Wednesday, January 18, 2012

PANAS! Nauzubillah Hal Ehwal Islam Selangor Bukan Menjadi Keutamaan PAS.

Selamat sudah Dr. Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco Negeri Selangor yang baru. Ura-ura pelantikan pejuang jihad homoseksual iaitu Dr. Rani Osman ternyata meleset. Bagaimanapun, pelantikan ini cuma untuk memenuhi kuota yang ditinggalkan Hassan Ali dan sudah tentu ianya adalah milik mutlak PAS.

Tentunya telah mengembirakan PAS kerana cita-cita mahu membuang Hassan Ali telah tercapai. 

Apa yang diketahui, portfolio Dr. Ahmad Yunus hanya bersangkutan dengan Adat Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam dipegang sendiri oleh Khalid Ibrahim. Aneh bukan?

Khalid Ibrahim Sandang Portfolio Hal Ehwal Islam

Kita wajar persoalkan integriti PAS. Untuk apa Khalid Ibrahim memegang jawatan Hal Ehwal Islam? Dimana maruah dan rasa malu parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi dalam menjaga Hal Ehwal Islam dikuasai oleh parti liberal dahaga seks songsang.

Heirarki politik di Selangor memang carca marba dan ini amat menyusahkan umat Islam. Parti Islam tidak menjaga kesucian Islam tetapi pejuang kebebasan seksual menjaga hal ehwal Islam.

Perkembangan ini secara tidak langsung memperlihatkan PAS menjadi lembu yang dicucuk hidung DAP dan PKR. Kita sudah sedia maklum, dalam mengurus tadbir Negeri Selangor segalanya adalah mengikut kehendak DAP. DAP yang mengatur segala kerja dan urus tadbir di Selangor.

Apakah kerana insiden rampasan arak 2 tahun dulu dan dessert storm JAIS terhadap DUMC menjadi punca PAS tidak diberi kuasa untuk mengurus kesucian Islam. Rakyat Selangor perlu sedar akan perkara ini. PAS ternyata menggunakan Islam untuk kepentingan politik bukannya fisabillah untuk menyebarkan dakwah Rasulullah S.A.W

Nauzubillah...Hal Ehwal Islam bukan menjadi keutamaan PAS.

1 comment:

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
kegagalan bukanlah akhir .,.
kesuksesan juga bukan akhir .,.
tapi proses merupakan cerminan akhir .,.
di tunggu kunjungan blik.na gan.,