Monday, February 21, 2011

Sodomi II: Halang Malaysiakini Dari Buat Liputan.

Memetik daripada laman web AIDC sebuah laman yang menyanjungi dan menyayangi Anwar Ibrahim. Kah..Kah..Kah...

Portal Malaysiakini yang sudah diketahui umum pro-Anwar menjadikan soalan Ram Karpal ini sebagai fokus tajuk dengan fakta salah.

“Peguambela dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajukan kemungkinan DNA dari sehingga 10 orang, termasuk dari Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditemui pada dubur mangsa.

“Peguambela mengajukan kemungkinan itu kepada pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong sewaktu menyoal-balasnya hari ini, dan beliau bersetuju dengan kemungkinan itu”, lapor Malaysiakini. Klik di sini
Tetapi fakta itu adalah salah kerana Dr Seah tidak bersetuju dengan kenyataan peguam Anwar itu.


Sakit hati tak?

Sudah diketahui bahawa Malaysiakini adalah jentera rasmi psywar PKR untuk menjalankan kerja penyebaran bermaklumat yang anti Melayu, anti Islam, anti perlembagaan dan anti kerajaan untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Dalam Sodomi II, peranan Malaysiakini adalah untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman Malaysia. Ini adalah kebebasan media yang diberi oleh kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Itu pun ada bahlol yang kata Malaysia zalim sebab sekat kebebasan media. Lanchow betul..

Bernama melaporkan; “Mengenai saranan Ram bahawa mungkin terdapat sepuluh penyumbang DNA berdasarkan angka yang muncul dalam analisis profil DNA yang disediakannya, Dr Seah tidak bersetuju. Klik di sini

Fakta Bernama itu disokong pula dengan fakta Utusan Malaysia yang melaporkan;”Seorang ahli kimia dengan tegas menolak kemungkinan bahawa sampel yang diambil daripada permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengandungi campuran asid deoksiribonukleik (DNA) lebih daripada tiga individu.

“Ini kerana, menurut Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong, rumusan yang dibuat olehnya adalah berdasarkan keseluruhan ujian profil DNA dan bukannya dengan melihat kepada setiap jalur loci secara berasingan.

“Walaupun diasak oleh peguam bela, Ram Karpal Singh hampir lima minit, wanita tersebut tetap dengan pendiriannya itu sehingga pada satu ketika Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden terpaksa menenangkan keadaan”. Klik di sini

Dan sehingga ke hari ini Malaysiakini tidak memperbetulkan fakta yang salah itu. Maka wajarkah Malaysiakini diberi kebenaran memasuki mahkamah sedangkan matlamatnya untuk melaporkan maklumat salah ? 
Apakah itu sahaja usaha Anwar untuk spin isu DNA ? Jawabnya Tidak.

Ada banyak lagi usaha-usaha yang bakal dilakukan Anwar kerana isu DNA merupakan isu yang paling penting kepadanya.

Diharap sama-sama kita dapat memantau isu ini…

No comments: