Thursday, August 19, 2010

PKR Expert Main Isu Dan Lari...


Rakyat Malaysia dah boleh agak dan pikiaq trick jahat PKR. Budak-budak PKR memang hebat dalam kerja kotor macam ini. Anwar Ibrahim dan jentera psywar pun jenis main trick baling batu sembunyi tangan. Taktik depa bagi isu lepaih itu lari dan biaq rakyat terfikir dan salahkan orang lain.

Contoh macam mana RPK main isu romantis Saiful. Anwar dan Baiya Karpal konfiden ada bukti hubungan itu. Sebenarnya RPK duduk kangkang depan komputer tembak dari celah semak, langsung tak boleh percaya.

Dah banyak bukti tunjuk PKR desperado dan jenis bangsat main isu tanpa tunjukkan bukti dan mahu salahkan orang lain. PAS yang alim-alim kucing pun dah sama naik munafik sonsangkan ajaran Islam.

Lagi satu main isu dan tak percaya pada Polis.

Polis kesal dengan tindakan ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), M.S. Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaan seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sikap Arjunan itu hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

Pada Selasa dalam sidang medianya Arjunan menyatakan mempunyai bukti kukuh, namun ianya hanya akan diberikan kepada peguamnya dan mendedahkannya setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Musa berkata Arjunan sepatutnya tahu bukti yang dimilikinya itu adalah penting bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap dakwaan yang dibuatnya.

"Kalau dia hanya nak bagi lawyer bukti tersebut, suruhlah lawyer yang siasat, kerana polis menyiasat berdasarkan bukti," katanya.

Musa berkata sekiraya terdapat asas yang kukuh berhubung dakwaan itu barulah polis akan memanggil Saravanan untuk memberi keterangan.

"Sudah tentu kita akan panggil (Saravanan)...tapi kita kena tengok dulu keterangan dari pemberi maklumat itu dan bukti-bukti yang dimiliki, kalau tidak ada keterangan bagaimana kita nak ambik keterangan orang yang didakwa.

"Kita nak tahu tarikh, masa bila ia berlaku, siapa mangsanya...kalau tidak ada mangsa, macamana nak siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Kenaikan Pangkat Secara Medan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini pada Rabu.

Beliau juga berkata sekiranya Arjunan enggan memberi kerjasama tersebut, maka dakwaan yang dibuatnya itu hanya berupa tohmahan semata-mata.

"Jangan berani cakap di luar sahaja dan bila polis panggil beri keterangan tidak beri kerjasama yang sepatutnya. Beliau harus dedahkan bukti tersebut," katanya.

Bila timbui PKR buat kain rentang pakai gambaq Sultan Johor, depa selamba tuduh kerja jahat orang lain. Ini trick yang sama dan modus operandi dah boleh baca. Plan budak-budak PKR tahu pemimpin depa akan tuduh orang lain yang buat.

Di Perak dulu pun depa berani nak lawan Sultan sampai sanggup berbaring pasal nak selamatkan cina komunis berkuasa

PKR Johor janganla desperado sampai murkakan Tuanku. Carilah idea yang lebih fresh dan inovatif.

Wednesday, August 18, 2010

TAPAU: Nik Aziz Takkan Berani Berhadapan Dengan Kenyataan.

1. PERTEMUAN penulis dengan mantan orang harapan MB Kelantan suatu masa dahulu, iaitu Ustaz Omar Khalid memberikan banyak pendedahan yang perlu dikongsi bersama. Untuk bahagian pertama ini, biarlah ia berupa satu pembukaan minda sahaja. Selama ini, penulis sendiri berusaha mencari-cari jawapan yang tepat dan kesempatan bertemu Ustaz Omar Khalid memberikan penulis banyak perkara yang perlu dikongsi bersama.

2. Sepertimana juga SS Mufti Perak Ustaz Harussani yang mahu melihat kepada perpaduan umat Islam khususnya mereka di dalam UMNO, PAS dan PKR. Ustaz Omar Khalid mempunyai cerita yang lebih fakta terutamanya mengenai PAS dan sahabat lamanya yang menjadi MB Kelantan sekarang.

