Monday, October 01, 2012

Betulkah Bajet 2013 Mufliskan Negara?

Nurul Izzah, anak perempuan Ketua Umum PKR dalam satu kenyataannya menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu bakal menyebabkan ekonomi negara bankrap dan memufliskan Kerajaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mempertikaikan pengurangan 1% cukai pendapatan individu yang disifatkannya sebagai mengejutkan dan akan memberi kesan negatif terhadap sumber pendapatan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah akan sedaya upaya menekankan perihal negara akan muflis sama ada disebabkan oleh hutang yang bertambah ataupun kerana pendapatan kerajaan berkurangan berikutan penurunan cukai individu.

Untuk tambah lagi kisah penglipur lara bagi meracuni fikiran rakyat mereka memanipulasikan jumlah hutang negara yang sudah mencecah RM502.4 atau mewakili 53.7% dari KDNK, kononnya akan menyebabkan negara akan bankrap dan ekonomi akan jatuh merudum seperti Greece.

Walhal, isu hutang Greece dengan hutang negara kita jauh berbeza. Greece hampir bankrap kerana hutang luarnya terlampau besar hingga tak tertampung oleh rizab simpanan kerajaan.

Kita pula hanya memiliki hutang luar negara berjumlah RM17.6 bilion sahaja, manakala hutang terbesar ialah hutang dalam negara (domestik) yakni RM484.8 bilion.

Kelantan yang memiliki hutang RM1.1 bilion berbanding pendapatan hanya sekitar RM350 juta, peliknya tak pula gerombolan pembangkang menjadikannya sebagai isu. Kenapa?

Sejak negara kita merdeka, sudah 55 kali belanjawan dibentangkan oleh Kerajaan yang sama dan setiap tahun pemimpin pembangkang menyanyikan lagu sama kononnya negara ini akan bangkap dan ekonomi negara akan muflis.

Hakikatnya hingga kini negara kita terus berupaya memacu pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi pula tetap berkembang sekalipun di saat ekonomi dunia sedang mengalami penurunan.

Contoh mudah tatkala negara mengalami kejatuhan ekonomi akibat serangan penyangak matawang tahun 1997/98 dulu, kita adalah satu-satunya negara yang berjaya keluar dari krisis tersebut tanpa perlu bergantung harap pada bantuan kewangan IMF.

Sedangkan tika itu bukan sahaja pemimpin pembangkang menggembar gemburkan cerita kononnya negara akan muflis dan ekonomi menuju bangkrap malah banyak pemimpin dunia dan agensi kewangan antarabangsa turut membuat ramalan sama.

Adakah negara kita muflis dan ekonomi bangkrap seperti diramalkan oleh mereka? Tentu sahaja tidak kerana pembangunan ekonomi negara berada di tangan mereka yang arif dan terbukti sudah melalui banyak cabaran rumit serta berjaya meminimakan sebarang jangkaan kesan buruk.

Misal kata kalaupun keseluruhan hutang dalam negara dan hutang luar negara melebihi 55%, negara kita tidak akan muflis pun kerana rekod sebelum pada tahun 1990 menunjukkan negara kita pernah mencecah hutang 75.5 peratus daripada KDNK.

Malah dari tahun 80-an hingga awal 90-an, hutang negara kita pernah beberapa melebihi 55 peratus dari KDNK, namun tidak sekalipun negara mengalami kemuflisan atau bankrap.

Kesimpulannya, negara kita tidak akan bankrap hanya kerana menurunkan 1% cukai pendapatan yang memberi manfaat kepada 170,000 orang rakyat. Dan negara tidak akan muflis hanya semata-mata meneruskan dasar BR1M kepada kelompok berpendapatan rendah.

