Thursday, March 05, 2009

Dalang-Dalang Gerakan Menghancurkan Islam

Akhirnya gerakan anti Islam telah berjaya menyusup masuk merosakkan parti PAS dan PKR. Perhimpunan 10 November jelas didalangi oleh INTERFAITH COMMISSION (IFC) sebuah gerakan anti Islam di negara ini.

1. IFC Dulu dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Mereka menuntut supaya ia dijadikan sebuah badan berkanun yang ada KUASA mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) jika didesak oleh agama lain.

2. Ia mirip sebuah mahkamah dan SUHAKAM yang melayan segala aduan dan keputusannya adalah muktamad.

3. Penganjur penubuhannya ialah Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism melalui memorandum kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001 di bawah pimpinan V Harcharan Singh.

4. Pada 8 Disember telah diadakan satu “Festival of Rights” dengan tema “Kebebasan Beragama”. Pada 10 Disember 2001 Majlis Peguam menganjurkan forum “Kebebsan Beragama” dan menerbitkan artikel dalam jurnal Insaf.

5. 17 Mac 2003 bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemmpin Islam menarik diri.

6. Januari 2005 deraf undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

MATLAMAT

1. Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

TUNTUTAN IFC

i. Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam;

ii. Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang;

iii. kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil;

iv. Perkataan ”Islam” tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim;

v. Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang;

vi. Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak;

vii. Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam;viii. Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam;

ix. Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suciIslam;

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka;Ini adalah beberapa tuntutan yang dibuat oleh IFC.

IMPLIKASINYA

1. Ia akan membuka ruang Menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia;

2. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad;

3. IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam;

DALANG-DALANG PERHIMPUNAN

1. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti PAS
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR
3. Sivarasa a/l Rasiah, Naib Presiden PKR
4. Tian Chua (Chua Tian Chang), Ketua Penerangan PKR
5. Ronnie Liu ( Liu Tian Khiew), Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat
6. Elizabeth Wong Keat Peng, Ketua Penerangan Wanita KeadilanSetiausaha Agung HAKAM, Sekretariat SUARAM
7. Raja Petra Raja Kamaruddin, Pengendali blog Malaysia-today.net
8. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Sumber: Mymassa.com

Wednesday, March 04, 2009

Pojie Moron

Semakin dekat DS Najib akan ditabalkan sebagai manusia paling berkuasa di Malaysia, semakin banyak duri dan rintangan yang perlu beliau tempuhi. Kerakusan puak-puak keparat yang melancarkan nuklear fitnah akhir zaman terus memeningkan kepalanya.

Seperti yang pernah dilafazkan oleh Anwar Ibrahim Munafikun untuk memastikan DS Najib tidak akan menjadi PM ke 6. Ini mencerminkan niat busuk mereka-mereka yang berselindung di sebalik tembok demokrasi kononnya DS Najib manusia paling tidak beretika dengan pelbagai skandal yang dicipta oleh musuh-musuh politiknya.

Si Moron dari Ipoh Barat, Fauzi Muda berani mencabar pihak Polis untuk mendakwanya supaya Dajal Pakatan Keparat akan melondehkan DS Najib dengan bukti-bukti rakaman. Kononnya. Si Moron nie telah diambil keterangan Polis Ipoh dan terbukti si bahlol ini merapu dalam statementnya. Itu hanyalah fitnah yang direka-reka untuk mengertak DS Najib. Inilah manusia yang bertopengkan syaitan dan berjubahkan demokrasi kononnya beliau tidak termakan dengan sogokan RM50 Juta. Pegiirraahhh...

Paling-paling DS Najib perlu membawa si bahlol nie ke mahkamah dan membuktikan tuduhan biolnya adalah palsu dan dusta. Si Moron Pojie hanya menjalankan arahan bosnya, Dajal Nuar untuk menakut-nakutkan DS Najib seterusnya menwujudkan krisis kepercayaan menjelang 24 Mac 09.

Tuesday, March 03, 2009

Zam Zam Ala Kazam

Dah kronik tahap dewa ke-10 orang-orang Pakatan Keparat nie. Bersidang bawah pokok. GM rasa mungkin puak-puak nie nak merasai set filem Laksamana Do Re Mi macam mana Kerajaan Pasir Berdengung dilanda garuda..hua..hua..hua..Mungkin lepas nie Pakatan Keparat kalau bertanding next election pakai lambang pokok untuk bendera diorang..Apa yang pasti Pakatan Keparat adalah golongan aktivis kecintaan kepada pokok.hua..hua..hua..

Tunggula wahai Pakatan Keparat kalau2 ada manusia nak tolong tangkap sama itu Laksamana Pasola..hua..hua..hua..zam zam ala kazam..Hidup Pokok.

Kehuru Haraan PAS 2

Kelmarin GM di Parlimen saja nak lawat tengok karenah Ahli Parlimen bersidang. Bukan apa nak dapat gambaran bagaimana Ahli Parlimen bertekak. Selalu tengok dalam TV jek.

Sedang GM bersantai dengan beberapa reporter kat situ, GM ditegur oleh seorang lelaki bertanyakan jika ada press conference (PC) akan diadakan. Tapi GM mengaku bukan reporter dan disitu GM mulakan perbualan. Lelaki itu datang bersama-sama seorang AP dari Kedah. Pegawai Khas katanya. Wah..nie dah kira bagus boleh dapat cerita panas.

Dalam kerancakkan bersembang, GM bertanyakan berkenaan muktamar PAS yang akan datang. Oleh kerana beliau merupakan salah seorang AJK PAS negeri dan sangat menyanjung Tok Guru Nik Aziz jadi banyak cerita kami berkisar berkenaan kepimpinan PAS hari ini.

Dari perbualan itu GM bawa ke Kafe dan belanja makan, biasala modal kena keluar dulu. AJK PAS tersebut mengakui PAS hari berkocak dan berpuak-puak. GM bagi pendapat bahawa wujud perbezaan yang sangat ketara semasa kepimpinan arwah Dato' Fadzil Noor dan Dato' Hadi Awang. Saja test market. GM memberi beberapa sebab dan AJK itu mengakui kebenaran yang GM sebutkan.

Paling ditunggu-tunggu GM apabila AJK itu menempelak segelintir pemimpin PAS yang mempergunakan Nik Aziz bagi menzahirkan kepentingan masing-masing. Beliau secara jujur menyifatkan PAS perlu membuang pengaruh Anwar Ibrahim Munafikun dan DAP jika mahu terus berjuang mengikut landasannya. Inilah punca wujudnya puak-puak dan pecah belah PAS.

Secara relatifnya, beliau sendiri kecewa apa yang telah berlaku pada PAS hari ini. Berbalik kepada perbualan yang berkisarkan muktamar akan datang. Beliau sendiri takut apa yang akan berlaku jika kumpulan yang digelar ERDOGAN akan menguasai herarki tertinggi PAS. PAS akan rosak dan hudud akan tinggal sejarah dan nama.

Menurutnya, terdapat khabar angin yang mengatakan balaci-balaci Anwar akan melanggar Hadi Awang untuk konker PAS. Sebab tu Husam Musa gunakan Nik Aziz keluarkan statement semalam Percaya. Selain itu semasa retreat PAS di Kedah beberapa bulan lepas berlaku pergesaran antara orang kuat PAS Kedah bertaraf MB (Ulama) dengan team Moderate PAS. Alasannya Ulama kolot dan perlu dijauhkan dari PAS.

AJK itu mendakwa banyak suara-suara grassroot khususnya di Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu mahukan Presiden memikirkan kerjasama jahanam antara PKR dan DAP. Mereka tidak menyenangi tindak tanduk kelompok ini yang lebih menyanjungi Anwar Ibrahim Munafikun daripada perjuangan yang kian terpesong.

Sempat jugalah berbatang rokok habis GM sedut mendengar kegeraman yang terbuku dalam hati AJK itu mengenang nasib PAS dan kesilapan demi kesilapan yang telah dibuat oleh PAS dan ke'nyanyok'an Nik Aziz yang menyesatkan PAS ketika ini.