3. Antara yang paling mengejutkan penulis ialah apabila Ustaz Omar Khalid memaklumkan penulis bahawa Nik Omar Nik Aziz pernah menyatakan padanya, dia (anaknya) hanya hormatnya Nik Aziz sebagai bapa sahaja, tetapi tidak sebagai pemimpin. Bagi penulis, ini satu perkara yang besar. Dalam hal ini, Ustaz Omar Khalid berkata beliau bertanggungjawab di atas kata-katanya.

4. Datuk Husam Musa sendiri, semasa PRU 2008 telah bertemu dan memujuk Ustaz Omar Khalid supaya kembali semula kepada PAS, tetapi Ustaz Omar Khalid tetap dengan pendiriannya selepas mengucapkan salam perpisahan dengan MB Nik Aziz pada tahun 1990 dahulu, bahawa beliau tidak akan kembali kepada PAS, baginya parti yang terlalu jauh menyeleweng. Penulis sangat teruja dengan kesungguhan yang amat bersungguh-sungguh Ustaz Omar Khalid untuk membetulkan penyelewengan yang berlaku di dalam PAS khususnya yang dilakukan oleh MB Kelantan.

5. Penulis bertanya apakah harapan beliau. Beliau mengharapkan akan diadakan satu muzakarah untuk menunjukkan kebenaran yang hakiki, dan seterusnya dari kebenaran yang hakiki itu akan timbullah perpaduan yang sejati. Ustaz Omar Khalid dengan 7 rakan sudah bersedia, tetapi adakah pihak PAS terutamanya MB Kelantan berani berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid?

6. Di dalam kesempatan ini, penulis berharap MB Kelantan tidak lagi memberikan pelbagai alasan untuk mengelak diadakan muzakarah ini. Rakyat terutama umat Islam hendaklah diberi peluang untuk mendengar sendiri hujah kedua-dua pihak dalam menjawab pelbagai isu yang melibatkan umat Islam, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

7. Kenapa MB Kelantan tidak mahu perpaduan UMNO-PAS?. Menurut Ustaz Omar Khalid, jika berlaku perpaduan itu Nik Aziz akan kehilangan kedudukan dan pengaruh di dalam PAS, sedangkan sifat MB Kelantan ini menurut Ustaz Omar Khalid tidak mahu berada di bawah, MB Nik Aziz suka disanjung, diletakkan di atas dan tidak ada siapa boleh mempersoalkannya hatta Presiden PAS.

8. Persoalannya, adakah MB Kelantan berani berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid dan 7 orang ustaz dengan kepakaran dalam bidang masing-masing itu?

9. Penulis sangsi, kerana sebagaimana yang ditunjukkan oleh MB Kelantan sendiri yang tidak konsisten dalam banyak isu, di dalam muzakarah ini, barangkali MB Kelantan akan mencari seribu satu alasan juga untuk mengelak berhadapan dengan Ustaz Omar Khalid, teman seperjuangannya suatu masa dahulu...

10. Salam Ramadan. Buku-buku Tafsir Al-Quran tulisan Ustaz Omar Khalid sudah ada di pasaran terbitan DBP.

Sumber: Jentayu

Biasalah, kalu totok PAS baca komfom depa spin kata semua dah kena beli dengan UMNO.

Tak dapat pi haji free tuduh dengki, gagal subjek ekonomi nak buat dinar kata dengki, dapat kek free kata sedekah.


Yang sebenarnya tak berani menghadapi kenyataan tentang penyelewengan yang dah terlanjur rosak.

Anak dara yang terlanjur berzina pun sanggup bertobat.

TAPAU: PAS Terlalu Banyak Membohongi Rakyat.


Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an.

Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.

Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.

Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.

SIRI 1 - BANYAK TIPU RAKYAT KETIKA BERSAMA PAS

“Dulu, masa dalam Pas, saya simpan janggut, berserban dan berjubah kerana diminta oleh pemimpin Pas. Mereka kata, bila simpan janggut, rakyat akan nampak kita warak, baik dan beriman. Ini akan memudahkan sokongan orang Melayu (Islam) kepada Pas,” katanya.

Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.

“Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita ke dalam api neraka,” tegasnya disambut tepukan gemuruh para hadirin di Kampung Jakang (dalam DUN Kadok) yang merupakan kubu kuat Pas sejak merdeka lagi.

Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.

Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah ‘ketiaknya’ ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas,” demikian katanya.

Sebagai bukti ‘anak emas’ Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hariJumaat.

Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.

Fakta yang jelas, katanya: “PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT.” Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.

Kisahnya bermula begini:

“Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.

Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.

Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.

Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.

Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.


“Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas.” demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.

Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai ‘membalas dosa’ yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu – MASUK UMNO.

Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.

Persoalannya:

“Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?
”

Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?

“Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup pula guna harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?

Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.

“Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua!” katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO.

Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan kehendak Islam dan menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia untuk bersekongkol dengan Pas yang gagal menjadikan Islam sebagai addin.

Setelah bergelumang dalam perjuangan Pas, ada banyak lagi peristiwa menarik lain yang dipelopori oleh Ustaz Omar. Ikuti lagi peristiwa besar yang dilakukannya dalam siri akan datang…

(Nota: Pengakuan ini pernah disiarkan dalam AlHaq, Jun-Julai 2007)

PAS Yang Bingai...Sendiri Yang Salah Lagi Tuduh Orang Dengki

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul. “Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Namun menurutnya, mungkin kerana sikap anti Islam dan hasad dengki yang mendalam, mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.

Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.

Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.

Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.

Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.

Dalam usaha menggalakkan penggunaannya, Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Bila dah malu tak boleh buat tuduh orang dengki dengan dia. Dulu pun macam tuh, masa riuh pasal tajaan haji dan kek coklat 5 kilo, dia tuduh orang dengki dengan dia. Tak mampu nak buat hudud pun dia tuduh orang dengki.

Sendiri yang tak betul lagi mau tunding jari pada orang. Bayangkan PAS jadi pemerintah pusat gagal laksana janji-janji belanjawan depa tuduh orang sabo dan dengki pada kerajaan.

Apa punya bingai lebai PAS dan penasihat ekonomi PAS.

Cinabeng DAP Dan PKR Hapus Hak Melayu Dalam Perlembagaan Baru.


Oleh Satu Hala

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesah beliau tahu pihak mana dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Jadi, secara otomatik persoalan yang timbul ialah pihak mana agaknya yang berani berani + bodoh nak mampus wujudkan perlembagaan baru.

Satu Hala tidak rasa ia perbuatan pihak dalam Barisan Nasional (BN) atau UMNO kerana perlembagaan yang sedia ada sudah cukup sempurna dan sejajar dengan falsafah perkongsian kuasa yang terkandung dalam ideologi BN itu sendiri.

Perlembagaan yang ada memberikan faedah kepada masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera, yang Muslim dan bukan muslim.

Kalau ada apa-apa perubahan yang diperlukan, pindaan terhadap Perlembagaan dapat dilakukan di Parlimen. Walaupun agak sukar dan remeh, namun pindaan terhadap Perlembagaan boleh dilakukan.

Jadi kini sasarannya adalah ke atas pembangkang.

Dah tentu salah satu parti anak haram dalam pembangkang yang punya kerja wujudkan perlembagaan baru ini.

Ia boleh jadi perbuatan PAS yang mewujudkan perlembagaan baru yang kononnya mencerminkan perlembagaan negara Islam ikut acuan mereka.



Namun, rasanya untuk PAS berbuat demikian tidaklah cerah sangat peluangnya. Pasal munafik-munafik dalam PAS ni antara yang meraih banyak faedah daripada perlembagaan sedia ada. Anak-anak orang PAS yang sebahagian besar tak pernah bayar sesen pun cukai pendapatan merupakan antara yang paling banyak mintak biasiswa JPA untuk sambung pelajaran ke luar negara.

Perlembagaan sedia ada inilah yang memberikan ruang untuk agensi seperti JPA memberikan biasiswa lebih sedikit jumlahnya kepada anak-anak Melayu.

Melainkan orang-orang PAS terlalu bodoh atau terlalu taksub dengan idea-idea yang dilontarkan Anwar Ibrahim.

Jadi, tinggal DAP dan PKR sekarang ini yang boleh dilihat sebagai lebih berpotensi menulis perlembagaan baru.

Satu Hala yakin penulisan perlembagaan baru adalah idea DAP tetapi ia idea disalurkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penulis lebih yakin ia dilakukan PKR atas 'bimbingan' dan nasihat DAP.

