Saturday, February 12, 2011

Kalau Ada YB Perlis Meninggal, Cukup 1 Malaysia PRK.

Baru dapat tau itu pun berita dari channel TV3 yang turut ditonton budak-budak PAS anarkis. ADUN Kerdau, Dato' Zaharuddin diberitakan meninggal dunia pada 6.30 petang tadi. Khabar terbaru ini akan meyaksikan PRK yang Ke-16 selepas PRU Ke-12.

Sedar atau tidak, kegilaan umat Islam untuk berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab menjaga bumi Allah S.W.T dan kesucian agama Islam telah diuji untuk menyedarkan kita betapa peradaban manusia telah menuju akhir zaman. Suka diingatkan, tanda-tanda akhir zaman telah banyak diperlihatkan sejak akhir-akhir ini.

Lihat bagaimana, manusia alpa dan taksub terhadap perlumbaan menunjuk-nunjuk kehebatan ilmu yang diberi. Pembinaan monumen mencakar langit, mendewa-dewakan pemimpin jahil, hamba yang menjadi tuan dan banyak lagi contoh yang sedia ada.

Dalam senario politik Malaysia, kegilaan umat Melayu berpolitik hari ini adalah petunjuk bahawa penyatupaduan bangsa seagama sudah sampai ke kemuncak. 2 parti terbesar Melayu yang menjadikan agenda Islam sebagai asas perjuangan belum menampakkan kesepakatan.

Lihat bagaimana PAS menjadikan Islam sebagai tarikan sehingga memutarbelitkan makna dan kwsucian Islam mengikut ideologi kepartian.

Jika selepas ini kepimpinan Islam belum lagi sedar akan senario yang berlaku disekeliling, banyak lagi kemungkaran yang akan ditonjolkan.

Lupakan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, kedua-duanya sudah jauh tersesat akibat gila berpolitik dan hati dipenuhi dendam kesumat terhadap bangsa seagama.

Semoga apa yang berlaku menyedarkan kita kepada tanggungjawab terhadap agama.

Amin..bukan Ameen macam yang diucapkan oleh kristian. Anwar kata Allah boleh dipakai puak kafir.

Nauzubillahiminzalik
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..HAII LEPAS NI KENE LA KUARKAN 1 ARTIKEL MINTAK YB2 JAGA KESIHATAN CUKUP2