menjadi Timbalan Ketua Penerangan AMK, beliau cuba mempengaruhi beberapa Exco meletakkan jawatan beramai-ramai sebagai tanda protes terhadap Shamsul, cerita yang disahkan oleh mantan Setiausaha AMK ketika itu, Sd Johari.
Ceramah Sam malam tadi memang kelakar. Sam dan lain-lain penceramah cuba menggunakan pendekatan mesra alam. Mahu tonjolkan pada rakyat depa semua sangat daif hinggakan buat ceramah pun atas lori.

Jangan tak tahu, lori yang digunakan Sam adalah lori yang membawa lembu ketika Sam ketot buat demo lembu depan pejabat SPRM dulu. Itu kita tak kisah sangat pasal Sam dan Khalid sinonim dengan lembu.

Sebenarnya, Sam terdesak untuk menonjolkan diri tambahan dia disebut-sebut untuk bertanding. Dalam hirarki tertinggi PKR cuma Sam yang tidak berjawatan wakil Rakyat. Dibuatnya, laporan Polis pada PM kononnya mahu tonjolkan imej sebagai orang yang berani dan lantang.

Tetapi apa yang dibuat Sam pada ceramah malam tadi sangat memalukan. Dia berceramah perkara-perkara yang metafora. Ilusi dan penuh dengan bombastik. Tiada langsung kredibiliti sebagai pemimpin. Sam cuma hebat menyatakan perkara yang sudah dijangkakan. Last-last mahu pendengaq boikot Utusan. Itu saja. Marah orang Bukit Sentosa nak disuruh bakaq Utusan.

PKR belum umum calon tapi pengerusi majlis sudah canang Sam adalah calon dari Pakatan Rakyat.

Sam ketot memang despret.

Tuesday, April 06, 2010

Hulu Selangor: Ada Duit Lebih Buat Edaran...

Pada rakyat Hulu Selangor dan jaringan blogger yang membuat liputan sepanjang Pilihan Raya kat sana, cam kan betul-betul wajah pelakon terbaik dan protege Nasruddin Tantaik ini.

Cam dan sentiasa peka pada keadaan sekeliling memerhatikan jika ada tanda-tanda kecurangan seperti ini bakal berlaku.

Mana ada yang duit lebih atau modal lebih dapat daripada 'campaign manager' masing-masing elok cetak dan edarkan gambar ini.

Letakkan dilokasi-lokasi strategik seperti pondok panas, bilik gerakan, traffik light simpang, kedai-kedai makan, kedai mamak dan balai-balai raya Felda. Masjid dan surau adalah digalakkan.

Kita mahukan pilihanraya yang aman, damai, matang dan beretika bukan berpilihanraya seperti kebudak-budakan yang selalu depa buat.