DAP belum ada telur untuk buat sendiri. Tetapi kandungan perlembagaan baru walaupun ditulis PKR, pastinya selaras dengan nada dan keinginan DAP.

Antaranya mungkin Melayu hilang status sebagai penduduk asal negara ini dan mungkin lebih banyak kelebihan diberikan kepada masyarakat Cina pula.

Apa pun, rasanya PKR yang menulis perlembagaan baru itu.

Pasti perlembagaan baru itu bertentangan dengan Perlembagaan yang ada kini. Dan pertentangan itu adalah dari segi membuang kelebihan dan hak yang dimiliki kaum bumiputera.

Bukankah PKR yang kononnya mahu wujudkan kesaksamaan antara semua (macamlah perlembagaan sekarang tidak memberikan keadilan).

Mahu samakan semua benda.....tanpa menyedari tindakan itu akan mewujudkan bom jangka terhadap hubungan antara kaum di negara ini dalam jangka panjang.

Kepada PKR dan DAP....teruskanlah sandiwara melampau-lampau ini.....hasilnya pasti bukan sesuatu yang indah nanti!

Sumber: Malaysia Instinct

Sapa yang boleh lupa kenyataan bodoh PAS yang akan hapus hak Melayu bila berkuasa pasal terikut DAP tawan Penang dan hapuskan DEB.

Tuesday, August 17, 2010

Ulang: Porntip Tipu Mana Ada Orang Nak Bunuh Dia


Ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan pakar patologi Thai Dr Pornthip Rojasunand untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock melalui sidang video.

Abdul Razak juga berkata, Pornthip mahu memberi keterangan melalui sidang video kerana tidak mempu mempertahankan pendapatnya sebelum ini berhubung faktor kematian Teoh Beng Hock.

"Tujuan sebenar dia tidak boleh hadir adalah kerana dia tidak boleh mempertahankan dakwaannya sebelum ini,” ujarnya.

Katanya lagi, pendapat Pornthip juga berlawanan dengan kenyataan oleh empat pakar patologi lain yang sependapat bahawa Teoh masih sedar ketika jatuh daripada tingkat sembilan bangunan tersebut.

Abdul Razak Musa juga berkata SPRM telah menjadi mangsa tuduhan yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock.

"Dia (Pornthip) telah mengatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mungkin dibunuh.

"Bagaimanapun, empat pakar patologi (tiga merupakan doktor kerajaan dan seorang doktor yang diupah SPRM, Dr Peter telah membuktikan bahawa Teoh masih sedar ketika beliau jatuh. Ini menunjukkan Teoh tidak dibunuh dan bukti ini sepatutnya membebaskan SPRM daripada dakwaan tidak berlaku jujur," katanya.

Katanya lagi, sekiranya ia dilihat dari segi perlawanan bola sepak, "jumlah jaringan ialah 4-0 (memihak kepada SPRM)".

Bagaimanapun, peguam yang dilantik kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar (bawah, kanan) berkata SPRM tidak sepatutnya membuat kesimpulan seperti itu.

"Ini kurang bijak untuk SPRM bagi membuat sebarang kesimpulan dengan cuba untuk mempengaruhi mahkamah ini,” katanya.

Malik sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Selangor membuat permohonan mendapatkan keterangan melalui telepersidangan video untuk kepentingan keadilan dan membenarkan Pornthip untuk memberikan keterangan dengan memastikan keselamatan daripada ancaman-ancaman yang dihadapinya.

Malik mengemukakan permohonan tersebut di bawah Seksyen 272(B), Kanun Acara Jenayah

"(Pornthip) bersedia untuk memberikan keterangan dan kerajaan Selangor juga bersedia untuk memberikan kemudahan untuk mengadakan telepersidangan video." katanya.

Permohonan ini disokong oleh ahli keluarga Teoh dan Majlis Peguam.

Abdul Razak juga telah menyerahkan bantahan berdasarkan peruntukan bahawa pendengaran secara sidang video hanya membenarkan jika ia dibuat di Malaysia.

Peruntukan tersebut, katanya adalah menyerupai Akta kanak-kanak 2007 di mana testimoni adalah di buat dalam satu mahkamah yang berasingan.

"Ia harus dilakukan dalam suasana mahkamah.