Dan ketika itu telefonnya berdering, Bos panggil katanya. Bagi mengakhiri perbualan itu sempat GM senyum dengan sinis "Anwar Ibrahim punca kerosakan PAS"

Monday, March 02, 2009

Kehuru haraan PAS

Dato' Husam Musa terkedu seketika apabila suaranya melalui lidah Dato' Nik Aziz dinafikan oleh kumpulan Ulama PAS. Klik Beliau pasti mendengus geram apabila kumpulan Ulama membantah keras cadangan haprak Nik Aziz untuk mengadakan rundingan bagi memilih herarki kepimpinan tertinggi PAS. Maksudnya disini kumpulan sekular akan di'interview' oleh Majlis Syura sebelum memegang jawatan dalam PAS.

Harapan Anwar Ibrahim Munafikun untuk menyuntik ubat pelali dalam kepimpinan PAS akan melalui jalan sukar kerana Ulama PAS telah menyedari bahaya virus kebodohan Anwar jika tidak dicegah dan dirawat dengan betul. Adalah pasti, kem tertinggi PAS sudah melakukan strategis halus untuk membuang virus-virus ini dari terus merosakkan PAS.

Anwar Ibrahim Munafikun sudah sedia maklum akan rancangan sulit ini kerana Presiden PAS sudah memberi hint kepada muzakarah bersama UMNO cuma dalam bahasa yang lebih sedap dan berbaur sedikit politik, Kerajaan Perpaduan.

Inilah yang sangat-sangat ditakuti oleh Anwar Ibrahim Munafikun walaupun beliau berjaya memperbodohkan kebanyakkan tenaga penting PAS namun atas dasar kebaikan jangka panjang Kumpulan Ulama mengambil jalan selamat, PAS perlu membersihkan virus-virus ini.


Tidak hairan jika selepas ini organ PAS akan memainkan isu ini dengan menggambarkan kem tertinggi PAS berada dalam keadaan bercelaru. Apa yang pasti Harakah akan terus memperbodohkan penyokong-penyokong tegar PAS di ceruk-ceruk kampung akan bahaya Ulama dan Majlis Syura yang harus di'jenama'kan semula. Inilah satu-satunya cara untuk kumpulan sekular melancarkan psywar bagi memburuk-burukkan Kumpulan Ulama. Wallahualam

Tiada lagi pemilihan langsung pemimpin PAS?-Malaysia Kini

Bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat - mursyidul am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS bercadang menggunakan kaedah syura pada muktamar ke-55 yang dijadual Jun ini.

Langkah itu disarankan kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin, lapor Bernama.

Katanya, kaedah syura - iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama - berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada
berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," Nik Aziz dipetik berkata.

Tambahnya, beliau berharap muktamar tahun ini dapat diadakan di
sebuah negeri tempat PAS baru bertapak.

Sejak kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP pada pilihanraya umum, PAS berdepan dengan pergeseran dalaman yang besar susulan usaha mengadakan rundingan tertutup dengan Umno pertengahan tahun lepas.

Barisan pemimpin kanan PAS yang menentang rundingan sulit itu kemudian digelar "kumpulan Erdogan" - mereka yang percaya parti itu wajar mengutamakan kerjasama dalam gabungan pembangkang.

Perbezaan terbuka sesama mereka merebak secara lebih terbuka dalam perbahasan-perbahasan di muktamar PAS di Ipoh, waktu itu Perak turut dikuasai parti tersebut, Ogos tahun lalu.

Perselisihan itu terus muncul termasuk sewaktu ura-ura mengambil alih kerajaan persekutuan daripada BN - atau projek 16 September - yang pernah diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang ditandingi PAS, pertengahan Januari lalu, persaingan dua aliran tersebut terus sengit sehingga mendorong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan saat akhir mengutamakan calon pilihannya sendiri.

Garamanis: Agak-agaknya apa yang difikirkan Anwar Ibrahim Munafikun sekarang nie..?

Muzakarah vs Anwar Ibrahim Munafikun

(Dialog: Lu kena main Bro lepas nie. PAS dah hangin ngan Lu)

Muzakarah PAS-UMNO kembali bertaut bila kepanasan politik hari ini berkocak dengan pelbagai isu. Paling terkesan isu derhaka dan menyaman Tuanku Sultan oleh OKU dari Bukit Gelugor. Kedengaran cakap-cakap dari kem tertinggi PAS isu muzakarah telah dihidupkan semula secara berterusan bagi mengendurkan ketegangan yang berlaku dan demi perpaduan ummah.

