Saturday, January 10, 2009

Guan Eng akui BN tarik pelaburan ke Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) terdahulu berjaya menarik pelabur asing ke negeri ini sehingga membawa kemajuan besar terhadap perkembangan ekonominya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri sekarang juga berperanan penting dalam memuktamadkan setiap perjanjian yang dibuat khususnya setelah menerajui Pulau Pinang selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat Rumah Suffolk serta mengumumkan tender bagi pengurusan rumah tersebut yang dibina pada awal kurun ke-19 di kawasan berhampiran Sungai Air Itam, di sini hari ini.

SUMBER - UTUSAN

GM:Kui..kui....Lim Go Leng nie dah pening pasal orang Penang dah mengamuk tak boleh cari makan kat sana.Mengikut sumber aku ( Tokeh wat kasut pompuan), Tokeh-tokeh Cina khususnya area Seberang Prai Tengah yang banyak area industri mengeluh pasal ekonomi susah nak cari makan..salah satu sebab ekonomi global tapi yang paling depa protes kerajaan negeri gagal nak bantu kembangkan ekonomi Penang..Menurutnya kerajaan negeri memang pandai berlakon dengan rakyat tapi hakikatnya mereka sendiri tak bijak nak kembangkan ekonomi sendiri.

Kerajaan Negeri pimpinan Lim Go Leng hanya tau menyalahkan kerajaan terdahulu...jika sesuatu masalah berbangkit. Dulu Lim Go Leng heboh kononnya kerajaan beliau mengamalkan perbelanjaan berhemas siap heboh naik flight pun kelas ekonomi pegi Timur Tengah...Itu semua nak kaburkan dari isu sebenarnya iaitu gagal nak tarik pelaburan masuk kat Penang..Yang masuk cuma projek kelab golf kat Batu kawan..Ape kejadahnya...sape yang naik main.? orang Cherok To'Kun?...Sendiri mau ingat..!..Mungkin ini salah satu masalah yang timbul menjelang setahun PR memerintah. .kurangkan menyalahkan orang lain..terima dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap rakyat Penang.



No comments: