Pakatan Rakyat mengakui bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini gagal.Dalam satu kenyataannya pada petang ini 11 september ,pakatan itu memberikan sebab kegagalannya adalah kerana beberapa orang anggota Parlimen BN yang hendak menyeberang ke pihaknya telah di paksa ke Taiwan.
Untuk meredakan perasaan penyokong penyokongnya kenyataan itu memberikan jaminan bahawa kerajaan baru itu yang berlandaskan agenda reformasi tetap akan berlaku kerana rakyat tidak lagi menyokong Barisan Nasional dan usaha kearah itu sedang berjalan lancar.Apa yang mungkin tidak disedari oleh orangramai pemergian beramai ramai anggota Parlimen BN ke Taiwan adalah untuk memperkecilkan rancangan yang dibesar besarkan oleh Anwar itu,untuk menunjukan kepercayaan kepada diri sendiri,untuk mempastikan kepada dunia bahawa cerita itu adalah pembohongan yang paling besar dalam sejarah.
Masakan mereka berani kelur negara kalau keadaan negara dan kedudukan mereka terancam.Sayang Anwar tidak dapat membaca yang tersirat dan terus berbohong sehingga dia diketawakan di Jakarta.Kita tunggu banyak lagi pembohongan yang akan terserlah.Sambil itu kita menyatakan simpati kepada DAP dan PAS yang turut tercemar kerana cerita bohong ini.Hati hatilah supaya tidak malu bersama lagi.
No comments:
Post a Comment