Wednesday, January 26, 2011

Tenang: Penyokong PAS Tolak Calon Sendiri


Ada yang tak puas hati bila dikatakan PAS sudah ditolak oleh orang Melayu. Pengomen artikel pun berbakul-bakul marah tak puas hati.

Realitinya, dalam setiap siri pilihan raya kecil pasca PRU 2008, PAS mengharapkan undi bukan Melayu selepas depa berbangga dengan grup haram Pakatan Rakyat. Tang mananya, PAS berpuas hati dengan scoresheet pengundi Melayu berbondong-bondong menyokong depa.

Di Tenang, undi Melayu dijangka akan terus kukuh kepada BN. Transformasi politik dan imej bibir merah PM sudah menambat orang Melayu kembali kepada BN.

Yang dikhuatiri adalah silence voter yang sering tidak di sentuh oleh BN.

Ada satu cerita berhubung kecelaruan PAS di Tenang. Sudahlah jentera dihambat dan dasar tutup pintu orang Melayu Tenang memeningkan kepala PAS.

Rata-rata penyokong PAS di peti undi Kg Redong, Felda Tenang, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu tidak mengenali calon depa sendiri. Benda nie tak pelik pasal calon PAS Tenang bukan kalangan anak tempatan. Semua orang tahu.

Ketika Cikgu Mala datang berkempen di Kg Redong baru-baru ini ada satu insiden yang sangat memalukan. Cikgu Mala bersama jenteranya sedang cuba memujuk pengundi situ. Ini prosedur biasa.

Beberapa petugas PAS yang diketuai PAS Rompin mencemuh jentera kempen Cikgu Mala. Dijerit-jerit mengata Cikgu Mala bukan orang sini. Depa semua tidak terima.

Tidak menghairankan apabila sejurus penamaan calon, Cikgu Mala terus menyerbu kawasan-kawasan bukan Melayu untuk meraih undi. Hasilnya, salam langsung tidak dihulur kononnya tidak mahu bersentuhan dengan bukan muhrim.

Hari ini, Cikgu Mala buat hal lagi dengan orang Melayu. Nak undi Melayu tetapi tidak mahu membantu. Berlaku musibah pada orang Melayu apabila banjir menyerbu kawasan-kawasan tanah rendah di Kg Lembah Bakti.

Seorang pengundi wanita menanti kedatangan calon. Dia bukan nak tunggu calon yang mana sampai dulu tetapi hati orang kampung, bila disusah mestilah kena dibantu.

Rumah yang digenangi air langsung tidak sanggup diredah Cikgu Mala. Bukan tinggi sangat pun malah tak mungkin datangnya buaya disitu. Kalau Salahuddin, mungkin buaya yang ditakuti. Oleh kerana, ada jentera Wanita UMNO yang kebetulan lalu, terus peluang ini diambil.

Berbakul-bakul makcik Leha mengutuk Cikgu Mala yang tak sanggup membasahi jubah labuhnya. Mahu undi Melayu tetapi tak sanggup bersusah demi orang Melayu.

Pasal itu, Tenang tidak mahu PAS merosakkan keharmonian orang Melayu yang sudah biasa dari dulu sampai sekarang.

1 comment:

Unknown said...

Pas dah lari dari landasan Islam...!!