Wednesday, December 31, 2008

Ayat Quran di rumah ibadat bukan Islam


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bercadang mengenakan tindakan terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang menggunakan simbol-simbol kesucian Islam termasuk ayat-ayat al-Quran di bangunan mereka.

Ayat-ayat itu didakwa digantung di beberapa tempat di rumah ibadat mereka.

Malaysiakini difahamkan Jais akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan rumah ibadat terbabit sebelum tindakan tersebut diambil.

"Kita kini dalam proses untuk mengadakan perjumpaan dengan mereka kerana mahu mendengar penjelasan mengapa mereka menggunakan ayat Quran di rumah ibadat mereka.

"Orang ramai yang mengadu kepada Jais mengenai perkara tersebut, mereka memberitahu ada sejumlah rumah ibadat yang berbuat demikian," kata sumber-sumber hari ini.

Bagaimanapun, sumber-sumber enggan memberitahu lokasi dan jumlah umah ibadat yang berbuat demikian di Selangor.

Sumber-MalaysiaKini

GM-tahniah PAS atas keterbukaan anda mentadbir negeri bersama rakan-rakan baik anda. Jika dulu anda 'fatwakan' kerajaan (UMNO+MCA+MIC) berkawan dengan bukan Islam adalah kafir..Kini apa pula 'fatwa' anda adakah gagasan anda yang mendapat 'rahmat tuhan'..Ibarat lakonan P.Ramlee "Ye Dinda tak sangka, kanda berdua mempunyai hati yang sungguh bussuukk"...JAIS tak boleh sewenang-wenangnya nak ambil tindakan...KHALID SAMAD pasti bantah silap-silap sanggup berperang nak jaga 'tentera-tentera salib' yang dah bagi Shah Alam untuk beliau tadbir

Thursday, December 25, 2008

Sekali lalu


Penyokong PAS kembali ‘disyabukan’ dengan dasar PAS yang tetap akan melaksanakan hokum hudud jika kerajaan Pak Lah @ Najib Tun Razak jatuh ketangan gabungan ‘three musketeer’ DAP (Sekular Cina), PKR (Penggadai Bangsa) dan PAS (Lebai Malang). Kenyataan Husam Musa yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hokum hudud disambut sorakan dan syabas dari penyokong2 PAS tetapi ‘dihand breakkan’ setelah DAP ‘menganjing’ PAS untuk memikirkan semula pendirian itu. Apa sudah jadi…disebabkan kafir harbi dan sokongan politik, orang kuat Anwar Al-Juburi itu mengelabah..? Cuba lihat Harakah Daily langsung tak menyiarkan isu ini…memang dikontrol oleh puak-puak prohusam..PAS semakin hari semakin menggadaikan prinsip dan perjuangan mereka.Agak menyedihkan PAS hari ini. Jika allahyarham Ustaz Fadhil Nor masih ada tentu kecewa melihat tingkahlaku segelintir pemimpin PAS yang ‘curang’. Adalah sesuatu yang janggal bila Husam Musa terpaksa tunduk kepada ‘perkahwinan’ yang tak rancang dan ibarat melihat bulan yang dekat, hendak dicapai tangan tak sampai.

Terengganu bukan seperti Kelantan yang kuat jati diri dan semangat musyawarahnya. Terengganu juga bukan serti Kedah yang masih lagi ‘tidur’ dan ‘terkejut’ kerana mendapat kuasa memerintah. PAS Kedah tadak mampu mentadbir, mereka Cuma layak menjadi pembangkang komplen ikut suka hati jika tidak mengikut acuan yang mereka hendak. PAS patut melihat kelemahan PAS Kedah dan belajar dari Kelantan. Tak payah cerita pasal PAS Perak, umum dah tahu diikat kanan dan kiri. Kesian rakyat Perak.

Tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana mendapat markah bonus atas keberaniannya untuk berdebat bukan dibumi sendiri tapi dikelilingi ‘bulan-bulan’ Ahli UMNO perlu memikirkan calon terbaik untuk menguasai jawatan Ketua Pemuda UMNO.Bagi UMNO ini adalah satu peluang untuk merancang strategi menggunakan segala medium untuk memancing undi apatah lagi Kuala Terengganu bukanlah kubu kuat mereka. Jika diukur dari keputusan PRU lalu, jelas UMNO tidak boleh terlalu selesa apatah lagi jika pertandingan dahulu melibatkan campur tangan pihak lain. Hairan bila Najib Tun Razak mengumumkan calonnya yang diketahui umum tidak mempunyai karisma apatah lagi calon itu ditolak oleh sebahagian ahli UMNO bahagian. Mungkin Najib punyai perancangan dan strategi yang belum diketahui umum atau UMNO Terengganu boleh melupakan sekejap pergeseran antara puak. UMNO perlu melihat kelemahan PAS era ini dan isu hokum hudud dari sudut yang lebih luas.Selamat berpilihanraya.!