"Tambahan pula, terdapat satu kemungkinan jika Pornthip tidak bercakap benar, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami tidak ada kuasa di Thailand." katanya.

Dr Porntip dalam keterangannya dalam inkues tersebut sebelum ini menyatakan punca kematian Teoh adalah "80 peratus dibunuh" berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian dan kecederaan pada mayat Teoh.

Beliau kemudiannya menyatakan menghadapi tekanan dan ancaman hingga tidak dapat hadir memberikan keterangan lanjut. Keterangannya sepatutnya didengar selepas bedah siasat kedua dilakukan.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan: Peluang Untuk Taubat Nasuha


Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dan sahabat-sahabat bloger yang menjadi pejuang barisan hadapan membela negara, bangsa dan agama.

Paling agung ucapan ditujukan pada Nik Aziz, Ostat Guan Eng, Anwar 'Karipap' Ibrahim, Salahuddin Puduraya, Husam Musa dan tak lupa ditujukan kasih sayang pada Mahfuz Bean Omaq dan seluruh kepimpinan parti pejuang tegar Islam dan komited pelaksana hukum hudud.

Semoga dengan ketiadaan syaitan nirrajim yang diikat sepanjang bulan Ramadhan ini diharap sifat jati diri kesyaitanan tidak menjadi penghalang untuk berbuat baik dan taubat nasuha. Tazkirah untuk Anwar Ibrahim

Juadah rasmi berbuka tahun ini: Karipap Daging

Tuesday, August 10, 2010

PAS Ajak Rakyat Pedulikan Hal Melayu Penang.


Sangat mencurigakan...

Lama juga dok fikir pasai apa PAS akhir-akhir ini dok menggila masuk Felda cari bahan dan collect info saman ekor yang sudah menjadi isu utama kerajaan. PAS mahu claim saman ekor adalah usaha terbilang depa untuk dapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu.

Bab Felda mungkin depa dah rasa seronok sebab berjaya hancoqkan hati para peneroka pertama Lurah Bilut yang banyak berterima kasih pada kerajaan. Fahamkan, generasi pertama Felda yang banyak terima kasih pada kerajaan kerana wujudkan gagasan Felda.

Bila Mr. Bean PAS beriya-iya nak champ isu saman ekor rasa macam tak adil. Hati terasa dipermainkan seolah-olah kena cilok dengan lagak PAS yang tak pernah ikhlas nak bantu orang Melayu.

Tambah pula, Salahuddin Puduraya dah buat satu gerakan solo yang bernama BELA. Macam siri telenovela bila dua naib presiden berebut nak jadi champion. Jangan lupa, depa berdua tak tahu memandu. Yang sorang fobia memandu yang sorang lagi gila naik bas kat puduraya.

Rasa tak puaih hati macam ini...saman ekor dan nak bela renew roadtax adalah dua perkara yang bagus. Wawasannya jauh. Rakyat bawahan akan nampak kedua-dua politikus yang tak tau memandu ini betul-betul consent hal rakyat.

Yang menjadi tak puas hati kenapa hal Melayu kena tindas di Penang depa senyap macam kura-kura. Masih dok teringat senyum sumbang Mujahid Yusuf yang berbangga dalam Haktuih Daily nak bantu penduduk Kg. Pokok Asam yang kena halau macam kucing kurap.

Bermula dari situ, gerai Melayu kena roboh dan paling latest kat Komtar jangan harap orang Melayu dapat meniaga kurma, langsung depa buat tak tahu. Undi orang Melayu mahu tapi cadangan potong diskaun rumah sokong melangit. PAS kena sedaq strategi puak anti hak Melayu, depa saja test market hapus hak istimewa Melayu hari ini.

Bila dah lihat sembrono PAS kesimpulannya tiada keikhlasan nak membantu cuma mengambil kesempatan macam lebai tua yang meraba budak bawah umur, terleka kejap merabalah si lebai itu.

Mana keikhlasan PAS, hal nasional lebih menjadi keutamaan tetapi perkara-pekara kecil langsung tak dipandang. Isu Penang rasanya lebih memberi impak. Baru faham, depa nak alih isu dan biaq Melayu Penang tak mendapat perhatian dari rakyat

Tapi kita terlupa, taiko besaq Penang adalah DAP dan PAS cuma pak turut yang tak boleh kata apa-apa.