Imbuhan wang yang rakyat perolehi dari BR1M, kenaikan kadar pencen kepada pesara serta bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam akhirnya kelak akan menggerakkan ekonomi negara kerana wang tersebut akan dibelanjakan dan hasilnya pula merancakkan aktiviti perniagaan. Itu asas ekonomi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rapat Nasional PKR: Perbanyakan Billboard dan Dekati Pengundi Atas Pagar


Rapat Nasional PKR telah diadakan pada sabtu lepas. Gathering yang diadakan di SACC, Shah Alam itu untuk memfokuskan strategi menjelang PRU. Rata-rata yang hadir sudah tahu apa yang akan diucap akan Anwar Ibrahim. Dialah yang hebat dan dialah yang terbaik.

Dalam kehangatan Bajet 2013 yang dibentangkan PM dihijcak pula Bajet Anwar 2 hari sebelum itu, langsung tidak diperkatakan dalam gathering ini. Buat pertama kali perhimpunan PKR serius membincangkan persiapan untuk menghadapi gelombang perubahan yang dibawa Najib.

Bagi yang rapat mengikuti perkembangan PKR, gathering ini sama seperti gathering sebelum ini. Tidak nampak perubahan melainkan membentangkan beberapa strategi menjurus pilihan raya. Sebab itu, kalu kita alert jentera psywar rasmi PKR seperti MKini tidak mengolah langsung gathering kali ini.

Entahlah mungkin pas media tidak dibekalkan kali ini.

Bagaimanapun, bagi menambah kehebatan gathering kali ini menampilkan beberapa muka lama yang dibranding Anwar sepertimana kehadiran 'istimewa' Lajim Ukin [Mr. 8 million] dan Wilbert Bamburing. Kehadiran orang kuat Suaram, Cynthia Gabriel seolah penyeri kebosanan bagi memberi penerangan mengenai projek Scorpene 2.0 yang akan tersadai.

Wakil dari Sabah dan Sarawak seperti Thamrin Mohd dan Baru Bian juga mengharapkan Anwar Ibrahim boleh menjadi messiah untuk memberi kuasa autonomi jika pembangkang berkuasa kelak.

Dalam pada itu, PKR telah mengemukakan beberapa strategi yang perlu kerajaan alert dan ambil peduli. 
  • Ahli perlu membaca buku yang boleh membuka minda untuk merangka strategi yang lebih mantap. 
  • Membuat bai'ah dan taat setia pada setiap ahli di Cabang dan Ranting. 
  • PR akan menwujudkan akhbar harian 13 siri dan akan disebarkan pada PRU nanti dan isi kandungannya memburuk-burukkan polisi kerajaan. 
  • Kerajaan Selangor akan terus memasang billboard untuk menyampaikan mesej dan maklumat untuk menarik sokongan pengundi atas pagar. 
  • Menyeru semua Ketua Cabang untuk membuat persedian untuk mencari tempat pemasangan billboard. 
  • Mensasarkan pengundi India dan orang asli yang tidak mempunyai IC kerana kumpulan ini lebih mudah didekati. 
  • Mengangkat darjat wanita dalam perjuangan dengan peruntukkan RM3.3 billion dalam Bajet PR. 
  • Dalam kempen di negeri yang ditadbir, perhebatkan isu program ekonomi dan merakyatkan ekonomi.
Buat pertama kalinya, Kak Wan memuji Azmin Ali yang dianggap pengarah pilihan raya yang berjaya. Kerja keras Azmin Ali diakui Kak Wan mungkin kerana skrip ucapan dikarang Anwar bagi memberi mesej keutuhan kerjasama dua manusia yang berkongsi kasih sayang dari lelaki yang sama.

Ini mesej jelas kepada perwakilan bagi memberi gambaran isu 'rumahtangga' telah selesai dan mereka amnya gandingan yang telah bersedia untuk mengambilalih Putrajaya.

Disini juga kedengaran suara yang menzahirkan kebosanan dengan pendekatan rapat nasional yang gagal. Melainkan cerita gempak gempita kehebatan Anwar Ibrahim yang mahu digambarkan pemimpin marhaen, maksum dan penyelamat negara.

Jangan lupa Husam Musa juga turut melempiaskan angannya yang akan mewujudkan Kota Bahru International Airport [KBIA] jika Anwar Ibrahim menjadi PM akan datang.