Sunday, December 21, 2008

Al-Juburi lidah bercabang.."Darling from the East".?

Al Juburi:"kita dalam UMNO perlu memberi mesej yang jelas kepada parti pembangkang di negara kita kepada semua bahawa kita bersatu teguh berdiri bersama-sama dalam satu barisan pimpinan di belakang Dato' Seri Mahathir"

SUMBER:AIDC

Saturday, December 20, 2008

Anwar Ibrahim peliwat Azizan Abu Bakar

Antara mangsa homosesksual Anwar yang paling menggemparkan masyarakat dan seluruh dunia ialah Azizan Abu Bakar, bekas driver Wan Azizah. Azizan mendedahkan kepada umum bahawa Anwar meliwatnya melalui surat Ummi Hafilda Ali yang dikirimkan kepada Perdana Menteri pada tahun lalu. Azizan bersumpah dengan nama Allah sambil memegang surah Yassin di hadapan pegawai Cawangan Khas yang menyoal siasatnya di Bukit Aman dan berkata Allah akan melaknatinya sekiranya dia berbohong. Hingga Anwar tidak berani bersumpah dengan memegang surah Yassin ataupun Al-Quran sepertimana yang dilakukan Azizan. Soalnya mengapakah Anwar takut bersumpah dengan Al-Quran?

Dikatakan Azizan tidak dapat menahan tekanan jiwa yang amat sangat setelah diliwat berkali-kali oleh Anwar bukan atas kerelaanya tetapi dipaksa. Kata Azizan yang dianggap jujur dan baik. Justeru itu dia berhenti sebagai driver Wan Azizah setelah berkhidmat selama empat tahun. Bila berpindah kerja sebagai driver kepada Azmin Ali, setiausaha sulit Anwar, dia dapati Anwar pula mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri Azmin. Akhirnya melalui Ummi Hafilda dan keluarganya (tidak termasuk Azmin dan ayahnya mereka) kisah asmaradana Anwar yang luar biasa ini menjadi pengetahuan umum bila warkah Ummi dan Azizan kepada Perdana Menteri tersebar luas di khalayak ramai. Khalid Jafri pula memuatkan surat itu dalam bukunya yang kontroversi "50 Dalil Mengapa Anwar tidak Boleh Menjadi PM".

Anwar membawa perkara buku Khalid ke mahkamah maka segala rahsia peribadinya pun mula terbongkar satu demi satu. Segala pendedahan hubungan homoseksual Anwar yang didedahkan dalam mahkamah oleh Azizan memang mengejutkan orang ramai. Rakyat Malaysia dan masyarakat dunia tentulah terkejut dengan pendedahan Azizan itu. Barangkali ada antara geng reformasi juga terbeliak biji mata bila membaca pendedahan Azizan di mahkamah. Tapi kalau minda setengah dari budak-budak reformasi ini masih tertutup dan tidak mahu melihat sinar kebenaran maka selama-lamanyalah akan menegakkan kemungkaran kerana membela seorang pemimpin yang mengamalkan homoseksualiti.Azizan sanggup menghadapi orang ramai, media massa dan soal siasat dari peguam-peguam bela Anwar untuk menegakkan keadilan dan mendapat pembelaan. Dia sanggup memikul rasa malu sebagai mangsa liwat Anwar kerana hendak menegakkan kebenaran dan tidak mahu rakyat ditipu oleh seorang tokoh yang bertopengkan agama tetapi mengamalkan homoseksualiti.

Risiko yang dihadapi Azizan sangat besar tetapi dia masih sanggup menghadapi segala cabaran dan ugutan demi mempertahankan maruah dirinya, agama dan negara yang tercinta.Tapi yang mengejutkan rakyat ialah pendedahan Azizan bahawa dia diliwat secara bergilir-gilir oleh Anwar dan lepas itu Sukma di Tivoli Villa, kondo kepunyaan Sukma! Kalau ini benar bermakna bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Timbalan presiden UMNO merangkap bekas pemimpin ABIM rupa-rupanya enjoy melakukan persetubuhan sejenis lebih dari dua orang!

