Ahmad Lutfi Othman
Nota : Rencana ini dipetik dari buku "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", tulisan Agmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Sekarang beliau Ketua Pengarang HarakahSurat layang ini ditujukan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Ia mungkin bermanfaat untuk pembaca yang selama ini tidak pernah membaca surat layang. Nilailah sendiri isi kandungannya. Yang menarik majalah Tamadun pun turut diseret. Ahmad Lutfi Othman adalah pengarang Tamadun.Pegawai dan kakitangan kerajaan harus patuh pada pemerintahan, terutamanya bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini di Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa di masa ini dan tidak di masa lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tidak sabar atau ini adalah pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa.Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak, bergelar Dato’. Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung ceramahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Dato’ Seri Dr. Mahathir.
Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu sama lain. Dia telah berkata, Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkah laku orang-orang UMNO yang memaksa kita membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka. Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian-kementerian lain. Adakah ini isi hati dia sendiri, atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO di belakang.Dato’ Nazeri Abdullah, anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. M terang-terang. Melenting Dr. M dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir. Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. M terus minta maaf pada Dr. M, menangis depan Dr. M, Dr. M terus maafkan Nazeri. Dr. M harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga. Tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.Macam mana pula dengan tindakan biadab Dato Sahar Sidik ini, tindakan biadab Dato’ Johan Jaafar, Dato’ Fauzi Rahman, Dato’ Othman Abdul, Dato’ Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M dan memuji Anwar. Nasib baik Dato’ Megat sudah tidak ada lagi di KDN. Kalau majalah ini sudah lama digantung.Berapa lama Dr. M biarkan tingkah laku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. M dan juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. M dan UMNO keseluruhannya.Anwar Ibrahim dan UMNOAnwar adalah manusia bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai. Kalau PAS boleh jamin untuk dia capai cita-citanya dia akan masuk PAS. Hatta kalau parti komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk parti komunis.Anwar Ibrahim – Falsafah Rasuah dan Kepentingan DiriBaru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini. Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, Cuma Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor.... Pengerusi Inovest. Anwar bagi pula Pak Ibrahim “exclusive exporter” ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun.
Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis, tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia. Rani kini sering kali berada di Golf Couse, bergeser dengan ahli-ahli koperat China. (Dua ayat berikutnya terpaksa dipotong untuk mengelakkan sensitiviti individu terbabit – penyunting).Marzuki adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato’ Wong (Tengku Wong – Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 satu saham. Tidak berapa lama saham ini dijual dengan harga RM6.00 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 juta.Adik perempuan Anwar (Farizon) lain ibu pun sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security di mana saham bumi akan diberi kepadanya.Dato’ Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia pada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi SAAG. Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar? Sudahlah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuk Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sharit Jusof, Dato’ Nazeri Abdullah, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dato’ Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak–anak Dr. M yang menceburi dalam perniagaan.
Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan? Dr. M tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.Tidak ada satu pun projek penswastaan, yang begitu banyak diluluskan, dapat pada anak-anak Dr. M. Lupakah Anwar bahawa Dr. M juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Ada ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. M menumpang dengan beliau. Mereka juga kutuk Dr. Hasmah. Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang tak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dan sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu sudah berlebih-lebihan. Buat majlis hari raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana rakyat.Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. MAnwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. M dia bercakap berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. M. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. M – kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato’ Haji Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghafar. Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. M bukan satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mewujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. M... walau dalam negeri dan luar negeri di mana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. M. Berharap Dr. M merajuk. Dr. M jauh hati dan putus asa. Akhirnya Dr. M berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna majalah Tamadun, guna Asiaweek, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci maki dan memburuk-buruknya Dr. M.Bila Dr. M lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr. M setuju, tapi belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama.
Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. M sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.Bila Dr. M syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini. Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu memastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999. Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato’ Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansor Salleh, Dr. Shafie lawan Dato’ Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya dia akan cari calonnya untuk lawan.Masa Depan UMNOSaya merayu sangat pada Dr. M agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. M sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO. Bukan macam Dollah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan dan Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.Yang sedih anwar dikelilingi oleh mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat peluang untuk keuntungan peribadi. Bila Anwar berkuasa orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak mewujudkan musuh daripada kawan. Dia lebih banyak menyakiti perasaan kawan-kawan dari memberi peransang dan nasihat kepada mereka.Anwar Ibrahim sejak jadi TPM bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak, mula tunjuk belang tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. M tapi di belakang orang-orang suruhannya mencaci dan mengutuk Dr. M.
Sanggup upah penulis buat cerita buruk terhadap Dr. M dalam negeri mahupun luar negeri.Kalau hati perut Siam itu hijau, hati perut Anwar lagi hijau. Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah s.w.t. , hati perut Anwar lagi busuk.Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. M penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal di seluruh dunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada.....menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.Dr. M jangan ingat Anwar akan menyambung wawasan Dr. M..... menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.Dr. M, lupakah sejarah Presiden Amerika Trumman. Bila Trumman dikalahkan oleh Eiseinhower. Eiseinhower tidak mahu menghadiri farewell dinner Trumman dan penyerahan kuasa kepada Eiseinhower. Akhirnya Trumann keluar dari White House ke stesen keretapi tanpa pengiring, tanpa pembantu. Angkut beg sendiri. Tiada juga siapa yang menyambut Trumman bila sampai ke kampungnya, baharulah ada orang kampungnya sendiri menyambut kepulangannya.Anwar akan buat Dr. M lebih dahsyat dari itu. Kalau umur kita panjang sama-samalah kita saksikan.Saya telah lama kenal Anwar. Saya telah lama mengikuti sejarah hidupnya.
Kalau Dr. M tidak berwaspada, apa yang saya ramalkan ini akan terjadi.Wahai Dr. M, luangkan sedikit masa Dr. M untuk memikirkan gejala ini. Terlalu besar jasa Dr. M terhadap bangsa dan negara. Janganlah bakti dan jasa itu terkubur begitu sahaja. Ingat sedikit ahli-ahli UMNO yang telah banyak berjasa pada UMNO....tanpa menerima ganjaran apa-apa. Janganlah mereka disisih oleh Anwar dan konco-konconya, yang dahagakan kuasa.Wassalam
Sunday, September 14, 2008
Friday, September 12, 2008
Sah ANWAR IBRAHIM Tak Jadi Perdana Menteri 16 September
Pakatan Rakyat mengakui bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini gagal.Dalam satu kenyataannya pada petang ini 11 september ,pakatan itu memberikan sebab kegagalannya adalah kerana beberapa orang anggota Parlimen BN yang hendak menyeberang ke pihaknya telah di paksa ke Taiwan.
Untuk meredakan perasaan penyokong penyokongnya kenyataan itu memberikan jaminan bahawa kerajaan baru itu yang berlandaskan agenda reformasi tetap akan berlaku kerana rakyat tidak lagi menyokong Barisan Nasional dan usaha kearah itu sedang berjalan lancar.Apa yang mungkin tidak disedari oleh orangramai pemergian beramai ramai anggota Parlimen BN ke Taiwan adalah untuk memperkecilkan rancangan yang dibesar besarkan oleh Anwar itu,untuk menunjukan kepercayaan kepada diri sendiri,untuk mempastikan kepada dunia bahawa cerita itu adalah pembohongan yang paling besar dalam sejarah.
Masakan mereka berani kelur negara kalau keadaan negara dan kedudukan mereka terancam.Sayang Anwar tidak dapat membaca yang tersirat dan terus berbohong sehingga dia diketawakan di Jakarta.Kita tunggu banyak lagi pembohongan yang akan terserlah.Sambil itu kita menyatakan simpati kepada DAP dan PAS yang turut tercemar kerana cerita bohong ini.Hati hatilah supaya tidak malu bersama lagi.