"Syaitan pun menangis lihat gelagat PAS"

Felda Ditikam Belakang...


Oleh: Menantu Peneroka

Bila dok pikiaq pasal peneroka yang mahu saman Felda semalam macam ulang tayang cerita tanggang yang derhaka pada ibu sendiri. Dari kecik sampai besaq, si ibu jaga bila dah besaq dan cerdik sikit sudah mula besaq kepala.

700 peneroka yang mahu saman Felda pun lebih kurang macam itu. Entah dari mana peneroka-peneroka ini datang mengemis dan memohon jadi peneroka 30 tahun dulu. Ada yang pencen askar, sekolah tak tinggi, kena buang kerja tiada jalan lain mohon jadi peneroka.

Segelintir orang Melayu memang macam itu, tak pernah puas dan tamak haloba. 700 si tanggang peneroka pun macam itu. Bila harga buah melambung naik, minta nak buat sendiri. Dari kait buah, membaja, merumput, menebas dan tanam semula semuanya mahu diuruskan sendiri.

Alasannya, nak untung lebih. Itu bagus dan nampak macam ada wawasan tetapi kenapa bila harga jatuh, perbelanjaan bulanan kurang mahu Felda uruskan semuanya. Alasannya kos tinggi tak mampu nak buat.

Felda dah bagi tanah, duit poket, bonus raya, segala kelengkapan berladang. Ada juga kawasan ladang didirikan kandang lembu atau kambing untuk tambah pendapatan dan mendapat galakan daripada Felda. Tak cukup dengan itu, anak peneroka yang cerdik diberi biasiswa untuk sambung belajaq dalam dan luar negara. Tak cukup lagi, nak renovet rumah pinjam bank payah jalan mudah minta dengan Felda.

Yang Felda pun tak kisah, pasal peneroka macam anak sendiri luluskan permohonan renovet rumah. Makanya, seronoklah peneroka dapat beraya dengan rumah besaq dan cantik. Sedara mara yang mai pun cemburu nak cerita lagi best adik beradik yang dulu kutuk peneroka pun menyesal pasal tak jadi peneroka. Pujian melangit pada kerajaan dan Felda.

Situasinya sama juga macam berkira bab pahala. Orang PAS mesti tak setuju bila baca statement ini. Allah S.W.T dah bagi macam-macam nikmat pada kita. Nak makan, korek hidung, nafsu, bersetubuh, kutuk orang, berjalan, kentut dan macam-macam lagi nikmat yang diberi Allah S.W.T.

Semua perkara itu Allah tak pernah minta balasan daripada kita yang Allah cuma minta kita ikut perintahnya. Disuruh berbuat baik, jangan hina orang, jangan caci sesama Islam, jangan mengkafirkan sesama sendiri, dituntut laksanakan perpaduan sesama Islam pendek kata Allah menyuruh kita mengikut perintahnya itu saja.

Tetapi yang selalu diminta umatnya, bila berbuat baik mesti nak ganjaran pahala padahal telah dijanjikan Allah ganjaran pahala itu. Segala macam nikmat dah dibagi bila disuruh ikut perintah komplen nak pahala.

Nak lagi faham, ada satu budak terbiaq. Dikutip oleh satu pasangan suami isteri yang tiada anak. Budak ini dijaga, diberi makan, pakai, sekolah dan macam-macam lagi. Tetapi bila si bapa menyuruh anak potong rumput depan rumah, komplen minta upah RM10.00. Tak pikiaq dah segala kebaikan yang dah diberi.

Dalam isu peneroka dan saman Felda rasanya macam Felda kena tikam belakang dan ditumbuk-tumbuk oleh anak sendiri. Dah macam tak boleh dibuat berbincang dan tabletalk antara depa dengan pihak Felda.

Tapi paling sedih peguam yang mewakili pula jenis politikus yang anti Melayu, anti Islam dan parti yang diwakili pula nak hancoqkan keharmonian negara.

Melayu PAS Dah Buat..Cina PKR Tambah Lagi.

...Selepas melayu PAS Aduka Taruna, muncul pula anak haram Cina PKR mahu menduga Institusi Diraja Johor.

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen mereka). Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Sambung disini