Wow, hebat, hebat seratus kali hebat! Kalah Clinton dibuatnya. Apakah perkara ini patut dimasukkan ke dalam buku Guiness World of Records?

sumber:AIDC
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

Friday, December 19, 2008

TAJUK : KEDUDUKAN BAHASA MALAYSIA DI MAHKAMAH NEGARA KITA

http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/12/resolusi-ke-13-2008-pada-18-disember.html

1. Blogger Pembela Negara ( BPN ) merasakan sudah tiba masanya Bahasa Malaysia ( BM ) digunakan sebagai bahasa pengantar dan penulisan di mahkamah. Situasi sekarang BM menjadi bahasa kedua jika berlaku percanggahan di dalam penghakiman. Untuk kes terpencil yang melibatkan orang asing di dalam mahkamah, prosiding perbicaraan tetap mengunakan BM, tetapi boleh dialihkan bahasa supaya memudahkan urusan pengadilan

2. Firma Guaman dikehendaki menggunakan BM dalam surat menyurat dan juga perjanjian agar penipuan kepada orang Melayu tidak akan berlaku ekoran penggunaan bahasa Inggeris secara pilihan pertama perjanjian atau urusan perundangan. Pemahaman dalam perjanjian mengelakkan orang ramai daripada dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan

3. Syarat menjadi peguambela atau pendakwaraya hendaklah DIKETATKAN dengan hanya mereka yang berjaya dan lulus dengan gred A atau gred 1 bagi kertas Bahasa Melayu sahaja diterima jadi peguam.

4. Firma guaman yang berbaur politik dan yang secara terangan atau senyap mencabar kedaulatan bangsa dan agama perlu dielakkan dari dipilih sebagai wakil guaman kita bagi apa jua urusan perundangan supaya sesitiviti semua kaum dapat dijaga terutamanya ketuanan Melayu dan Kedaulatan agama Islam.

5. Peguam-Peguam Melayu seharusnya menghadiri Mesyuarat agung majlis peguam bagi mengimbangi dominasi Orang Bukan Melayu dalam Majlis Peguam bagi menghalang aktiviti-aktiviti bertentangan dengan kedaulatan bangsa dan agama...Seterusnya Majlis Peguam yang dikuasai orang Melayu boleh menjadi tulang belakang memperjuangkan penggunaan bahsa melayu di mahkamah

6. Hakim-Hakim dan Peguam-Peguam berbangsa Melayu seharusnya bersatu tidak kira ideologi politik bagi meperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu di dalam mahkamah.....Seterusnya mendesak penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam prosiding.

7. Kelonggaran bagi menggunakan bahasa Inggeris di mahkamah selepas 51 tahun merdeka adalah satu penghinaan kepada martabat dan kedewasaan Bahasa Melayu di mahkamah. Penggunaan secara total di mahkamah perlu bagi memartabatkan kembali bahasa Melayu yang merupakan lingua franca di kepualauan melayu yang berpusat di Melaka....Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.

Seharusnya bahasa Melayu dihormati oleh semua warga Malaysia dan menjadi bahasa perpaduan kita.



Disediakan oleh :
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Friday, December 12, 2008

Surat terbuka siri 1 untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku Surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.

Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.

Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!

Selanjutnya>>>

Sumber : SANGTAWAL sakranta....

MB S'gor tidak faham isu, kata Dr Khir

Projek pembangunan di kawasan berbukit sejak 20 tahun kebelakangan tidak menimbulkan masalah lagi kerana dipantau dengan baik oleh agensi kerajaan, kata bekas menteri besar Selangor."Isunya bukan pembangunan baru. Kenapa beliau hendak sibuk dengan pembangunan baru? "Pembangunan baru tiada masalah.

Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) sudah buat keputusan. Tidak ada masalah. Sepatutnya tiada masalah," kata Mohamad Khir Toyo.Beliau menambah, "isu sebenar" yang patut dibincangkan ialah projek-projek pembangunan lama yang diluluskan dua dekad lalu."Beliau (Khalid) tidak faham isu (sebenar)," kata beliau, mengulas pendedahan penggantinya Khalid Gagap Ibrahim.Menteri besar itu semalam mendedahkan sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno itu mulai 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.Mohamad Khir menambah, sistem pemantauan yang diperkenalkan sejak tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang pada 2006 "tidak berjalan" sejak negeri itu jatuh kepada Pakatan Rakyat, Mac lepas. "Dulu, setiap tiga bulan, laporan (pemantauan projek kawasan berbukit) dibentangkan. "Sekarang, dibentangkan (juga) tetapi projek baru sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohamad khir mendakwa banyak kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan pembangunan lama kerana pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi ketika itu yang amat cetek. Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan, katanya lagi.Dr Mohamad Khir mendakwa, sewaktu pentadbiran BN dahulu, pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi terdiri daripada pakar-pakar agensi kerajaan ditubuhkan.