Apa yang menarik permulaan muzakarah ini telah didominasikan oleh kelompok Ulama untuk menahan gelombang kem sekular yang berkiblatkan kepada Anwar Ibrahim Munafikun. Cakap-cakap berisi dari kem tertinggi PAS muzakarah ini timbul atas kesedaran bagi membuang pengaruh Anwar Ibrahim dari mendominasi kumpulan sekular menjelang Muktamar PAS bulan Jun akan datang.

Kem tertinggi PAS diberitakan telah patah hati atas tindak tanduk segelintir pemimpin PAS yang telah memesongkan asas perjuangan PAS dengan mengadaikan kepada Anwar Ibrahim Munafikun. Kemuncaknya, PAS menyedari perancangan halus Anwar Ibrahim Munafikun untuk mengkucar-kacirkan Perak bagi membolehkan peliwat itu mendominasikan Perak. Ini adalah kepastian dan kem tertinggi PAS menyedarinya.

Hasilnya, muzakarah yang tertangguh telah dimulakan dengan mengambil kira kecelaruan yang berlaku dewasa ini. Anwar Ibrahim Munafikun semakin gelisah kerana risaukan dukungan rakan sepermainan dan cuba mencari jalan penyelesaian khuatir penyokong-penyokong tegar PAS turut beralih arah.

Apa yang pasti dalam Anwar Ibrahim Munafikun merasakan boleh memperkudakan PAS untuk kepentingan politiknya, beliau perlu berhati-hati dengan perkembangan ini kerana di dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepertimana beliau di'cilok' di Perak. PAS dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim Munafikun sebenarnya adalah untuk kepentingan politiknya tetapi dalam diam-diam kebencian terhadap Anwar Ibrahim Munafikun tidak boleh disangkal lagi.

Atas kesedaran itu, PAS telah merancang untuk membuang pengaruh si peliwat itu sedikit demi sedikit walaupun terpaksa menjilat ludahnya dihadapan UMNO.

Ramasamy, Apartied dan 'Etnik'

Sidang Parlimen hari ini memaparkan keceluparan P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang apabila dengan sombang dan kurang ajar mengaitkan UMNO mengamalkan dasar apartied. Ketika sesi soal jawab dengan Kementerian Pengajian Tinggi, beliau mempersoalkan mengapa golongan bukan bumiputera tidak dilantik sebagai naib canselor universiti awam.

Susulan daripada itu, beliau mengelarkan UMNO mengamalkan dasar apartied atau 'bumiputeraisme' dan menempik Ahli Parlimen Kerajaan. P.Ramasamy sekali lagi mengulangi tindakannya beberapa bulan dahulu ketika sesi DUN Pulau Pinang iaitu mengelarkan UMNO memilih bulu atau pilih kasih dalam sektor awam.

Tindakan kurang ajarnya telah membangkitkan perasaan marah ahli-ahli parlimen BN dan memintanya menarik balik kenyataan bodohnya.

Apa yang menarik, kenyataan P.Ramasamy adalah boleh ditafsirkan sebagai menyemarakkan sentimen perkauman sepertimana yang telah beliau ucapkan dahulu dan berlindung disebalik kekebalan Dewan Rakyat. Beliau digambarkan sangat-sangat ber'etnik' yang jelas dan lazimnya menjadi dukungan DAP. Walaupun mereka pernah menuduh UMNO dan Utusan Malaysia sebagai agen perkauman kerajaan sekarang terbukti DAP yang lebih membangkitkan soal perkauman.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Keparat lebih banyak berpolitiking dan mencari kesalahan-kesalahan kerajaan daripada membincangkan secara bersama untuk mencari penyelesaian berhubung krisis ekonomi hari ini. Nasib baik Al-Juburi tak datang jika tidak dapatlah disaksikan Pakatan Keparat khususnya PKR berlumba-lumba nak tunjuk hero (Azmin Ali) untuk mendapat markah tinggi dalam report card masing-masing.

Sunday, March 01, 2009

Azmin: Silakan Duduk.