Friday, September 05, 2008
Babi ini tidak akan balik China
1.Kita tidak tahu dimanakah Penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat maklumat bahawa orang yang menyerbu masuk kedalam forum Majlis Peguam “Memeluk Islam” telah memanggil orang Cina babi dan menghalau mereka supaya balik ke China.Saya percaya sumbernya adalah orang dalam Majlis Peguam sendiri..Maka itu beliau menjawab dalam blognya “No this babi will not balik Cina”.Kata kata ini menjadi kepala kecil (sub heading) kepada rencananya yang tajuk besarnya ialah "Storming of Bar Council-Had UMNO plotted for extreme reaction? ” yang tidak secara langsung menuduh UMNO berada di belakang serbuan ke Majlis Peguam itu.Antara komen yang disiarkan sebagai reaksi kepada rencananya itu dari seorang Cina yang bernama Pongsaling ialah:*Why call us babi ?We eat pork,only babi (melayu? ) don't eat pork.So I wonder who is babi?*Balik Cina! Don't they know that not all Chinese were born in China.Chinese can be found at every part of the world.Can someone tell the pig head (Melayu ketua babi ?) about these.Lim Kit Siang adalah seorang anggota Parlimen yang diharapkan oleh rakyat mengetahui tanggunjawabnya dan bukannya penyebar kata kata kebencian dan hasutan yang tidak disahkan sumbernya.Jika benar sekalipun dia tidak seharusnya meluaskan penyebaran kata kata seumpama ini sekiranya dia mahu memelihara perasaan baiksangka antara kaum.
2.Mungkin perkataan itu disebut oleh sesaorang tetapi dalam forum yang amat terbatas.Seorang Cina memberikan komen reaksi kepada hasutan Lim Kit Siang itu sebagai berikut:Looking at current social economic development in China as futher demonstrated in the opening of the olympic games,it is not such bad idea to go back to China anyway.Orang Melayu tidak seharusnya marah kepada semua orang Cina kerana sikap orang ini kerana yang berfikiran demikian hanyalah orang Cina kaya,profesional dan ahli perniagaan.Orang Cina yang miskin tidak pernah terlintas di kepala mereka untuk berhijrah tetapi hanya untuk menjual sayuran, buahan atau berniaga ikan dipasar pasar dan lain lain perniagaan kecil dikampong atau dibandar di negara ini.Yang menimbulkan perasan cemas,ketidakyakinan kepada negara,kebencian kepada polis Melayu, orang Melayu,Raja Melayu,Hak Istimewa Melayu, dan anti sosial ialah orang seperti Lim Kit Siang.Sejarah telah mencatitkan orang orang Lim Kit Siang telah pergi ke Kampong Baru dan Datuk Keramat Kuala Lumpur selepas kemenangan besar DAP dalam pilihanraya I969 dan menghalau orang Melayu balik kampong dengan menunjukan penyapu (Baca buku Tunku Abdullah Rahman Putra 13 Mei).
3.Lim juga banyak membuat fitnah dan tuduhan palsu.Umpamanya dia menuduh RTM membuang DJ orang India sebelum pilihanraya lalu yang ternyata tidak benar (sebenarnya dibuang kerana masalah displin),dia juga membawa seorang perkerja asing dari Canada ke lobi Parlimen untuk mendakwa penanam modal asing tak mahu datang ke Malaysia kerana banyak Mat Rempit.Inikah kualiti seorang anggota Parlimen yang mahu Malaysia menjadi negara kelas pertama?Sekalipun dia mengistiharkan “No this babi will not balik China” tetapi dia menghasut orang Cina supaya bersemangat untuk balik ke China kerana negara ini tidak lagi selamat. .Sepucuk surat lagi yng disiarkan dalam blognya mengatakan “Malays in Malaysia consider Indonesia as their motherland”.Ini membayangkan perasaan Lim Kit Siang sendiri terhadap motherland nya dan kerana itu dia menghasut orang Cina supaya memandang rendah kepada negara ini sehingga percaya bahawa upacara perasmian sukan Olimpik adalah menggambarkan China pada keseluruhannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)