Pasukan itu melibatkan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Geologi dan pihak berkuasa tempatan (PBT)."Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006," coretnya lagi.Dihubungi hari ini, Mohamad Khir berkata, aduan penduduk berhubung masalah pembangunan di Bukit Antarabangsa dibuat sejak Oktober lalu kepada kerajaan negeri.Oleh itu, tambahnya, jika sistem pemantauan yang diperkenalkan beliau dua tahun lalu diteruskan, tragedi yang mengorbankan nyawa itu mungkin dapat dielakkan.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa Khalid Gagap Ibrahim"tidak ambil tahu" dan menyindirnya dengan berkata menteri besar "sibuk dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan projek-projek baru yang hendak dibahagi pada kawan-kawannya".Tambahnya, keseriusan pemerintahan BN menangani kejadian tidak diingini itu dibuktikan melalui pembekuan beberapa projek di kawasan bukit yang berisiko.Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menempelak keputusan kerajaan Selangor kini yang tidak memperuntukkan wang bagi membantu mangsa tragedi di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Menteri besar semalam dilaporkan berkata, semua hartanah yang terjejas milik persendirian dan Selangor hanya memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa terbabit. Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu lalu.

sumber: Malaysiakini.

garamanis: selalunya manusia memang macam tu...bila dah dapat kuasa ego taknak ikut cara yang lama, yang berkesan.kononnya sisa-sisa dahulu kotor...cam Paklah cakap..Bila parti pembangkang menang di Selangor dan menubuhkan kerajaan, sudah tentulah ia kena bertanggungjawab pada semua aspek. Apa yang baik ia seronok, apa yang tak baik pun kenalah tangggungjawab juga, kena perbetulkan..Khalid Gagap Ibrahim nie salah datang tempat, membuang masa datang melewat tempat bencana alam nie. itu pun pasal Sultan turun kalu tak jangan haraplaa mamat gugup nie nak datang...

Wednesday, December 10, 2008

Blogger Malaysia, Surind Raj (HINDU) Menghina Islam

Blogger bernama Surind telah posting satu artikel dalam blognya bertajuk "The Hajj: The Most Shameful Journey in History?" (http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html) pada 6 Disember 2008. Menurut Surind, artikel ini diambil daripada Youtube yang dihasilkan oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Biarpun menyedari bahawa artikel dan video dari Youtube tersebut menghina Islam tetapi Surind enggan mengeluarkan artikel itu dari blognya. Mengapa? Sengaja?

Berikut adalah komen Surind "(Please note that this video & words below, is from victimless criminal & do not reflect my views exactly - which does not matter & of which anyone here will ever know about. The Muslim NGO & Blogger ultra fundamentalists have been calling for me to remove this post & have even called for their fellow Hidup Melayu! Fan Club to make police reports. This post will not be removed, as if 'forwarding' something that someone else has said & of whom I do not even know personally, is considered a crime in this country". Jika menyedari ayat-ayat tersebut menghina Islam, mengapa Surind masih berdegil mahu mengekalkan artikel tersebut?

Berikut adalah antara kenyataan yang menghina dalam blog Surind "Allah does not exist. Mohammed was just a normal man - now dead for over 1300 years. There is no spiritual realm. Every single Muslim who makes this journey is diverting money and energy away from making this world a better place". Persoalannya, mengapa artikel ini ditulis ketika umat Islam mahu menyambut Aidiladha?

Pada 30 Disember 2006, Saddam Hussein (bekas Presiden Iraq) digantung ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban. Kini ketika umat Islam Malaysia menyambut Aidiladha, seorang blogger dari Malaysia bernama Surind pula membuat posting yang secara jelas menghina Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan ibadah Haji. Selagi posting tersebut ada dalam blognya, sesuatu tindakan tegas perlu diambil terhadap Surind. Tindakan kurang ajar sebegini tidak boleh dibiarkan. Ini bukan tanda keterbukaan dan kebebasan, ini lambang kurang ajar. Jangan hairan, kalau ada juga orang Melayu mahu membela Surind selepas ini.