( Si Munafik Jr. ketika berkempen di Kuala Terengganu begitu bersemangat menjual diri beliau yang ala-ala serba hebat.)

Nampaknya kedudukan Si Khalid Gagap benar-benar di hujung tanduk. Bang Azmin Dayus (BAD) akan konker Pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat ini. Hua..hua..hua..abis rosak la seluruh Negeri Selangor. Si tamak haloba ini sangat-sangat menanti lampu hijau dari bang Liwat yang kini diberitakan tengah pening kepala menepis musibah yang datang bertimpa-timpa.

Si BAD dahulu menafikan jawatan MB kerana Bang Liwat dah janji nak bagi jawatan TIMBALAN PERDANA MENTERI (TPM) tuh bukan Timbalan Pembantu Makmal jika si bahlol Nuar dapat menterbalikkan Parlimen Malaysia.

Dari sumber dalaman, Si Khalid Gagap dah serender sebab si BAD dan kumpulan tarian singanya menjerit-jerit supaya beliau meletak jawatan. Ini pasal kes lembu-lembu dan kebengapan Khalid mentadbir Selangor. HHHAAATTTUUIIHHHH...BAD dulu kau nak nafikan jawatan MB sebab kau nak tunjuk dekat penyokong tegar bahlol yang kau nie tak heran sangat dengan jawatan.

Perkara pertama yang akan si tamak ini buat bila dah sah beliau duduk dikerusi empuk MB adalah segala kontrak2 kerajaan negeri dan tanah-tanah rezab akan diagih-agihkan kepada penari-penari tarian singa dan pemilik-pemilik kueh bulan hijau mengikut kebolehan mereka yang mampu membuatkan beliau gembira sepanjang masa bekerja.

Kepada rakyat Selangor tunggulah apa si tamak nie nak jahanamkan korang. Silap-silap habis seluruh Selangor diliwatnya macam idolanya. Azmin Ali sejarahnya cukup kotor, berlagak dan bijak berlakon macam Idolanya. Inilah hasil asuhan Bang Nuar yang akan meninggalkan legasi penggadai Malaysia kerana Bang Nuar gagal mendapat calon-calon yang paling sesuai untuk ditinggalkan wasiatnya.

Kepada PAS Selangor have a nice day dan alamilah keseronokan membangun bersama Islam acuan Bak Kut Teh. Tidak lupa juga kepada Bang Nuar Munafikun, Al- Saiful akan melambai-lambai anda mulai minggu hadapan.

Aparteid, DAP dan Yahudi

Satu demi satu asakan terhadap kedudukan orang Melayu dan gelombang asakan itu semakin kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr. Boon Cheng Hau yang juga ketua pembangkang di Johor menyatakan bahawa amalan membantu golongan bumiputera (bumiputeraisme) menyamai ideologi aparteid sebagaimana yang pernah dialami oleh warga kulit hitam di Afrika Selatan.

Awang tidak berhajat mengulas panjang. Sudah berulang kali hal seperti ini dibangkitkan dan telah banyak kali juga diberi penjelasan.

Yang pasti dakwaan beliau adalah keterlaluan. Tetapi Awang boleh faham kerana itulah pemikiran DAP yang sememangnya mahu menafikan realiti sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan demi mencapai agenda agung mereka iaitu menjadikan Malaysia sebuah republik.

Golongan tersebut sudah jadi kaduk naik junjung. Mereka sentiasa mahu lebih tetapi tidak mahu bertolak ansur apatah lagi memberi apa yang sepatutnya diberi. Jika benar, Dr. Boo mahu memperjuangkan kesamarataan dan keadilan, beliau sepatutnya menyokong terlebih dahulu sistem sekolah satu aliran dan menggunakan satu bahasa sebagaimana yang diamalkan di seluruh dunia.

Jika tidak, pendekatan politik beliau dan DAP, tidak ubah seperti gerakan Yahudi yang akhirnya mengambil hak golongan majoriti sebagaimana nasib yang menimpa rakyat Palestin. Gerakan itu sudah bermula dan tanda-tandanya semakin jelas. Jika Dr. Boo boleh membuat andaian keterlaluan, Awang juga boleh.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Sumber: Utusan Malaysia